Kod HTML Script No Copy Paste

UPDATE ENTRI TERKINI :

19 Apr 2013

SPR : AMBIL DUIT BALIK MENGUNDI BUKAN RASUAH ?

Tiada Elaun Perjalanan Disediakan Bagi Pengundi Pulang Ke Kawasan Mengundi - SPR

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak menyediakan elaun perjalanan untuk pengundi balik ke kawasan mengundi masing-masing, kata Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.
Beliau berkata SPR hanya menyediakan elaun kepada petugas SPR yang perlu bertugas pada hari pengundian berlangsung sahaja.

"Bila saya sebut petugas SPR itu bukan bermakna pegawai ataupun kakitangan SPR, tetapi mereka adalah kakitangan pejabat daerah, daripada Kementerian Pelajaran, majlis bandaraya yang mana mereka perlu bertugas pada hari mengundi dan masa-masa lain," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menjadi tetamu rancangan 'Momentum' kelolaan radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm) di sini, Rabu.

Abdul Aziz diminta mengulas persoalan oleh segelintir pihak sama ada pengundi yang bekerja di luar kawasan daftar pemilih diberikan elaun perjalanan sekiranya pulang ke kampung halaman untuk mengundi.
Katanya, perkara itu tidak perlu dijadikan alasan untuk tidak keluar mengundi kerana pengundi boleh menukar alamat dalam kad pengenalan sekiranya lebih tiga bulan bermastautin di sesuatu tempat berdasarkan undang-undang.

"Sepatutnya duduk di satu tempat lebih tiga bulan, bawah undang-undang pendaftaran boleh ubah alamat di kad pengenalan, tukar di JPN (Jabatan Pendaftaran Negara) apabila telah tukar bagi tahu secara rasmi pertukaran kepada SPR," katanya.

Mengulas mengenai wujudnya keadaan di mana parti politik menyediakan elaun kepada pengundi untuk balik mengundi, Abdul Aziz berkata elaun itu tidak akan dianggap rasuah sekiranya diberikan tanpa syarat.  "Saya telah bincang dengan Datuk Seri Abu Kassim Mohamed (Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) adakah ini berbentuk rasuah...tidak dengan syarat bila beri wang, tiket, elaun jangan beri sebarang syarat.

"Kalau bagi elaun ini lepas itu suruh pilih parti-parti tertentu, ini tidak boleh, (ia adalah) rasuah, saya tidak mahu ada kejadian membeli undi," katanya.-BERNAMA Sumber :  mStar

AAP - Pendek kata kalau ada yang memberi wang utk balik mengundi boleh sahaja :)

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

5 ulasan:

  1. rasuah terhormat tu... bagi ambik je

    BalasPadam
  2. Sapa yang sangat tak cerdik bagi tiket tapi tak paksa undi partinya.. hehehe.

    BalasPadam
  3. Nyanya betul tahun ni.. dah 10 tahun tinggalkan Senai dah dua kali tukar kad pengenalan dan alamat serta pindah rumah juga dah rasa mengundi yang lepas di Segamat tapi tahun ni kena balik semula ke Senai????? kat mana nak dapat modal balik???

    BalasPadam
  4. Nyanya betul tahun ni.. dah 10 tahun tinggalkan Senai dah dua kali tukar kad pengenalan dan alamat serta pindah rumah juga dah rasa mengundi yang lepas di Segamat tapi tahun ni kena balik semula ke Senai????? kat mana nak dapat modal balik???

    BalasPadam

Kongsi buah fikiran anda : PERINGATAN: Blog Aku Anak Pahang tidak bertanggungjawab terhadap mana-mana komentar yang diutarakan melalui laman blog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik blog. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

KLIK PERCUMA DAPATKAN INFO SELANJUTNYA.

SENARAI ENTRI TERKINI KLIK UNTUK MEMBACA :

RUJUK ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :