[ UPDATE ENTRI TERKINI : AKU ANAK PAHANG ]

8 Feb 2013

Tabung Haji Umum Bonus 8 Peratus Tahun Kewangan 2012

Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan pengagihan Bonus Jubli Emas Tabung Haji 2012 sebanyak lapan peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012 kepada 8.2 juta pendeposit mereka.

Pemberian bonus tersebut yang merupakan tertinggi sepanjang 50 tahun penubuhan TH itu merangkumi kadar bonus tahunan sebanyak 6.5 peratus dan tambahan bonus khas sebanyak 1.5 peratus.

Pendeposit boleh mengemas kini akaun masing-masing melalui kaunter-kaunter TH dan rakan-rakan strategik TH iaitu Bank Islam Malaysia Bhd. (Bank Islam), Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd. (Bank Rakyat) dan Maybank Islamic Bhd. (Maybank Islamic) mulai 10 Februari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, jumlah keseluruhan pemberian bonus itu adalah sebanyak RM2.46 bilion iaitu RM2.13 bilion untuk bonus tahunan dan RM325 juta bagi bonus khas.

“Bayaran bonus tahunan tersebut merupakan peningkatan sebanyak 27 peratus berbanding RM1.68 bilion yang diagihkan pada tahun 2011,” katanya kepada media selepas majlis pengumuman Bonus Jubli Emas TH 2012 di sini semalam. Sumber Kosmo.

AAP- Lebat juga gayanya :)

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

3 ulasan:

  1. salam..
    ermm..paling tinggi sejak 5o tahun?
    jangan alasan dekat nak PRU 13 tetiba
    tinggi pula kadarnya yak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wmsalam...
      Jangan ada udang sebalik batu yak :)

      Padam
  2. Bersangka baik la... Jangan la semua isu nak dipolitikkan... :)

    Kalau banyak menyimpan, lebat la.. Kalau sikit menyimpan, dapat la sikit.. Apapun, alhamdulillah atas rezeki tu..

    BalasPadam

Kongsikan pandangan anda disini :

KLIK PERCUMA DAPATKAN INFO SELANJUTNYA.

KLIK DAN DAPATKAN INFO SELANJUTNYA!
Temui Kami di Facebook Group Warna Warni Jerantut

SENARAI ENTRI TERKINI DAN POPULAR :

ARKIB ENTRY BLOG AKU ANAK PAHANG

KOMEN TERKINI

CARIAN ARTIKEL BLOG AKU ANAK PAHANG

Loading