Nuffnang dan No Copy Paste

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

25 Mei 2013

Gambar : Saiful Bukhari, Nik Suryani Megat Deraman Selamat Dijabkabulkan

 Saiful Bukhari mencium dahi isterinya Nik Suryani pada majlis batal air sembahyang sebaik selepasi upacara akad nikah
KUALA TERENGGANU: Dengan sekali lafaz Saiful Bukhari Azlan selamat diijabkabulkan dengan pasangannya yang juga personaliti TV3, Nik Suryani Megat Deraman,33, di sini pada Sabtu.

Tampil dengan baju Melayu serba putih, Saiful yang dilihat tersenyum sepanjang majlis akad nikah yang diadakan Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam (TTI) di sini, tepat jam 3.30 petang Sabtu.

Nik Suryani juga tampil jelita dengan busana sedondon tajaan pereka fesyen terkenal Zang Toi.Pasangan pengantin dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Megat Deraman Megat Stan.Pihak perempuan menerima sembilan dulang hantaran berbalas 11 daripada pihak lelaki dan mas kahwin bernilai RM41,101.

Majlis persandingan dijadualkan berlangsung malam ini di Dewan Konvensyen TTI jam 8.30 malam, manakala majlis di pihak lelaki akan diadakan pada 2 Jun ini di Kuala Lumpur.

Pasangan ini bertunang pada 28 Oktober tahun lalu. Saiful merupakan bekas pembantu peribadi Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau telah membuat laporan polis mendakwa Anwar meliwatnya pada 29 Jun 2008. He had lodged a police report accusing

Pada 15 Ogos 2008, Saiful melakukan angkat sumpah laknat bagi membuktikan tuduhannya ke atas Anwar adalah benar, di Masjid Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur.

Terbaru beliau turut memuat naik rakaman video dia melakukan sumpah laknat di Mekah, mempertahkan dakwaan yang beliau benar-benar telah diliwat oleh Anwar.

Anwar telah didakwa melakukan kesalahan tersebut namun dibebaskan pada 9 Januari tahun lepas. Pasukan pendakwaan telah memfailkan rayuan dan ia akan didengar pada 22 dan 23 Julai depan. Sumber : mStar

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

3 ulasan:

  1. semoga kekal ke akhir hayat. Amin...

    BalasPadam
  2. Moge tak ande dah cerite yg tak sedak didengor lepas ni....

    BalasPadam
  3. Tahniah buat kedua2 pasangan.. moga berbahgia selalu..

    BalasPadam

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

SENARAI POST TERKINI

RUANG PENGIKLANAN

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARI ARTIKEL BERKAITAN MASUKAN KATA KUNCI

Loading

GROUP NUMISMATIK JUALAN DAN BELIAN.


KLIK IMEJ UNTUK MENYERTAI!