Nuffnang dan No Copy Paste

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

31 Ogo 2013

KOLEKSI TEMA DAN LOGO HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA 1970 SEHINGGA 2013

Yang berikut merupakan tema Hari Kebangsaaan dari tahun 1970 sehingga kini. Penggunaan logo hanya bermula pada tahun 1976

1970
Muhibah dan Perpaduan

1971
Masyarakat Progresif

1972
Masyarakat Adil

1973
Masyarakat Berkebudayaan Malaysia

1974
Sains dan Teknologi Alat Perpaduan

1975
Masyarakat Kerdikari 1976

1976

Ketahanan Rakyat

Lima lembaga manusia melambangkan lapisan rakyat yang berganding bahu membentuk satu tujuan dan cita cita kemakmuran dan keselamatan negara.Tema “KETAHANAN RAKYAT” ditulis melengkung bagi melambangkan keteguhan negara. Rekabentuk ini juga menyerupai rebana ubi,menggambarkan satu masyarakat yang berkebudayaan. Lima lembaga manusia pula mencerminkan lima prinsip Rukunnegara yang menjadi landasan kepada matlamat negara. Warna yang digunakan ialah warna-warna daripada bendera Malaysia.

1977

20 Tahun Bersatu Maju

Logo ini bertema “20 TAHUN BERSATU MAJU” . Ia mempunyai lima bahagian yang naik meruncing bagi menandakan kemajuan dan semua bahagian ini semakin rapat melambangkan hasrat rakyat untuk bersatu. Lima tiang pula melambangkan lima prinsip Rukunnegara. Sementara bentuk hadapan perahu menandakan teras kebudayaan Nasional yang berasaskan kepada apa yang bernar-benar timbul dari bumi negara ini.Bulatan yang mengandungi nombor 20 menandakan 20 tahun usia kemerdekaan. Logo tersebut merangkumi kemajuan segenap sektor kehidupan iaitu lahiriah (Pertanian dan Perindustrian) dan batiniah.

1978

Kebudayaan Sendi Perpaduan

Logo ini menggambarkan bulan sabit serta bintang berwarna kuning yang diambil daripada sebahagian daripada lambang bendera Malaysia dan memberikan makna sebuah negara (Malaysia) . Di dalam bulatan bulan dan bintang itu terdapat suatu bulatan lagi dalam bentuk itu terdapat suatu bulatan lagi dalam bentuk ukiran berwarna biru yang mencerminkan kesenian negara dan diikuti pula dengan bentuk kepala dan badan berwarna biru yang bercantum menggambarkan perpaduan rakyat. Bulatan yang terakhir pada logo ini memberikan gambar rebana ubi berwarna merah/kuning yang melambangkan kebudayaan dan ditengah-tengah sekali kelihatan angka ‘XXI’ yang memberikan erti 21 tahun merdeka. Logo ini memperlihatkan Malaysia sebagai sebuah negara yang mengandungi rakyat berbilang keturunan dan mempusakai berbagai-bagai kesenian dan kebudayaan dan disamping itu berjaya menaungi serta memupuk rakyat hidup bersatupadu.

1979

Bersatu Berdisiplin

Logo ini berbentuk lima segi dan bulatan di luar melambangkan perpaduan pada keseluruhannya. Lima bulatan kecil berwarna biru melambangkan prinsip-prinsip Rukunnegara dan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Segi lima yang berwarna merah melambangkan kerjasama, perpaduan dan disiplin rakyat yang bersama-sama menuju ke arah matlamat untuk memajukan negara. Matlamat tersebut dilambangkan oleh bulatan-bulatan yang berwarna biru dan merah di tengah-tengah bentuk lima segi itu. Bulatan kecil kuning melambangkan kedaulatan raja dan memberikan makna taat setia rakyat terhadap pemerintahan beraja. Logo ini melambangkan rakyat Malaysia daripada berbagai-bagai keturunan dan daripada segenap lapisan masyarakat bersatupadu dan berdisiplin mematuhi amalan-amalan prinsip Rukunnegara supaya dapat menuju kearah kemakmuran dan keamanan.

1980

Berdisiplin Berbakti

Logo ini melambangkan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan bangsa yang berdisiplin berpandukan Rukunnegara (bentuk lima segi) dalam mencapai kesejahteraaan hidup. Bulatan-bulatan yang melindungi di tengah-tengah itu adalah kumpulan-kumpulan berbilang bangsa yang sentiasa bersedia berbakti kepada Raja dan Negara. Bulatan Besar yang melingkumi segala bentuk yang ada itu melambangkan ‘bulat manusia kerana muafakat’. Bentuk bulat itu juga menegaskan lagi keutuhan hidup berdisplin.

1981

Berdisiplin Berharmoni

Logo ini melambangkan kejayaan dan kemajuan yang telah dicapai oleh Negara kita selama 24 tahun iaitu sejak mencapai kemerdekaan . Bentuk yang merupakan tiga orang di sebelah bawah logo melambangkan masyarakat berbilang bangsa yang sentiasa berganding bahu berusaha menampung dan menuju mercu kejayaan dan kemajuan melalui lima tiang yang mencermin garis panduan hidup berdasarkan prinsip Rukunnegara. Bulatan-bulatan yang di sebelah atas melambangkan kejayaan dan kemajuan yang berunsurkan politik, ekonomi dan kemasyarakatan.

1982

Berdisiplin Giat Maju

Logo ini berbentuk bunga raya yang merupakan Bunga Kebangsaan. Ia melambangkan ketahanan yang tetap segar seperti yang telah dibuktikan oleh bunga itu sendiri. Warna-warna yang digunakan adalah warna bendera Malaysia. Lima kelopak bunga tersebut boleh diertikan sebagai lima prinsip Rukunnegara yang membentuk keutuhan negara. Bulatan pula menunjukkan keharmonian perpaduan dan kesempurnaan. Warna biru pada angka 25 melambangkan cinta rakyat terhadap negara dan percantuman 2 dan 5 itu melambangkan perpaduan, liku hidup dan pembangunan yang telah dialami oleh negara dalam bidang pembangunan dan kestabilan negara bagi mencapai 25 tahun merdeka dan terus berkembang selama 25 tahun dan seterusnya pada masa hadapan.

1983

Bersama ke Arah Kemajuan

Logo ini berbentuk anak panah yang memberikan gambaran menuju ke satu arah tertentu, iaitu matlamat kemajuan. Logo ini melambangkan perpaduan dan kerjasama yang erat antara beberapa golongan rakyat dalam berbagai-bagai bidang. Ini digambarkan melalui tiga simbol empat segi yang terjalin antara satu dengan lain yang mengandungi bulatan-bulatan yang menggambarkan kelompok-kelompok golongan yang terdiri daripada usahawan-usahawan persendirian, golongan swasta dan golongan pentadbiran awam. Ketiga-tiga golongan ini bergiat untuk membangunkan negara ke arah kemajuan dan didukungi oleh satu petak tiga segi yang melambangkan sokongan pihak kerajaan terhadap usaha bekerjasama bagi mencapai aspirasi negara.

1984

Amanah Asas Kejayaan 1985

Bulatan putih ditengah-tengah logo mencerminkan kesucian, kesempurnaan dan keutuhan yang menjadi intisari kepada sifat amanah. Bulatan biru yang dikelilingi oleh rajah kuning biru berbentuk lima segi melambangkan hidup muafakat di antara rakyat berbilang kaum di dalam negara yang berdaulat dan kerjasama yang erat antara sector awam dengan swasta yang akan membawa kejayaan di berbagai-bagai aspek. Manakala lima bentuk merah yang menyerupai anak panah menunjukkan apa-apa yang kita usahakan telah menuju kejayaan dengan pancaran anak panah yang bermula dari bulatan putih sebagai asas amanah.

1985

Nasionalisme Teras Perpaduan

Lima bulatan biru yang dikandungi oleh bentuk-bentuk merah melambangkan rakyat Malaysia berbilang kaum daripada berbagai-bagai rumpun bangsa yang bersatupadu manakala bentuk-bentuk merah pula melambangkan semangat nasionalisme yang menjadi teras perpaduan tersebut. Bulatan putih menunjukkan negara yang bersih dan harmoni. Bulatan biru di tengah-tengah menunjukkan perpaduan erat di antara kaum menjadikan satu bangsa Malaysia manakala bulatan kuning melambangkan negara Malaysia yang merdeka dan berdaulat. Bulatan merah menunjukkan patriotism menjadi asas yang penting dalam mengukuhkan perpadaun rakyat yang cintakan negara.

1986

Bangsa Tegas Negara Teguh

Bentuk-bentuk berwarna biru mencerminkan kesungguhan dan ketegasan negara ini dalam usaha memperjuangkan kemerdekaan dan kedaulatan negara di kalangan masyarakat antarabangsa. Sikap negara yang teguh dan positif ini hanya dapat diwujudkan dengan adanya sokongan lapisan rakyat Malaysia seperti yang dilambangkan dengan bentuk tiga segi berwarna merah. Warna Kuning di tengah melambangkan kedaulatan raja-raja yang merupakan satu daripada prinsip Rukunnegara.

1987

Setia Bersatu Berusaha Maju

Logo berbentuk empat segi yang terletak di atas empat bulatan sementara bulatan yang kelima empat bulatan yang kelima pula terletak di tengah-tengah. Bentuk empat segi melambangkan penekanan dalam empat bidang ekonomi iaitu perumahan, pertanian, pelancongan dan perindustrian . Kegiatan dalam empat bidang ekonomi ini memerlukan dukungan oleh lima bidang kegiatan yang dilambangkan oleh lima bulatan. Lima bidang kegiatan yang dimaksudkan ialah penyelidikan, pendidikan, perkhidmatan, dan prasarana kewangan dan keselamatan. Lima bulatan juga melambangkan Rukunegara. Warna kuning dalam bulatan tengah membawa erti kesetiaan, warna biru yang mewarnai bentuk empat segi dan lima bulatan melambangkan keharmonian yang wujud di kalangan rakyat jelata yang bersatu padu sementara warna merah pula membawa erti berusaha.

1988

Bersatu

Tema “Bersatu” dilambangkan oleh tiga kepala dan satu tubuh adalah digambarkan secara grafik, di mana rakyat Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum haruslah bersatu bagi mengekalkan perpaduan dan keamanan di kalangan rakyat yang berjiwa Malaysia. Lima jalur merah dan putih ini juga membawa erti rangkaian lima prinsip Rukunnegara yang sentiasa diamalkan oleh penduduk negara ini. Tiga cabang mengistilahkan konsep Bersih, Cekap dan Amanah yang menjadi asas pentadbiran kerajaan dan amalan kehidupan seharian rakyat Malaysia. Warna Kuning melambangkan system raja berperlembagaan yang membawa rakyat bersatu.

1989

Bersatu

Keunikan tikar mengkuang yang memaparkan hasil seni anyaman tradisional sejak zaman-berzaman, menjadi aspek penting dalam konsep logo ini. Petak-petak berwarna-warni ibarat ‘anyaman’ yang kukuh lagi erat, lambang perpaduan masyarakat berbilang bangsa di Malaysia. Petak-petak berbentuk empat segi merah dan biru berteraskan perpaduan nasional. Bentuk-bentuk ini dipisahkan oleh jalur-jalur putih yang membawa maksud kebebasan dalam mengamalkan ajaran agama, menentukan adat resam dan kebudayaan, juga kebebasan menyuarakan cita-cita masyarakat. Petak-petak yang berbentuk empat anak panah yang bertemu di tengah membayangkan satu matlamat ke arah kejayaan berpandukan semangat setiakawan dan berganding bahu. Sementara empat bulatan kuning mempunyai peranan penting dalam mendukung sebuah negara yang mengamalkan pemerintahan demokrasi.

1990

Berjaya

Konsep tema “BERJAYA” digambarkan melalui tiga kepala dan tiga tangan yang dilingkungi warna biru melambangkan rakyat Malaysia berbilang bangsa yang hidup bersatu demi mengekalkan perpaduan serta keamanan untuk memastikan kejayaan Malaysia seluruhnya. Warna kuning pada bulatan melambangkan sistem pemerintahan raja berperlembagaan yang menjamin keutuhan dan kestabilan negara yang seterusnya akan menjamin kejayaan Malaysia. Jalur merah dan putih yang berbentuk tangan menjulang ke atas membawa erti kejayaan dalam pelbagai bidang kehidupan yang menjadi kehendak dan cita-cita negara yang tiada hadnya, Warna ini juga melambangkan konsep Bersih, Cekap dan Amanah yang sentiasa menjadi asas pentadbiran negara. Warna biru yang menjadi latar belakang logo melambangkan keharmonian dan kestabilan negara.

1991

Wawasan 2020

Logo ini bertemakan Wawasan 2020. Anak panah yang terdiri daripada jalur-jalur merah, biru putih dan kuning melambangkan azam dan tekad rakyat Malaysia yang bersatu padu menyokong usaha ke arah menjadikan negara ini sebuah negara maju. Bentuk segi tiga berwarna merah mencerminkan sokongan rakyat untuk melipatgandakan daya usaha pengeluaran agar tercapai hasrat tersebut. Bulatan biru, putih dan merah melambangkan perancangan dan pengawalan yang terakhir iaitu yang berteraskan nila-nilai yang luhur dan murni dalam usaha mencapai wawasan 2020.

1992

Wawasan Asas Kemajuan

Rekebantuk Logo adalah berasaskan huruf ‘W’ dan anak panah. Huruf ‘W’ merujuk kepada perkataan Wawasan dan tiga anak panah dalam hurun ‘W’ yang menuju ke atas melambangkan arah dan haluan Wawasan iaitu kemajuan ekonomi, social dan kerohanian masyarakat Malaysia dan negara dimasa deoan. Warna-warna merah, putih, biru dan kuning iaitu warna-warna Bendera Malaysia yang terdapat pada logo ini melambangkan masyarakat berbilang kaum di negara ini yang hidup bersatupadu dan harmoni yang merupakan tunjang utama dalam memastikan kegiatan ekonomi dan social dapat bergerak cergas menuju kearah matlamat yang dicita-citakan. Secara keseluruhannya, rekabentuk logo ini membawa maksudf masyarakat Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum hidup bersatupadu dan harmoni dalam sebuah negara yang stabil,aman dan makmur sentiasa berusaha dan bekerja keras untuk menajadikan Malaysia sebuah negara ‘maju’ dimasa depan.

1993

Bersatu Menuju Wawasan

Logo berbentuk hampir bulatan ini menggambarkan bersatupadu, bekerjasama, bersemangat setiakawan, berharmoni serta bercita-cita tinggi bagi mencapai wawasan. Warna rnerah dan putih melambangkan keberanian, kecekalan dan mempunyai semangat juang yang mantap dan gigih, kesucian, ketulusan, keikhlasan serta semangat untuk mencapai apa yang di wawasankan. Warna biru menggambarkan cita-cita setiap masyarakat Malaysia yang inginkan kemajuan, keharmonian, kesejahteraan dan keamanan yang berkekalan meneruri wawasan yang dicita-citakan. Warna kuning menggambarkan satu arah serta tujuan yang sama-sama dihasratkan bagi mencapai apa yang diinginkan. Secara keseluruhannya, rekabentuk dan warna-warna diatas melambangkan cita-cita yang tinggi serta perjuangan yang ikhlas lagi jujur bagi mencapai wawasan yang diidam-idamkan oleh setiap rakyat Malaysia.

1994

Nilai Murni Jayakan Wawasan

Logo ini berbentuk hati dan anak panah yang menggambarkan nilai murni, bukan hanya terletak pada tingkah laku dan sikap fisikal sahaja tetapi terletak pada hati nurani. Hati membentuk seseorang itu berakhlak baik dan mulia. Segala perbuatan terletak pada niat di hati. Warna putih pada bentuk ‘hati kecil’ melambangkan kebersihan dan kemuliaan hati dengan sifat nilai-nilai murni. Warna merah dan biru pada bentuk ‘hati besar’ melambangkan berbagai kaum dan lapisan masyarakat Malaysia. Warna kuning pada anak panah melambangkan matlamat dan hasrat masyarakat. Dengan memiliki nilai-nilai murni inilah masyarakat Malaysia menjayakan dan menuju wawasan 2020.

1995

Jatidiri Penggerak Wawasan

Logo ini berkonsepkan bunga kebangsaan iaitu bunga raya. Bentuk lima kelopak Bunga Raya ini dimaksudkan sebagai lima rangkaian prinsip Rukunnegara, Warna merah, putih, kuning dan biru pada logo adalah warna-warna bendera Malaysia yang melambangkan rakyat berbilang kaum,agama dan kebudayaan, berusaha membentuk suatu jatidiri tersendiri. Warna putih yang mengelilingi kelopak-kelopak bunga bermaksud amalan nilai-nilai murni oleh rakyat Malaysia telah membentuk keharmonian rakyat. Warna kuning bermaksud kedaulatan negara dan wawasan yang hendak dicapai. Warna merah bermaksud keteguhan politik dan ekonomi serta sifat keberanian menempuh cabaran. Warna biru bermaksud rakyat Malaysia bertekad menjadikan negara ini sebuah negara yang maju, harmoni dan sejahtera. Secara keseluruhannya rekabentuk dan warna logo ini membawa maksud rakyat Malaysia berbilang kaum, agama dan kebudayaan hidup dalam negara yang berdaulat dan harmoni serta bersatupadu membentuk jatidiri kebanggaan negara demi menggerakkan Wawasan 2020.

1996

Budaya Penentu Kecapaian

Rekabentuk logo mencerminkan realisasi kecapaian negara yang progresif dan inovatif dengan keharmonian pelbagai kauymj yang sepakat membina satu budaya yahng dinamis. Reka bentuk logo juga mengutarakan semangat waja masyarakt dalam mengejar aspirasi negara untuk menjadi sebuah negara yang unggul dati setiap aspek iaitu ekonomi, social dan politik. Warna biru melambangkan rakyat dan Kerajaan bergabung tenaga. Warna merah melambangkan semangat bersama yang membakar dalam setiap jiwa rakyat. Warna putih melambangkan niatm urni rakyat dalam menuju usaha mencapai kejayaan bersana. Warna kuning melambangkan matlamat yang hendak dituju pada setiap masa iaitu keharmonian pelbagai kaum.

1997

Akhlak Mulia Masyarakat Jaya

Logo ini berbentuk tangan berdoa dan tiga lapisan hati menggambarkan harapan negara semoga masyarakat berbilang kaum di Malaysia hidup harmoni, mempunyai akhlak (rohaniah) mulia mengamalkan kesopanan dan kesusilaan diri demi kejayaan negara. Warna putih melambangkan akhlak mulia ( hati dan jiwa) dan kuning melambangkan sifat hormat menghormati dan merah melambangkan sifat berani berusaha untuk mencapai cita-cita wawasan negara.

1998

Negara Kita Tanggungjawab Kita

Menggambarkan aspirasi serta tanggungjawab rakyat membina negara ke arah kecemerlangan dalam semua aspek kehidupan sosial, ekonomi dan politik. Tiga bulatan merangkumi warna asas Bendera Malaysia berserta bintang 14 bucu melambangkan 13 Negeri dan Wilayah di Malaysia. Bulatan biru berbentuk lembaga manusia menjunjung wawasan serta kedaulatan negara. Warna putih melambangkan harmoni rakyat manakala merah mencerminkan usaha padu kerajaan membentuk wawasan negara sementara kuning melambangkan kedaulatan negara.

1999

Bersatu Ke Alaf Baru

Menggambarkan rekabentuk seorang insan yang membawa maksud penyatuan minda rakyat Malaysia sejagat mendukung hasrat dan cita-cita murni negara dalam menuju ke alaf baru yang lebih dinamik dan mencabar. Bentuk kon (V) melambangkan ke arah menuju visi negara 2020. Warna merah melambangkan sifat berani dan yakin diri. Warna biru melambangkan rakyat bersatu padu membentuk wawasan negara. Warna putih melambangkan kesucian jiwa dan nilai murni rakyat. Warna kuning melambangkan tekad dan kesatuan hati rakyat Malaysia menjunjung kedaulatan negara.

2000-2006

Keranamu Malaysia

Logo ini menggambarkan rasa kesyukuran dan terhutang budi rakyat Malaysia yang berbilang kaum, budaya dan fahaman politik di atas nikmat keamanan, kemakmuran serta pencapaian cemerlang negara. Bulatan berwarna biru dan bulan bintang berwarna kuning menggambarkan sebuah negara yang terdiri dari 14 buah negeri di mana Islam adalah agama rasmi tetapi agama-agama lain bebas dipraktikkan dan rakyat semuanya hidup didalam keadaan aman, makmur dan bersatu padu. Warna merah, kuning dan putih berbentuk objek manusia melambangkan tiga kaum utama di Malaysia (Pribumi, Cina, India) menadah tangan bersama (Keranamu Malaysia) tanda bersyukur, rasa terhutang budi dan bangga mengecapi kemajuan dan kemakmuran di bumi bertuah bernama Malaysia. Seterusnya mereka bertekad untuk meneruskan kecemerlangan ini di masa akan datang yang digambarkan melalui pegangan tangan yang meruncing dan bentuk “V” yang bermaksud vision atau wawasan.

2007

Malaysiaku Gemilang

Rekabentuk logo ini diilhamkan dari Jalur Gemilang sedang berkibar yang merupakan bendera kebanggaan rakyat Malaysia. Kibaran Jalur Gemilang melambangkan semangat kecintaan rakyat pada negara. Jalur merah dan putih digayakan dalam bentuk angka lima manakala bentuk bulan dan bintang dijadikan angka kosong yang mana ia menjadikan angka 50 yang menjadi tonggak utama logo ini sempena ulang tahun kemerdekaan ke-50. Bahagian di hujung angka 5 terus disambungkan pada stigma bunga raya yang merupakan bunga kebangsaan Malaysia. Pada stigma itu diletakkan lima titik di hujungnya yang bermaksud lima prinsip Rukun Negara yang menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Bentuk dasar logo adalah bulat yang 'italiclslanted' ke kanan. Bentuk ini adalah dinamik yang memberi maksud kemajuan yang pesat yang dialami oleh negara Malaysia sejak 50 tahun mencapai kemerdekaan. Bentuk bulat juga bermaksud rakyat Malaysia berbilang kaum yang bersatu dalam mencapai nikmat dan kemajuan sepanjang 50 tahun usia kemerdekaan.

2008

Perpaduan Teras Kejayaan

Rekabentuk logo ini di ilhamkan dari ikatan 3 figura yang saling berganding bahu menunjukkan perpaduan erat melambangkan 'Perpaduan Teras Kejayaan'. 3 ikatan figura manusia saling berganding bahu menunjukkan rakyat yang bekerjasama diantara satu sama lain dalam menjaga keamanan dan memajukan Negara. 3 rupa bentuk manusia digayakan bergandingan bahu adalah mewakili kaum-kaum di Malaysia yang bersefahaman bagi menunjukkan mereka telah mencapai kejayaan dalam perpaduan. Warna merah simbol keberanian rakyat. Putih simbol kesetiaan keseluruhan rakyat Malaysia. Warna biru melambangkan perpaduan yang dijalinkan oleh kaum-kaum di Malaysia. Manakala warna kuning pula melambangkan Sistem Beraja dan Yang di-Pertuan Agong. Ianya juga membawa maksud warna kegemilangan/keemasan yang dikecapi oleh rakyat Malaysia.

2009

Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan

Melambangkan Visi Negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai Semangat Cintakan Negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara. Mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.

2010

1Malaysia Menjana Transformasi

2010
Melambangkan Visi Negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai Semangat Cintakan Negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara. Mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.

2011

1Malaysia Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera

2010
Melambangkan Visi Negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai Semangat Cintakan Negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara. Mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.

2012 Janji di Tepati

2012 - Janji Ditepati

Logo Hari Kemerdekaan ke-55 yang menenggunakan kempen "Janji Ditepati" kepada logo 1 Malaysia. Keputusan ini diumumkan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim di laman Twitter. Menurut Rais, langkah ini adalah untuk "membendung salah faham".

Kontroversi logo Hari Kemerdekaan ke-55 tercetus apabila logo rasmi yang diputuskan kerajaan mengetengahkan kempen "Janji Ditepati" yang berbaur politik selain rekaan yang tidak kreatif. Lebih memburukkan keadaan lagu tema "Janji Ditepati" tidak langsung menerapkan elemen patriotisme melainkan sanjungan melangit ke atas retorik 1Malaysia serta pujukan halus supaya rakyat terus mengekalkan kuasa di tangan parti pemerintah. Ini merupakan kali pertama dalam sejarah Malaysia, logo dan tema kemerdekaan dikritik begitu hebat.

Kontroversi logo Hari Kemerdekaan ke-55 tercetus apabila logo rasmi yang diputuskan kerajaan mengetengahkan kempen "Janji Ditepati" yang berbaur politik selain rekaan yang tidak kreatif. Lebih memburukkan keadaan lagu tema "Janji Ditepati" tidak langsung menerapkan elemen patriotisme melainkan sanjungan melangit ke atas retorik 1Malaysia serta pujukan halus supaya rakyat terus mengekalkan kuasa di tangan parti pemerintah.

Ini merupakan kali pertama dalam sejarah Malaysia, logo dan tema kemerdekaan dikritik begitu hebat. - See more at: http://erapiksel.blogspot.com/2012/07/logo-dan-tema-hari-kebangsaan-malaysia.html#sthash.MyxfqzG1.dpuf

Tema Slogan Hari Kemerdekaan 2013
Malaysiaku berdaulat Tanah Tumpah Darahku

logo kemerdekaan 2013
Maksud Logo Dan Slogan Hari Kemerdekaan 2013
Tema itu lebih bersifat perpaduan dan berorientasikan kepada patriotik dan kesatuan negara bangsa. Tema ini dipilih bagi memberikan peringatan kepada rakyat akan kepentingan bersatu mempertahankan negara di samping mewujudkan kesedaran rasa sayang dan cintakan negara. Konsep sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun ini akan lebih menjurus kepada elemen-elemen perpaduan, patriotik, kedaulatan dan keselamatan negara.

Gambar Logo Dan Tema Hari Kemerdekaan 2013 ke 56 beserta maksud. Negara Malaysia akan menyambut Hari Merdeka pada setiap 31 Ogos ini bagi memperingati kebebasan Malaysia dari penjajahan asing. ‘Malaysiaku Berdaulat, Tanah Tumpahnya Darahku’ akan menjadi tema sambutan Hari Kemerdekaan negara yang ke-56 pada 31 Ogos 2013. Sumber : malaysiamerdeka.gov.my/

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

30 Ogo 2013

ADEGAN DAN SLOT KEGAGALAN FILEM "TANDA PUTERA" YANG FAIL!

Pemerhati filem "Tanda Putera" mengatakan ada beberapa kegagalan pengarahnya pada adegan dan slot yang tertentu yang dikata FAIL didalam filem "Tanda Putera" ini antaranya :

1. Proton Iswara Aeroback telah wujud pada tahun 1969 ?

2. Kamera CCTV sudah wujud pada tahun 1969?

3.' Smoke Ditector' sudah wujud pada tahun 1969?

4. Air-Cond Compressor sudah wujud pada tahun 1969?

... dan selebihnya lihat gambar di bawah ini : 

Klik imej untuk paparan lebih jelas. Sumber : Cari.com. | Suara Rakyat@FB

AAP - Sebaiknya perkara kecil seumpama ini perlu dipandang serius sebelum orang lain memandang serius perkara seumpama ini. Kita tak tahu nak jawab kena tanya Pengarahnya :)

Entri berkaitan : SINOPSIS FILEM "TANDA PUTERA" KISAH SEBENAR DISEBALIK TRAGEDI 13 MEI 1969

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

29 Ogo 2013

SENARAI PENUH KONGSI GELAP DAN PERTUBUHAN HARAM DI MALAYSIA

Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini mendedahkan senarai 49 kongsi gelap yang mempunyai keanggotaan seramai 40,313 ahli dan aktif beroperasi di seluruh negara.

Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata, antara senarai kongsi gelap tersebut ialah Geng 007, Tiga Line dan Geng 30 yang majoritinya dianggotai oleh kaum Melayu.

Katanya, bagi kebanyakan kaum India pula menganggotai Geng 04, Geng 21, Geng 24, Geng 08, Geng 18, Geng 35, Geng 36, Geng 303 dan Geng Satu Hari.

"Kaum Cina di Semenanjung ramai menganggotai Geng 24, Geng 18, Geng 36, Geng 21, Ang Soon Thong, Wah Kee, Sio Sam Ong, Hong Hong San, Pneh, Hai San, Sin Ang Bin, New Cell 20, Jit It Hai, Sio Koon Tong, Gee Lam Kor, Gee Ah Heng, Loh Kuan, Tiang Yee Tong dan Geng Leng Hor.

"Kumpulan di Sabah pula ialah Atap, Hung Ann, Sui Yuk, Wah Kee, Otai dan Borneo Red EMP manakala, di Sarawak ada 16 pertubuhan iaitu Ah Ngau, Batu Tiga, Ah Feng, Batu 10, Sibu Ti, Ah Seng, Ah Chin, Lee Lung, Lo Han, Sungai Merah, Sungai Badut, Ting Ching Lee, Tua Cak Lee, Teksi Station, Pintu Merah dan Krokop," katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Senarai Penuh :

1) Geng 04
2) Geng 08
3) Double 7
4) Tiga Line
5) Geng 30
6) Geng 38
7) Geng 24
8) Geng 18
9) Geng 36
10) Geng 21
11) Ang Soon Thong
12) Wah Kee
13) Sio Sam Ong
14) PNEH
15) Hong Hong San
16) Hai San
17) Sin Ang Bin
18) New Cell 20
19) Jit It Hai
20) Sio Koon Tong
21) Gee Lam Kor
22) Gee Ah Eng
23) Loh Kuan
24) Tiang Yee Tong
25) Geng Leng Hor
26) Geng 35
27) Geng 303
28) Geng Satu Hati
29) ATAP
30) Hung Ann
31) Sui Yup
32) Otai
33) Borneo Red EMP
34) Ah Ngau
35) Batu Tiga
36) Ah Feng
37) Batu 10
38) Sibu Ti
39) Ah Seng
40) Ah Chin
41) Lee Lung
42) Lo Han
43) Sg Merah
44) Sg Badut
45) Ting Ching Lee
46) Tua Cak Lee
47) Teksi Station
48) Pintu Merah
49) Krokop

Menurut Abdul Rahim, pihaknya telah mengisytiharkan kesemua pertubuhan tersebut sebagai haram dan menyalahi undang-undang mengikut seksyen 5(1) Akta Pertubuhan 1966 berkuatkuasa semalam. - UTUSAN ONLINE

Gambar Sekadar Hiasan


Wassalam, Wa'allahhualam.
 

KADAR KEKERUHAN AIR TERCEMAR TERUK SUNGAI PAHANG DI JERANTUT?

  
Keadaan Sungai Pahang terkini di Jerantut

Kadar kekeruhan air sungai Pahang di Jerantut di katakan terjejas teruk perkara ini pasti menyulitkan bagi pihak pembekal air (PAIP) untuk dirawat dan memproses air bersih di sekitar Jerantut.

NTU - Unit Kekeruhan Nefelometrik. Satu kadar ukuran untuk kekeruhan air. Pada dasarnya, ukuran kekeruhan air yang diukur oleh suatu nephelometer. Kekeruhan didasarkan pada jumlah cahaya yang tercermin dari partikel-partikel di dalam air. Sila rujuk carta dibawah ini :

Ini adalah mesej tidak rasmi daripada Paip Jerantut : Kepada pengguna2 sekitar bandar Jerantut sehingga sempadan Temerloh. Sila simpan air secukupnya kerana loji air batu embun terpaksa ditutup operasi sementara waktu disebabkan punca air mentah (air sungai pahang) terlalu teruk. Tidak boleh untuk dirawat. NTU terlalu tinggi melebihi had kebangsaan yang dibenarkan. Sekian terima kasih

Mungkinkah? kadar kekeruhan air ini disebabkan aktiviti pelombongan bijih besi dan emas dikawasan hulu sungainya?. Sila perhatikan gambar diatas kadar kekeruhan airnya pasti melebihi kadar kekeruhan NTU yang dibenarkan. Jika dilihat kadar kekeruhannya pasti telah melebihi had kebangsaan yang dibenarkan. Gamaknya jika sedemikan kekeruhannya berapakah kadar NTU nya? mahu 2000? 3000? atau 4000?

Pasti jika situasi ini dibiarkan kualiti air akan terjejas teruk....

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

INFO : SENGATAN OBOR-OBOR BOLEH MEMBAWA MAUT

Sengatan obor-obor boleh mendatangkan kecederaan dan kematian.

Pada awal Februari 2010, seorang pelancong wanita dari Sweden yang sedang bercuti di Langkawi mati di sengat obor-obor atau ampai-ampai ketika berenang di Pantai Cenang. Menurut laporan media, Carina Löfgren sedang menuju untuk kembali ke pantai bila dia disengat obor-obor hanya beberapa meter dari pantai.

Suaminya Ronny Lofgren dilaporkan sebagai berkata: "Carina berada hampirsatu meter di depan saya semasa kejadian itu. "Airnya bukanlah dalam sangat, hanya paras peha saya. Tiba-tina dia (Carina) menjerit dan memegang pehanya. Kami mengesyaki dia disengat obor-obor.

"Bila berada di samping Carina, kami cuba mencabut sesungut dari kakinya danberjaya melakukan dalam beberapa saat tetapi beliau kemudian jatuh pengsan." Menurut laporan media juga, suami dan adik lelaki Carina telah membawa mangsa keluar dari air.

Adikya cuba membantu Carina dengan memberi rawatan kecemasan termasuk pernafasan dari mulut ke mulut dan resusitasi kardiopulmonari (CPR). "Beliau (adik carina) telah mencuba CPR selama empat hingga lima minit," "Carina mati dalam pelukan saya," cerita Ronny dengan penuh kesedihan dalam laporan media itu.

Menurut laporan media itu juga, ambulans tiba tidak sampai 15 minit dan kakitangan paramedik memberitahu Ronny bahawa sudah agak terlewat untuk menyelamatkan Carina.

TANPA TULANG BELAKANG

Menurut pakar-pakar biologi marin (laut), ampai-ampai kotak adalah sekumpulan hidupan invertebrata (tanpa tulang belakang) yang tergolong dalam kumpulan Cubozoa. Satu daripada hidupan jenis ini yang paling bahaya ialah Chironex fleckeri yang dikenali juga sebagai 'tebuan laut'.

Pakar-pakar menyatakan Chironex Fleckeri dijumpai di lautan sekeliling Australia dan spesimen jenis itu mempunyai venom yang cukup bagi membunuh60 orang dewasa. "Organisme ini adalah kecil dan lutcahaya membuatkan ia sukar kelihatan,"jelas seorang penyelam skuba veteran, Steven Martyn, yang ditemui di sebuahhospital di sini.

Kegagalan jantung dikenalpasti sebagai penyebab utama kematian bila mangsa disengat 'tebuan laut' dan kerapkali dalam kes seumpama itu kematian dilaporkan berlaku dengan begitu cepat," kata Martyn.

DESTINASI PERCUTIAN
Bagi Martyn, adalah penting untuk mengetahui tentang wujud atau tidaknya obor-obor di pantai resort di destinasi percutian yang dikunjungi.

"Ada diantara destinasi percutian popular meletakkan jaring bagi memerangkap obor-obor tetapi ia hanya berjaya memerangkap obor-obor yang besar manakala yang kecil dapat meloloskan diri," kata beliau.

Ada laporan mengenai mereka yang berenang disengat dan gagal kembali kepantai dan sebab kematian adalah kegagalan jantung akibat disengat obor-obor. Jikapun sempat kembali ke pantai, mangsa perlu mendapatkan segera bantuan perubatan, kata Martyn.

SESUNGUT
Menurut ensiklopedia mengenai hidupan marin, sesungut obor-obor mempunyai ratusan sel penyengat yang dikenali sebagai nematocysts.

Nematocysts melindungi obor-obor daripada pemangsa (predator) dan digunakan bagi menyengat hidupan kecil yang lain. Bergantung kepada spesies obor-obor, sentuhan kepada sel penyengat ini boleh membawa kecederaan dan kematian.

Kesannya berbeza dari gatal-gatal, sakit yang sedikit dan kecil kepada jenisyang 'pedih dan berapi' selain boleh menyebabkan iritasai kulit seperti kulit melepuh selain menimbulkan kesukaran pernafasan, serangan jantung dan kematian.

Samada sengatan daripada obor-obor menjadi toksik bergantung kepada jeni sobor-obor itu dan ketahanan (tahap imuniti) badan manusia yang disengat.

Menurut ensiklopedia itu lagi, sengatan obor-obor yang paling toksik adalah daripada 'ampai-ampai kotak' atau Chironex fleckeri dan Caruka barnesi yang terdapat di Australia dan sebahagian dari laut Indo-Pasifik. Obor-obor jenis ini diketahui dapat membunuh manusia hanya dalam masa lima minit.

REAKSI
Lain individu akan memberi reaksi yang berbeza terhadap sengatan obor-obor.  "Anggaplah sengatan obor-obor sebagai racun dan jika lebih kecil saiz badan orang yang disengat, maka kesannya akan lebih besar berbanding dengan orang yang bersaiz badan besar," jelas Martyn.

Samalah juga reaksi terhadap sengatan lebah, ada yang hanya menimbulkan alergi biasa dan ada yang mengalami kejutan anaphilaktik yang membawa kematian dari hanya satu sengatan.

"Begitu juga dengan sengatan daripada obor-obor," tambah Martyn. - SUMBER BERNAMA

Wassalam, Wa'allahhualam.

27 Ogo 2013

BIODATA TEGAR VIDEO DAN LIRIK LAGU "AKU YANG DAHULU BUKAN SEKARANG"

Tegar, dikenali sebagai Tegar peminta cilik. Namanya mula dikenali khalayak ramai selepas video dirinya semasa sedang menyanyi dimuat naik di laman youtube dan menjadi popular berkat suara emas yang dimilikinya. Namanya semakin terkenal setelah Tegar bekerjasama dengan band Netral dengan lagu berjudul "Salahkah Aku MemujaMu".

Tegar berasal dari keluarga yang kurang bermampuan, ibunya berpropesi sebagai peminta dan bapak tirinya berpropesi sebagai buruh kasar. Tegar merupakan anak tertua dari 4 beradik. Ia mulai menyanyi sejak usia empat tahun dan selepas berhenti sekolah ia menghabiskan waktunya untuk menyanyi sejak usia tujuh tahun. dan sekarang Tegar mampu masuki studio rakaman, seperti dalam lagunya berjudul "Aku Yang Dulu".

Biodata Tegar Nama Penuh: Tegar Septian Nama Panggilan: Tegar Bandar Kelahiran: Pemalang Tarikh Lahir: 19 September 2001 Kerjaya: Penyanyi Single: - Aku Yang Dulu - Salahkah Aku MemujaMu (Feat Netral)
Lirik Lagu Tegar - 
Aku Yang Dulu Bukan Yang Sekarang
Aku yang dulu bukanlah yang sekarang
Dulu ditendang sekarang ku disayang
Dulu dulu dulu ku menderita
Sekarang aku bahagia

Cita - citaku menjadi orang kaya
Dulu ku susah sekarang alhamdullilah
Bersyukurlah pada Yang Maha Kuasa
Memberi Jalan Untukmu Semua

Hidupku Dulunya Seorang Pengamen
Pulang malam selalu bawa uang recehan
Mengejar cita - cita paling mulia
Membantu Keluarga Di rumah

Sekolah Dulu Ku tak punya biaya
Terpaksa Ku Harus Mencari Nafkah
Tetapi Aku Tak terputus asa
Pasti Yang Kuasa Memberi Jalannya

Hidupku Dulunya Seorang Pengamen
Pulang malam selalu bawa uang recehan
Mengejar cita - cita paling mulia
Bersyukur Masuk Dapur Rekaman

Hidupku Dulunya Seorang Pengamen
Pulang malam selalu bawa uang recehan
Mengejar cita - cita paling mulia
Bersyukur Masuk Dapur Rekaman

Setelah Dulu Ku Nggak Punya Biaya
Terpaksa Ku Harus Mencari Nafkah
Tetapi Aku Tak Terputus asa
Pasti Yang Kuasa Memberi Jalannya

Aku yang dulu bukanlah yang sekarang
Dulu ditendang sekarang ku disayang
Dulu dulu dulu ku menderita
Sekarang aku bahagia

Cita - citaku menjadi orang kaya
Dulu ku susah sekarang alhamdullilah
Bersyukurlah pada Yang Maha Kuasa
Memberi oh...memberi Jalan Untukmu Semua

Moralnya : Nak berjaya kena usaha, kelak Allah akan temukan jalan. Rezeki Allah ada di mana-mana, selepas itu kena bersyukur Alhamdulillah. Jangan suka meminta yang penting kena berusaha.

Wassalam, Wa'allahhualam.

MAJALAH HIBURAN MANGGA DIFATWAKAN HARAM

Majalah hiburan Mangga yang mirip kepada majalah Playboy kini difatwakan haram.

Pihak Jabatan Mufti Kedah Darul Aman kini telah memfatwakan bahawa majalah hiburan Mangga terbitan Utusan Karya adalah haram dibaca dan dilihat.

Menurut Jabatan Mufti Negeri Kedah Darul Aman, melalui Cabutan Keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri yang bertarikh 29 Mei 2012 menjelaskan bahawa:

“Mana-mana penerbitan yang mempamerkan wanita-wanita ataupun lelaki yang mendedahkan aurat hukumnya adalah haram kerana bertentangan dengan kehendak syariat. Oleh itu, dicadangkan supaya Bahagian Kawalan Penerbitan, Kementerian dalam Negeri (KDN) menangani isu ini dengan lebih efektif.” : Sumber

AAP - Sepatutnya diharamkan majalah seperti ini di seluruh Malaysia... dek kerana gambar-gambar yang tidak senonoh yang pastinya bukan daripada nilai dan norma orang kita yang bangsa melayu dan islam.

Wassalam, Wa'allahhualam.

25 Ogo 2013

KETAHUI KESAN LANGSUNG BILA ANDA BERHENTI MEROKOK

Anda hanya memerlukan waktu 20 minit untuk merasakan kesan berhenti merokok. Bagaimana boleh? Selain itu, ada banyak perkara yang terjadi pada tubuh setelah kebiasaan merokok dihentikan. Lihat perkara yang telah dilaporkan dari Health Line berikut ini:

20 Minit setelah berhenti merokok Degupan jantung akan kembali seperti sedia kala, normal, tidak terlalu cepat maupun lambat.
2 Jam setelah berhenti merokokSetelah degupan jantung, kini tekanan darah yang kembali normal. Biasanya jari akan terasa hangat. Tubuh sedikit cemas, banyak memakan makanan ringan, dan nafsu makan meningkat.
12 Jam setelah berhenti merokok Karbon monoksida yang merupakan racun dari rokok pelan-pelan menurun kadarnya di dalam tubuh. Sehingga kadar oksigen dalam darah akan kembali normal.
24 Jam setelah berhenti merokok Sehari setelah berhenti merokok, risiko serangan jantung serta merta menurun drastis.
48 Jam setelah berhenti merokok Deria pencium dan perasa biasanya kelu dan mati akibat rokok. Namun jika kebiasaan merokok dihentikan, 48 jam kemudian kedua deria tersebut akan kembali seperti sedia kala.
3 Hari setelah berhenti merokok Ketika ini, nikotin telah benar-benar keluar dari dalam tubuh. Namun akan timbul gejala seperti sakit kepala, mual, kejang, sampai gangguan emosi.
2-3 Minggu setelah berhenti merokok Selepas beberapa minggu, badan kembali merasakan tenaga dan aktiviti fizikal seperti sukan boleh dijalani dengan baik tanpa gangguan.
1-9 Bulan setelah berhenti merokok Kondisi paru-paru semakin membaik, risiko infeksi paru-paru menurun, batuk dan napas pendek tidak lagi dialami.
1 Tahun setelah berhenti merokok Risiko serangan jantung boleh menurun sampai dengan 50 persen.
5 Tahun setelah berhenti merokok Segala macam racun dari pembakaran rokok di dalam pembuluh darah sudah dibersihkan. Risiko terkena stroke pun sama dengan orang yang sama sekali tak pernah merokok.
10 Tahun setelah berhenti merokok Risiko kanser paru-paru, mulut, tekak, kerongkong, pundi kencing, buah pinggang, dan pankreas berjaya diturunkan.
15 Tahun setelah berhenti merokok Risiko penyakit jantung sama dengan orang yang sama sekali tidak merokok.
Jangka panjang
Tidak merokok mampu membuat seseorang bertahan hidup 14 tahun lebih lama. Itulah berbagai perkara yang terjadi pada tubuh ketika Anda berhenti merokok. Sudah siap sedia untuk menghentikan kebiasaan buruk tersebut? 

AAP - Betul atau tidak jika anda sudah lama merokok tubuh memerlukan perkara tersebut untuk terus sihat. Jika tidak anda mungkin akan mengalami kesan langsung yang membahayakan diri anda jika anda berhenti secara paksaan.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

SENARAI POST TERKINI

RUANG PENGIKLANAN

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARI ARTIKEL BERKAITAN MASUKAN KATA KUNCI

Loading

GROUP NUMISMATIK JUALAN DAN BELIAN.


KLIK IMEJ UNTUK MENYERTAI!