Nuffnang dan No Copy Paste

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

29 Jul 2013

SINOPSIS FILEM "THE NEW VILLAGE" DITANGGUH

Punca Sebenar Filem The New Village telah digantung untuk tayangan di Malaysia. New Village yang sepatutnya ditayangkan dipawagam pada 22 ogos ini terpaksa ditangguhkan kerana timbul pelbagai spekulasi. Keputusan itu dibuat setelah trailer dan sinopsis New Village telah mendapat komen negatif oleh masyarakat di negara ini yang didakwa menggangungkan Komunis. Kementerian Dalam Negeri telah mengeluarkan kenyataan bahawa filem tersebut perlu menjalani tapisan semula oleh Lembaga Penapisan Filem. Keputusan untuk menghentikan filem tersebut atau sebaliknya dari ditayangkan akan diumumkan dalam masa terdekat.

Punca Utama The New Village Digantung
Filem ini menganggungkan komunis apabila menulis “Sesama peperangan anti-penjajahan Brtish.” Secara simboliknya ia membawa maksud Komunis adalah pejuang kemerdekaan negara.

Sinopsis Filem The New Village

Filem yang memaparkan kisah yang berlaku pada 1949, dimana Tanah Melayu ketika itu diisytihar darurat setelah peperangan berlaku antara pentadbiran tentera British dengan Parti Komunis Malaya. Seramai 500,000 penduduk Cina telah dipindahkan di 480 kem di seluruh Semenanjung Tanah Melayu untuk membendung aktiviti komunis. Akta Perkampungan Baru 1949 yang telah diwujudkan selama 40 tahun menceritakan bagaimana keluarga Hakka menjalani rutin harian mereka setelah British mengisytiharkan darurat.

"The New Village" adalah sebuah filem yang menceritakan kesusahan dan kesengsaraan bangsa cina semasa zaman penjajahan British di tanah air ini. Seramai 500,000 penduduk cina tempatan telah dipaksa oleh British pindah masuk ke 480 buah "re-settlement camps" di seluruh semenanjung malaya dari tahun 1949 hingga 1954. "Re-settlement camps" tersebut sebenarnya adalah Kampung Baru Cina (New Village). Pada hari ini. masih terdapat 450 buah Kampung Baru Cina di seluruh Malaysia dan diduduki oleh lebih daripada satu juta bangsa cina. Kesemua Kampung Baru tersebut mempunyai sejarah yang agak sama. "The New Village" ingin memberi penghargaan tinggi kepada penghuni-penghuni Kampung Baru Cina di seluruh Malaysia." - Sumber Google

Tayangan filem 'The New Village' ditangguh
Tayangan filem 'The New Village' ditangguh bagi membolehkan Lembaga Penapisan Filem (LPF) di bawah Kementerian Dalam Negeri meneliti semula kandungannya.
   
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata filem yang dijadual ditayang pada Ogos itu perlu ditapis semula dari segi plot cerita dan mesejnya.
   
Beliau berkata LPF memberi kelulusan kepada filem itu sejak tahun lepas namun ada media sosial dan badan bukan kerajaan (NGO) yang membangkitkan tentang unsur komunisme dalam filem berkenaan.
   
Menteri itu bercakap kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama Jabatan Penjara  di ibunegara malam tadi.
   
Akhbar hari ini melaporkan pendedahan sebuah blog mengenai filem itu yang dilihat mengangkat Parti Komunis Malaya sebagai 'hero' dan mempersoal bagaimana ia boleh ditayang pada bulan kemerdekaan sedangkan filem 'Tanda Putera', yang mengisahkan perjuangan pemimpin negara dalam mendepani insiden 13 Mei, terpaksa ditangguh tayangan beberapa kali.
The New Village’, yang mengisahkan penempatan semula komuniti Cina sewaktu pencerobohan komunis, ditetapkan untuk tayangan umum pada 22 Ogos.

Sedutan filem itu memaparkan kisah cinta di antara seorang wanita Cina dan seorang pendukung fahaman komunis dan perbezaan di antara dua dunia mereka.
Penayangan filem itu dibantah oleh Pemuda Umno di mana exconya, Lokman Noor Adam mengkritik sebuah filem bertajuk ‘The New Village’ yang didakwanya mengagungkan fahaman komunisme.

Beliau ingin tahu bagaimana filem itu begitu mudah diluluskan untuk tayangan sewaktu filem ‘Tanda Putera’ yang berlatar belakangkan rusuhan kaum 13 Mei 1969 sudah berulang kali ditangguhkan tayangannya.

Ia juga turut dibantah oleh Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) mendesak kerajaan menangguhkan sebarang tayangan filem 'The New Village' yang dilihat seolah-olah, cuba menghidupkan gerakan komunis di negara ini.
  
Timbalan Presiden GPMS Ezaruddin Abd Rahman berkata pihaknya turut meragui fakta yang terdapat dalam filem itu selain ia mungkin mempunyai agenda tertentu yang boleh memberi kesan buruk kepada generasi muda. - Bernama

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

SENARAI POST TERKINI

RUANG PENGIKLANAN

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARI ARTIKEL BERKAITAN MASUKAN KATA KUNCI

Loading

GROUP NUMISMATIK JUALAN DAN BELIAN.


KLIK IMEJ UNTUK MENYERTAI!