Nuffnang dan No Copy Paste

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

18 Mei 2013

APA PERLU KITA MELETAKKAN TANDA TANYA (?) ATAU TANDA BACA ?


Ayat-ayat dalam bahasa Melayu boleh dibahagikan kepada empat jenis, iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seruan. Kali ini penulis lebih berminat untuk membicarakan "ayat tanya" atau "tanda tanya".

Ayat Tanya | Tanda Soal
1. Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal.
2. Terdapat dua jenis ayat tanya, iaitu ayat tanya tanpa kata tanya dan ayat tanya dengan kata tanya.
3. Tanda soal (?) diletakkan pada akhir ayat dalam tulisan.

(i) Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya
Ayat tanya tanpa kata tanya ialah ayat yang diucapkan dengan meninggikan nada suara pada akhir ayat penyata. Dalam tulisan, nada tanya ini ditandai dengan tanda soal (?).

1. Tanda baca ialah simbol atau tanda yang digunakan untuk memberi isyarat kepada pembaca supaya melakukan sesuatu dalam bacaan.

2. Ia diletakkan di tempat-tempat tertentu dalam ayat berdasarkan tujuan dan kesesuaiannya.
3. Tanda baca utama ialah : Tanda Noktah atau titik ( . ) Tanda koma ( , ) Tanda tanya atau soal ( ? ) Tanda seruan ( ! ) Tanda sempang atau sengkang ( - ) Tanda noktah bertindih ( : ) Tanda pengikat kata atau petik ( “ “ )

Tanda tanya atau tanda soal (?) ialah tanda baca yang biasanya terletak di akhir sesuatu ayat (menggantikan titik) dan digunakan apabila menulis soalan, untuk membuat pertanyaan, atau untuk meminta sesuatu.

Tanda Tanya (?)
Tanda tanya digunakan...

Contohnya
(a) pada akhir ayat tanya Bilakah adik kamu akan bersekolah?
(b) pada akhir ayat tanya sebelum tanda penutup kata (") "Apa yang kamu lihat?" tanya Ali.

Mungkin juga ayat tersebut merujuk pada satu pertanyaan pada sebuah ungkapan dan persoalan bagi pertanyaan dan kita inginkan akan jawapannya.

Paling penting tanda tanya atau tanda soal juga kita masih boleh berhelah dan berselindung dan tidak menuduh dan pasti lebih selamat didalam sebuah penulisan jika kita meletakkan tanda tanya di hujungnya.

Sebaiknya anda diluar sana bagus juga kalau membuat sebarang tajuk entri di blog (yang panas dan tidak pasti) meletakkan tanda tanya (?) bagi mengelakkan sebarang kemungkinan. Kerana ayat itu bukan satu yang pasti masih didalam ayat pertanyaan :)

AAP - Jadi tidak hairanlah kenapa ramai mereka yang menggunakan tanda tanya dikebanyakkan penulisan dan pada tajuk entri diblog ada tanda tanya dihujungnya :)

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum En Yassin,

    Keh rasalah kalau untuk ayat biasa2 aja tak perlu tanda tu semua. tapi kalau untuk tujuan formal tu lebih baik diguakan, keknya kalau dah biasa tu, jari jemari ni laju jee menekan tanda-tanda tu semua....hhehe...termasuklah dot dot ...ni hehe....

    BalasPadam

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

SENARAI POST TERKINI

RUANG PENGIKLANAN

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARI ARTIKEL BERKAITAN MASUKAN KATA KUNCI

Loading

GROUP NUMISMATIK JUALAN DAN BELIAN.


KLIK IMEJ UNTUK MENYERTAI!