UPDATE ENTRI TERKINI : AKU ANAK PAHANG

17 Ogo 2013

GAMBAR PROTON SUPRIMA S HATCHBACK

 

PROTON hari ini melancarkan model baru keretanya iaitu Proton Suprima S iaitu kereta dengan rekabentuk hatchback dengan lima pintu serta enjin berkuasa Turbo 1.6 liter. Pelancaran disempurnakan oleh Penasihat Proton Holdings Berhad, Tun Dr Mahathir Mohamad di Pusat Pameran dan Konvensyen Matrade pada pukul 9.30 pagi tadi. Turut hadir ialah Pengerusi Eksekutif Proton Tan Sri Mohd Khamil Jamil.

Nama Suprima S diambil sempena perkataan bahasa Inggeris iaitu ‘supreme’ kira-kira 16 bulan selepas pelancaran model Sedan Proton Preve. Ia akan dijual dengan dua variasi iaitu Executive dan Premium.

Dari segi prestasi, Suprima S memiliki kelajuan maksimum 190 km sejam dan mampu memecut dari 0 hingga 100 km sejam dalam masa hanya 9.9 saat. Penggunaan petrolnya direkodkan pada kadar 9.1 liter setiap 100km. Jika dibezakan dengan Preve, ia memiliki kelajuan maksimum 200km sejam dan mampu memecut dari 0 hingga 100km sejam dalam 9.6 saat.

Penggunaan minyak Preve direkodkan pada 8.2 liter setiap 100km.Proton Suprima S ditawarkan pada harga RM76,388 bagi varian eksekutif dan RM79,988 bagi variant Premium. – Mynewshub.my

Wassalam, Wa'allahhualam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: Blog Aku Anak Pahang tidak bertanggungjawab terhadap mana-mana komentar yang diutarakan melalui laman blog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik blog. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

KLIK PERCUMA DAPATKAN INFO SELANJUTNYA.

SENARAI ENTRI TERKINI :

LEBIH BANYAK ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

Perkongsian Pendapat :

CARIAN ARTIKEL BLOG AKU ANAK PAHANG

Loading