Kod HTML Script No Copy Paste

UPDATE ENTRI TERKINI :

17 Mei 2013

SENARAI PENUH EXCO KERAJAAN NEGERI PAHANG 2013-2018


-
Datuk Seri Adnan Yaakob
Menteri Besar
-
Datuk Abu Bakar Harun
-
Datuk Mohd Johari Hussain
-
Norolazali Sulaiman
-
Syed Ibrahim Syed Ahmad
-
Datuk Shahaniza Shamsuddin
-
Datuk Shahiruddin Ab Moin
-
Datuk Mohd Sharkar Shamsudin
-
Datuk Mohd Soffi Abd Razak
-
Datuk Wan Rosdy Wan Ismail
-
Datuk Shafik Fauzan Sharif
Majlis angkat sumpah diadakan bermula pukul 11 pagi di Istana Abu Bakar, Pekan di hadapan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah, seminggu selepas Datuk Seri Adnan Yaakob, mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Pahang untuk penggal ke-4 pada 9 Mei. Turut dihadiri Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan menteri besar Pahang.

Muka baharu Exco negeri ialah:-

Datuk Abu Bakar Harun (Adun Chini),
Datuk Mohd Johari Hussain (Tioman),
Norul Azali Sulaiman (Guai),
Datuk Shahaniza Shamsuddin (Kuala  Sentul)
Datuk Syed Ibrahim Syed Ahmad (Kerdau).

Empat muka lama turut dilantik semula iaitu:-

Datuk Mohd Sharkar Shamsudin (Lanchang),
Datuk Ir Mohd Soffi Abd Razak (Benta),
Datuk Wan Rosdy Wan Ismail (Jelai)
Datuk Shafik Fauzan Sharif (Inderapura).

Bekas EXCO lama 2004 yang di lantik semula:-

Datuk Shahiruddin Ab Moin

Manakala ADUN BN dari MCA seramai dua orang,Datuk Lau Lee (Damak) dan Datuk Fong Koong Fuee (Cheka). MCA telah menyatakan tidak akan menerima pelantikan jawatan ekoran prestasi buruk parti itu pada PRU13.

 Update :

KUANTAN – Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob mengumumkan portfolio Ahli Jawatankuasa Majlis Mesyuarat Negeri (EXCO) di sini, pagi tadi.

Adnan sendiri memegang empat portfolio iaitu Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pelajaran, Jawatankuasa Pelaburan dan Perindustrian, Jawatankuasa Hal Ehwal Orang Asli dan Kebajikan Masyarakat dan Jawatankuasa Badan-badan Bukan Kerajaan, Jawatankuasa Perancangan, Kewangan, Tanah, Perhutanan, Sistem Penyampaian Awam dan Jawatankuasa Khas Perpaduan.

Datuk Mohd Sharkar Shamsuddin dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan dan Pelancongan; Datuk Mohd Soffi Abd Razak, Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Asas dan Alam Sekitar; Datuk Wan Rosdy Wan Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Perbandaran; Datuk Shafik Fauzan Sharif, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani.

Datuk Shahiruddin Ab Moin, Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Keusahawanan dan Kepenggunaan; Datuk Abu Bakar Harun, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda; Datuk Mohd Johari Hussain, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan; Norol Azali Sulaiman, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-tugas Khas.

Datuk Shahaniza Shamsuddin, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia dan Syed Ibrahim Syed Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-Tugas Khas. – BH Online

Tahniah kepada semua yang menjadi EXCO negeri Pahang bagi penggal ke 4. Semoga dapat memberi  memberi perkhidmatan yang terbaik buat kerajaan dan rakyat negeri Pahang.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

1 ulasan:

Kongsi buah fikiran anda : PERINGATAN: Blog Aku Anak Pahang tidak bertanggungjawab terhadap mana-mana komentar yang diutarakan melalui laman blog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik blog. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

KLIK PERCUMA DAPATKAN INFO SELANJUTNYA.

SENARAI ENTRI TERKINI KLIK UNTUK MEMBACA :

RUJUK ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :