Kod HTML Script No Copy Paste

UPDATE ENTRI TERKINI :

22 Jan 2013

INFORMASI ASAL USUL ZIP YKK

Pada tahun 1932, Tadao Yoshida yang berusia 24 tahun bekerja di sebuah syarikat yang menghasilkan zip dan selepas itu majikannya telah jatuh bankrap. Pada tahun 1934 Tadao Yoshida mengasaskan sendiri Syarikat YKK ini di Nihonbashi, Tokyo. Pada awal penciptaan zip, ia telah dipanggil "clasp locker" . Ia telah direka pada 1891 oleh Whitcomb L Judson. Kemudian, pada 1913, Gideon Sundback Sweden mengubahsuai zip "clasp locker" dan menggunakan gigi logam lalu terciptalah zip seperti yang kita lihat hari ini, dan tercipta ia pada 1917. Hari ini, terdapat juga zip yang dibuat daripada plastik. Singkatan YKK merupakan kepanjangan dari Yoshida Kogyo Kabushikikaisha . Tadao Yoshida mendirikan Yoshida Kogyo Kabushikikaisha iaitu nama penuh kilang YKK pada tahun 1934.
TADAO YOSHIDA 
 YKK bermaksud Yoshida Kogyo Kabushikikaisha (吉田工業株式会社).

YKK menjalankan perniagaan di Jepun, Asia, Amerika Syarikat dan Brazil. Sistem pengeluarannya memiliki produk yang dibangunkan untuk memenuhi keperluan pasaran yang tepat dan menyampaikan tahap kualiti yang dipercayai di seluruh dunia. Jenama YKK adalah bertujuan untuk meningkatkan nilai barangan yang menawarkan kualiti, kepelbagaian dan keunikan, berdasarkan pelbagai pengetahuan bagaimana ia telah terkumpul melalui projek-projek utama di seluruh dunia. Pelanggan-pelanggan sedia tahu mereka boleh bergantung kepada YKK untuk pembuatan berkualiti tinggi. Jenama YKK biasanya dijumpai dalam barangan :

* Pakaian
* Perabot
* Beg
* Peralatan Sukan

Syarikat ini iaitu kilang membuat zip kini terulung di dunia, beliau membuat kira-kira 90% daripada semua zip iaitu lebih kurang 206 kilang di 52 buah negara. Mereka bukan sahaja membuat zip malah mereka membuat mesin untuk membuat zip. Kilang terbesar mereka adlah di Georgia iaitu membuat lebih 7 juta zip setipa hari.

Kumpulan YKK juga mengilang produk lain seperti butang-butang, produk seni bina, dan juga mesin industri. Syarikat Yosida zip berpegang kepada satu prinsip iaitu "Kitaran Kebaikan yang bermaksud, tidak berjaya seseorang itu melainkan jika dia menjadikan manfaat kepada orang lain". Menggunakan prinsip ini, beliau berusaha untuk mewujudkan produk terbaik diluar sana.

90% zip kat dunia ni adalah buatan YKK di 206 kilang dan 52 negara.

YKK bukan sahaja buat zip tapi juga mencipta mesin pembuat zip. Kilang terbesarnya terletak di Georgia, USA. YKK juga menceburi bidang pertanian dan pembuatan. Sumber Asal : Forum Cari.com.my

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

1 ulasan:

Kongsi buah fikiran anda : PERINGATAN: Blog Aku Anak Pahang tidak bertanggungjawab terhadap mana-mana komentar yang diutarakan melalui laman blog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik blog. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

KLIK PERCUMA DAPATKAN INFO SELANJUTNYA.

SENARAI ENTRI TERKINI KLIK UNTUK MEMBACA :

RUJUK ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :