Kod HTML Script No Copy Paste

UPDATE ENTRI TERKINI :

18 Feb 2013

TERKINI GAMBAR DAN VIDEO KES PENDERAAN BAYI OLEH AMAH DI KUANTAN.

PILU… Nina Suraya, 24, mengenangkan nasib anaknya Mohamed Hareez empat bulan yang didera pembantu rumah ketika tinjauan fotoBernama di Kuantan, hari ini. Menurut Nina anaknya Hareez yang dahulu aktif sekarang hanya banyak tidur selepas dilambung di ruang tamu sehingga terjatuh oleh pembantu rumah yang baru bekerja satu hari di rumahnya di Bukit Setongkol semalam. Pembantu rumah berusia 24 tahun itu disiasat mengikut seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2010. - BERNAMA Saksikan video penuh dibawah ini :
Seorang pembantu warga Indonesia ditahan reman sehingga esok bagi membantu siasatan berhubung kes seorang bayi berusia empat bulan yang cedera akibat dilambung.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Supt Aziz Ahmad berkata pembantu rumah berusia 24 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2010.

"Suspek ditahan sejak 15 Februari lepas. Pihak polis masih menunggu laporan lengkap daripada pihak Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan berhubung keadaan bayi lelaki berkenaan," katanya kepada Bernama hari ini.

Pada 15 Februari lepas, bapa bayi itu yang berusia 42 tahun membuat laporan polis berhubung kejadian pembantu rumahnya yang bertindak melambung bayinya di ruang tamu sehingga terjatuh dan mengalami lebam-lebam di tangan dan cedera di kaki kiri.

Lelaki berkenaan melihat kejadian itu menerusi rakaman kamera litar tertutup melalui komputer riba semasa minum pagi di sebuah restoran pada 7.45 pagi.

Lelaki berkenaan bergegas pulang ke rumahnya di Bukit Setongkol dan membawa bayinya ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.Bayi itu kini dirawat di hospital berkenaan dan dilapor dalam keadaan stabil. - BERNAMA

AAP - Saranan pada mereka yang berkeinginan untuk mengambil pengasuh anak-anak lebih berwaspada perlu selidiklah terlebih dahulu latar belakang mereka. Supaya tidak berulangnya perkara yang sama kesian dan simpati terhadap anak-anak. 

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

3 ulasan:

  1. aduhhh macam tu lah
    kena lebih hati2 ..
    aak rasa pekerja nie mental

    BalasPadam
    Balasan
    1. Gamaknya mungkin kut budak indon tu sakit mental....

      Padam
  2. rasanya lepas2 ni kena check mental orang yang nak jadi pengasuh anak ni.. ye la dah bayar mahal kan..tak salah rasanya sekalikan dengan medical check up..

    BalasPadam

PERINGATAN: Blog Aku Anak Pahang tidak bertanggungjawab terhadap mana-mana komentar yang diutarakan melalui laman blog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik blog. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

KLIK PERCUMA DAPATKAN INFO SELANJUTNYA.

SENARAI ENTRI TERKINI :

RUJUK ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :