Nuffnang dan No Copy Paste

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

4 Apr 2013

KAKITANGAN KERAJAAN UNDI PEMBANGKANG BOLEH KE?

Panas!! dah nak mengundi dan kempen-kempen terus berjalan dan hari mengundi sudah hampir tiba... macam-macam cerita ada cuma nawaitunya satu sahaja parti berkenaan mahukan kemenangan dan rakyatlah yang menentukan itu semua. Mungkin pelbagai gaya dan rupa akan kita jumpa tidak ketinggalan berbagai bentuk rupa, perkara yang kita temui bentuk hasutan, ancaman, pujukkan, pujian dan sebagainya.

Dalam pada begitu mungkin kita juga tidak mengetahui apa itu ARTIKEL 10 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Perkara 10. Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan.

(1) Tertakluk kepada Fasal (2), (3) dan (4)—

(a) tiap-tiap warganegara berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara;

(b) semua warganegara berhak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata;

(c) semua warganegara berhak untuk membentuk persatuan.

(2) Parlimen boleh melalui undang-undang mengenakan—

(a) ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (a) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, hubungan baik dengan negara-negara lain, ketenteraman awam atau prinsip moral dan sekatan-sekatan yang bertujuan untuk melindungi keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Undangan atau untuk membuat peruntukan menentang penghinaan mahkamah, fitnah, atau pengapian apa-apa kesalahan;

(b) ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (b) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persektuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam;

(c) ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (c) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, ketenteraman awam atau prinsip moral.

(3) Sekatan-sekatan ke atas hak untuk membentuk persatuan yang diberikan oleh perenggan (c) Fasal (1) boleh juga dikenakan oleh mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan perburuhan atau pendidikan.

(4) Pada mengenakan sekatan-sekatan demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam di bawah Fasal (2)(a), Parlimen boleh meluluskan undang-undang melarang dipersoalkan apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogatif yang ditetapkan atau dilindungi oleh peruntukan Bahagian III, Perkara 152, 153 atau 181 melainkan yang berhubungan dengan pelaksanaannya sebagaimana yang dinyatakan dalam undang-undang itu.



Penting ! Tak kira apa yang anda sokong Bulan, Dacing dan sebagainya. jangan sampai kita tidak bertegur siapa saling bermusuhan. Kita semua sekampung kekalkan kemuafakatan kita ini negara demokrasi. Realitinya terkadang kita orang dibawah tidak dapat apa-apa sangat... sudah bekelahi dan bermasam muka untuk apa?

AAP - Tepuk dada tanya iman... Mungkin yang bijak akan menipu dan kurang bijak akan tertipu.... Selamat mengundi!. Sumber gambar drp Facebook.


Wassalam, Wa'allahhualam.
 

3 ulasan:

  1. salam..
    boleh je Yassin..
    undi adalah rahsia..
    no siri katanya rahsia
    :)

    BalasPadam
  2. undi je mana yang suka , peduli kan no siri tu , nama pun negara demokrasi , kerajaan mana yang memerintah , aaa itu yang kita sokong ,

    BalasPadam

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

SENARAI POST TERKINI

RUANG PENGIKLANAN

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARI ARTIKEL BERKAITAN MASUKAN KATA KUNCI

Loading

GROUP NUMISMATIK JUALAN DAN BELIAN.


KLIK IMEJ UNTUK MENYERTAI!