Nuffnang dan No Copy Paste

DAPATKAN INFO PERCUMA DARIPADA PENAJA KLIK IKLAN

UPDATE ENTRI TERKINI :

15 Okt 2013

ISU LYNAS DAN LAIN-LAIN ISU DI PAHANG BAGAIKAN TIADA KESUDAHANNYA?

Satu lagi himpunan aman bagi membantah tindakan syarikat Lynas untuk membawa masuk nadir bumi ke negara ini akan diadakan malam ini (15 Oktober 2013) oleh NGO anti Lynas di sini. Difahamkan himpunan akan diadakan di kawasan lapang berhadapan Pelabuhan Kuantan bermula jam 11 malam. Sementara itu kapal pengangkut bernama Red Resource yang khabarnya akan tiba ke Pelabuhan Kuantan esok (16 Oktober 2013) dengan membawa penghantaran kedua nadir bumi dari Pelabuhan Fremantle di Australia telah berlepas beberapa hari yang lalu. Dalam pada itu, Ahli Parlimen Indera Mahkota, Dato' Fauzi Abdul Rahman (foto) dilaporkan telah menghantar surat bantahan rasmi kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr.Ewon Ebin semalam (14 Okt). Beliau antara lain menggesa kerajaan menghalang kapal terbabit berlabuh di Pelabuhan Kuantan pada tarikh berkenaan.

 "Saya menerima berita tentang kehadiran kapal berkenaan dan menggesa kerajaan bertindak kerana premis Lynas gagal mematuhi syarat-syarat Lesen Operasi Sementara (TOL) yang ditetapkan oleh Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi", kata kenyataannya. Fauzi turut mendedahkan antara pelanggaran syarat-syarat TOL yang ditetapkan oleh AELB ialah keingkaran mendedahkan secara telus dan komprehensif tentang jumlah penghasilan sisa buangan dan bukti penghantaran keluar sisa tersebut sepanjang tempoh TOL. Keduanya, beliau turut mendakwa Lynas ingkar mengumumkan secara telus dan komprehensif mengenai lokasi PDF serta aspek-aspek keselamatannya di penghujung tempoh tol iaitu pada 31 Julai 2013 lalu.

"Hakikatnya, tiada tindakan dikenakan terhadap syarikat Lynas membuktikan kelemahan AELB dalam menguatkuasakan syarat-syarat yang ditetapkannya sendiri. Lynas dibenarkan untuk terus beroperasi malah digalakkan untuk berkembang dengan penghantaran kedua nadir bumi tersebut. Benarkan penghantaran kedua nadir bumi adalah satu perbuatan khianat kepada kedaulatan undang-undang negara ini.

Kecenderungan AELB melindungan syarikat Lynas bukan sahaja tidak beretika tetapi salah. Oeh itu, saya meminta pihak Menteri untuk tidak membenarkan kapal pengangkut nadir bumi itu berlabuh di Pelabuhan Kuantan seperti yang dijadualkan", kata kenyataan Fauzi lagi. Beliau juga turut menggesa agar operasi syarikat Lynas dihentikan dan hanya dipertimbangkan semula selepas proses pertanggungjawab terhadap kegagalan mematuhi syarat-syarat TOL tersebut dilaksanakan. Malah katanya ia perlu mendapat persetujuan semua pihak terutamanya para penduduk-penduduk di Indera Mahkota, Kuantan serta juga kawasan-kawasan di sekitarnya. Sumber : Pahangdaily

Banyak sekali isu yang berkaitan seperti pembalakan yang memberi pelbagai impak, aktiviti pelombongan yang mencemarkan kualiti air sungai pahang serta merosakkan jalan-jalan utama negeri ini. Isu pencerobohan tanah di Cameron Highland dan lain-lain isu yang berkaiatan bagaikan tiada kesudahannya.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

1 ulasan:

  1. Isu yg tiasa kesudahan... rakyat yang pasti akan menjadi mangsa..

    BalasPadam

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

RUANG PENGIKLANAN

KLIK INFO PERCUMA DRP PENAJA IKLAN

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARIAN ARTIKEL BLOG AKU ANAK PAHANG

Loading

SEARCH GLOBAL BY GOOGLE WITH WEB

Memuatkan ...