Nuffnang dan No Copy Paste

DAPATKAN INFO PERCUMA DARIPADA PENAJA KLIK IKLAN

UPDATE ENTRI TERKINI :

20 Apr 2013

INFO PENGGUNAAN DAKWAT KEKAL BAGI PILAHANRAYA MALAYSIA

Dakwat pilihan raya atau dakwat kekal merujuk kepada dakwat atau pencelup separa-kekal yang ditanda pada (lazimnya) jari telunjuk pengundi semasa pilihan raya dengan tujuan mengelakkan penipuan pilihan raya seperti pengundian berganda. Ia digunakan secara meluas di negara dunia ketiga di mana dokumen pengenalan warganegara tidak terpiawai atau berinstitusi; yang lalu menjadikan pengesahan identiti pengundi tidak diperlukan.

"Dakwat kekal" (indelible ink) bererti "tidak dapat dihilangkan". Tanda dakwat kekal biasanya kalis air dan tahan selama beberapa hari, atau hampir seminggu. Tanda ini akan hilang apabila sel kulit lama mati dan digantikan dengan sel kulit baru, oleh itu sebarang tanda pada kutikel dijamin hilang dalam tempoh 2-3 minggu. Namiun begitu, sesetengah dakwat kekal memiliki jangka hayat simpanan yang pendek kerana pelarut yang digunakan cepat terpeluwap.

Penggunaan dakwat kekal dianggap tidak sempurna kerana ia boleh digunakan dalam penipuan pilihan raya dengan menanda penyokong parti lawan sebelum mereka berpeluang membuang undi. Selain itu, terdapat juga lapuran mengenai "dakwat kekal" boleh dicuci dengan peluntur daripada tangan pengundi.[2] Di Malaysia, dakwat kekal juga dikatakan mampu menghalang penyempurnaan wuduk bagi orang Islam yang memerlukan air wuduk rata ke seluruh bahagian tubuh yang dibasuh. Bagaimanapun, Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan selepas menguji dakwat terbabit memutuskan bahawa dakwat itu tidak mengandungi bahan-bahan najis yang diharamkan, tidak mendatangkan mudharat kepada kesihatan dan tidak menghalang air untuk sampai ke kulit apabila digunakan. Hukum dakwat kekal berasaskan argentum nitrat adalah harus dan dibenarkan. Sumber : ms.wikipedia.org

Selaras dengan keputusan Dewan Rakyat meluluskan syor-syor Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya pada 19 April 2012 yang lalu, SPR telah mendapatkan sampel dakwat kekal yang pernah diguna pakai oleh negara lain untuk diuji oleh Jabatan Kimia. Hasil ujian tersebut telah dibawa untuk pertimbangan Majlis Fatwa Kebangsaan bagi memastikan kandungan dakwat kekal tersebut tidak memberikan kemudaratan kepada pengundi-pengundi yang beragama Islam.

Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan pada 11 Januari 2012 telah memutuskan bahawa penggunaan dakwat kekal dalam pilihan raya adalah diharuskan. Manakala Kementerian Kesihatan Malaysia telah merumuskan bahawa bahan yang digunakan dalam dakwat kekal tidak memudaratkan kesihatan.Tujuan diperkenalkan penggunaan dakwat kekal adalah bagi menangani persepsi bahawa terdapat pengundi yang mengundi dua kali menggunakan kad pengenalan yang berlainan. Dengan tanda yang kekal pada jari, ia menandakan beliau telahpun diberikan kertas undi dan hanya boleh mengundi sekali sahaja. Dakwat tersebut juga disediakan dalam dua warna yang berbeza bagi membezakan pengundi yang mengundi awal dan yang mengundi pada hari pengundian biasa.

Dakwat kekal akan dicalitkan di atas permukaan atas jari telunjuk kiri pengundi sehingga meliputi kuku dan ke bawah. Sekiranya tiada jari telunjuk, dakwat akan dicalitkan di atas mana-mana jari tangan kiri. Sekiranya tiada tangan kiri, dakwat akan dicalit pada mana-mana jari tangan kanan. Sekiranya pengundi tiada tangan, maka dakwat kekal akan dicalitkan pada lengan pengundi di bahagian yang mudah dilihat.Adalah diharapkan penggunaan dakwat kekal ini dapat menambah keyakinan orang ramai terutamanya masyarakat pengundi terhadap ketelusan proses pengundian. - Sumber Google

PESANAN INI DI SUNTING DRP FACEBOOK : JIKA ADA PIHAK YANG DATANG KE TEMPAT ANDA DAN MEMBERITAHU INGIN MEMBUAT DEMONSTRASI DAKWAT KEKAL SEBELUM PENGUNDIAN PRU13 PASTI KAN ANDA MENOLAK DAN MELAPORKAN KEPADA PIHAK BERWAJIB. USAHA INI AKAN MENYEBABKAN ANDA TIDAK BOLEH MENGUNDI KERANA CALITAN DAKWAT KEKAL MELEKAT DI JARI SELAMA SEMINGGU... HARAP MAKLUM.
 
Wassalam, Wa'allahhualam.
 

2 ulasan:

  1. jomlah ramai2 pergi mengundi.
    semoga malaysia maju aman damai bersaing.

    BalasPadam

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

RUANG PENGIKLANAN

KLIK INFO PERCUMA DRP PENAJA IKLAN

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARIAN ARTIKEL BLOG AKU ANAK PAHANG

Loading

SEARCH GLOBAL BY GOOGLE WITH WEB

Memuatkan ...