Nuffnang dan No Copy Paste

DAPATKAN INFO PERCUMA DARIPADA PENAJA KLIK IKLAN

UPDATE ENTRI TERKINI :

2 Nov 2013

Kajian Diperlukan Berhubung Kenaikan Kadar Perkhidmatan Astro

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) disaran mengkaji tindakan stesen televisyen berbayar Astro menaikkan kadar perkhidmatannya sebelum perkara itu dipanjangkan ke pihak Kementerian Komunikasi dan Multimedia untuk sebarang tindakan lanjut.

Saranan itu dibuat Timbalan Menteri berkenaan, Datuk Jailani Johari. "Saya ada dengar isu kenaikan harga Astro. SKMM selaku satu badan kawal selia mungkin sudah dimaklumkan perkara itu. "Apa-apa kajian yang dibuat pihak SKMM perlu ambil kira isu-isu yang dibangkitkan pengguna Astro sebelum ini seperti 'program ulangan' dan sebagainya, sebelum diajukan kepada pihak kementerian untuk buat keputusan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mewakili kerajaan pada majlis resepsi sempena sambutan 'King's Day' bagi negara Belgium di sini malam Jumaat.

Jailani menarik perhatian bahawa Seksyen 199 Akta Komunikasi dan Multimedia memberi kuasa kepada menteri untuk memainkan peranan dalam menentukan harga setiap perkhidmatan yang ditawarkan demi kepentingan orang ramai.

Dilaporkan bayaran langganan bulanan dinaikkan masing-masing RM2 dan RM6 bagi pakej keluarga dan pakej sukan mulai 24 November ini.

Penyedia perkhidmatan, Astro Malaysia Holdings Berhad, dilaporkan berkata kenaikan itu buat pertama kali dalam tempoh dua tahun itu disifatkan sebagai 'peningkatan sederhana'. -BERNAMA

AAP - Rasanya nak potong aje astro kat umah tu sebab bukan nengok sangat... kalau berterusan macam ini.... :(  nak naik harga tapi kalau tidak ada penambahbaikkan adalah satu kerugian pada pengguna... rasanya pihak berkenaan usah terlalu tamak haloba sangat... fikirkan sama istilah menang-menang jangan sebelah pihak sahaja yang tahu mahu untung !

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

5 ulasan:

  1. semoga perkara ini diberi perhatian oleh pihak Astro.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pihak kerajaan perlu memandang serius juga isu ini...

      Padam
  2. Tension betul dengan kenaikan harga ni.. Saya memang dah lama tak tengok asterok ni.. Tapi tu la, kat rumah ni ada yang minat bola dengan gusti.. Kalau tak, dah lama dah saya potong..

    Membazir betul bayar mahal2 tapi bukannya tengok sangatpun...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah kita Cik Azz saya pun macam tu duk fikir juga nie nak buat macam mana :)

      Padam
  3. salam.. setuju rasanya sudah bayak kali astro naikan bil.. tapi mutu perkidmatan still sama.. ujan tak boleh tgok.. ceita asik ulang2.. ush...:(

    BalasPadam

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

RUANG PENGIKLANAN

KLIK INFO PERCUMA DRP PENAJA IKLAN

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARIAN ARTIKEL BLOG AKU ANAK PAHANG

Loading

SEARCH GLOBAL BY GOOGLE WITH WEB

Memuatkan ...