Nuffnang dan No Copy Paste

DAPATKAN INFO PERCUMA DARIPADA PENAJA KLIK IKLAN

UPDATE ENTRI TERKINI :

25 Nov 2013

INFO : BUAH PERAH

Pokok Perah nama saintifik "Elateriospermum tapos" ialah sejenis spesies tumbuhan yang tergolong dalam keluarga Euphorbiaceae, dan merupakan ahli tunggal untuk genus (Elateriospermum), dan tribusnya, Elateriospermeae. Pokok ini banyak terdapat di Selatan Thailand sehingga  ke Semenanjung Malaysia. Pokok Perah merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara Asean  yang lain. Nama botaninya Pimelodendron griffithianum

Buah perah merupakan sejenis buah yang berasal dari pokok perah yang tumbuh di dalam hutan hujan khatulistiwa di Malaysia ini. Buah ini akan gugur sendiri ke bumi apabila ianya sudah cukup tua atau matang.

 Buah Perah
Bentuk dan saiznya
Buah perah ini berbentuk lonjong dan berwarna hitam. Saiz buahnya agak kecil kira-kira (30mm hingga 40mm). Kulitnya keras, nipis dan licin manakala isinya pejal dan keras berwarna putih. Buah ini pada asalnya di dalam satu kepompong dan mengandungi 3 biji.

Buah perah yang sudah cukup tua atau matang akan gugur ke bumi, ianya akan meletup dan berderai di udara sebelum jatuh ke bumi. Faktor angin memainkan peranan yang cukup penting dalam proses pengguguran buah ini. Selain itu faktor haiwan seperti kera atau monyet juga boleh membantu proses pengguguran buah ini.

Kulitnya sangat keras dan untuk mendapatkan isinya ia perlu diketuk bagi memecahkan kulit tersebut. Isinya jika dimakan secara mentah (tanpa diproses atau dimasak) serta secara berlebihan boleh menyebabkan mabuk atau pening kepala. Isinya bewarna putih dan keras sama seperti buah badam dan ianya boleh dimakan tetapi perlu dimasak atau diproses dengan betul. Buah ini tidak mempunyai biji.
 Pokok dan Buah Perah
Kegunaan
Buah ini boleh juga di buat asam rong makanan tradisional masyarakat di negeri Pahang. Bagi sesetengah penduduk mereka membuat jeruk dengan menggunakan buah perah ini. Selain itu buah ini boleh juga dimasak atau digoreng untuk hidangan sebelah petang.

Bagi masyarakat dahulu mereka suka menjerukkan buah ini dan disimpan hingga berbulan-bulan lamanya tanpa perlu disimpan di dalam peti sejuk. Penyimpanan di dalam tempayan atau balang besar yang diisi dengan air boleh membuatkan buah ini tahan lebih lama. Sumber : http://ms.wikipedia.org

Buah perah ini jika musim berbuah, mudah sekali didapati di sekitar pekan sehari sekitar Jerantut, Lipis dan Raub. Buah perah yang siap dijeruk dijual antara RM3 hingga RM5 semangkuk dan amat laris berbanding dengan buah-buahan lain.

Rasa buah ini pasti sedap dan enak sekali lemak-lemak. Untuk memakan buah perah ini mestilah melalui proses yang tertentu direbus dan dicampur dengan bahan-bahan yang tertentu yang lainnya sehingga cukup masak baru boleh dimakan. Sekiranya dimakan terus di bimbangi beracun dan boleh membawa kepada kemudaratan. Untuk makluman buah perah adalah sejenis buah yang beracun tetapi boleh dimakan dengan penyediaan yang betul.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

19 ulasan:

  1. Tak pernah makan buah perah ni..

    BalasPadam
  2. stok rom kome ada lagi, buah peroh ter lama dah tak mengutipnya, dulu kalu musim panas rajin masuk hutan cari buah ni...

    BalasPadam
  3. Tuan sy nk bli buah perah yg blumproces bleh dptkn ke? Syg suzaimi dr.puchng sel ni no hp sy 0197112685.msuzaimi@bankislam.com.my

    BalasPadam
    Balasan
    1. Utk makluman buah perah ini ada musimnya juga tidak berbuah selalu. Kalau tiba musimnya boleh dtg ke Jerantut atau lipis kut ada mereka yang menjual yang belum diproses.

      Padam
    2. sape2 nk bli buah perah, blh email saya secepat mgkin sbb buah perah ni limited. saya jual yg blm proses rm12 sekilo tak masuk pos.

      Padam
  4. bru ptama kali tgk buah ni,,suami dpt kt hutan mane ntah,xtau plak bleh mkn,,nk kne usha la resepinye

    BalasPadam
  5. adakah buah perah mmpunyai kolesterol tggi memandangkn rasenye yg lemak & bmnyak?

    BalasPadam
  6. Sebenarnya buah ini turut boleh didapati di negeri Sarawak. Di sini ianya dikenali sebagai buah kelampai.

    BalasPadam
  7. Sebenarnya buah ini turut boleh didapati di negeri Sarawak. Di sini ianya dikenali sebagai buah kelampai.

    BalasPadam
  8. maaf.. ade tak yg jual lahi buah perah..sy kepunan.. nk sgt2 mkn..boleh kah anda yg mnjualnye tlg sy? ade boleh whtsapp ke no 01112956651

    BalasPadam
    Balasan
    1. Buah perah ini bermusim tidak sentiasa ada biasanya buah perah ini boleh didapati pada musim buah-buahan juga mudah dijumpai di pekan sehari sekitar Jerantut, Lipis dan Raub.

      Padam
    2. Boleh tau bila musim buah oerah ni? Kt mana nk beli?

      Padam
    3. Buah perah bermusim macam buah hutan yang lain. Biasa boleh didapati di sekitar pekan sehari sekitar daerah di pahang.

      Padam
  9. Ada pantang larang tak bagi penggemar buah perah ni..contoh : dilarang mkn bersama atau semasa mengambil ubat hospital atau berbahaya bagi pesakit krncing manis ke.

    BalasPadam
  10. Ada pantang larang tak bagi penggemar buah perah ni..contoh : dilarang mkn bersama atau semasa mengambil ubat hospital atau berbahaya bagi pesakit krncing manis ke.

    BalasPadam
  11. Ada pantang larang tak bagi penggemar buah perah ni..contoh : dilarang mkn bersama atau semasa mengambil ubat hospital atau berbahaya bagi pesakit krncing manis ke.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasanya tidak ada pantang cuma jgn dimakan buah mentah bimbang mengalami pening.

      Padam

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

RUANG PENGIKLANAN

KLIK INFO PERCUMA DRP PENAJA IKLAN

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARIAN ARTIKEL BLOG AKU ANAK PAHANG

Loading

SEARCH GLOBAL BY GOOGLE WITH WEB

Memuatkan ...