Nuffnang dan No Copy Paste

DAPATKAN INFO PERCUMA DARIPADA PENAJA KLIK IKLAN

UPDATE ENTRI TERKINI :

7 Mei 2013

Pemilik Blog, Papa Gomo Dan King Jason Ditahan Polis

Dua pemilik blog, Papa Gomo dan King Jason ditahan polis pada Selasa kerana menyiarkan entri blog yang didakwa mengapi-apikan sentimen perkauman dan menyebarkan penipuan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata, kedua-dua suspek ditahan pada Selasa.

"Kami tidak akan berehat sehingga mereka yang menyebarkan penipuan dan menyiarkan mesej berbaur perkauman ditahan...kami percaya lebih ramai akan ditahan dalam tempoh terdekat," katanya pada sidang media di Bukit Perdana.

Menurut Syed Ismail, kedua-dua suspek akan direman pada Rabu. Beliau berkata, Papa Gomo, 33, ditahan di sebuah stesen minyak dekat Danau Kota manakala King Jason, 38, di Kampung Jawa, Klang.

Sementara itu, polis turut menyiarkan tweet bahawa satu laporan polis telah diterima berhubung laporan dalam akhbar Utusan Malaysia yang mengandungi elemen hasutan. Beliau berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 4(1)(C) Akta Hasutan 1948. Sumber - mStar

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

1 ulasan:

  1. Dalam apa2 pun kita dinasihatkan agar bersederhana dalam segala hal.....

    BalasPadam

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

RUANG PENGIKLANAN

KLIK INFO PERCUMA DRP PENAJA IKLAN

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARIAN ARTIKEL BLOG AKU ANAK PAHANG

Loading

SEARCH GLOBAL BY GOOGLE WITH WEB

Memuatkan ...