Nuffnang dan No Copy Paste

DAPATKAN INFO PERCUMA DARIPADA PENAJA KLIK IKLAN

UPDATE ENTRI TERKINI :

17 Okt 2013

ORANG RAUB MAKAN MATA LEMBU MENTAH-MENTAH !

Kemeriahan Aidiladha

RAUB - Seorang penduduk Taman Amalina Lestari, Encik Subaini meratah mata lembu mentah sambil disaksikan rakannya di sebelah ketika aktiviti gotong-royong melapah lembu di Taman Amalina Lestari Raub, Pahang disini hari ini. - Foto oleh NAZRUL SALIM Sinarharian

AAP -  Adalah difahamkan encik Zubaini seorang penghidap sakit buah pinggang yang kronik sampai terpaksa didialisis dan beliau disarankan untuk mengambil mata lembu tersebut. Disebabkan menurut pakar perubatan tradisional, dengan memakan mata lembu tersebut,dapat mengurangkan kesakitan yang ditanggung oleh beliau. Oleh kerana ia berkesan dan kesakitan yang dialami berkurangan setelah mengamalkan memakan mata lembu, justeru encik zubaini sanggup memakannya.

Pastinya setiap sesuatu daripada tumbuh-tumbuhan dan binatang halal yang dijadikan Allah itu ada manfaatnya dan kita sebagai manusia harus berusaha merawati penyakit yang kita alami. Bukan kerana ritual atau apa2 tujuan negatif. Hanya orang yang mengalami penyakit tersebut sahaja yang tahu bagaimana inginnya untuk sembuh. Dengan lain perkataan setiap penyakit itu ada ubatnya pastinya kita kena berusaha untuk menyembukan penyakit tersebut. Semoga tidak ada tanggapan negatif yang dilontarkan kepada beliau mungkin ini salah satu cara untuk merawat penyakit. Bukan perkara mustahil jika anda diluar sana mengidap penyakit yang sama anda boleh mencuba cara yang telah di lakukan oleh En. Zubaini ini.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

3 ulasan:

  1. ayoyo... meremang bulu tengkuk tengok cara orang tu makan.. eeeiii...

    BalasPadam
  2. Memang betul.. makcik sy ada mkn sbb sakit buah pinggang.. doktor chck da perubahan dan kencing tak berbuih lg...

    BalasPadam
  3. Memang betul.. makcik sy ada mkn sbb sakit buah pinggang.. doktor chck da perubahan dan kencing tak berbuih lg...

    BalasPadam

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

RUANG PENGIKLANAN

KLIK INFO PERCUMA DRP PENAJA IKLAN

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARIAN ARTIKEL BLOG AKU ANAK PAHANG

Loading

SEARCH GLOBAL BY GOOGLE WITH WEB

Memuatkan ...