Nuffnang dan No Copy Paste

DAPATKAN INFO PERCUMA DARIPADA PENAJA KLIK IKLAN

UPDATE ENTRI TERKINI :

9 Feb 2014

KATAKAN TIDAK PADA SAMSENG BOLASEPAK !

Kuala Lumpur: Suasana di luar Stadium Darul Makmur, Kuantan, malam kelmarin tegang disebabkan kehadiran segelintir ‘samseng bola sepak’ yang sengaja mahu menimbulkan kekecohan dengan melakukan provokasi sama ada kepada pasukan pelawat atau tuan rumah.

Mereka terdiri daripada kelompok kecil yang wujud di mana-mana pasukan atau kelab yang mana aliran ini pernah berlaku di England satu ketika dahulu yang terkenal dengan budaya ‘Hooligan’.

Walaupun Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) sentiasa meningkatkan aspek keselamatan dalam setiap perlawanan, kehadiran mereka ke stadium berjaya ‘menarik’ penyokong lain untuk sama sama melakukan provokasi kepada penyokong lawan sehingga mencetus pergaduhan.

Guna media sosial
Malah, mereka juga menggunakan media sosial sebagai platform untuk mencari pengikut sebelum hadir di stadium sekali gus memberi kesukaran kepada FAM membendung kejadian itu sepenuhnya.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, berkata golongan yang suka bertindak secara negatif ini hanya membabitkan segelintir penyokong dan tidak menjurus kepada satu pasukan selain boleh berlaku di mana-mana.

“Tidak hanya di Johor, Pahang atau Kelantan, segelintir penyokong ini wujud dalam setiap pasukan atau kelab yang hadir ke stadium bukan saja mahu tengok bola sepak tetapi mempunyai niat lain,” katanya ketika dihubungi semalam. Mengenai suasana tegang di Stadium Darul Makmur, malam kelmarin, Hamidin berkata, secara keseluruhan pihaknya berpuas hati dengan aspek keselamatan di dalam stadium dari awal hingga tamat perlawanan.

“Oleh kerana kekecohan itu berlaku di luar stadium, kami menyerahkan kes itu kepada pihak polis,” katanya.

Beliau mengulas suasana di luar Stadium Darul Makmur, malam kelmarin, tegang selepas berlaku provokasi antara penyokong Pahang dan JDT sebaik aksi Liga Super membabitkan kedua-dua pasukan tamat.

Difahamkan kejadian berlaku apabila seorang daripada penyokong JDT cedera di kepala dipercayai dibaling dengan objek keras ketika keluar dari stadium untuk menaiki bas.

Ketika kira-kira 300 penyokong JDT cuba bertindak balas, Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) berjaya meleraikan kumpulan terbabit yang cuba menyerbu ke arah kumpulan penyokong Tok Gajah. Sementara itu, Kementerian Belia dan Sukan melihat insiden pergaduhan dalam perlawanan bola sepak sebagai isu disiplin yang perlu ditangani secara serius.

Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata pihaknya bimbang dengan perkembangan itu dan akan mendapatkan gambaran jelas daripada FAM berhubung insiden membabitkan penyokong Pahang dan JDT di luar stadium, malam kelmarin serta antara pasukan T-Team dan JDT di Larkin, Sabtu lalu.

“Saya amat risau dengan apa yang terjadi dan akan dapatkan laporan daripada FAM berhubung insiden pergaduhan malam tadi (kelmarin).

“Bagi saya perlu ada langkah secara tegas untuk elak masalah disiplin itu daripada berlaku. “Saya memandang serius sebenarnya masalah ini bukan hanya membabitkan perlawanan semalam (kelmarin), namun insiden antara T-Team dan JDT di Larkin,” katanya. Sumber : bharian.com.my

AAP - Tak tumbuh masakan melata, tidak sungguh tidaklah dikata. Kita pun tahu siapa mereka yang bergelar " samseng bolasepak" ini. Jom katakan TIDAK pada samseng bolasepak! Kalau nak berlagak jadi samseng bolasepak jangan main dengan team lain bermain bersama kamu sudah !

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

2 ulasan:

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

RUANG PENGIKLANAN

KLIK INFO PERCUMA DRP PENAJA IKLAN

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARIAN ARTIKEL BLOG AKU ANAK PAHANG

Loading

SEARCH GLOBAL BY GOOGLE WITH WEB

Memuatkan ...