Nuffnang dan No Copy Paste

DAPATKAN INFO PERCUMA DARIPADA PENAJA KLIK IKLAN

UPDATE ENTRI TERKINI :

19 Ogo 2013

USAHA DAN CADANGAN MEMINDAHKAN MAKAM TOK GAJAH KE JERANTUT

Persatuan Waris dan Keturunan Tok Shahrom, Tok Gajah dan Mat Kilau berusaha untuk memindahkan makam Tok Gajah di Kampung Pasir Nering, Kuala Berang, Terengganu ke Kampung Kedondong, Pulau Tawar di sini tahun ini.

Pengerusinya, Datuk Zulkifli Mohamad berkata, usaha itu dilaksanakan bagi menempatkan semula makam tersebut di kampung asalnya berdekatan dengan makam anaknya, Mat Kilau di Kampung Kedondong yang kini digazetkan sebagai Kota Warisan.

Menurutnya, Tok Gajah yang dikenali sebagai Imam Perang Rasu Shahrum merupakan Orang Besar Raja Pahang meninggal dunia pada 1901 dan dikebumikan di Pasir Nering, Kuala Berang.

"Usaha kami memindahkan makam berkenaan dibuat sejak awal penubuhan persatuan ini pada 2008, tetapi masih belum kesampaian kerana masalah kewangan dan pengurusan tertentu.

"Kini, ahli persatuan sudah bersedia melaksanakan pemindahan makam berkenaan membabitkan kos pengurusan bernilai RM100,000 di samping mengharapkan bantuan kerajaan negeri untuk mempercepatkan usaha ini," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat dengan ahli jawatankuasa persatuan itu di Rumah Persinggahan Jerantut di sini kelmarin.

Menurut Zulkifli, kerja itu bukan mudah kerana pihaknya perlu berunding dengan kerajaan Terengganu, Muzium Terengganu, Jawatankuasa Pelancongan Negeri dan Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan (JKKK) Kampung Pasir Nering kerana makam berkenaan telah diselenggarakan oleh mereka sebagai aset sejarah serta pelancongan di sana.

Katanya, persatuan itu akan mendapatkan bantuan dan kerjasama kerajaan negeri, pakar sejarah universiti tempatan dan pakar forensik sebelum kerja tersebut dijalankan nanti.

"Waris Tok Shahrom, Tok Gajah dan Mat Kilau di sini berharap kerajaan Terengganu bersetuju merealisasikan pemindahan ini dan perundingan akan diatur oleh saya dan ahli persatuan dalam masa terdekat," ujarnya.

Katanya, pemindahan itu bertujuan mengembalikan kegemilangan sejarah perjuangan ketiga-tiga pahlawan tersebut untuk tatapan generasi akan datang selain merancakkan sektor pelancongan di sini.

"Usaha ini antara lain juga bagi meletakkan status ketokohan Tok Gajah yang diburu penjajah British pada 1892 sehingga membawa diri ke Hulu Kelantan dan meninggal dunia di Hulu Terengganu sebagai pahlawan yang berasal dari Pahang," katanya. Sumber : Utusan Malaysia
 
Keadaan makam Tok Gajah di Kampung Pasir Nering, Kuala Berang, Terengganu yang amat menyedihkan dan perlu mendapat perhatian daripada semua pihak. Salah satu usaha yang amat murni jika perkara ini dapat direalisasikan. Sebagai mana penah penulis cadangkan didalam entri ini : Biodata Imam Rasu bin Shahrum (Tok Gajah)

Sebaiknya ada pihak tertentu yang mengawal selia makam Pahlawan ini. Kerana jasa dan pengorbanannya pada negeri ini tidak ternilai. Alfatihah buat pahlawan kita amin semoga rohnya dicucuri rahmatNYA jua.

Wassalam, Wa'allahhualam.

6 ulasan:

  1. pada kome biorlah di sana, Tok Aki aman disana x usah diganggulah....

    BalasPadam
  2. Setuju juga... ada pro dan kontranya daripada satu sudut mungkin tidak sesuai dan drp sudut yang lain mungkin ada kelebihanya.

    BalasPadam
  3. pemindahan ni lebih kpd tujuan utk industri n komersial je nampak nya..niat tu mcm x elok..biarkanlah Allahyarham bersemadi di sana dengan aman...wallhualam

    BalasPadam
  4. sokong pendapat tok puteh dan Aminunordean.....

    BalasPadam
  5. sudah-sudah la tayang foto hulubalang Negeri Sembilan tu...bukannya Tok Gajah pun.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Penulis juga tidak pasti... cuma itu sahaja gambar yang bersepadanan drp hasil carian Google. Kalau Sutan Alam ada gambar yang sebenar sila emailkan kepada penulis : yassinsalmanshah@gmail.com

      Padam

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

RUANG PENGIKLANAN

KLIK INFO PERCUMA DRP PENAJA IKLAN

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARIAN ARTIKEL BLOG AKU ANAK PAHANG

Loading

SEARCH GLOBAL BY GOOGLE WITH WEB

Memuatkan ...