Nuffnang dan No Copy Paste

DAPATKAN INFO PERCUMA DARIPADA PENAJA KLIK IKLAN

UPDATE ENTRI TERKINI :

20 Okt 2013

INFO FOKUS PELANCONGAN ULU CHEKA JERANTUT

Ulu Cheka miliki sejarah unik. Bagi penduduk daerah ini, Kampung Ulu Cheka tidak asing lagi bagi mereka kerana ia antara kawasan yang memiliki pelbagai daya tarikan. Antaranya ialah kesan sejarah kepahlawanan Melayu, perang menentang Komunis dan tempat-tempat menarik yang boleh dijadikan daya tarikan pelancong. Namun begitu, keadaan itu tidak pula bagi penduduk luar daerah ini kerana apabila disebut sahaja Kampung Ulu Cheka, ramai yang masih belum mengenalinya.

Sehubungan itu, usaha-usaha giat dilakukan untuk memperkenalkan Kampung Ulu Cheka, termasuk daripada segi pengumpulan bahan-bahan sejarah selain memperkenalkannya sebagai destinasi aktiviti lasak dan pelancongan. Tinjauan Utusan Malaysia di Ulu Cheka mendapati perkampungan tersebut memilik pelbagai nilai yang boleh dikomersialkan.

Antaranya kesan sejarah kepahlawanan Pawang Nong menentang komunis, peralatan atau barangan lama, Gunung Benom, kawasan mandi-manda Lata Bujang, masjid lama dan banyak lagi.

Pada masa ini, penduduk Kampung Ulu Cheka giat mengumpulkan semua bahan dan barangan peninggalan sejarah itu bagi tatapan generasi muda. Mereka bercadang mewujudkan sebuah galeri untuk menempatkan segala barangan berkenaan selain memperkenalkan inap desa untuk penginapan pelancongan.

Ahli Parlimen Jerantut, Ahmad Nazlan Idris memberitahu, pihaknya akan membantu penduduk terbabit untuk mewujudkan sebuah galeri. Malah katanya, Kampung Ulu Cheka juga memiliki keunikan tersendiri kerana terkenal dengan makanan tradisi penduduk iaitu buah kepayang.

''Ramai mengetahui buah kepayang mengandungi getah atau racun yang tidak sesuai dijadikan bahan makanan, namun penduduk di sini mempunyai cara membuang racun tersebut dan seterusnya dijadikan bahan makanan yang selamat,'' katanya.

Menurutnya, banyak lagi keunikan terdapat di Kampung Ulu Cheka dan langkah mewujudkan galeri, inap desa serta menarik kedatangan pelancong amat dialu-alukan. ''Parlimen Jerantut sedia membantu dan mengetengahkan usaha penduduk ini,'' katanya. Sementara itu, Ketua Kampung Ulu Cheka, Nazri Che Husin berharap pihak kerajaan dapat merealisasikan usaha mewujudkan galeri itu.

Menurutnya, dengan adanya sebuah galeri, semua bahan dan barangan sejarah dapat disimpan untuk tatapan generasi muda dan pelancong. ''Kita juga berharap kementerian berkenaan dapat mempertimbangkan usaha kita mewujudkan inap desa kerana penduduk sejak sekian lama sudah menerima kehadiran pelancong tempatan dan luar negara.

Dalam pada itu, seorang pesara guru, Jamluh Mat Zium berkata, pada masa ini terdapat pelancong berkunjung ke Kampung Ulu Cheka termasuk mereka yang berminat mendaki Gunung Benom.

''Kita menyediakan penunjuk arah untuk membawa pelancong yang hendak mendaki Gunung Benom atau aktiviti lasak lain. ''Harapan penduduk, usaha mengkomersialkan produk yang terdapat di Kampung Ulu Cheka ini dapat dipertingkatkan dan secara langsung mampu menambah pendapatan penduduk,'' katanya. - Sumber Utusan Malaysia

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

RUANG PENGIKLANAN

KLIK INFO PERCUMA DRP PENAJA IKLAN

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARIAN ARTIKEL BLOG AKU ANAK PAHANG

Loading

SEARCH GLOBAL BY GOOGLE WITH WEB

Memuatkan ...