UPDATE ENTRI TERKINI : AKU ANAK PAHANG

31 Dis 2012

AKSI BUDAK PEREMPUAN WILLY MOTOR !

  Amacam hebat tak kita orang? wa boleh bikin beb !!

Adus... ingat budak jantan aje yang suka buat kerja macam nie.... rupanya geng pompuan pun buat sama :(  Semakin berat juga budaya merempit dan meng willy kan motor ini didalam kehidupan masyarakat anak melayu kita :(

AAP - Tertanya juga apa hebat dan sedapnya buat keje willy motor nie? rasanya kepandaian yang tidak boleh dibawak kemana :( silap-silap boleh dapat sakit aje dan memunahkan motor aje :(

Sumber Gambar : by Facebook

Wassalam, Wa'allahhualam.

GAMBAR : WANITA INDIA MANGSA ROGOL RAMAI-RAMAI DI DELHI

 Ini adalah wajah wanita tersebut. Mangsa rogol geng Delhi, Nirbhaya meninggal dunia di Singapura :-(

Salute untuk Girl Berani. Kita akan sentiasa ingat kesakitan anda, Perjuangan dan Keberanian. Anda mengajar kita bagaimana untuk melawan kembali untuk Hak dan Keadilan. Anda telah memperoleh Hormat kami. Rehat Hero kami dalam keamanan dan boleh Tuhan boleh memberi kekuatan keluarganya. RIP :-(


Cerita dan pautan lain kat sini
http://www.gempak.org/forum/showthre...619&highlight= dan sini http://mstar.com.my/berita/luar_nega...ar_luar_negara

U/p : Perempuan ini adalah pelajar perubatan pergi tengok wayang kalau tak silap dengan kawan laki de 2orang je..balik naik bas kene rogol ngan lelaki reramai dalam bas..kawan laki de lak kene bantai ngan besi.pmpuan tu lak pas kene rogol kene bantai gak ngan besi..las2 dua org mangsa ni kene campak keluar dari bas mase bas bergerak laju...huhu.1 india mengamuk n wat demo sebb kes ni..sebb kat india ramai pmpuan kene rogol.

Sumber :Gempak.org

AAP - Simpati dengan kes seumpama ini.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

30 Dis 2012

TREND BARU DUNIA LELONG DARA DAN KEPERAWANAN !

Dunia diakhir zaman bila dara sudah boleh dijual beli dan ditawarkan dengan harga jutaan ringgit. Pasti tanpa kita sedar ini adalah satu perbuatan zina yang dirancang dengan cara terang-terangan. Setakat ini yang di ketahui belum ada umat islam yang berbuat sedemikian. Seiring perkembangan zaman, budaya menjaga keperawanan yang sangat dijunjung tinggi, terutama oleh orang timur pun mulai pudar seumpama terhakis dengan kisah seumpama ini. Dan tidak sedikit para wanita yang melepaskan daranya atas dasar cinta semata-mata.


Bermula daripada seorang model dari Peru, salah satu pelopor trend lelong keperawanan pada 2005 lalu. Ketika itu Yataco, yang masih berusia 18 tahun, memerlukan wang untuk kos perubatan ibunya, dan menyara adiknya.

Adalah seorang lelaki Kanada yang menawar keperawanan Yataco dengan harga US $ 1.5 jutaNamun, Yataco akhirnya mengundurkan diri dari lelongan tersebut.

Setelah itu, banyak wanita dunia yang mengikuti jejaknya untuk melelong keperawanan mereka dengan pelbagai macam alasan. Seperti nama-nama berikut ini.


Natalie Dylan  
Sekitar September 2008, wanita ini melelong keperawanannya pada siapa saja lelaki yang berjaya. Lebih dari 10,000 lelaki menawar keperawanannya Natalie Dylan yang dipaut US $ 3.8 juta.

Dan lelaki yang 'berjaya' mendapatkan keperawanan gadis yang ketika itu memerlukan bayaran untuk kuliahnya adalah Dennis Hof, seorang pemilik penternakan arnab dari Nevada.

Simpang siur berita yang beredar soal harga pasti perawan Natalie. Untuk mendapatkan keperawanan gadis berusia 22 tahun ini, dikhabarkan bahawa Hof hanya membayar US $ 250 ribu.


Ungirl
Dengan nama samaran 'Ungirl', seorang gadis berusia 19 tahun dari New Zealand memberanikan diri mengikuti jejak Natalie Dylan melelong keperawanannya.

Ada sekitar 1,200 tawaran yang masuk, sebelum akhirnya ia melepas keperawanannya pada angka US $ 32 ribu Angka yang kurang memuaskan mungkin?

Tak seperti Dylan yang khabarnya mendapat nilai tukar 10 digit, 'Ungirl' rela hanya menerima nominal sembilan digit untuk hal berharga miliknya itu.


Setelah khabar Natalie Dylan menjual keperawanannya, rupanya hal tersebut jadi marak pada tahun-tahun itu. Aksi menjual perawan kali ini dilakukan oleh Alina Percea

Gadis 18 tahun yang adalah seorang pelajar asal Romania ini bersekolah di Jerman. Untuk membayar sekolahnya, keperawanannya diiklankan di sebuah laman web di mana ia memaparkan ciri fizikal dan keinginannya.

Alina mematok harga 50 ribu Euro. Namun selepas beberapa hari, tawaran tertinggi hanya jatuh di angka 5 ribu Euro..


Gadis lesbian dari Inggeris, Rosie Reid, memutuskan untuk melelong keperawanannya dan menambatkan harga US $ 13 ribu Ia melakukannya untuk bayaran masuk Bristol University.

Dari antara 2000 lelaki yang menawar, seorang jurutera yang adalah duda dua anak berusia 44 tahun berjaya memenangi keperawanan gadis berusia 18 tahun itu.

Rosie pun menyesali keputusannya untuk menjual hal berharganya itu. Usai transaksi, dia dan pasangan lesbinya, Jess Cameron, tidak berhenti menangis.


Namanya begitu melonjak berita lelongan keperawanannya mencanak di media. Tak sedikit lelaki yang bercita-cita memilikinya. Model ini memang pernah tampil di acara reality show Italian Big Brother.

Lelongan tersebut cukup menarik perhatian banyak lelaki. Salah satunya muncul dengan tawaran tertinggi iaitu 855 ribu pound atau setara dengan RM15 bilion.

Namun ternyata Raffaella tidak benar-benar ingin menjual keperawanannya, Ia menolak peluang itu, dan kemudian mengundang tuduhan banyak pihak bahawa ini hanyalah publisiti murahan saja.


Seorang gadis berusia 16 tahun yang tidak menyebutkan namanya, mengaku ingin mendapatkan sejumlah wang. Karenanya ia memberanikan diri melelong keperawanannya.

Gadis yang adalah seorang pelajar sekolah Katolik di Ireland ini merancang untuk menggunakan wang tersebut untuk membiayai sekolah seni. Dan mendapat penawar seorang wartawan yang menyamar.

Lelaki tersebut bersetuju untuk membayar keperawanannya dengan harga US $ 10 ribu untuk mencari tahu apakah iklan lelong yang dibacanya sebuah penipuan atau bukan.

Gadis dalam iklan tersebut memang ada dan sesuai dengan apa yang disampaikannya. Namun ketika wartawan itu membuka identiti, gadis itu mengaku hanya bergurau dengan iklan lelongnya.


 Keputusan gadis berusia 20 tahun ini memang cukup berani. Oktober lalu, gadis Brazil, Catarina Migliorini dengan penuh keberanian melelong keperawanannya kepada seluruh lelaki di dunia.

Natsu, lelaki asal Jepun yang berjaya memenangi lelongan tersebut. Ia bersedia membayar US $ 780 ribu untuk boleh melakukan malam pertama dengan Catarina.

Bukan hanya untuk dirinya sendiri, gadis ini berjanji akan memberikan 90% dari hasil jualan keperawanannya untuk yayasan yang membina rumah untuk orang-orang tak mampu di negara asalnya.

Untuk mengelakkan undang-undang yang melarang adanya pelacuran, Natsu dan Catarina terbang dari
Australia ke Amerika dan menyelesaikan transaksi mereka pada tarikh 12-16 November 2012 lalu.

AAP - Paling malang juga bila mana mungkin dara dibahagikan begitu sahaja, Tanpa ikatan perkahwinan yang sah, bagaikan sudah tiada nilainya oleh sebahagian perempuan yang tidak ada harga diri dan rendah moralnya. akuanakpahang

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

GAMBAR KENANGAN BERSAMA MAHATHIR, ANUAR, NAJIB DAN NIK AZIZ

Mungkin gamaknya gambar ini membawa sejuta makna. Fikirkan yang positif sahaja. Gamaknya mungkin pelukis gambar ini ada niat yang ikhlas, halus dan murni :) Selebihnya anda sendiri yang mentafsirkan. Sumber gambar daripada Facebook.


Wassalam, Wa'allahhualam.

29 Dis 2012

ORANG PEMARAH LEBIH PANJANG UMUR ?

Apakah anda merupakan orang yang suka marah ? Jika jawabnya ya... bererti anda memiliki umur yang lebih panjang dibandingkan dengan orang yang tidak suka marah.

Orang yang lebih suka marah biasa akan lebih mudah terkena penyakit darah tinggi atau pun strok namun taukah kamu ternyata orang yang suka marah memiliki umur yang jauh lebih panjang dibandingkan dengan orang yang tidak suka marah.

Perkara ini dibuktikan oleh hasil kajian terbaru para penyelidik mendapati hubungan antara marah dan panjang umur sebagai contoh negara Itali dan Sepanyol yang dikenali rakyatnya sebagai pemarah ternyata memiliki berkemungkinan hidup dua tahun lebih lama berbanding dengan masyarakat Britain yang tak suka menunjukkan kemarahan.

Hubungan marah dan panjang umur terjadi akibat dari mengungkapkan perasaan negatif secara terbuka adalah kunci untuk kesihatan jangka panjang sedangkan memendam amarah ternyata malah boleh membuat bebrbagai macam penyakit fizikal.

Perkara ini dibuktikan oleh penyelidik yang telah mengkaji sebanyak 6000 pesakit dalam kajian tersebut mendapati bahawa orang yang lebih memendam marah ternyata berisiko terkena penyakit seperti seperti kanser, kerosakan buah pinggang, dan penyakit jantung.

Walaupun berisiko, ada kabar baiknya juga orang yang tidak suka marah ternyata mempunyai tahap penembuhan lebih besar terhadap penyakit kanser, kerosakan buah pinggang, dan penyakit jantung.

"Oleh kerana kecenderungan mereka untuk mengendalikan diri, orang yang mampu menahan kemarahan biasanya lebih disiplin dan bermotivasi untuk menyesuaikan diri dengan gaya hidup mereka," ungkap Marcus Mund, ketua penyelidikan. Sumber | Olahan Semula akuanakpahang

AAP - Kajian tetap kajian umur dan segalanya semuanya ketentuan illahi. Gamaknya orang melayu dahulu  hebat dengan sifat marahnya (melawan musuh) sebab itu orang dahulu panjang umurnya :)

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

28 Dis 2012

SEMAK SAMAN | CHECK SAMAN | SEMAK SAMAN ONLINE

Dengan mendaftar kepada perkhidmatan percuma ini dari MyEG, anda akan di maklumkan melalui e-mail anda jika terdapat sebarang saman baru. Dengan ini, anda akan ada pilihan untuk layak diberi diskaun. Tambahan pula, jika anda menerima peringatan awal tentang saman, anda masih mampu ingat kembali siapa yang memandu kenderaan pada masa tersebut dan lebih berhati-hati di masa hadapan.

Dalam situasi yang anda benar-benar pasti (kerana anda menerima peringatan saman dengan cepat) bahawa anda tidak berada di lokasi yang dinyatakan dalam saman, anda mungkin boleh mengesahkannya dengan memohon dan membuat pembayaran bagi mendapatkan foto kesalahan trafik tersebut daripada pihak PDRM.

KLIK >> Semak Saman Online
 

KLIK >> Bayar Saman di MyEG

Nota dikaki : apa-apalah pun anda kena daftar dahulu dan ikuti arahan seterusnya.ID Pengguna yang dimaksudkan disana adalah nombor kad pengenalan anda sekiranya sudah didaftarkan.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

APA YANG ANDA FIKIRKAN BILA MELIHAT GAMBAR INI?

Apa yang anda fikirkan bila anda melihat gambar ini? Untuk menjimatkan kos, masa dan tenaga, malas menolak atau ada kelakarnya? atau dia memang seorang yang kreatif :) Pastinya dunia dihari ini kita semua memerlukan kecepatan dan kepantasan untuk segalanya :) Jadi perkara seumpma ini tidak mustahil bagi mereka yang berfikiran waras :)

AAP - untuk abang didalam gambar itu anda memang  seorang yang kreatif ! :)

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

27 Dis 2012

MAKAN PIZZA BOLEH MENYEBABKAN MIGRAIN?

Lelehan keju mozzarella, hirisan salami, sosej, sos tomato dan cili  diadunkan di atas roti pizza hangat. Siapa yang tak tergoda dengan hirisan pizza dengan berbagai topping sebagai pembuka selera. Tapi hati-hati, ketika anda menikmatnya, mungkin anda boleh menyebabkan migrain, atau sakit kepala sebelah.

Salah satu penyebab migrain adalah makanan yang anda makan.Kebanyakkannya mengandugi bahan yang terkandung dalam pizza diketahui sebagai pencetusnya. The National Headache Foundation menyarankan agar menjauhi makanan yang mengandungi tyramine.

Sebatian tersebut banyak terdapat pada makanan yang diperam, disimpan dalam waktu lama atau melalui proses pengawetan. Ini senarainya, seperti dilansir dari Glamour:


- Pepperoni dan salami
- Cheddar atau jenis keju lain
- Acar, sauerkraut, atau zaitun
- Kicap, teriyaki, miso, sos botol
- Alkohol seperti sherry, burgundy, vermouth atau bir

Kandungan monosodium glutamat (MSG) atau nitrit pada daging olahan juga diketahui boleh menyebabkan sakit kepala dan migrain. Anda disarankan untuk mengurangkan pengambilan pengambilan yang mengandungi bahan-bahan tersebutSumber dan Olahan Semula akuanakpahang


Wassalam, Wa'allahhualam.
 

26 Dis 2012

GAMBAR DETIK CEMAS PENUNGGANG MOTORSIKAL DIBAWA ARUS BANJIR DI SETIU

 
DIBAWA ARUS... Seorang pemuda Khairi Said, 27, yang sedang menunggang motosikal mengalami detik cemas apabila nyaris dihanyutkan arus deras ketika melalui Jalan Permaisuri-Penarik di Kampung Tasik di Setiu, Terengganu, Selasa

Beliau yang bertekad meredah banjir untuk ke tempat kerja gagal mengawal motosikalnya, lalu dihanyutkan arus deras di kawasan sawah terbiar berhampiran Sungai Setiu. Kejadian berlaku sungguh pantas dan orang ramai yang berada dikawasan itu yang menyedari kejadian tersebut turut membantu mangsa.

Jurufoto BERNAMA Arjasneh Ahmad yang kebetulan berada di situ sempat merakamkan detik-detik cemas itu. Kelihatan Khairi juga turut dihanyutkan arus deras setelah usahanya untuk menyelamatkan motosikal miliknya gagal. Foto ihsan: BERNAMA

AAP - Moral banjir kecil boleh jadi kawan, kalau dah jadi besar menjadi lawan... utamakan keselamatan di musim banjir!

Wassalam, Wa'allahhualam.

 

25 Dis 2012

TIPS MENGELAKKAN DIRI DARIPADA TERKENA PUKAU.

Kejadian pukau amat popular dihari ini, seakan menjadi-jadi yang diamalkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Kebiasaanya pukau ini tidak memilih mangsa mungkin yang lemah mudah terkena pukau ini terutamanya orang perempuan. Disini sedikit perkongsian dapat kita manfaatkan bersama bagi mengelakkan diri daripada terkena pukau. Difahamkan ilmu pukau ini banyak cara dan jenisnya terbahagi kepada beberapa bahagian ada cara dengan menepuk bahu, berjabat tangan, menghembuskan asap rokok, membuang pasir ke bumbung rumah dan seribu satu macam lagi.

Ilmu pukau ini adalah satu sihir pastinya ianya ada kelemahanya yang tersendiri. Orang-orang tua dahulu ada meninggalkan sedikit pesanan atau tips untuk kita amalkan diantaranya : Jangan tidur diposisi yang sama, tidur dengan cara menyongsang bagi ahli keluarga yang berada didalam rumah. Menterbalikan penyapu dan diletakkan di pintu dan memelihara ikan puyu. Mungkin usaha seumpama ini dapat mengurangkan risiko rumah atau penghuni rumah tersebut boleh terkena pukau. Mungkin ini jenis pukau serumah dan kalau secara individu bagaimana?

Seandainya kita berseorangan dibandar atau dimana jua pukau masih boleh di lakuakan dengan cara berseorangan dengan cara  menepuk bahu, berjabat tangan, di hembus dengan asap rokok atau sekadar renungan dan bertentangan mata atau sekadar mencuit anda sahaja. Pasti bilamana perkara ini terjadi mata kita akan bertentangan mata dengan penjenayah pukau ini. Pastinya bebola mata kita akan terus berhubung serta dengan mudah kita akan terpengaruh dengan mentara dan jampi mereka dan anda seumpama di bius lupa segalanya dan hanya mengikuti sahaja arahannya.Diperingkata awal mungkin penjenayah pukau akan bertanya soalan-soalan pelik kepada anda bertanyakan arah jalan, kedai yang ingin ditujui dan berbagai cara lagi dan sehingga jika anda membawanya untuk meniki kereta pasti anda telah terkena sepenuhnya pukau dari penjenayah ini.

Bagi mengelakkan diri terkena jenis pukau ini kita perlu lebih berwasapada terhadap tingkah laku kita sendiri paling penting respon kita bila situasi ini terjadi. Sebagai contoh jika bahu anda dicuit atau ditepuk anda boleh menoleh kearah belakang tapi perlu diingat jangan terus memandang pada wajah pelakunya perkara seumpama ini terus menghubungkan anda pada terkena pukau. Sebaiknya pandang kearah kakinya terlebih dahulu kemudian baru memandang kepada wajahnya ( jangan memandang tepat kearah matanya). Dengan cara sedemikan pukau tidak akan menjadi kerana pertentangan mata anda dengan matanya sudah menjadi pandangan kedua anda terhadapanya.

Kadangkala ada juga penjenayah pukau ini menggunakan taktik dengan sekadar mengetuk pintu rumah kita dan apa bila kita membuka pintu mata kita terus memandang raut muka mereka dengan sedikit arahan sahaja kita boleh sahaja terus terkena pukau daripada penjenayah pukau ini.

Mungkin diluar sana banyak doa, tips dan amalan daripada ayat-ayat tertentu. Sebaiknya kita amalkan, paling penting jangan sampai kita lupa pada Allah dan jangan biarkan hati kita kosong daripada mengingatinya. Pasti bila hati kita kosong situasi ini boleh dipengaruhi oleh perkara yang tidak sepatutnya. akuanakpahang

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

24 Dis 2012

APA MAKSUD HUJAN PERINGKAT KUNING, JINGGA DAN MERAH ?

Beberapa kawasan di sekitar bandar Kuantan pada Isnin dilanda banjir kilat ekoran hujan lebat yang berlarutan sejak malam Ahad.

Kejadian itu juga menyebabkan beberapa jalan utama di pusat bandar mengalami kesesakan lalu lintas setelah jalan raya dinaiki air sedalam 1.5 meter.

Antara jalan yang ditenggelami air setakat pukul 3 petang ini ialah Jalan Tun Ismail Satu, Jalan Beserah, Jalan Wong Ah Jang, Jalan Lim Hoe Lek, Jalan Abd Aziz, Jalan Mahkota, Jalan Bukit Ubi, Jalan Air Putih, Jalan Pasar dan Terminal Makmur.

Tinjauan Bernama di beberapa kawasan sekitar pusat bandar mendapati banyak kenderaan yang terkandas di jalan raya dan beberapa premis serta pusat beli-belah utama terpaksa menutup perniagaan akibat situasi yang tidak terduga itu.

Di kawasan Air Putih dan Semambu, orang ramai mula meninggalkan rumah masing-masing seawal pukul 10 pagi dan menyelamatkan barangan keperluan utama setelah paras air sebatang anak sungai di sini melimpah dan naik sehingga 1 meter.

Tinjauan juga mendapati beberapa taman perumahan iaitu di Sungai Isap, Taman LKNP, Bukit Setongkol, Taman Perumahan Transit Quarters dan Taman Teratai turut ditenggelami air antara 0.1 meter dan satu meter.

Sementara itu di Jerantut, polis menasihati 10,000 penduduk yang tinggal di kawasan rendah sepanjang Sungai Tembeling dan Sungai Pahang di daerah itu supaya berpindah segera jika paras air kedua-dua sungai naik.

Ketua Polis Daerah Jerantut Supt Azid Ismail berkata keadaan cuaca yang tidak menentu dengan hujan setiap petang sejak tiga hari lalu boleh menyebabkan air Sungai Tembeling dan Sungai Pahang naik bila-bila masa.  Sumber Mstar Online.

Apa maksud hujan Peringkat Kuning, Jingga dan Merah ? 

Peringkat Kuning : bukan peringkat kritikal. Hujan yang kadang-kadang sederhana dan kadang-kadang lebat yang sekejap-sekejap selama berhari-hari yang memungkinkan banjir bagi kawasan tanah rendah.

Peringkat Jingga : juga bukan peringkat kritikal tetapi lebih kritikal dari peringkat kuning. Hujan sederhana dan lebat yang turun berterusan ( hujan tak berhenti- kejap lebat, kejap sederhana, kejap renyai-renyai tapi tak berhenti lah.)

Pringkat Merah :  Amaran peringkat tertinggi banjir. hujan lebat yang membawa banjir yang teruk.

Jangan sampai hujan Peringkat merah baru nak berpindah! jangan banyak fikir lagi diperingkat kuning pun sudah kena bersiap sedia selamatkan nyawa anda dan keluarga ! Harta benda boleh cari nyawa tidak ada gantinya :( Berita tadi cakap daerah Jerantut  akan dilanda hujan peringkat kuning sehingga rabu ini.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

INFO TERKINI BANJIR DI KUANTAN DISEMBER 2012

 
 
 

 
 
Negeri pantai timur sudah di naiki air di Kuantan  24.12.2012  Maklumat daripada  Facebook. Info daripada IPK Pahang : Elakkan melalui jalan wong ah jang, jalan bukit ubi satu. Di trafik jalan menghala aspa cottage berhampiran pusat perlupusan sampah, jalan lim hok lek di hadapan eng hong, parking pasar kuantan jalan tersebut sudah dinaiki air dan sesak. Penguna jalan raya diminta mengelak daripada mengunakan laluan tersebut.

Di hadapan jalan berhampiran poliklinik beserah menghala ke baserah terdapat pokok tumbang dan kepada semua pemilik kenderaan yang meletakkan kenderaan dibawah pokok, jika dapat mengalihkan kenderaan anda ke tempat yang selamat. Pihak polis trafic berada di laluan-laluan ini untuk menguruskan laluan yang selamat. Penguna di minta bersabar. TQ Info IPK Pahang.

Gambar akan di kemas kini dimasa ke semasa!

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

23 Dis 2012

INFO DAN MITOS JAMBU KELING, JAMBU GALAH, SUNYI KAMPUNG.




Buah jambu ini popular dengan nama "jambu keling" dan ada berbagai nama lainya disebut orang. Ada juga yang menyebut jambu eboi, jambu susu, jambu galah dan berbagai nama lainnya. Mungkin bersesuaian dengan daerah dan tempatnya. Rasa buahnya masam-masam manis amat sesuai kalau dibuat makan colek bersama kicap dan bersama lain-lain bahannya. Difahamkan jambu ini berasa masam-masam manis daripada bunga, putik dan pucuknya.

Namun jambu keling ini ada mitos tersendiri bagi masyarakat melayu terdahulu khasnya di Negeri Pahang. Ada yang menyebut nama jambu ini "Jambu Sunyi Kampung" kepercayaan atau hanya kebetulan sekiranya jambu ini ada ditanam disesuatu kampung itu alamat kampung itu akan sunyi sepi nanti. Sewaktu waktu dahulu pokok jambu ini dilarang sama sekali ditanam di kampung.

Lantaran orang dahulu mungkin banyak menebang pokok ini atau dilarang sama sekali menanamnya atas alasan dibimbangi kampung tersebut akan menjadi sunyi sepi. Dalam ertikata lain bakal tidak akan ada orang yang akan tinggal di kampung tersebut dan banyak yang akan mati. Gamaknya mungkin sekadar kebetulan.

Dan dihari ini sememang susah untuk menemui pokok jambu ini kalau ada pun tak banyak, mungkin gamaknya telah banyak ditebang pada sebelumnya atau sememang tidak ditanam dek orang dibimbangi mitos itu menjadi kenyataam.

Realitinya mungkin kalau ada pokok jambu ini, kampung tersebut akan menjadi sunyi sepi dan carilah jambu keling ini mungkin berada di kampung yang telah ditinggalkan. akuanakpahang

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

KLIK PERCUMA DAPATKAN INFO SELANJUTNYA.

SENARAI ENTRI TERKINI :

LEBIH BANYAK ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

Perkongsian Pendapat :

CARIAN ARTIKEL BLOG AKU ANAK PAHANG

Loading