Nuffnang dan No Copy Paste

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

4 Mac 2013

FAKTA : SIAPA SEBENAR KESULTANAN SULU?

 Jamalul Kiram III
KESULTANAN Sulu adalah sistem monarki tradisional Islam orang-orang Tausug yang meliputi wilayah Basilan, Palawan, Sulu dan Tawi-Tawi di Filipina iaitu Wilayah Autonomi Islam Mindanao (ARMM) dan bahagian timur Sabah.

Ia diasaskan pada tahun 1457 oleh ulamak bernama Sharif Abu Bakar, yang menyandang gelaran Sultan Shariful Hashim selepas mengahwini Paramisuli iaitu seorang puteri tempatan.

Beliau kemudiannya memperkenalkan Kod Undang-undang Sulu (Diwan) pertama berdasarkan al-Quran, dan memperkenalkan institusi politik Islam serta penyatuan Islam sebagai agama rasmi negara. Pada 1675, setelah tentera Sulu berjaya menyelesaikan perang saudara di Brunei, Sultan Sulu dihadiahkan dengan Borneo Utara (kini timur Sabah).

Bagaimanapun pada 1878, Sultan Sulu memajak Borneo Utara kepada Eropah.

Perjanjian itu menyatakan bahawa pajakan adalah kehendak sendiri dan ia sah sehingga akhir zaman. Kesultanan Sulu menerima pembayaran serahan tahunan bersamaan dengan 5,000 dolar Malaya, yang kemudiannya meningkat kepada 5,300 dolar Malaya pada 1903. Borneo Utara berada di bawah naungan British dari akhir abad ke-19.

Kawasan berkenaan mendapat tempoh singkat kemerdekaan sebelum menjadi sebahagian daripada Persekutuan Malaysia pada tahun 1963.

Sejak itu Malaysia membayar RM5,300 sebagai bayaran serahan setiap tahun kepada Kesultanan Sulu. Keturunan bekas Sultan Sulu tidak merebut kembali wilayah berkenaan, sebaliknya bersetuju untuk menerima pembayaran serahan berdasarkan perkiraan sebelumnya. Keadaan ini berlanjutan sehingga beberapa minggu yang lalu.

Kesultanan Sulu kemudiannya berada di bawah kawalan Sepanyol tetapi pada 1885 mereka menandatangani Protokol Madrid dengan Britain dan Jerman bagi melepaskan apa-apa tuntutan ke atas Borneo Utara.

Kesultanan itu berakhir apabila Sultan Jamalul Kiram II menandatangani Perjanjian Carpenter pada 22 Mac 1915, di mana dia menyerahkan semua kuasa politik kepada Amerika Syarikat.

Filipina, bagaimanapun terus mengiktiraf Kesultanan Sulu sebagai sebuah entiti berdaulat sehingga kematian Sultan Mohd Mahakuttah A. Kiram pada tahun 1986. Kini terdapat sekurang-kurangnya 11 pihak menuntut gelaran Sultan Sulu, termasuk Sultan Jamalul Kiram III. Sumber : http://mstar.com.my

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

3 ulasan:

  1. macam2 dunia sekarang kan...bertahun-tahun isu nie kembali balik...motif untuk apa...memecah kaum atau sebaliknya... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul kita (rakyat) juga yang keliru.

      Padam
  2. what if, ini adalah cara kerajaan filipina menyingkirkan umat islam dari negara mereka? hasut kerajaan sulu supaya berkobar-kobar untuk menuntut hak yang bukan lagi kepunyaan mereka, dan secara senyap-senyap membekalkan senjata, lalu akhirnya, kita (Malaysia) menyerang saudara se-Islam kita yang lain, yang sudah terlalu keliru dengan suapan maklumat dari pihak sana. akhirnya, yang rugi adalah umat Islam kita sendiri. ini cuma pandangan peribadi saya, mungkin benar, mungkin tidak.


    Wallahualam.

    BalasPadam

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

SENARAI POST TERKINI

RUANG PENGIKLANAN

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARI ARTIKEL BERKAITAN MASUKAN KATA KUNCI

Loading

GROUP NUMISMATIK JUALAN DAN BELIAN.


KLIK IMEJ UNTUK MENYERTAI!