Nuffnang dan No Copy Paste

DAPATKAN INFO PERCUMA DARIPADA PENAJA KLIK IKLAN

UPDATE ENTRI TERKINI :

9 Nov 2013

BAGAIMANA KITA MELAYAN 'MOOD' JANGAN SAMPAI TAK ADA MOOD ATAU BAD MOOD !

Pengertian Mood
Mood adalah keadaan emosional yang bersifat sementara, boleh bertahan beberapa minit hingga beberapa minggu. Mood biasanya mempunyai nilai kualiti positif atau negatif. Dengan kata lain, orang hampir selalu membicarakan salah satu daripada kualiti mood iaitu mood baik (good mood) atau mood buruk (bad mood). Mood mempengaruhi cara seseorang bertindak balas rangsangan. Misalnya, mood yang tertekan cenderung bertindak balas negatif, sedangkan mood senang cenderung bertindak balas dengan semangat berserta dengan segala kebaikanya.

‘Moody’ adalah biasa bagi perempuan yang sedang ‘datang bulan’. Ada saja yang tak kena dan emosi memang tidak stabil membuatkan rasa marah mudah saja berlaku jika salah percaturan.

Tapi lelaki yang ‘moody’ pula adalah kerana sikap-nya yang suka memendam rasa atau menyembunyi masalah hingga akhirnya emosi itu menyerang fikiran dan meletus hingga bertindak di luar jangkaan.

Begitulah teruk ‘mood’ jika salah dikawal. Semua benda boleh terbalik kerana ketika itu, jiwa memberontak dan hanya inginkan rasa puas tanpa fikir kesannya kemudian hari. Namun tidak semua individu ‘moody’ itu tidak baik sebaliknya mereka hanya terjerat dengan sikap begitu.

Tapi ada juga sebab lain yang boleh mengganggu ‘mood’ seseorang termasuk individu yang gemar mengkritik dan mengomel tanpa alasan konkrit. Mereka hanya suka memberikan komen negatif dan berfikir buruk sebelum mengetahuinya lagi.

Jiwa suka merungut-rungut, selalu tidak puas hati. Orang yang demikian tidak pernah menikmati sejahtera dan istirahat di dalam jiwanya. Itulah yang menyebabkan ‘mood’ mereka kemudiannya terganggu.

Kemudian individu yang pendiam dan jenis yang ‘makan dalam’. Hati sempit dan suka berdendam. Dendam yang tidak dibuang atau diluahkan akan membuat dirimu tidak sejahtera.

Hati yang sempit tidak mudah melupakan kesalahan orang lain dan akan selalu mengikat dirimu untuk tidak bisa menikmati sejahtera yang sungguh-sungguh. Ini kerana jiwa itu tidak tenteram dan hanya memikirkan soal tidak puas hati itu saja.

Alasan ketiganya adalah individu yang suka merasa iri kepada orang lain. Iri hati adalah kanser yang menghancurkan dalaman jiwa secara perlahan tanpa disedari. Malah lebih kronik, individu yang mempunyai sikap sebegini ada kalanya tidak sedar akan sikapnya itu.

Sebab keempat yang boleh mengganggu ‘mood’ adalah mereka yang suka marah. Mengapa seseorang marah? Kerana terlalu tertekan dengan keputusan atau keinginan hati yang tidak berjaya dipenuhi. Atau mungkin kerana marahkan keadaan dan benda sekeliling.

Marah membuktikan yang seseorang individu itu sudah tidak berdaya. Marah hanya menyelesaikan kerisauan yang ada di dalam dirimu lalu melemparkannya kepada orang lain hingga mengundang rasa tidak selesa.

Itu adalah sebab yang akan mengganggu ‘mood’ seterusnya merosakkan fokus.
Terakhir, sebab kelima yang boleh merosakkan ‘mood’ seseorang adalah kerana rasa takut. Ia adalah suatu perasaan yang membuat seseorang tidak stabil, sentiasa rasa tidak selamat atau dalam bahaya dan timbul saat keadaan di luar kawalan kita.

Sebenarnya yang penting bukanlah kita mampu mengawal situasi atau tidak, sebaliknya mampukah kita mengawal hati kita sendiri. Tiada siapa mampu mengawal perasaan dalam jiwa kita melainkan diri sendiri.

Justeru jangan ada rasa takut terutamanya dengan individu lain kerana kita perlu terap dalam jiwa yang rezeki itu milik Allah dan ia sudah merencana jalan terbaik untuk hamba-Nya.

Jika bukan untuk kita, jangan sekali mempertikaikan orang lain kerana itu akan menjurus perasaan dengki, iri dan benci dalam jiwa. Sumber by Google.

AAP - Paling penting mood mestilah dikawal dengan keimanan jangan sampai disebut orang bagaikan 'tiada iman' jika mood buruk akan punah binasa segalanya.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

1 ulasan:

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

RUANG PENGIKLANAN

KLIK INFO PERCUMA DRP PENAJA IKLAN

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARIAN ARTIKEL BLOG AKU ANAK PAHANG

Loading

SEARCH GLOBAL BY GOOGLE WITH WEB

Memuatkan ...