Nuffnang dan No Copy Paste

DAPATKAN INFO PERCUMA DARIPADA PENAJA KLIK IKLAN

UPDATE ENTRI TERKINI :

22 Ogo 2013

INFO : TAMAN SAFARI BUKIT GAMBANG KUANTAN PAHANG

 Singa putih menjadi tarikan utama satu-satunya yang dipamerkan di Malaysia dan merupakan taman pertama di Asia yang mempamerkan singa dari spesies tersebut di Taman Safari Bukit Gambang.

Pahang dikatakan memiliki segala produk pelancongan yang mampu menawan hati pengunjung tidak kira pelawat tempatan mahupun luar negara. Keunikan yang terdapat di negeri ini sememangnya menjadi tumpuan kepada pelancong untuk bercuti sama ada bersama keluarga atau rakan.

Tarikan flora dan fauna serta keindahan pantai menjanjikan keseronokan percutian yang lebih bermakna serta sudah tentu meninggalkan kenangan manis kepada mereka. Jalinan jalan raya yang baik serta Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) turut merancakkan sektor pelancongan bagi memudahkan pergerakan pelawat singgah ke tempat menarik.

Satu lagi tarikan di Pahang khususnya Kuantan adalah Taman Safari Bukit Gambang (TSBG) yang merupakan taman safari terbesar di negara ini. Berkeluasan kira-kira 55 hektar (138 ekar), TSBG terbahagi kepada lapan zon antaranya Land of Predators, Bird Valley dan Wild Savannah.

Untuk ke sana, pengguna LPT perlu keluar ke Plaza Tol Gambang dan kemudian mengambil susur ke kanan menuju ke taman tersebut. Taman itu merupakan taman tema kedua dibangunkan oleh Sentoria Group Sdn. Bhd., selepas Taman Tema Air Bukit Gambang yang terletak di Bukit Gambang Resort City di sini.

Bernilai RM82 juta, semasa di peringkat awal, tiga zon telah dibuka di taman itu, Simba Hill', 'Night Jungle' dan 'Foreign Village' manakala fasa berikutnya akan dibuka sepenuhnya kepada orang ramai menjelang akhir tahun ini.

Beberapa zon safari masih lagi dalam pembinaan seperti Forest Land, Land of Predators, Dessert Land dan Bear Mountain yang dijangka siap sepenuhnya pada awal Disember ini. Selain itu, pihak pengurusan safari juga merancang membina Taman Marin dan Akuatik yang bakal menempatkan hidupan air seperti ikan, penguin dan anjing laut.

Taman safari tersebut akan dibuka setiap hari dari pukul 2 petang hingga 10 malam, manakala Night Jungle bermula 6 petang hingga 10 malam. Di sebelah petang pula, terdapat pertunjukan oleh pelbagai jenis haiwan dan sebelah malam turut diadakan persembahan pertunjukan api oleh kakitangan taman itu.

Tarikan utama di situ adalah 'Simba Hill' iaitu mengandungi satu-satunya singa putih di Malaysia dan merupakan taman pertama di Asia yang mempamerkan singa dari spesies tersebut.

Pengurus Taman tersebut, Shahrul Hizal Hamid berkata, TSBG mempunyai binatang yang aktif di waktu malam dan akan dilepaskan di kawasan tertentu bagi membolehkan pengunjung menyentuh dan melihat lebih dekat.

"Safari ini mempunyai 454 spesies hidupan liar. Tarikan utama adalah kehadiran singa putih yang merupakan satu-satunya hidupan liar di sini. "Selain itu, taman ini juga mempunyai kanggaru putih yang agak unik sebagai daya tarikan dan tatapan pengunjung," katanya baru-baru ini.

Tambahnya, antara haiwan menarik lain yang boleh dilihat secara dekat adalah walabi dan 'northern night monkey' yang hampir pupus.

Tiket dijual pada harga promosi berharga RM38 bagi dewasa dan RM18 untuk kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah sehingga Disember ini manakala kanak-kanak mempunyai ketinggian di bawah 90  sentimeter adalah percuma. Sumber Utusan Malaysia

Wassalam Wa'alalahhualam,
 

1 ulasan:

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

RUANG PENGIKLANAN

KLIK INFO PERCUMA DRP PENAJA IKLAN

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARIAN ARTIKEL BLOG AKU ANAK PAHANG

Loading

SEARCH GLOBAL BY GOOGLE WITH WEB

Memuatkan ...