UPDATE ENTRI TERKINI : AKU ANAK PAHANG

21 Feb 2013

KISAH DISEBALIK KONTROVERSI PUTUS TUNANG FIZZ FAIRUZ

Lanjutan daripada kisah bertunang dengan isteri orang "FIZZ FAIRUZ PUTUS TUNANG  DENGAN ISTERI ORANG"  Jangan salahkan Fizz dalam hal ini kerana dia mangsa penganiayaan dan penipuan.

“Saya cukup mengenali wanita itu kerana dia isteri yang ‘sakit’ selepas lapan bulan hilang ingatan,” kata suami kepada bekas tunangan pelakon, Fizz Fairuz, 34, yang hanya mahu dikenali sebagai Ramli (bukan nama sebenar), 40-an. Itu permintaan Ramli kepada masyarakat agar tidak terus menyalahkan Fizz selepas kecewa tindakan ‘malu’ isteri keduanya yang menipu aktor terbabit sehingga mengadakan majlis pertunangan secara diam dengan pelakon itu, 10 Februari lalu.

Semalam media melaporkan Fizz Fairuz berasa tertipu dengan tindakan seorang wanita berusia 26 tahun yang mengakui dirinya belum berkahwin sebelum mereka bertunang di Kuantan, Pahang. Namun, selepas empat hari bertunang, barulah Fizz mengetahui tunangnya itu isteri orang setelah dimaklumkan kawan kepada adik wanita itu lalu terus memutuskan hubungannya, Ahad lalu. Ramli berkata, punca isterinya bertindak demikian adalah kerana kesunyian berikutan kurang diberi perhatian selepas mereka bernikah di selatan Thailand beberapa tahun lalu.

“Wanita itu isteri kedua dan diakui ia adalah kesilapan saya kerana bernikah dengannya tanpa memaklumkan kepada isteri pertama serta keluarganya (keluarga isteri kedua). “Namun tidak disangka, perkahwinan di Thailand memberi kesan negatif kepada Fizz, sekali gus memburukkan namanya,” katanya memaklumkan sudah berjumpa pelakon itu di Subang Jaya, Sabtu lalu dan menceritakan segala-galanya.

Menurut sumber, selepas berkahwin, pasangan itu tidak mendaftarkan perkahwinan mereka di mana-mana pejabat agama dalam negara. Ramli juga memberitahu, walaupun bergelar suami isteri, dia jarang berjumpa wanita itu selepas bimbang perkahwinan mereka diketahui isteri pertama. “Saya tetap membayar nafkah, menyediakan pakaian, tempat tinggal serta kenderaan kepada dia walaupun saya sentiasa sibuk,” katanya memaklumkan hanya berjumpa wanita itu beberapa kali dalam sebulan.

Menceritakan percintaan bersama Fizz, Ramli berkata, isterinya menggunakan telefon bimbit miliknya untuk berkomunikasi termasuk mengadakan temujanji untuk keluar bersama. “Saya tidak meletakkan kesalahan itu ke atas Fizz kerana sepanjang perkenalan mereka, dia ditipu kononnya isteri saya belum berkahwin sehinggalah majlis pertunangan diatur,” katanya. Kata Ramli, keluarga wanita itu turut tidak mengetahui kedudukan sebenar kerana isterinya tidak pernah memaklumkan mengenai perkahwinan mereka. Menurutnya, wanita itu kini masih isterinya yang sah biarpun perkahwinan di Thailand tidak didaftarkan. -Info Artis @ forblogger.net

Sunyilah gamaknya si isteri itu bagaikan bergantung tak bertali, simpati kepada mereka bertiga.... sampai boleh hilang ingatan si isteri... gamaknya siapa nak disalahkan?

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

2 ulasan:

  1. moralnya kalau dah bernikah kenalah beritau isteri pertama dan daftar nikah dipejabat agama

    BalasPadam

PERINGATAN: Blog Aku Anak Pahang tidak bertanggungjawab terhadap mana-mana komentar yang diutarakan melalui laman blog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik blog. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

KLIK PERCUMA DAPATKAN INFO SELANJUTNYA.

SENARAI ENTRI TERKINI :

RUJUK ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :