Nuffnang dan No Copy Paste

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

22 Mei 2013

SIAPA SEBENARNYA WAN MUHAMMAD AZRI WAN DERIS @ PAPA GOMO ?

Wan Muhammad Azri Wan Deris yang disaman Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung paparan video seks dengan seorang lelaki, menafikan beliau pemilik blog 'Papa Gomo'.

Wan Muhammad Azri, 30, menerusi pernyataan pembelaan yang difailkan semalam di Mahkamah Tinggi di sini berkata alamat kediaman yang dinyatakan menerusi saman itu juga bukan miliknya dan beliau tidak pernah mengenali Anwar secara peribadi.

Beliau turut menafikan pernah menyiarkan sebarang perkataan atau imej berunsur fitnah terhadap Anwar serta tiada sebarang niat jahat untuk merosakkan reputasi Anwar sepertimana didakwanya.

Peguam Mohd Afiq Mohd Noor yang mewakili Anwar memberitahu pemberita bahawa dalam prosiding hari ini, Pesuruhjaya Kehakiman Lee Heng Cheong telah menetapkan 5 Jun untuk pengurusan kes.

Pada 21 Mac lepas, Anwar memfailkan saman menuntut ganti rugi berjumlah RM100 juta kerana mendakwa Wan Muhammad Azri menyiarkan empat siri perkataan fitnah di laman blog www.papagomo.com pada 16, 17, 19 dan 20 Mac lepas.

Selain ganti rugi am, teruk, teladan, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah, beliau memohon satu perintah injunksi bagi menghalang defendan terus menerbitkan perkataan fitnah dan imej berkenaan. - Bernama

Dibawah ini jawapan daripada hasil carian imej (print skrin) daripada Google : Siapa Papa Gomo ? 

Dibawah ini jawapan daripada hasil carian imej (print skrin) daripada Google : Wan Muhammad Azri Wan Deris ? 

Popular juga Blogger Papa Gomo nie :) kalau dah popular pasti orang nak jadi terkenal :) kenapa perlu takut? apa mahu takut? berani buat berani tanggung tak gitu ?

AAP - Biarlah tidak popular :)


Wassalam, Wa'allahhualam.

3 ulasan:

  1. mcam2 menda skrg nie
    http://long-cham.blogspot.com/

    BalasPadam
  2. glemer tapi hidup dalam kesusahan sokmo x guna jugak :)

    BalasPadam
  3. dah terang lagi bersuluh..nak sembunyi ka

    BalasPadam

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

SENARAI POST TERKINI

RUANG PENGIKLANAN

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARI ARTIKEL BERKAITAN MASUKAN KATA KUNCI

Loading

GROUP NUMISMATIK JUALAN DAN BELIAN.


KLIK IMEJ UNTUK MENYERTAI!