Nuffnang dan No Copy Paste

DAPATKAN INFO PERCUMA DARIPADA PENAJA KLIK IKLAN

UPDATE ENTRI TERKINI :

28 Apr 2013

“PAS BERKUASA KITA AKAN HANCUR” – NORMAN KRU

 
Kehangatan PRU ke-13 semakin dirasai. Sebentar tadi berlaku sedikit kekecohan di Twitter apabila Norman Abdul Halim membuat satu kenyataan melalui Twitter’nya bahawa jika PAS memimpin negara ini, industri filem dan muzik di Malaysia akan hancur. Kenyataan ini menimbulkan kemarahan banyak pihak yang menyangkal dakwaan tersebut sekeras-kerasnya.
Ramai yang berpandangan, sesiapa pun yang memerintah Malaysia, ianya tidak memberi kesan kepada industri filem dan muzik di Malaysia jika ianya benar-benar bagus. Penggiat filem dan muzik di Malaysia sepatutnya terus mencuba menghasilkan sesuatu yang bagus dan boleh dibanggakan bukan membabitkan siapapun yang memerintah negara ini.
Kita ambil satu contoh seperti Yuna yang kini sudahpun menempatkan namanya di US. Itu buktinya, kalau penghasilan industri yang berlaku di negara ini bagus, maka sesiapapun yang memerintah tidak akan memberi kesan melainkan kerana bakat anak seni itu sendiri. Pendek kata, kalau betul hebat dan berbakat tentu boleh pergi jauh. Bukan mencari salah pihak lain atas kekurangan diri kita sendiri.
Antara penggiat filem lain yang tampil memberikan pandangan neutral mereka adalah Ahmad Idham yang mengingatkan jatuh bangun industri di Malaysia tidak kena mengena dengan isu siapapun yang memerintah.
Hafiz Hamidun juga menempelak Norman dengan mengatakan bahawa isu tersebut tidak akan memberi kesan kepada industri. Apa yang sepatutnya dilakukan penggiat filem dan muzik di Malaysia adalah untuk terus menghasilkan buah tangan yang hebat untuk menarik kembali kepercayaan rakyat Malaysia kepada industri muzik dan terutamanya filem di negara ini.
Beberapa respon pengguna Twitter yang lain juga begitu lantang memberikan pandangan mereka akan isu yang dibangkitkan Norman ini.
Respon kami pula cukup mudah di mana menzahirkan setiap pandangan yang diberikan kepada Norman dalam satu ayat yang lebih ringkas dan cukup mudah difahami.
Apa pula pandangan anda berkenaan isu ini? Adakah jika negara ini dipimpin oleh PAS atau mana-mana parti selain kerajaan hari ini, ianya memberikan impak kepada industri filem dan muzik sedia ada? - Sumber Cari .com.my

** Setiap perbuatan itu ada balasanya, yang baik dibalas baik dan begitulah sebaliknya apa mahu takut :)

Wassalam, Wa'allahhualam.

3 ulasan:

  1. inilah asuhan BN, x percaya ALLAH yg memberi kita rezeki... seolah2 BN yg beri kita rezeki pulak...

    BalasPadam
  2. muzik dia berpaksikan yahudi..cube tengok cara pengarahan musik dan artis2 yg dikemukakan..hati kalau dah berkarat cam tu le...dah tak nampak kemurnian musik...

    BalasPadam

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

RUANG PENGIKLANAN

KLIK INFO PERCUMA DRP PENAJA IKLAN

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARIAN ARTIKEL BLOG AKU ANAK PAHANG

Loading

SEARCH GLOBAL BY GOOGLE WITH WEB

Memuatkan ...