Nuffnang dan No Copy Paste

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

12 Mac 2013

PENGANTIN BARU DAHULU VS PENGANTIN BARU SEKARANG

Gamaknya masa merubah segalanya... kita bagaikan sudah hilang adat dan adab. Bak kata pepatah "biar mati anak jangan mati adat" itu perumpamaan orang dahulu, nak membayangkan betapa pentingnya adat dan adab itu. Hari ini ada juga yang berkata "kalau mati anak siapa nak sambung adat ?" Sudah adat melarat macam budak tiada ber mak bapak.

Ini cerita dahulu, tahun 80an masa akad nikah, pengantin perempuan duduk dalam bilik intai ikut celah langsir nak tengok suami dia lafaz akad nikah. Tahun 90an, pengantin perempuan dah duduk luar bilik, tersengih di tepi pintu bilik nak kasi tau yang dia lah pengantin perempuan. Tahun 2000 milenium, pengantin perempuan dah datang dekat pengantin lelaki. Ada yang duduk tepi tok imam sampai meleleh air liur tok imam tengok pengantin perempuan comel sangat sebab makeup tebal dengan bermacam-macam warna silap-silap pakai baju jarang-jarang. Macam gambar kat bawah nie :
Gambar sekadar hiasan
Memanglah kamu nak bernikah tapi yang lafaz akad nikahnya pengantin lelaki, bukan pengantin perempuan. Sebab kebiasaan pengantin perempuan makeup nya lebih dari biasa, maka elok lah duduk dalam bilik saja, biar nampak sikit-sikit saja cukuplah. Kata Ustaz Azhar Idrus
 Apa tak kerayan (kacau bilau) Tok imam kalau terjumpa dengan situasi seumpama ini. Gambar sekadar hiasan
Gamaknya kalau dizaman ini (seperti gambar diatas ) sungguh pun mereka kurang ilmu pengetahuan tapi dipenuhi dengan adat. Berbanding di hari ini ada ilmu tapi langsung hilang tiada adab dan adat. Sebaiknya di hari ini kita gabungkan keduanya Ilmu, adat dan adab itu lebih sempurna. Moralnya adat yang baik perlu kita amalkan.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

6 ulasan:

  1. salam..
    zaman ler nih nak menikah
    kena belanja besar weh..
    apa pun yang halal nape
    nak di payahkan ye dok?

    BalasPadam
  2. terus pitam tengok tali bra kaler hitam. terus macam nak belasah je mana2 kenalan perempuan yang nak pakai macam tu. dah takde kemaluan ke....

    BalasPadam
  3. dahlah pakai gitu buat pulak akad kat dalam masjid, geram nak halau je...

    BalasPadam
  4. Salam encik Yassin.. alahaiii tengok gmbar kedua tu diri saya rasa malu plak.. huhuu.. betul la skrg ni dah tak rasa segan ngan pasangan masing2.. ada tu siap duk atas pelamin masa majlis akad nikah.. jadi tatapan org ramai.. tapi yang musykilnya, ada sesetengah tok imam/tok kadi sndiri panggil pengantin perempuan duk sebelah pengantin lelaki..

    BalasPadam
  5. haha..mcm mana la perkahwinan nak berkat,kalau nak ngadap tok imam pun pakai tak cukup kain..

    saya dulu tak dgr pun suami lafaz akad,dok dlm bilik hehe

    BalasPadam
  6. terang mata tok kadi hehehe..

    BalasPadam

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

SENARAI POST TERKINI

RUANG PENGIKLANAN

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARI ARTIKEL BERKAITAN MASUKAN KATA KUNCI

Loading

GROUP NUMISMATIK JUALAN DAN BELIAN.


KLIK IMEJ UNTUK MENYERTAI!