Nuffnang dan No Copy Paste

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

20 Jan 2013

AL-FATIHAH DATUK MOHD KHAIRUDDIN KAWI

Datuk Mohd Khairuddin Mohd Kawi adalah Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Pahang dan Bekas YB Jerantut, telah meninggal pagi tadi dan dikebumikan dihari ini sebelum zohor 20.01.2013. Beliau juga adalah diantara tokoh Pejuang Kemerdekaan bersama Tun Razak.
Video diatas kredit kepada : http://cikguadammela.blogspot.com
 
Sumber gambar daripada Facebook

Bekas speaker Dun Pahang, Datuk Mohd Khairuddin Mohd Kawi meninggal dunia disebabkan sakit tua pada usia 85 tahun di Hospital Jerantut pada jam 4.30 pagi semalam.

Mohd Khairuddin menghembuskan nafas terakhir di sisi isteri, Datin Zainah Razak, 55, dan empat anaknya.

Allahyarham yang dikenali sebagai tokoh politik, budaya dan penulis di Pahang sebelum ini dikurniakan anugerah Dato’ Kurnia Budiman daripada kerajaan negeri.

Mohd Khairuddin dilahirkan pada 3 Ogos 1928, menerima pendidikan awalnya di Kuala Lipis sebelum menyambung ke peringkat pendidikan Inggeris di Sekolah Clifford sehingga lulus Senior Cambridge.

Langkahnya dalam politik bermula pada 1951 apabila beliau mula berdamping dengan Tun Abdul Razak di Kuala Lipis ketika Tun dilantik sebagai Ahli Mesyuarat Kerajaan Persekutuan dan Ketua Pemuda Umno Malaya.

Beliau berkecimpung dalam arena politik dan wakil rakyat selama lima penggal bermula 1955 apabila menjadi calon Umno ketika berusia 27 tahun serta memenangi kerusi kawasan Lipis Barat Daya pada Pilihan Raya Persekutuan Tanah Melayu yang pertama.

Seterusnya, Allahyarham dipilih menjadi wakil rakyat Umno dari 1959, 1964, 1969, 1974 sehingga 1978 di kawasan Lipis dan Jerantut.

Selepas memenangi pilihan raya Dun Kawasan Jerantut pada 1978, Allahyarham dilantik sebagai Speaker (Yang Di Pertua) Dun Pahang yang pertama ketika berusia 42 tahun. - Sumber Berita :  Sinar Harian

Al-Fatihah dan takziah daripada kami : akuanakpahang

Wassalam,Wa'allahhualam.  
 

1 ulasan:

  1. Sallam,

    Al Fatihah dan Takziah kepada keluarga,
    Semuga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan
    bersama-sama orang yang soleh.

    BalasPadam

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

SENARAI POST TERKINI

RUANG PENGIKLANAN

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARI ARTIKEL BERKAITAN MASUKAN KATA KUNCI

Loading

GROUP NUMISMATIK JUALAN DAN BELIAN.


KLIK IMEJ UNTUK MENYERTAI!