Nuffnang dan No Copy Paste

DAPATKAN INFO PERCUMA DARIPADA PENAJA KLIK IKLAN

UPDATE ENTRI TERKINI :

15 Feb 2014

ASAL USUL NAMA KAMPUNG BUDU, BENTA, KUALA LIPIS PAHANG

Mukim Budu merupakan sebuah mukim yang sangat penting dalam sejarah negeri Pahang. Banyak peristiwa-peristiwa penting dalam lipatan sejarah telah berlaku bagi menguasai mukim ini. Terletak di dalam Daerah Lipis. Merupakan antara kawasan yang tergolong kampung yang besar (mempunyai Ketua Kampung) yang menjadikannya sebuah Mukim iaitu Kg Budu, Kg Benta, Kg Chat, Kg Tualang Padang, Kg Peruang dan Kg Terap. Budu adalah sebuah kampung di antara Tanjung Besar dengan Kemahang, Mukim Budu teletak di daerah Benta, Kuala Lipis.

Asal usul nama BUDU
Mengikut ceritanya asal usul nama kampung Budu pada mulanya kampung yang dipanggil Budu ini didiami oleh kaum asli yang diketuai oleh seorang batin yang bernama Budu. Oleh kerana tanah dikawasan budu itu sangat subur maka orang-orang daripada kampung berhampiran berhajat sangat hendak menduduki kawasan itu. Ketua mereka telah meminta kebenaran daripada Tok Batin Budu. Akan tetapi permintaan orang itu telah ditolak oleh Tok Batin Budu.

Oleh kerana Tok Batin Budu menolak permintaan orang-orang itu maka satu perbalahan telah berlaku, dimana ramai orang-orang asli dibunuh. Mayat mereka dibuang ke dalam sebuah sungai. Sebab itu sungai tersebut di panggil Sungai Mangkai (Bangkai). Apabila orang-orang Asli yang membuka kawasan itu telah ramai yang mati dan yang masih hidup juga meningggalkan tempat itu maka ianya mula didiami oleh orang-orang yang sememangnya berhajatkan tempat itu. Oleh kerana kawasan tersebut masih belum ada nama lagi lalu ianya diberikan nama Kampung Batin Budu kerana mengikuti nama ketua orang asli (Tok Batin) yang diperangi mereka. Sesudahnya nama Batin Budu hilang dan dan tinggal ‘BUDU'sahaja.

Maka akhirnya lekatlah nama kampung itu sebagai Kampung Budu. Setelah itu, Sungai Mangkai telah diubah kepada Sungai Budu. Apabila Kampung Budu dan kawasan sekitarnya menjadi sebuah mukim, maka mukim itu disebut mukim Budu. Dahulunya Kampung Budu telah ditadbirkan oleh Orang Kaya Setia Wangsa Lipis.

Disebalik nama kampung BUDU ini ada sejarah yang perlu dikenang iaitu pada tanggal 22 Mei 1892 berikutan pada tarikh berkenaan berlaku peristiwa berdarah yang menyebabkan Kampung Budu, Mukim Benta musnah 122 tahun yang lalu.

Tanggal 18 Mei 1892, Kolonel Walker bersama Hugh Clifford telah bertindak sebagai wakil politik bergerak menuju ke kampung budu dari raub. ketika sampai di Kampung Budu pada 20 Mei 1892, usaha dilakukan pihak Inggeris memujuk Tok Gajah, Mat Kilau dan pengikutnya untuk berdamai dan menyerah diri.

Bagaimanapun, demi mempertahankan tanah air tercinta, rundingan tersebut tidak dipersetujui oleh Tok Gajah dan pengikutnya. Ekoran kegagalan daripada rundingan berkenaan, maka pada tarikh 22 Mei 1892 pihak Inggeris dengan kejamnya telah menyerang dan membakar Kampung Budu hingga menyebabkan banyak rumah penduduk dibakar serta binatang ternakan terkorban.

Tercatat didalam sejarahnya Pihak British telah menyerang Kampung Budu dengan menggunakan senjata yang canggih pada masa itu sehingga menyebabkan kira-kira 100 orang Melayu terkorban.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

2 ulasan:

  1. Admin tumpang sekejap yer...
    Mana -mana individu yang berminat melanjutkan pengajian di Kolej Komuniti Temerloh, Pahang dalam program 'Furniture Design' boleh hubungi sms/wassup di 0148004302 -mohd, Yuran semester yang murah dan dapat elaun(bukan pinjaman) lagi
    elaun : rm1200/sem
    yuran : rm200/sem
    https://www.facebook.com/PerabotKKtemerloh

    BalasPadam

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

RUANG PENGIKLANAN

KLIK INFO PERCUMA DRP PENAJA IKLAN

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARIAN ARTIKEL BLOG AKU ANAK PAHANG

Loading

SEARCH GLOBAL BY GOOGLE WITH WEB

Memuatkan ...