Nuffnang dan No Copy Paste

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

14 Mei 2013

INFO : AKTA PERHIMPUNAN AMAN 2012

UNDANG-UNDANG DAN ANDA:

Seksyen 9 - Pemberitahuan perhimpunan
(1) Seseorang hendaklah, sepuluh (10) hari sebelum tarikh perhimpunan, memberitahu Pegawai yang Menjaga Daerah Polis di mana perhimpunan itu hendak diadakan.

(2) Subseksyen (1) tidak terpakai bagi -
(a) suatu perhimpunan yang diadakan di suatu tempat perhimpunan yang ditetapkan; dan
(b) mana-aman perhimpunan lain yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga.

(3) Jika perhimpunan itu ialah suatu perhimpunan keagamaan atau perarakan pengebumian, penganjur boleh memaklumkan Pegawai yang Menjaga Daerah Polis di mana perhimpunan atau perarakan itu hendak diadakan; dan boleh, jika bantuan diperlukan untuk menyenggarakan kawalan trafik atau orang ramai, meminta bantuan sedemikian.

(4) Pemberitahuan di bawah subseksyen (1) hendaklah diberikan kepada Pegawai yang Menjaga Daerah Polis di mana perhimpunan itu hendak diadakan secara pos berdaftar Akuan Terima atau kiriman cepat atau dengan serahan tangan.

(5) Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit (RM 10,000).

JADUAL KETIGA
[Perenggan 9(2)(b)]
PERHIMPUNAN YANG BAGINYA PEMBERITAHUAN TIDAK DIKEHENDAKI
Perhimpunan keagamaan
Perarakan pengebumian
Majlis perkahwinan
Rumah terbuka semasa perayaan
Pertemuan keluarga
Hari keluraga yang diadakan oleh majikan bagi manfaat pekerjanya dan keluarga mereka
Mesyuarat tahuan pertubuhan atau persatuan


Sumber dan Info :   Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

2 ulasan:

  1. jom kita ke kuantan 505 malam ni :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe.. kalau dekat boleh juga join tu :)

      Padam

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

SENARAI POST TERKINI

RUANG PENGIKLANAN

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARI ARTIKEL BERKAITAN MASUKAN KATA KUNCI

Loading

GROUP NUMISMATIK JUALAN DAN BELIAN.


KLIK IMEJ UNTUK MENYERTAI!