UPDATE ENTRI TERKINI : AKU ANAK PAHANG

29 Nov 2012

DIMANA LETAKNYA NEGARA TERKECIL DIDUNIA?


Agaknya mungkin ada yang tercari-cari dimana letaknya negara paling terkecil didunia dan inilah jawapannya : Sealand merupakan sebuah negara mikro yang terletak di atas HM Fort Roughs (pernah dikenali sebagai Maunell Sea Fort), sebuah pangkalan era Perang Dunia Kedua, di Laut Utara, 10 km (6 batu) dari pantai Suffolk, England. Pihak Sealand mendakwa kawasan ini sebagai kawasan perairan wilayah mereka dengan menggunakan radius 12 batu nautika (mengikut Konvensyen Undang Undang Laut PBB).
Sejak 1967, pangkalan ini pernah dihuni oleh keluarga dan kenalan Paddy Roy Bates, seorang bekas penyiar radio dan bekas Mejar tentera British, yang mendakwa bahawa Sealand merupakan sebuah negara bebas dan berdaulat. Pengkritik serta mahkamah di Amerika Syarikat dan Jerman telah memutuskan bahawa Roughs Tower merupakan hak United Kingdom selama ini, tetapi pandangan ini dipertikaikan oleh keluarga Bates. Bilangan penduduk jarang melebihi sepuluh orang dan keluasannya ialah 550 m² (5920 kaki persegi). Tuntutan Sealand terhadap kedaulatan dan kesahannya tidak diiktiraf oleh mana-mana negara, tetapi kadangkala dikemukakan sebagai kajian kes dalam perbahasan tentang bagaimana pelbagai prinsip undang-undang antarabangsa boleh diaplikasikan dalam sebuah penuntutan wilayah.  

Hebatnya, Sealand mempunyai setem sendiri, lagu kebangsaan, wang, hingga bendera kebangsaan. Ironis, kewujudan Sealand jadi polemik bagi dunia antarabangsa. Negara ini tidak menjadi anggota PBB, dan pada tahun 1987 Inggeris memperluaskan wilayah perairannya hingga mendakwa Sealand masuk ke dalam kekuasaan Inggeris.

Walau demikian Bates tetap melawan dan mengemukakan banyak hujah kalau Sealand sah menjadi negara yang berdaulat. Alasannya tetap, Sealand tidak masuk wilayah negara mana pun saat dibina. Tambahan pula, orang-orang Belanda yang kalah melawan Bates ditahan dalam penjara dan banyak negara yang menyeru agar Bates membebaskan mereka. Ini bermakna, kalau Sealand bukan negara, mana mungkin mereka meminta hal tersebut?

Menurut wikipedia, jumlah populasi di Sealand pada 2004 berjumlah 27 orang. Sumber terkini mengatakan kini hanya tinggal ada 4 orang sahaja.Sumber : wikipedia.org | akuanakpahang

Wassalam, Wa'allahhualam.

 

TIPS MEMILIH TAYAR KERETA YANG BAIK


Pemilihan tayar akan memberi kesan terhadap beberapa aspek. Antaranya adalah seperti berikut :
>>Penggunaan minyak akibat daripada geseran yang berlaku.
>>Keselesaan dan kelancaran kereta dalam iklan tertentu sesebuah negara.
>>Kadar pecutan kereta.

Justeru itu, kami ingin berkongsi dengan para pembaca tentang cara untuk memilih tayar kereta yang sesuai dengan kenderaan yang kita pakai hari ini. Ia hanya mengambil masa 10 saat untuk mendalami ilmu tentang tayar kereta.

Bagaimana Memilih Jenis Tayar Kereta?
Berikut adalah maklumat yang boleh kita hadam mengenai tip memilih tayar kereta yang sesuai:

1. Pilih saiz tayar yang sesuai dengan keupayaan saiz kereta.
2. Pilih tayar kereta yang sesuai dengan saiz rim kereta kita dari sudut kelebaran dan ketebalan.
3. Pilih tayar mengikut iklim tempatan.
4. Pilih set tayar dari jenama yang sama.
5. Pilih jenama tayar yang berkualiti seperti Continental, Michelin, Goodyear, Bridgestone, Falken, Dunlop dan pelbagai lagi.

Kelima-lima tip ringkas ini sudah memberikan kita kelebihan untuk menjaga jangka hayat tayar kereta kita, untuk jangka masa yang panjang. Sumber : autoviq.com

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

APA JADAH TULIS STATUS KAT FACEBOOK DAN TWITTER MACAM NIE?


Apa hal, kenapa dan mengapa? nak dapat publisiti murahan ker? atau nak glamer? dah hilang maruah? Sepatutnya orang yang waras fikiran tidak akan mengeluarkan percakapan seumpama ini KECUALI mereka yang gila sahaja. Tolonglah... tulis perkara baik sikit... kita yang tertengok nie pun bosan dengan perlakuan seumpama ini. Banyak percakapan lain dan banyak cara lain kalau nak glamer... cara sedemikan adalah cara yang amat bodoh.  Sumber gambar drp. Facebook.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

28 Nov 2012

LIMA SIFAT DIRI LELAKI YANG PERLU ANDA KETAHUI!

Banyak perkara didunia ini boleh dikatakan lelaki boleh berbuat apa sahaja. Bermula dari hal manis hingga hal yang dianggap sedikit gila. Daripada kerja yang berat sehingga kepada seringan-ringanya tugasan, namun, anda tak boleh meminta lelaki untuk selalu melakukan apa yang anda inginkan. Adakalanya lelaki juga perlu berbuat hal-hal yang ingin mereka lakukan sendiri, dan diwaktu ini anda sebagai wanita harus mengerti sifat diri seorang lelaki.

1. Lelaki Tidak Tahan Godaan
Dia memang setia, tetapi pada masa yang sama tidak ramai lelaki yang boleh tahan dengan godaan. Setuju  atau tidak lelaki adalah makhluk yang diciptakan yang mudah tertarik pada hal-hal yang boleh ditangkap oleh mata dan fikiran yang ada keunikan baginya. Tak hairan jika semasa anda keluar dengan pasangan anda matanya sering kali akan melirik dan memandang pada insan lain yang cantik, yang mungkin berada dihadapanya :)

2. Ada jiwa anak-anak di dalam dirinya (dan mereka bangga akan perkara itu)
Jika ia masih asyik main game dan melakukan hobby yang menurut anda mungkin bodoh, fahamilah bahawa memang ia mencari kebahagiaan di dalam hal tersebut. Berbeza dengan anda yang telah menganggap bermain boneka atau mengumpul boneka sebagai hal yang kebudak-budakan, lelaki menganggap hobi bermainnya itu menyenangkan.

3. Lelaki ingin dikagumi dan dipuja
Tidak sekadar perempuan, semua lelaki ingin dikagumi dan dipuja, terutama oleh pasangan dan orang terdekatnya. Tanpa disedari, pujian dan kekaguman itulah yang menjadi bateri kepercayaan diri. Sama seperti orang perempuan yang ingin dipuji juga apabila cuba potongan rambut baru, atau gaun baru, lelaki juga memerlukan perkara yang sama.

4. Tentang Seks
Realitinya, ini adalah perkara pokok bagi lelaki yang normal, pasti mereka amat memerlukannya. Pasti ada citarasa dan keunikan tersendiri yang mereka mahukan tidak perlu dinyatakan diruangan ini.  Namun menurut sebuah survey, seperti dicatatkan dari redbookmag.com, dari 100 orang lelaki, 80%-nya mengatakan bahawa mereka sangat menyukai oral seks. Mereka berharap bahawa pasangannya juga tidak jijik atau bosan memenuhi kehendak tersebut. Bukan kerana mereka malas. Tetapi, ada sensasi berbeza yang dirasakan lelaki ketika mendapatkan layan seumpama ini.

5. Lelaki tidak suka mengagak dan berteka-teki
Dan akhir sekali orang lelaki sememang tidak mahu tahu soal remeh temeh dan berteka-teki. Berbanding dengan orang perempuan, yang mana mungkin sedikit mempunyai rasa untuk bermegah, kebanyakan wanita hanya memberikan clue saja kepada lelaki. Hasilnya? kebanyakan wanita, yang akhirnya merasa kecewa kerana lelaki yang diharapkan tak dapat menangkap maksudnya.

Wanita memang bukan jenis mereka yang suka terus terang terhadap perasaan hatinya. Ia cenderung bersifat malu dan hati-hati, dibaluti dengan sedikit megah, sekadar tidak lebih bermain dengan perlakuan mereka sahaja. Sedangkan lelaki adalah insan yang lebih suka berterus terang tanpa berselindung dan jauh sekali suka mengagak dan berteka-teki.

Mungkin pandangan diatas adalah sebahagian daripada pandangan lelaki, dan mungkin tidak merujuk pada semua lelaki. Namun sedikit sebanyak perkara diatas mungkin dapat membantu anda sebagai isteri untuk mengetahui dan mengenali sifat diri seorang lelaki yang bernama suami. Daripada : akuanakpahang

Wassalam, Wa'allahhualam.

27 Nov 2012

Kenapa Rel Kereta Api Banyak Batu Kerikil?

Jika anda amati di sepanjang landasan kereta api biasanya terdapat batu kerikil yang terletak di bawah dan pada kanan dan kiri rel kereta api. Mengapa sengaja diletak dan apakah fungsinya?

1. Fungsi batu kerikil pada rel kereta api adalah sebagai padatan pemberat. Dengan adanya lapisan batu kerikil ini rel dapat tetap berdiri dengan stabil. Sehingga kereta api yang berjalan di atasnya pun dapat berjalan dengan baik.

2. Batu kerikil ini juga berfungsi untuk menyerap getaran (shock absorber) yang berlaku ketika kereta api sedang melalui. Sehingga goncangan yang berlaku ketika kereta api melintas dapat dikurangkan. Dan rel kereta api pun tidak cepat rosak dan boleh digunakan untuk masa yang lama.

3. Fungsi seterusnya iaitu untuk menahan dan melancarkan aliran air di semasa hujan. Fungsi ini berperanan untuk mencegah berlakunya hakisan tanah atau hakisan pada tanah di sekitar rel kereta api.

4. Dan yang terkini, batu kerikil juga berfungsi untuk menghalang tumbuhnya rumput di sekitar rel. Tumbuhnya rumput di sekitar rel boleh dapat secara langsung atau tidak langsung menyebabkan penggemburan tanah di bawahnya. Perkara ini tentunya dapat membahayakan kerana jika tanah di bawah rel tidak stabil maka akan dapat membahayakan perjalanan kereta api.

Memang, ada kedudukan-kedudukan tertentu tidak perlu batu kerikil, seperti landasan kereta api yang terdapat di atas jambatan atau jalan raya. Perkara ini terjadi kerana semua fungsi dari batu kerikil tadi sudah diambil alih fungsinya oleh mekanisme lain.

Jambatan sudah dirancang khusus sedemikian rupa supaya dapat menahan getaran yang akan terjadi yang dihasilkan ketika kereta melintas. Demikian pun dengan rel kereta yang terdapat pada jalan raya, jalan tar telah menggantikan peranan batu kerikil dengan baik. Sehingga pada tempat-tempat tersebut, tidak diperlukan lagi batu kerikil untuk diletakkan di bawah rel kereta api. Sumber asal : www.beritaunik.net | Olahan Semula akuanakpahang

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

VIDEO : MENGERIKAN ANACONDA MEMUNTAHKAN SEMULA BINATANG YANG TELAH DIMAKAN.

VIDEO : Mengerikan: Anaconda memuntahkan semula binatang yang telah dimakan. Rakaman ini menunjukkan Anaconda memuntahkan binatang yang benar-benar dihadamkanya.
Selepas pemangkin kepada pengambilan makanan yang besar, Anaconda ini dianggap memutuskan, ia tidak lapar atau ada sesuatu yang tidak disenanginya, lalu terus memuntahkan makananya. Rakaman ular Anaconda gergasi memuntahkan keseluruhan haiwan ini terjadi dalam hutan di Brazil telah menjadi kejutan di internet walaupun kandungan mengerikan. Hampir 66.000 orang telah menonton video di YouTube dalam tempoh hanya dua hari.

Ular itu mengambil masa kira-kira 90 saat untuk membersihkan dirinya daripada sisa makanan tersebut. Tidak diketahui mengapa ia tidak mahu untuk menyimpan makanan tersebut, tetapi anaconda akan muntah makanan mereka dengan cepat jika ianya telah diganggu atau ditakutkan. Setidak-tidaknya mungkin kerana terhadnya pengerakan lalu ia mengambil langkah sedemikian.

Anaconda hijau boleh berkembang berukuran 22 kaki panjang tetapi terdapat laporan anacondas mencapai saiz sehingga 40 kaki. Mereka boleh makan hampir apa sahaja seperti ikan, burung, reptilia dan mamalia besar termasuk kapibara, tapir dan rusa lain-lainya. Ular mencerut mangsa mereka sebelum makan mereka. akuanakpahang

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

STATUS 'CHECK-IN' DALAM MEDIA SOSIAL BOLEH UNDANG BAHAYA!

Dalam era teknologi kini, penggunaan gajet seperti telefon pintar misalnya membolehkan pengguna telefon menggunakan aplikasi check-in untuk mengemas kini lokasi dan aktiviti yang dilakukan untuk pengetahuan rakan-rakan di media sosial.

Perbuatan tersebut berkemungkinan boleh membahayakan keselamatan terutama apabila seseorang itu merupakan sasaran musuh atau penjenayah yang menunggu masa yang sesuai untuk bertindak, hanya dengan mengikuti status yang telah dimuat naik.

Pendedahan status seperti "Pulang ke kampung", masih dipejabat walaupun sudah lewat malam" "lepak di kedai mamak" "Saya bersendirian dirumah" dan sebagainya, secara tidak langsung memaklum kepada umum penjenayah terutamanya, bahawa anda tiada dirumah dan ianya adalah peluang terbaik untuk penjenayah memecah masuk ataupun lain-lain tindakan yang boleh membahayakan nyawa dan keselamatan.

Bagi mereka yang mempunyai kedudukan penting didalam sesebuah syarikat atau organisasi, menambah rakan secara rawak dan mendedahkan maklumat peribadi didalam laman sosial memungkinkan pesaing perniangaan menggodam dan mencuri maklumat penting syarikat yang mungkin terkandung didalam akuan profil media sosial berkenaan.

Walaupun pihak polis tidak menerima maklumat jenayah berdasarkan kepada aplikasi 'check-in' atau status yang dipaparkan dimedia sosial, adalah dinasihakan supaya pengguna lebih berhati-hati sebelum memuat naik sebarang maklumat yang ingin dikongsikan.

Fahami dan analisi dahulu kesan baik dan buruk sesuatu aplikasi yang ditawarkan serta tetapkan hak akses kepada rakan-rakan untuk maklumat tersebut. Dinasihati juga jangan sembarang menulis status anda jika tidak ada kepentinganya.  Sumber : Akhbar Guang Ming Daily | akuanakpahang

Wassalam, Wa'allahhualam.

26 Nov 2012

MOTIVASI DIRI UNTUK KEHIDUPAN LEBIH SEMPURNA

Ketakutan, kebimbangan, sifat ragu seringkali membuat kita kehilangan keberanian untuk melakukan sesuatu. Padahal ada banyak perkara dalam hidup ini agar kita dapat lebih berani dalam berbuat baik, berani mencintai, menangis, belajar, memaafkan.

Hidup ini terlalu singkat. Penyesalan di kemudian hari tentu tidak memberi makna. Sedikit motivasi, disunting  daripada sebuah laman inspirasi, beberpa motivasi di bawah ini sesuai untuk kita renungkan.

1.Inilah Saatnya
Pandanglah hidup bukan sekadar antara kelahiran dan kematian, tetapi hidup adalah antara sekarang dan esok hari. Dan, apa yang kita bawa dalam kematian nanti, apa warisan buat generasi seterusnya? Dengan demikian kita boleh melihat hidup secara sempurna, melakukan yang terbaik dengan apa yang kita miliki untuk kebaikan dan perdamaian.

2. Hidup ini singkat
Inilah hidup anda. Maka berjuanglah. Berjuang untuk apa yang benar, berjuang untuk apa yang anda yakini, berjuang untuk apa yang penting bagi anda, berjuang untuk orang yang dicintai. Sedarilah semasa kita masih punya kesempatan.

3. Berkorban Untuk Hari Esok
Pengorbanan kita hari ini akan kita nikmati hasilnya di masa depan. Maka, ketika kita bekerja keras untuk meraih mimpi, memilih belajar giat, membina sebuah perniagaan, atau tujuan lain, tanyalah ke dalam diri, "Adakah saya bersedia membeli masa, menukar kesenangan untuk tujuan di masa depan yang lebih baik?"

4. Jangan menunda
Ketika kita menunda-nunda, maka kita akan menjadi budak dari hari kelmarin. Kita mungkin kadang bertangguhan, "Nanti saya lakukan." Dan ternyata kita sibuk dengan hal lain, sehingga semasa waktunya sudah sangat sempit, kita mencurahkan lebih banyak tenaga. Seringkali hasilnya juga tidak optimum.

5. Gagal Itu Adalah Pelajaran
Tidak menyesali apa pun yang telah terjadi dalam hidup kita, kerana memang sudah tidak boleh diubah, dibatalkan atau dilupakan. Ambil hikmahnya dan jadikan sebagai pelajaran. Sekurang-kurangnya gagal itu lebih baik kerana kita sudah berani melakukan, berbanding menyesal kerana tidak berbuat.

6. Berdamai Dengan Diri Sendiri
Kita harus mempunyai hubungan yang baik dengan diri sendiri sebelum memulakannya dengan orang lain. Kita harus merasa berharga dan dapat diterima oleh diri sendiri, sehingga kita memiliki rasa percaya diri semasa berhubungan dengan orang lain.

7. Masa dan pengalaman adalah penawar terbaik
Suatu peristiwa yang menyakitkan anda alami sekarang ini, akan menjadi bahagian dari masa lalu. Itu juga menjadi catatan sejarah, pembelajaran, pengalaman yang menjadikan anda orang yang lebih dewasa, serta lebih bijak.

Sumber asal : http://www.marcandangel.com | Olahan Semula akuanakpahang 

AAP- Jadikan hidup ini lebih baik pada hari semalam dan hari esok lebih sempurna daripada hari ini.

Wassalam, Wa'allahhualam.

APA ITU KENAN? | KENAN DIDALAM MASYARAKAT MELAYU.

Didalam masyarakat melayu kita sememang tidak terlepas dari cerita "kenan" iaitu kelahiran bayi yang cacat atau mungkin tidak berapa sempurna.

Kenan ini boleh disifatkan kelahiran bayi cacat atau 'kenan' mempunyai kesan sampingan terhadap anak tersebut di kemudian hari. Mungkin puncanya banyak tidak pada kenan semata-mata. Mungkin pengaruh lainya baka, keturunan, jangkitan kuman, pendedahan kepada ubatan dan bahan kimia, masalah pemakanan, dadah, arak dan sebagainya.

Namun ramai orang kita percaya bahawa bayi yang 'terkenan' atau sedikit kecacatan ketika lahir ini seringkali dikaitkan dengan terkena atau mendapat 'kenan' ada pendapat mengatakan ketika isteri sedang mengandung si suami dilarang membunuh binatang dan lain-lain perkara yang tidak sepatutnya dilakukan.

Dibawahan ini sebahagiannya adalah hasil carian berkairtan dengan kenan dan disertakan sekali pantang larang orang Melayu, semasa ibu mengandung dibimbangi anak akan jadi "terkenan" :

Dilarang mencaci atau mengumpat dan mengata orang hendak pulak mengata keburukan di bahagian tertentu orang tersebut, (hidung mulut dan sebagainya)  membuat fitnah, iri hati juga bergaduh. Perbuatan tersebut dipercayai akan mempengaruhi perangai anak yang bakal lahir. Ibu mengandung juga akan mengalami kesulitan semasa melahirkan anak. 

Dilarang memaku, memahat dan menggali lubang. Tidak boleh memukul atau mencederakan binatang kerana dikhuatiri akan menyebabkan anak yang bakal lahir cacat anggota badan. 

Terutama jika si suami pergi memancaing ketika isteri masih didalam kandung bawah 7 bulan. Mitos orang melayu juga ada mengaitkan,  apabila kita memancing ikan yang kita dapat bila mana kita merentap ikan daripada mulut yang ada  terlekat mata kail, mulut ikan akan jadi rebet (sumbing) perkara ini sering kali dikaitkan dengan masalah kenan pada bayi yang sumbing.

Dilarang keluar rumah pada waktu petang atau senja kerana dikhuatiri syaitan akan menggusiknya. Hendaklah menjauhi pergaulan dengan orang yang tidak jujur atau rendah maruahnya, kerana dipercayai ini akan mempengaruhi perangai anak yang bakal lahir. 

Dilarang melihat gerhana bulan ataupun matahari kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir akan cacat atau berkulit gelap. 

Dilarang duduk di anak tangga kerana dipercayai perbuatan ini akan mendatangkan kecelakaan kepada ibu sewaktu hendak melahirkan anak. 

Ibu juga dilarang memikul batu kerana dikhuatiri anak dalam kandungan menjadi lumpuh. Tidak boleh menanam pokok pisang kerana dikatakan perbuatan ini boleh menyebabkan anak berkepala besar yang luar biasa. 

Ditegah menyusun tempurung kerana dikhuatiri anak yang dilahirkan akan botak kepalanya. Ibu mengandung juga tidak boleh membiarkan anak-anak melangkah perut kerana dikhuatiri anak akan lahir cacat atau dilahirkan tidak cukup bulan. 

Dilarang tidur pada waktu tengah hari kerana dikhuatiri kepala anak yang bakal lahir akan menjadi besar.
Selain pantang larang yang dinyatakan di atas terdapat beberapa pantang larang lagi yang bersangkut dengan suami kepada ibu mengandung:

Suami kepada ibu mengandung pula dilarang meniup seruling atau alat bunyi bunyian kerana dikhuatiri anak yang akan dilahirkan sentiasa menangis. 

Suami juga dilarang menyembelih ataupun pergi memburu binatang kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir cacat anggota badannya. 

Suami juga dilarang memukul, membunuh binatang seperti ular dan sebagainya kerana dipercayai anak yang lahir akan cacat atau kenan binatang tersebut.

Moralnya perkara baik dijadi tualadan, perkara buruk dijadikan sempadan. Pengaruh dan pembawakan ibu bapa juga mungkin akan mempengaruhi kelak kelahiran anak tersebut. Sebaiknya semasa proses isteri mengandung ibu bapanya amat perlu menjaga sama adab sopan, tatsusila dan sebagianya, agar tidak mendapat kesan lansungnya pada bayinya kelak.

Dengan lain perkataan semasa anak didalam kandungan  ibu bapa dilarang sama sekali berbuat perkara yang tidak baik dan tidak senonoh dibimbangi anak yang bakal dilahir tidak sempurna malahan mungkin terkena 'kenan' dan terikut sama perbuatan yang tidak sepatutnya. akuanakpahang

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

DUNIA DI AKHIR ZAMAN MANUSIA AKAN BERZINA DI JALANAN.

TELAH banyak kita saksikan pada masa ini perzinaan merebak di mana-mana. Namun, satu kisah yang diceritkan menjelang hari kiamat, setelah manusia melalui zaman keemasan (dengan turunnya Nabi Isa AS dan dipimpinnya manusia oleh al-Mahdi), manusia akan hidup dalam keadaan yang seburuk-buruknya, tidak ubah seperti binatang. Rasulullah SAW menceritakan tentang peristiwa itu sebagaimana yang diriwayatkan Abu Hurairah RA:

"Demi Dzat yang jiwaku di tangan-Nya, umat ini tidak akan punah, sampai ada laki-laki mendatangi perempuan, lalu menyetubuhinya di jalan. Lantas orang yang terbaik pada masa itu adalah yang mengatakan: 'Alangkah baiknya jika kamu bersembunyi di balik tembok ini. "(HR Abu Ya'la)

Inilah puncak keruntuhan akhlak manusia dalam perzinaan yang akan berulang kembali di akhir zaman, selepas wafatnya Nabi Isa AS dan Imam Mahdi. Manusia akan kembali ke zaman jahiliyah, bahkan lebih buruk lagi. Orang-orang yang tidak waras akan melakukan hubungan badan seperti haiwan secara terang-terangan, di jalanan, di jambatan, di tempat terbuka dan banyak ditonton orang.

Parahnya lagi, orang-orang yang paling popular masa itu tidak mampu mengulas apa-apa masa melihatnya, selain menyeru agar pelaku zina di tempat itu menyingkir dan melakukannya di di tempat yang agak tertutup. Bahkan, ada di antara orang yang paling popular masa itu yang melihatnya juga tertarik untuk melakukan perbuatan bejat tersebut, namun hati nuraninya meminta dirinya untuk melakukannya di tempat yang tersembunyi. Jika demikian adalah manusia terbaik masa itu, bagaimana dengan manusia keruntuhan akhlaknya?

Rasulullah SAW bersabda: "Dan yang tinggal adalah seburuk-buruk manusia, mereka melakukan hubungan intim di dalamnya bagaikan keldai, maka pada merekalah kiamat akan terjadi." (HR Muslim)

Mungkin situasi ini sudah ada iras-irasnya dihari ini. Semoga kita tidak di ketemukan dengan situasi ini. Beruntunglah jika pada hari ini kita masih berjumpa dengan orang-orang waras dan sihat akhlaknya yang mengutuk dan menolak tindakan keruntuhan akhlak dan jenayah seperti ini. Sumber Asal :  http://islampos.com | Olahan semula : akuanakpahang

AAP- Dan ada juga dicerita oleh seorang ustaz, katanya di akhir zaman orang berzina tidak ubah seperti anjing dan kucing kalau kita meminta laluan " mintak ketepi sikit" itu pun sudah hebat imannya kata ustaz tersebut.

Wassalam, Wa'allahhualam.
  

25 Nov 2012

DI ANTARA PEMBANGUNAN DAN KEMUSNAHAN KOTA SUCI MAKKAH

Pembangunan Yang Merosakkan Kesucian Kota Makkah - Kerajaan Arab Saudi secara hebat dan besar-besaran terus membangunkan kota makkah agar kelihatan lebih maju dan moden akibat daripada pembangunan yang dilakukan kerajaan Arab Saudi juga beberapa peninggalan sejarah Islam pun turut dihancurkan salah satunya adalah makam Nabi Muhammad yang berada di masjid Nabawi akibat dari projek perluasan masjid Nabawi makam Nabi Muhammad pun akan dimusnahkan. Berkembangnya pembanggunan di kota Makkah membuat bandar ini menjadi kehilangan kesucianya nah berikut ini ada beberapa pembangunan di kota makkah yang merosakkan kesucian kota Makkah itu sendiri. Ingin tahu apa sahaja jom baca :  5 Pembangunan Yang Merosakkan Kesucian Kota Makkah ini.

1. Pembangunan Hotel Mewah
Pembangunan hotel mewah di sekitar Kaabah telah dilakukan. The Mecca Clock Royal Tower Hotel salah satunya. Berdiri megah, bangunan ini malah menjadi gedung terjangkung kedua sejagat selepas Burj Khalifa di Bandar Dubai, Emiriah Arab Bersatu. Hotel ini mempunyai sekitar 800 bilik dan menyatu dengan jam terbesar di dunia. Ukurannya enam kali ganda daripada Big Ben di Ibu Kota London.

2. Pembangunan Pusat Membeli-belah
Pada The Mecca Clock Royal Tower Hotel juga akan dibina pusat membeli-belah gergasi, mempunyai masjid untuk menampung 30 ribu jemaah solat. Mal ini dibina di kawasan Abraj al-Bait yang lebih luas dari kompleks Pentagon di Amerika Syarikat.
Bakal ada tempat pendaratan helikopter serta lahan parkir mengandungi beribu-ribu kereta. Letaknya hanya selemparan batu dari Kaabah, kiblat umat Islam.

3. Pembangunan Pangsapuri
Masih menyatu dengan The Mecca Clock Royal Tower Hotel, di bahagian barat bakal dibina pangsapuri eksklusif yang besarnya melebihi Hotel Palazzo di Bandar judi Las Vegaz, Amerika Syarikat. Harga satu pangsapuri berukuran studio mula dijual dengan harga berbilion ringgit. Kompleks ini telah melenyapkan sekitar 500 lebih bangunan bersejarah umat Islam.

4. Pembangunan Restoran
Selain hotel, pangsapuri, pusat membeli-belah, bakal dibina juga restoran kelas atas dan beberapa francais barat yang mengepung Kabah. Pemerintah Saudi mengharapkan ini boleh menjadi alternatif kulinari bagi para pengunjung mahupun jemaah haji sedang melaksanakan ibadah yang ingin makan disesuaikan dengan selera mereka.

5. Pembangunan Semula Masjid
Demi memberikan paparan Masjid Al-Haram agar kelihatan luar biasa, kerajaan Arab Saudi sanggup untuk merancang memusnahkan bangunan rumah Rasulullah untuk dijadikan perpustakaan. Lebih parah, di masjid ini juga ada laman rumah isteri baginda Rasul iaitu Khadijah. Bekas rumah itu dijadikan tandas. Ruang kecil untuk buang kotoran, perkara ini mungkin merupakan penghinaan keatas isteri Nabi Muhammad s.a.w. Sumber asal : www.jelajahunik.us | Olahan Semula : akuanakpahang

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

WALAU SEHEBAT MANA PUN KITA.

Seseorang yang terukir senyuman manis di wajahnya di hadapanmu
Sesungguhnya saat ia bersendirian hatinya terukir dengan kedukaan dan kesedihan
Seseorang yang hilai tawanya menceriakan dan menghiburkan di hadapanmu
Sesungguhnya saat ia bersendirian ia menangis keseorangan memuntahkan segala penderitaan yang menyiksakan
Seseorang yang lidahnya petah berbicara meriuhkan keadaan di hadapanmu
Sesungguhnya saat ia bersendirian lidahnya sepi membisu membungkam kesepian
Seseorang yang sentiasa memberi kata-kata semangat di hadapanmu
Sesungguhnya saat ia bersendirian dia juga mencari punca menyuntik semangat dan keyakinan
Seseorang yang kelihatan begitu gigih dan sabar di hadapanmu
Sesungguhnya saat ia bersendirian ia acap kali terjelepok jatuh tersembam ke bumi dalam mengumpul kekuatan
Seseorang yang meringankan tangan membelanjakan wang sakunya di hadapanmu
Sesungguhnya saat ia bersendirian dia akan mengikat perut  menyimpan perbelanjaan diri untuk kehidupan
Seseorang yang begitu rasional dalam berdepan sebarang keadaan  di hadapanmu
Sesungguhnya saat  ia bersendirian adakalanya emosi mengatasinya di dalam membuat sebarang keputusan
Seseorang yang memberikan segala kudrat tenaga untuk memudahkan urusan harianmu
Sesungguhnya saat ia bersendirian sering kali jasadnya mengeluh dan mengadu kesakitan
Demikianlah kita
Walau sehebat mana di hadapan manusia
Saat kita bersendirian
Kita juga perlukan sokongan
Saat kita memberi harapan
Hakikatnya kita juga inginkan dorongan
Saat kita keseorangan
Kita juga inginkan kekuatan
Kerana kita hanyalah manusia biasa
Punya kekurangan dan kelemahan
Walau sehebat mana kita
Kita perlukan Tuhan!
 - Artikel iluvislam.com

 AAP - Moralnya hidup ini jangan sombong, bongkak, angkuh dan takabur.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

Pakai Kanta Lekap Hiasan, Mata Boleh Jadi Buta

Pengguna yang memakai kanta lekap hanya untuk kecantikan tanpa melakukan pemeriksaan mata terlebih dulu, berisiko menjadi buta akibat jangkitan kuman pada kornea mata. Berikutan itu, Majlis Optik Malaysia (MOM) menasihatkan pengguna supaya membuat pemeriksaan mata terlebih dulu jika mahu memakai kanta lekap, termasuk kanta lekap berwarna tanpa kuasa.

Menurut majlis berkenaan, pemeriksaan penting bagi memastikan sama ada seseorang pengguna sesuai atau sebaliknya untuk menggunakan kanta lekap kerana pemakaiannya bukan sekadar untuk kecantikan saja. Kanta lekap hanya sesuai untuk individu yang mempunyai masalah rabun serta masalah mata seperti keratokonus, koloboma iris dan sebagainya selain mereka yang aktif bersukan.

Kanta lekap juga itu tidak harus dipakai individu yang menghidap masalah mata seperti konjunktivitis kronik, blefaritis, jangkitan kuman dan mata kering, selain pesakit diabetes, HIV positif dan penyakit berjangkit lain di samping individu yang mempunyai tahap kebersihan diri yang rendah," kata majlis dalam satu kenyataan, semalam.

MOM berkata, sekiranya seseorang itu tidak mematuhi peraturan pemakaian kanta lekap, komplikasi paling berbahaya ialah berlakunya jangkitan kuman pada lapisan kornea mata yang dipanggil ulser kornea dan boleh menyebabkan buta.

Pengguna kanta lekap harus segera menghentikan penggunaannya jika mata menjadi merah, berasa sakit serta penglihatan menjadi kabur dan perlu berjumpa doktor mata kerana rawatan segera diperlukan bagi mencegah buta, katanya. - Sumber Berita Harian

APP - Moralnya jangan cari susah kebiasaannya orang perempuan yang suka buat kerja seumpama ini.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

24 Nov 2012

TIPS MEMILIH DAN MEMBELI LABTOP YANG BAIK.

Terkadang kita agak susah juga untuk membeli dan memilih labtop yang baik dan sempurna bukan sekadar pada jenama sahaja. Lebih penting pengisian dan kesempurnaan loding dan berbagai perkara penting yang seharusnya kita utamakan. Berikut dibawah ini mungkin ada sedikit tips yang boleh kita dikongsikan. 

1. Masa Booting
Gunakan jam randik untuk melihat masa booting apabila anda menekan butang power sampai memasuki sistem operasi. Pastikan tidak mengambil masa yang lama.

2. Viewing angle
Cuba monitor dalam beberapa posisi, apakah warna berubah? Pastikan juga gambarnya tetap terlihat dengan jelas.

3. Monitor

Pastikan monitor laptop tersebut tidak gelap apabila digunakan di luar bilik. Cubalah level pencahayaannya. Jangan sampai memerlukan tahap maksimum kerana akan menghabiskan bateri.

4. Keyboard dan Touchpad
Fungsi keyboard pasti untuk menaip. Jadi, gunakanlah untuk menaip. Pastikan anda tidak melakukan kesalahan ketika menaip secara pantas. Jangan lupa cuba touchpad. Jika terlalu sensitif juga tidak bagus. Lakukan sama, semak pula apakah penempatannya mengganggu proses menaip.

5. Menjalankan aplikasi
Cubalah beberapa aplikasi, lalu lihat bagaimana laptop tersebut bertindak balas. Gunakan untuk menonton, mendengar lagu, bermain games, dan mengakses internet.

Mungkin beberapa tips diatas boleh membantu anda ketika anda berhasrat untuk membeli laptop yang baik.
Pastikan monitor laptop tersebut tidak gelap apabila digunakan di luar bilik. Cubalah level pencahayaannya. Jangan sampai memerlukan tahap maksimum kerana akan cepat menghabiskan penggunaan baterinya.

Sumber asal Smartnewz | Olahan semula akuanakpahang

Wassalam, Wa'allahhualam.

23 Nov 2012

99 KEMAHUAN WANITA 'KETIKA BERSAMA' [18SX]

Artikel ini sekadar copy paste sahaja. Sekadar perkongsian dan pengetahuan bersama yang baik boleh diamalkan. Bagi mereka yang sudah beristeri setakat bercouple sahaja haram diamalkan. Mungkin ada fakta yang baik dan menarik yang mana mungkin suami sendiri tidak mengetahuinya. Jadi disini jika anda yang bergelar 'suami" bolehlah anda semak-semak manalah tahu kut-kut ada kekuranganya :)

1.Suami patut lebih ceria semasa melakukan seks.
2.Makan malam bersama dan bersuap-suapan makan ke mulut pasangan sebelum melakukannya.
3.Tidak suka suami menghimpit kerana sukar bernafas.
4.Gembira jika inzal tapi tak perlu inzal untuk merasa puas, asalkan suami dapat beri kemesraan.
5.Tidak suka suami yang pentingkan diri sendiri. Suka suami yang ambil berat tentang kehendak pasangan.
6.Gembira jika suami dapat menenangkan hatinya sebelum melakukannya.
7.Suka jika suami melayaninya seolah-olah mereka melakukannya buat pertama kali. Suami itu patut mengasihi serta lemah-lembut.
8.Lebih suka disentuh dan dirangkul berbanding inzal bila melakukannya.
9.Gembira jika boleh memberitahu suami apakah perasaannya bila melakukannya dan suami itu memahaminya.
10.Suka hatinya bila suami berkata bahawa dirinya cantik menawan.
11.Perlukan masa untuk menyegarkan badan serta berdandan sebelum melakukannya.
12.Tidak suka melakukannya dalam keadaan yang tergopoh-gapah.
13.Suka jika suami mengejutkannya dari tidur dengan cara mencium tubuhnya.
14.Merasa gembira bila suami memuji bahagian demi bahagian dari tubuhnya.
15.Gemar melakukan diwaktu pagi.
16.Suka berendam dalam air sebelum melakukannya.
18.Gembira jika dipanggil dengan nama-nama manja sebelum melakukannya.
19.Benci bila melakukannya setelah selesai saja makan malam.
20.Tidak suka suami yang gelojoh di atas ranjang, sepatutnya bertenang dan jangan terkejar-kejar tidak tentu hala.
21.Tidak akan merasa jemu mendengar suami memuji betapa jelitanya dia.
22.Gembira jika suami menumpukan perhatian pada dirinya bila melakukannya, bukan pada benda lain.
23.Tidak suka jika suami memakai minyak wangi yang tidak sedap baunya.
24.Suka jika suami memberitahunya apakah yang telah dilakukannya dengan betul, bukan hanya kesalahannya.
25.Gemar jika suami yang membukakan pakaiannya.
26.Suka berjanji dulu pada hari bila dan waktu bila mahu melakukannya, dan janji itu perlu ditunaikan.
27.Gembira jika suami menunjukkan kasih sayang setelah melakukannya melebihi masa sebelumnya.
28.Suka melakukannya dalam suasana udara yang hangat.
29.Gemar hanya melakukan di atas ranjang.
30.Tidak gemar bila suami menunjukkan kegagahan dan kekerasan semasa melakukannya.
31.Gembira mendengar sesuatu yang menghairahkan dikatakan oleh suami sebelum melakukannya.
32.Tidak suka jika suami membawa makanan ke ranjang.
33.Tidak suka melakukannya jika malam sudah terlalu lewat.
34.Tidak gemar bila suami melakukan cara yang sama saja setiap kali bersama.
35.Gemar jika suami membelai-belai rambutnya sebelum melakukannya.
36.Benci bila suami terus mencabut keluar zakarnya sebaik saja inzal.
37.Gembira jika suami berkata dengannya pada masa itu dengan nada suara yang rendah dan dalam.
38.Tidak suka pada suami yang memaksa.
39.Suka jika suami meniup-niupkan nafas yang hangat ke telinganya.
40.Suka suami yang berterus-terang apakah kelemahan suami itu dari sudut seks.
41.Tidak suka suami yang serta-merta mahu memulakannya tanpa ringan-ringan.
42.Gembira jika jari kakinya diurut terlebih dahulu.
43.Tidak suka suami yang melakukannya sebelum suami itu mandi.
44.Tidak suka suami yang mencakar-cakar tubuhnya dengan rakus.
45.Gemar jika suami berada di atas dan mengawal aktiviti.
46.Tidak suka melakukannya bila anak-anak masih jaga atau ada di rumah.
47.Suka dan akan melayani sepenuh hati suami yang kuat bekerja mencari nafkah untuk keluarga.
48.Gemar menunggu melakukannya dalam keadaan cahaya terang.
49.Gembira melakukannya sambil muzik lembut berkumandang.
50.Gemar jika suami melakukannya dengan lemah-lembut dan perlahan.
51.Suka jika suami menghadiahkan padanya bunga.
52.Gemar jika suami tunjukkan kasih sayang yang tinggi semasa melakukannya.
53.Menganggap rahsia seks ialah kejujuran.
54.Sama ada inzal atau tidak dan berapa kali inzal tidak penting.
55.Adakalanya mahu memberi, adakalanya hanya mahu menerima.
56.Gemar disentuh sebelum, ketika, setelah dan luar masa melakukan seks.
57.Gembira jika suami menjilat sekitar payudara kemudian meniupnya dengan lembut.
58.Suka jika suami itu merasa bangga ketika bersamanya.
59.Perlukan perhatian dan masa.
60.Suka jika ia dapat berterusan sepanjang malam.
61.Gembira sekiranya suami menyatakan perasaan nikmatnya bila melakukannya.
62.Suka jika zakar disorong lambat dan ditarik dengan cepat semasa dayungan.
63.Gemar jika suami peka kepada kehendak dan perasaannya.
64.Suka jika berpegangan dan berpimpin tangan.
65.Suka sekiranya seks itu menjadi menifestasi cinta.
66.Gembira diperlakukan dengan kasar.
67.Tidak gemar jika seks di anggap oleh suami sebagai rutin kerana itu tidak menyeronokkan.
68.Gemar meraba dan diraba hingga tidak tertahan lagi kegelian.
69.Selepas melakukannya suka tidur di dalam rangkulan suami.
70.Suka jika suami melakukan sesuatu yang memeranjatkan di ranjang.
71.Gembira kerana suami melakukannya bersamanya setiap hari dengan kata dan layanan yang baik.
72.Suka jika suami menggunakan tangannya untuk menjelajah ke seluruh tubuhnya dan betisnya dibelai.
73.Tidak pernah masuk tidur dengan keadaan marah atau bosan, semua masalah diselesaikan dahulu.
74.Gemar jari-jarinya disedut oleh suami.
75.Seks patut mengembirakan bukan sesuatu yang menyedihkan hati.
76.Mesti mahukan inzal bila melakukannya.
77.Suka meletak bantal di bawah pinggul bila melakukannya dalam keadaan suami di atas dan dia baring terlentang.
78.Gemarkan posisi-posisi baru.
79.Suka jika payudara diramas dengan lemah-lembut seolah-olah menjaganya jangan pecah.
80.Rasa istimewa bila suami memberikan perhatian yang tidak berbelah bagi.
81.Tidak sudi kepada suami yang tidak mempunyai perasaan kepadanya.
82.Semasa di ranjang mahu dianggap sebagai wanita sempurna segala segi.
83.Suami yang lemah-lembut dan baik hati menjadi idaman.
84.Melakukannya di tempat ganjil menjadi hobi.
85.Sanggup menjadi hamba seks suami asalkan suami pun begitu.
86.Lebih lama suami bersabar sebelum memulakannya, lebih cepat wanita inzal.
87.Mahu tahu apa yang suami tertarik dengan dirinya.
88.Suka suami yang bersopan.
89.Lebih suka jika suami tunjukkan kasih sayang dengan cara bukan seksual.
90.Suka jika dapat tentukan sendiri masa untuk melakukannya, tidak hanya suami sahaja.
91.Saya tidak mahu seks, saya mahu memadu cinta.
92.Gembira jika suami menyuruhnya memainkan peranan aktif sekali-sekala.
93.Suka suami yang bersabar.
94.Gemar bergurau senda selepas melakukannya dan anggap itulah paduan cinta yang sebenar.
95.Suka cara yang berbeza-beza.
96.Gemar jika dicium lembut sambil masuk ke kamar.
97.Rasa selesa dan selamat melakukannya dengan suami yang setia.
98.Benci bila suami menolak ajakannya.
99.Gemar jika suami memegang tangannya sambil masuk ke kamar.
Sumber asal kredit :  www.gelagatkita.com 

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

22 Nov 2012

INFO TASIK CHINI | NAGA DAN ULAR BESAR

Tasik Chini salah satu tasik daripada 12 tasik yang berdekatan dengan Sungai Pahang di Pahang tengah, Malaysia. Tasik Chini yang merupakan tasik semulajadi kedua terbesar di Malaysia selepas Tasik Bera. Pinggiran tasik berkenaan didiami oleh orang asli suku Jakun.
Gambar sekadar ilustrasi
Sungai Chini, yang mengalir keluar dari tasik itu, mengalir ke dalam Sungai Pahang. Sungai berkenaan diempang untuk mengekalkan kedalaman tasik tersebut semasa musim kering. Walau bagaimanapun, cara ini akan mengganggu ekologi semulajadi tasik itu dan menyebabkan kematian pokok-pokok pada pesisiran tasik disebabkan oleh kenaikan aras air.

Merujuk kepada legenda orang asli, tasik tersebut didiami oleh satu naga yang dikenali sebagai Naga Seri Gumum (kadangkala dirujuk sebagai "Raksaksa Loch Ness Malaysia").Ia dipercayai mengandungi satu bandar purba seakan-akan di Khmer, Kemboja yang terletak di dasar tasik berkenaan, tetapi projek selanjutnya terbengkalai akibat masalah kewangan.

Satu suku orang asli yang tinggal ditebingnya menjadi tarikan pakar pengkaji bahasa kerana bahasa mereka mempunyai kaitan dengan bahasa Khmer, Kemboja yang menjadi asas kepada teori bahawa penduduk asal Melayu telah turun dari kawasan utara ke selatan. Tasik ini juga terkenal dengan musim berbunga lotus dari Jun hingga September. Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Tasik_Chini

Lubang Ular / Snake Hole
Mengikut kepercayaan masyarakat orang asli yang tinggal di sekitar Tasik Chini, mereka menyakini alur sepanjang 200 meter, bermula dari tebing sungai menganjur ke kaki bukit berdekatan, adalah tempat dimana seekor ular yang besar bertapa, seluruh badannya tertimbus oleh tanah termasuklah kepalanya sekali. Hanya nampak lubang hidungnya dipermukaan tanah. Ular besar itu makan dengan cara menyedut haiwan-haiwan seperti kancil, babi dan apa-apa jua yang lalu dihadapannya. Bunyi dengusan hidung ular itu kadangkala boleh di dengari oleh penduduk setempat. Apabila genap tempoh pertapaannya, tumbuhlah empat kakinya dibadan ular tersebut dan akhirnya bertukar menjadi naga yang menghuni Tasik Chini. Sumber dan gambar kredit : http://alyahya.blogspot.com

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

Polis Guna Facebook Cari Kaki Pecah Rumah

LAMAN Facebook Polis Kuala Lumpur yang menyiarkan gambar-gambar lelaki yang dicari bagi membantu siasatan kes-kes pecah rumah di ibu negara.

Polis Kuala Lumpur mencari 16 lelaki pelbagai keturunan bagi membantu siasatan kira-kira 200 kes pecah rumah yang berlaku di ibu negara dalam tempoh tiga tahun lalu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, selain terlibat dalam kes-kes pecah rumah, ada dalam kalangan mereka yang dicari itu mempunyai rekod jenayah berkaitan kes-kes dadah.

“Jenayah pecah rumah boleh disifatkan menjadi kerja harian sebahagian daripada orang yang dicari itu malah ada antara mereka itu mempunyai 14 kes jenayah pecah rumah,” kata beliau pada sidang akhbar di Balai Polis Jalan Travers di sini. Menurut beliau, kesemua orang yang dicari itu bergerak secara bersendirian dan ada sebahagian daripada mereka tinggal di luar Kuala Lumpur tetapi menjadikan rumah-rumah di ibu negara sebagai sasaran jenayah.

Chin Wah memberitahu, wajah-wajah penjenayah ini turut dimuat naik ke laman rasmi Facebook Polis Kuala Lumpur bagi memudahkan orang ramai menyalurkan maklumat mengenai mereka yang dicari. Sumber KOSMO :

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

AES Kekal, Saman Tetap Saman Tiada Diskaun.

Kerajaan tidak bercadang memansuhkan pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) mahupun memberi diskaun saman kepada pesalah trafik yang dikesan menerusi sistem itu.

Sejak fasa pertama sistem kamera AES dipasang pada 22 September lepas, ada penurunan sehingga 70 peratus bilangan mereka yang melanggar had laju dan melanggar lampu isyarat, pesalah trafik yang dikenakan saman melalui AES akan dikaji walaupun pada masa ini, kerajaan tidak mempunyai sistem untuk berbuat demikian. Sumber Sinar Harian

AAP - Pendek kata AES ini tetap kekal, saman tetap kena saman kalau telah melakukan kesalahan. Diskaun tidak ada :( Nak selamat patuhi undang-undang jalan raya pandu cermat kocek pun selamat :)

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

21 Nov 2012

PULAU TIOMAN DI ANTARA LAPANGAN TERBANG YANG MEMBAHAYA.

Dipetik daripada satu website mengatakan Pulau Tioman diantara beberapa lapangan terbang yang membahaya untuk pendaratan, ini adalah disebabkan kerana kawasan tersebut diliputi gunung ganang yang bercabang. Lapangan terbang ini terletak di Pantai Timur, Semenanjung Malaysia dan antara utara-timur laut dari Singapura.

Untuk boleh mendarat di landasan ini, Juruterbang perlu menetapkan visi yang tepat di pos pergunungan dan pesawat itu harus bermanuver hingga mencapai 90 darjah untuk dapat mendarat dengan lancar, kerana kalau salah sedikit perhitungannnya mungkin boleh membawa kecelakaan kemunkinan besar akan melanggar pokok-pokok dan juga gunung.

Jom kita saksikan Video ini :

Meskipun Tioman terletak di negeri Pahang, ia dihubungkan dari Bandar Mersing, Johor. Terdapat juga perkhidmatan feri terus dari Singapura. Pulau ini mempunyai dua aset tarikan kepada media dan pemasaran pelancongan. Pertama, topografi dramatik pulau ini berbentuk titisan air mata di Laut China Selatan dan digunakan sebagai latarbelakang filem 'Pasifik Selatan' pada tahun 1958. Manakala majalah TIME menamakan ia salah satu diantara pulau-pulau yang paling tercantik yang terdapat di dunia pada tahun 1970an.

AAP - Dahulu pernah kesini dengan menaiki tongkang sahaja sekarang sudah ada bot laju :)

Wassalam, Wa'allahhualam.

KATA-KATA MUTIARA PILIHAN TERBAIK


Belajarlah dari kesilapan orang lain. Anda tak boleh hidup cukup lama untuk melakukan semua kesalahan itu sendiri.

Ilmu dan agama itu selalu sepakat, tetapi ilmu dan iman selalu bertengkar.

Jangan menganggap diri kita tidak mampu sebelum cuba, belajar, dan berlatih. -Thomas A. Edison

Kegagalan bukanlah disaat seseorang jatuh, tapi apabila seseorang menolak daripada bangkit. -Peribahasa Cina

Siapapun yang bertindak sembrono dalam hal kecil tidak boleh dipercayai untuk hal-hal besar. -Albert Einstein

Jangan menunggu sehingga esok, apa yang boleh anda lakukan hari ini.

Ketika kamu melihat rumput jiran lebih hijau, mungkin mereka merawat lebih baik dari kita.

Kehidupan ini sudah tertulis disenarai ISINYA KATA PENGANTAR berupa syukur orang tua melahirkan kita dgn selamat PENDAHULUAN doa orang TUA untuk kita untuk berbakti kepada beliau, disertai DASAR teori al quran sebagai PEDOMAN kita, dan ANALISA kehidupan apabila kita berganjak dewasa, serta PENUTUP dikala TUA, semua terangkum dalam KESIMPULAN Semuanya dipertangung jawabkan di padang masyhar kelak. - Sumber
Ilmu dan agama itu selalu sepakat, tetapi ilmu dan iman selalu bertengkar. Jangan menganggap diri kita tidak mampu sebelum mencoba, belajar, dan berlatih. -Thomas A. Edison Kegagalan bukanlah disaat seseorang jatuh, tapi saat seseorang menolak bangkit. -Peribahasa Cina Siapapun yang bertindak sembrono dalam hal kecil tidak dapat dipercaya untuk hal-hal besar. -Albert Einstein Jangan menunggu hingga esok, apa yang bisa Anda lakukan hari ini. Ketika kamu melihat rumput tetangga lebih hijau, mungkin mereka merawat lebih baik dari kita. Khidupan ini sudah tertulis DAFTAR ISINYA KATA PENGANTAR berupa syukur orang tua melahirkan kita dgn selamat PENDAHULUAN doa orang TUA untuk kita untuk berbakti kpd beliau,disertai DASAR teori al quran sebagai PEDOMAN kita,dan ANALISA kehidupan saat kita beranjak Dewasa,serta PENUTUP dikala TUA,semua terangkum dalam KESIMPULAN pertangung jawaban di padang masyhar kelak.

Harap Cantumkan Sumber web Ini Jika Anda Copas: http://www.sik-asik.com/2012/11/kata-mutiara-bijak-2012-pilihan-terbaik.html
Copyright www.sik-asik.com Under Common Share Alike Atribution
Ilmu dan agama itu selalu sepakat, tetapi ilmu dan iman selalu bertengkar. Jangan menganggap diri kita tidak mampu sebelum mencoba, belajar, dan berlatih. -Thomas A. Edison Kegagalan bukanlah disaat seseorang jatuh, tapi saat seseorang menolak bangkit. -Peribahasa Cina Siapapun yang bertindak sembrono dalam hal kecil tidak dapat dipercaya untuk hal-hal besar. -Albert Einstein Jangan menunggu hingga esok, apa yang bisa Anda lakukan hari ini. Ketika kamu melihat rumput tetangga lebih hijau, mungkin mereka merawat lebih baik dari kita. Khidupan ini sudah tertulis DAFTAR ISINYA KATA PENGANTAR berupa syukur orang tua melahirkan kita dgn selamat PENDAHULUAN doa orang TUA untuk kita untuk berbakti kpd beliau,disertai DASAR teori al quran sebagai PEDOMAN kita,dan ANALISA kehidupan saat kita beranjak Dewasa,serta PENUTUP dikala TUA,semua terangkum dalam KESIMPULAN pertangung jawaban di padang masyhar kelak.

Harap Cantumkan Sumber web Ini Jika Anda Copas: http://www.sik-asik.com/2012/11/kata-mutiara-bijak-2012-pilihan-terbaik.html
Copyright www.sik-asik.com Under Common Share Alike Atribution

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

TIMBANG BLOG ANDA !


** Copy paste url blog anda dan klik check, tunggu sebentar!
Your domain(s): Enter each address on a new line (Maximum 10)
(Contoh : http://akuanakpahang.blogspot.com)
Powered by iWEBTOOL
 
Catatan berkaitan : Size, Load Time dan Avarege Speed per KB. Yang perlu diperhatikan adalah "Size", kerana "Load Time" dan "Avarege Speed per KB" hasilnya akan selalu berubah-ubah. Jika hasil test menunjukkan blog anda melebihi saiz daripada 100 KB, mungkin blog anda akan mengambil masa untuk loading. 
 
Sekiranya internet slow lebih menjadi bebanan pada anda dan pengujung blog anda. Sebaiknya usahakanlah untuk menguranginya bebanan dengan membuang perkara-perkara yang tidak perlu, yang mana boleh mengundang keberatan di blog anda.

U/p : Penting, blog juga sentiasa ditimbang bagi menjanjikan berat dan bebanan yang ideal untuk blog anda.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

20 Nov 2012

SIAPAKAH PENGIKUT TWITTER 1 JUTA DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK?

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melahirkan keinginan untuk memenuhi 1000000 pengikut Twitter beliau selepas laman Twitter beliau mencatatkan lebih daripada satu juta pengikut.

Daripada 1 pm, Perdana Menteri Twitter halaman @ NajibRazak menunjukkan 1001869 pengikut. Menyifatkan sokongan sebagai seketika khas untuknya di Twitter, Najib melanjutkan terima kasih kepada semua pengikut setia Twitter beliau.

"Bilangan pengikut Twitter saya mencecah paras 1000000 malam tadi. Ia adalah detik yang istimewa bagi saya di Twitter. Terima kasih semua, "katanya tweeted hari ini.

Perdana Menteri berkata beberapa pengikut Twitter beliau telah mencadangkan bahawa dia mengenal pasti dan bertemu dengan pengikut 1000000. - BERNAMA

AAP - Tahniah daripada kami. Jom semak-semak entah-entah... kena kepada anda mungkin ada hadiah istimewa :)

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

KLIK PERCUMA DAPATKAN INFO SELANJUTNYA.

SENARAI ENTRI TERKINI :

LEBIH BANYAK ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

Perkongsian Pendapat :

CARIAN ARTIKEL BLOG AKU ANAK PAHANG

Loading