Nuffnang dan No Copy Paste

DAPATKAN INFO PERCUMA DARIPADA PENAJA KLIK IKLAN

UPDATE ENTRI TERKINI :

9 Mac 2013

INFO : BATU NISAN LEPER UNTUK PEREMPUAN | BULAT UNTUK LELAKI.

Batu nisan adalah penanda kubur yang biasanya dibuat daripada batu. Biasanya, batu tersebut ditulis dengan nama orang yang dikebumikan, tarikh lahir dan tarikh kematian. Batu nisan mempunyai pelbagai bentuk dan rupa bergantuk kepada kebudayaan dan kefahaman. Tidak semua perkuburan diletakkan batu penanda kerana ketika dahulu, sesetengah masyarakat meletakkan rumah, bangunan, kayu penanda ataupun pokok. Perletakan batu penanda juga mengikut kemewahan atau status seseorang. Catatan pada batu nisan berguna bagi ahli sejarah dan ahli salasilah. Kini, terdapat batu nisan yang memaparkan berbagai gaya dan rupa.

Di perkuburan Islam, bentuk batu nisan kadang-kala menggambarkan sama ada arwah (si mati) dahulunya merupakan lelaki atau perempuan. Secara tradisi kaum Melayu, untuk orang lelaki, batu nisannya berbentuk bulat,  manakala bagi wanita, batu nisannya berbentuk bersegi-segi atau leper.

 Gambar sekadar hiasan

Walau bagaimanapun, tidak semua batu nisan mengikut aturan ini. Namun perkara ini amat penting untuk kita dijadikan pengetahuan bersama. Antara lain memudahkan kita untuk mengenali pemilik kubur tersebut. Milik seorang lelaki atau perempuan. Jangan sampai kita tidak mengetahui tradisi ini.

AAP - Sekadar untuk pengetahuan bersama dan tidaklah menjadi satu kesalahan jika tersalah meletakkanya. Cuma daripada segi adab dan tradisinya sahaja tidak memenuhi kehendaknya. Pasti didalam sesuatu adab dan tradisi itu tersimpan kelebihannya yang mana mungkin tidak kita ketahui.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

RUANG PENGIKLANAN

KLIK INFO PERCUMA DRP PENAJA IKLAN

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARIAN ARTIKEL BLOG AKU ANAK PAHANG

Loading

SEARCH GLOBAL BY GOOGLE WITH WEB

Memuatkan ...