Nuffnang dan No Copy Paste

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

11 Mei 2013

DUA KOMPONEN BN TERBENAM GERAKAN DAN MCA ?

Tsu Koon Letak Jawatan Presiden Gerakan, Chua Bakal Ambil Tindakan Sama Dalam MCA

Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon umum letak jawatan kuat kuasa 16 Mei ini. Timbalan Presiden, Datuk Chang Ko Youn akan memangku jawatan selaku Presiden sehingga proses pemilihan parti pada 26 Oktober nanti.

Gerakan juga dijangka tidak akan meminta sebarang jawatan dalam Kabinet kali ini berikutan prestasi buruk mereka semasa Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 lalu.

Tsu Koon pernah berkhidmat sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang yang ke-3. Pada pilihan raya umum 2008, Tso Koon memutuskan untuk tidak bertanding bagi kerusi DUN, sebaliknya bertanding bagi kerusi Parlimen Batu Kawan.

Walau bagaimanapun, calon DAP, P Ramasamy, menewaskan Tsu Koon dalam perlawanan dua penjuru.
Beliau kemudian menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri bertanggungjawab atas portfolio perpaduan dan indeks prestasi.

Beliau tidak bertanding dalam PRU-13 yang lalu. Tsu Koon mengambil alih jawatan Presiden gerakan daripada mendiang Tan Sri Lim Keng Yaik. Sementara itu, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek turut mengumumkan akan meletak jawatan selaku Presiden MCA antara Jun hingga Disember tahun ini.

Beliau mengumumkan demikian selepas mesyuarat Majlis Presiden MCA sebentar tadi.
Semalam, sekumpulan veteran MCA telah sebulat suara mengeluarkan gesaan agar beliau berbuat demikian berikutan prestasi paling buruk dalam sejarah untuk MCA semasa PRU-13, Ahad lalu. - mynewshub.my

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

SENARAI POST TERKINI

RUANG PENGIKLANAN

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARI ARTIKEL BERKAITAN MASUKAN KATA KUNCI

Loading

GROUP NUMISMATIK JUALAN DAN BELIAN.


KLIK IMEJ UNTUK MENYERTAI!