Kod HTML Script No Copy Paste

UPDATE ENTRI TERKINI :

17 Feb 2013

KOLEKSI GAMBAR PAHLAWAN DAN PAWANG PAHANG

Haji Pawang Nong Taib Bin Santan
 
Pawang Haji Mohammad Bin Mukim Sam

Wajah-wajah diatas adalah diantara mereka-mereka yang sangat hebat dan tersohor didalam sejarahnya. Mereka  juga terkenal sebagai Pahlawan dan Pawang terkenal di Pahang di suatu ketika dahulu. Pastinya bukan sahaja tersohor,  mereka-mereka juga mempunyai kelebihan serta kehebatan Ilmu kebatinan serta kepandaian di dalam perubatan tradisinol melayu ( Pahlawan Pawang atau Bomoh yang tersohor) dan sebagainya.

Pasti mereka yang terdahulu amat mengenali mereka ini. Kerana mereka telah banyak berkorban dan memberikan sumbangan bakti pada seluruh masyarakat setempat. Dan nama-nama mereka terus gah dipersada dan tetap dikenang. Walaupun sudah tiada.  Adalah difahamkan mereka diatas ini mempunyai ikatan persaudaraan dan memiliki kehebatan yang tiada galang gantinya. Alfatihah buat mereka yang telah banyak berjasa dan berbakti pada daerah dan negeri ini.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

4 ulasan:

  1. Al Fatihah utk Aki-Aki semua
    yg byk menabur jasa utk kesenangan anak cucu masa kini..

    BalasPadam
  2. Arwah ayah saya Hj. Busu seorang pengamal perubatan, masa kecil seusia 3 hingga 5 tahun, arwah ayah sering membawa saya ke rumah
    arwah Hj. Pawang Nong di kg. ulu cheka sambil berguru ilmu perubatan
    di sana. Saya telah dijadikan anak angkat arwah Hj. Pawang Nong...kebetulan pula di Ulu Cheka ada saudara belah arwah ibu saya ..arwah Aki Dollah kancil.... terima kasih kepada admin AAP kerana menyiarkan wajah ayah angkat saya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin masih terdapat mereka yang setara dgn mereka diatas drp kampung lainnya... atau sekampung dgn mereka. Cuma penulis tidak mendapat nama sebenar , gambar dan info yang jelas drp mereka. Jika anda diluar sana ada info dan gambarnya boleh dikongsikan sama dgn kami disini terima kasih.

      Padam
    2. saya cicit aki dollah kancil-

      Padam

Kongsi buah fikiran anda : PERINGATAN: Blog Aku Anak Pahang tidak bertanggungjawab terhadap mana-mana komentar yang diutarakan melalui laman blog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik blog. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

KLIK PERCUMA DAPATKAN INFO SELANJUTNYA.

SENARAI ENTRI TERKINI :

RUJUK ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :