Nuffnang dan No Copy Paste

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

UPDATE ENTRI TERKINI :

31 Mei 2013

PEMAKAIAN JAKET KESELAMATAN PENUMPANG BOT KE TAMAN NEGARA KURANG DI BERI PERHATIAN?

Merujuk pada berita ini:

JERANTUT 30 Mei - Pemandu dan penumpang bot penambang Taman Negara Kuala Tahan dan Hulu Tembeling diminta memakai jaket keselamatan ketika bergerak ke lokasi tertentu di pusat pelancongan itu dan kampung di pesisiran Sungai Tembeling di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tahan, Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak berkata, perkara itu penting kerana perkara tersebut merangkumi keselamatan ketika berada di kawasan perairan termasuk sungai.

"Pengusaha bot terbabit diingatkan jangan tunggu sehingga musim tengkujuh dan paras air sungai naik baharu hendak mengenakan jaket keselamatan, tetapi peraturan ini wajib dilaksanakan sepanjang masa.

"Tragedi bot ekspres karam di Belaga, Sarawak kelmarin membabitkan kehilangan nyawa sewajarnya dijadikan iktibar dalam kalangan pengusaha bot penambang di negeri ini," katanya kepada pemberita di Kuala Tahan di sini semalam.

Katanya, air Sungai Tembeling yang kadang kala melebihi paras biasa berikutan hujan lebat di kawasan hulu sejak beberapa hari lalu boleh mengundang risiko keselamatan pemandu dan penumpang bot termasuk pelancong khususnya ketika melalui kawasan jeram. Sumber Utusan Malaysia

AAP - Diatas pengalaman sendiri, kebanyakan pengusaha bot peloncongan (Kuala Tahan) ke Taman Negara sendiri tidak menyediakan jaket keselamatan itu realitinya. Persoalanya bagaimana pelancong mahu memakainya? Perkara ini perlu dipandang serius. Sebaiknya pengusaha bot pelancong di taman negara sendiri perlu menyediakan jaket tersebut. Perkara ini mestilah menjadi perkara wajib dan keutamaan yang perlu disediakan dan sila arahkan penumpang untuk memakainya sebelum memulakan perjalanan. Pasti pelancong sendiri lebih mengutamakan soal keselamatan. Jika diamati pengusaha bot sendiri kurang memberi perhatian didalam soal keselamatan.


Wassalam, Wa'allahhualam.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

SENARAI POST TERKINI

RUANG PENGIKLANAN

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARIAN ARTIKEL

Loading

JOIN GROUP NUMIS

COIN LAMA, DUIT KERTAS LAMA & SETEM LAMA MEMBELI & MENJUAL

HOME

>>KLIK KEMBALI KE HALAMAN UTAMA<<