UPDATE ENTRI TERKINI : AKU ANAK PAHANG

30 Okt 2012

NAK TENGOK HANTU TEMBUS DI PANDANG MATA?

Tercari-cari idea untuk menakutkan teman atau sesiapa? mungkin helah ini boleh dipakai. Temanya adalah membuat hantu atau lembaga yang berkesan berupa bayangan dan tembus pandang, hasilnya cukup bagus dan boleh membuat orang ketakutan. Anda boleh membuatnya dikebun durian anda atau belakang rumah atau di hutan yang mana mungkin boleh menyeramkan. Caranya cukup mudah iaitu dengan menggunakan kawat kasar yang di bentuk menyerupai manusia atau apa-apa yang biasanya dianggap sebagai hantu dan menakutkan. Cara membuatnya seperti dalam foto-foto di bawah ini.

AAP - Mungkin bentuk lembaga ini amat sesuai sekali jika diletakan di kebun durian atau dibelakang rumah anda bagi tujuan menakutkan orang atau daripada di ganggu orang :) - Sumber

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

INFO | KRONOLOGI GUNUNG TAHAN PAHANG

Gunung Tahan dengan ketinggian (2187 meter) , merupakan puncak tertinggi di Semenanjung Malaysia, Gunung Tahan terletak di Taman Negara dalam negeri Pahang. Gunung Tahan bagaimanapun adalah rendah daripada Gunung Kinabalu yang merupakan gunung tertinggi di Malaysia dan Asia Tenggara.
Gunung ini menjadi titik sempadan negeri Pahang dengan negeri Kelantan.

Gunung Tahan ini sering menjadi tumpuan pendaki gunung yang menggunakan laluan
Kuala Tahan - Gunung Tahan. Laluannya :-

Dari Kuala Tahan ke Kem Kuala Melentai - 1 hari melalui tepi Sungai Melentai. Berkhemah di sini.
Dari Kem Melantai ke Bukit Darah
Dari Bukit Darah melalui Bukit Malang - di sana ada 11 bukit.
Dari Bukit Malang ke Gunung Rajah
Dari Gunung Rajah turun ke Kem Kuala Puteh di bawah .
Dari Kuala Puteh ke Kuala Teku - 1 hari melalui tepi Sungai Peleting. Berkhemah di sini.
Dari Kuala Teku ke Gunung Pondok Dua (898 m di Kem Wrays).
Dari Gunung Pondok Dua ke Gunung Pangkin ( 1462 m)
Dari Gunung Pangkin ke Gunung Tangga Lima Belas ( 1574 m)
Dari Gunung Tangga Lima Belas ke Gunung Reskit ( 1666 m)
Dari Gunung Reskit ke Gunung Gedong ( 2066 m)
Dari Gunung Gedong turun ke Kem Padang
Dari Kem Padang ke Gunung Tahan ( 2187 m)

Anda perlu mendaki, berjalan kaki sejauh 65 km dari Kuala Tahan ke puncak Gunung Tahan. Punca air sungai ada di Kuala Melantai , Kuala Puteh , Kuala Teku , Kem Wrays dan di Kem Padang. Ambil air di sana dan masak.

Pendakian
Pendakian paling cepat 9 hari di dalam hutan bagi mereka yang sihat. Jika dikira dari Kuala Lumpur kena tambah 2 hari lagi. Terpaksa merentas sungai dan trak yang sangat mencabar. Bagaimanapun trak ini terbuka kepada orang ramai. Dapatkan kebenaran terlebih dahulu daripada pegawai Taman Negara.

Pendakian bermula dari Kuala Tahan ke Kuala Melantai ambil masa 5 hari. Di Kuala Tahan ada ibu pejabat Taman Negara.

Terpaksa naik bot, tidak ada jalan raya. Bot terpaksa ditempah terlebih dahulu dengan cara menulis kepada pejabat cawangan Taman Negara di Kuala Lumpur. Bayaran bot sekitar RM10.00 hingga RM120.00 setiap orang , bergantung kepada bilangan orang.

Masa terbaik mendaki ialah antara bulan Februari dan Mac kerana kurang hujan. Bulan Oktober biasanya hujan turun hampir setiap hari. Taman Negara ditutup kepada pelawat dari 15 November hingga 15 Januari setiap tahun.

Kronologi berkaitan Gunung Tahan
1875 - Rakyat Eropah pertama mengetahui kewujudan Gunung Tahan ialah penjelajah Russia, Baron Von Mikluho-Maclay yang mengesan dari jarak Kampung Penghulu Gedong, Kelantan. Beliau melihat sebuah gunung yang menakjubkan (Skinner, 1878).

1880 - Terdapat dua ekspedisi awal yang dihantar oleh Sultan Pahang iaitu Sultan Ahmad bertujuan mencari Batu Hikmat yang dipercayai terletak di puncak. Kisah hikayat Orang Asli mendakwa ada monyet sebesar badak sumbu menjaga dua kendi mengandungi ibu emas dan ibu perak. Satu percubaan pergi ke kawasan itu melalui Teko Gorge sepanjang 1,000 meter kerana laluan itu dianggap paling mudah ke puncak, tetapi kedua-dua ekspedisi gagal kerana tebing tinggi dan curam.

1884 - Residen Perak, Frank Swettenham dalam lawatannya ke Kuala Kangsar pernah menggunakan teropong besar dan melaporkan telah melihat sebuah gunung yang tinggi di kawasan pedalaman Tanah Melayu.

1893 - H M Becher, seorang lagi individu yang dikatakan sedang memeriksa daerah itu memutuskan untuk berkhemah di atas sebuah pulau (beting pasir) yang terletak di tengah sungai Tahan. Becher mengabaikan nasihat penduduk tempatan yang mengatakan kawasan itu tidak selamat kerana sering dinaiki air. Ketika air pasang, beliau hilang selepas terjatuh ke dalam sungai ketika sampan yang dinaikinya karam.

1890 - Ekspedisi diketuai H N Ridley hanya mampu melepasi beberapa kilometer ke hulu Kuala Tahan.

1898 - W W Skeat adalah orang pertama yang berjaya menerokai lebih jauh dari kawasan tanah pamah. Kumpulan ekspedisi ini menanam benih durian dan rambutan di beberapa tempat di sepanjang Sungai Tahan serta terserempak dengan seekor badak. Beliau mendaki ke tempat yang kini dikenali sebagai Gunung Pankin (ketinggian 1,463 meter) dan memacak bendera menggunakan kain batik dipercayai milik seorang peserta ekspedisi.

1902 - Seorang ahli alam semula jadi, Waterstad mengetuai ekspedisi yang mengisytiharkan bahawa beliau sampai ke Banjaran Tahan, namun keterangannya amat berbeza dengan keadaan sebenar di kawasan berkenaan.

1905 - Ekspedisi Robinson, mereka memulakan perjalanan dengan menaiki bot pada pagi 17 Mei 1905 ke Kuala Tembeling menuju ke Kuala Tahan. Empat pembantu Robinson berbangsa Melayu iaitu Che Nik, Mumin, Mat Aris dan Bulang adalah orang pertama tiba di puncak Gunung Tahan pada jam 10.15 pagi 16 Julai 1905, iaitu selepas dua bulan mendaki dari Kuala Tahan (Scrivenor 1912).

1906 - Jabatan Bancian mendirikan survey beacon dan kepingan besi serta menandakan ketinggian puncak gunung iaitu 7,059 kaki.

1912 - Ketinggian Gunung Tahan disahkan pada 7,186 kaki oleh Scrivenor, namun kini disahkan dengan peralatan yang lebih moden pada ketinggian 7,182 kaki. Sumber : http://ms.wikipedia.org

Puteri Gunung Tahan
Sekadar ilustrasi 
Hmm.. ada ker puteri Gunung Tahan? Agaknya mana-mana gunung pun mesti ada dikaitkan dengan cerita puterinya, tidak  hanya Puteri Gunung Ledang seumpamannya dan tidak terkecuali Puteri Gunung Tahan. Meh dengar lagu ini Walinong Sari ini yang dikaitkan dengan Puteri Gunung Tahan.

Walinongsari

Walinong la yang sari
Puteri yang cantik
Datangnya dari puncak gunung Tahan
Puncak gunung Ledang, gununglah Banang

Turunlah bermain di taman sayang
Memetik bunga-bunga, menyusun bunga-bunga
Di dalam taman

Walinong la yang sari
Puteri yang cantik
Pandai menyabung pandai
Bersilat gayung, pandai melambung lembing
Pandai melambung

Walinong la yang sari
Puteri bestari
Datanglah mari
Datang membawa talam
Datanglah mari

Walinong la yang sari
Puteri bestari
Datang membawa turun
Membawa payung
Payung berwarna kuning
Membawa payung

Walinong la yang sari
Puteri bestari
Datang membawa talam
Talam dari kayangan
Membawa talam

Walinong la yang sari
Puteri bestari
Puteri yang cantik dari gunung Banang
Dari gunung Tahan, gununglah Ledang
Turunlah hai tuan
Turun segera
Memetik bunga-bunga
Menyusun bunga-bunga
Di dalam taman
Puteri yang cantik
Hai... dari kayangan


Apapun jom layan lagu  Pahang - Puteri Walinong Sari ini :

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

29 Okt 2012

MISTERI LEMBU DISEMBELIH MASIH HIDUP !


Agak misteri juga bila melihat video daripada youtube ini, lembu yang disembelih tetapi masih hidup semasa hari raya korban yang lalu. Dimana silapnya mungkin andaian semata... mungkin yang tukang sembelih itu tidak berapa mahir didalam urusan penyembelihan ini atau kemungkinan juga ada perkara lain yang tidak dapat di pastikan. Pasti terinaya juga lembu tersebut dan apakah hukumnya pulak kena tanya yang arif untuk memberi jawapanya.

AAP - Sebaiknya perkara seumpama ini diserahkan pada yang pakar dan yang mengetahui untuk membuat kerja penyembelihan seumpama ini. Biar pun nampak mudah, jika tidak ada ilmu dan pengetahuan serta kepakaran tidak mustahil perkara seumpama ini akan terjadi.

Wassalam, Wa'allahhualam.

28 Okt 2012

KENAPA KITA DILARANG MEMUKUL ANAK KECIL SEDANG MENANGIS?

JANGAN DIPUKUL ANAK KECIL YANG SEDANG MENANGIS

Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda :
Janganlah kamu pukul anak-anak kamu di sebabkan mereka menangis dalam masa setahun. Kerana pada empat bulan pertama kelahirannya Ia bersyahadat LAA ILAAHA ILLALLAH. Pada empat bulan kedua pula ia berselawat ke atas Nabi s.a.w. Dan pada empat bulan seterusnya pula ia mendoakan kedua ayah bonda nya. ( H.R. Abdullah Ibnu Umar r.a. )

Baginda Rasulullah s.a.w. menjelaskan bahawa tangisan anak di waktu kecil pada bulan pertama adalah tanda ia bertauhid kepada Tuhan Nya dan empat bulan kedua pula ia membacakan selawat kepada Nabi nya dan empat bulan seterus nya ia memohon istighfar untuk kedua ayah bonda nya.

Bersabda Baginda Rasulullah s.a.w. :
Anak-anak sebelum sampai ia baligh maka apa-apa yang di perbuat nya daripada kebaikan maka di tuliskan untuknya dan kedua ibu bapanya. Dan apa yang di perbuat nya daripada kejahatan maka tiadalah di tulis untuk nya dan tidak pula di tulis untuk kedua ibu bapa nya. Apabila ia telah baligh maka berlakulah yang di tulis itu atasnya ia itu segala amal baik atau buruknya. ~* ( H.R.Imam Anas bin Malik r.a.)

AAP - Setidak-tidaknya ada sebab kenapa budak itu menangis kemungkinan lapar, kembung perut dan sebagainya. Harap dapatlah kita terapkan kesabaran yang lebih untuk mendidik anak-anak.. Sememangnya didalam penjagaan dan mendidik anak-anak begitu banyak sekali dugaannya. akuanakpahang

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

27 Okt 2012

RESEPI SUP TULANG

Salam, gamaknya musim raya aidil adha nie banyak yang dapat daging dan tulang lembu atau kerbau mungkin tercari-cari resepi nak membuat sup tulang. Disini saja saya nak kongsikan dengan anda semua cara-cara nak membuat sup tulang yang saya google :) apapun jom lihat manalah tau kut-kut anda berhajat nak membuat sup tulang hari ini :)

Bahan-bahan ( 4 orang )
500g tulang lembu
1 sup bunjut adabi
2 kiub ayam / daging - tak kisah mana2 adabi ke maggie
2 1/2 liter air.
3-4 ulas bawang putih
1 cm halia
minyak untuk menumis
daun sup/ daun bawang
bawang goreng
cili padi -kalo nak pedas :)
limau nipis- kalo suka masam2 sket..
2 ketul ubi kentang
1/2 batang lobak merah

Cara-cara
Mula-mula cucilah tulang temulang.

Kupas bawang putih. Pastu bersihkan.

Ketuk-ketuk bawang putih dengan pisau. Pastu cincang-cincanglah biar jadi halus.

Hiris pula halia nipis-nipis. Tapi kalo sape ada lesung tu boleh tumbuk halia sekali dengan bawang putih.

Panaskan minyak. Tumislah bawang putih dan halia ni sehingga bawang putih jadi kuning.. kalo hangus sket tu takpe..

Dah tu masuklah air dengan tulang-temulang. Rebuslah sehingga tulang empuk.

Bila dah empuk tu, masuklah pula ubi kentang dengan lobak merah.. Kalo tak nak letak pun takpe..

Masuk pula rempah sup bunjut dan juga kiub ayam. Biarkan sehingga ubi kentang empuk.

Masukkan pula sedikit gula. Pastu bolehlah rasa. Kalo tak rasa masin lagi bolehlah tambah garam. Tak cukup manis tambahlah gula.

Bila nak makan tu bolehlah letak bawang goreng, daun sup, daun bawang, cili padi. Kalo suka masam perahlah sedikit limau nipis. - Sumber Resepi : Myresipi

Ok selamat mencuba. Gambar diatas sekadar hiasan sahaja :)

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

26 Okt 2012

SIAPA KATA PIRING ASTRO MENGADAP KIBLAT?

Lihat kompas di atas, kacau juga jika ada pihak yang berpendapat mengatakan piring Astro mengadap Kiblat @ Kaabah. Sebenar ianya cuma sekadar mengadap pada arah mata hari jatuh sahaja. Jauh sekali mengadap ke arah kilbat. Paling bimbang bila kita tak jumpa arah kiblat sudah mereka mengikut arah piring astro susah juga tu boleh rosak akidah kita.

Sebaiknya apa pun perkara kita mestilah merujuk dahulu pada pihak yang tertentu, untuk mendapat kepastian. Moralnya juga jangan suka main dengar cakap-cakap orang yang tertentu sahaja, yang mana kita sendiri tidak tahu menahu daripada mana datang sumbernya. Pastinya bila sesuatu perkara itu tidak ada kepastian boleh rosak juga akidah kita. Mungkin sekadar nak tengok kat DISINI ada juga mereka mengatakan piring astro tersebut mengadap ke arah kiblat.

AAP - Entri sekadar suatu perkongisan, cerita dah lama sekadar ulang-ulangan sahaja untuk pengetahuan bersama, yang salah perlu diperbetulkan yang betul, perlu diamalkan. akuanakpahang

Sumber : Gambar by Facebook.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

25 Okt 2012

SALAM AIDIL ADHA DARIPADA PENGURUSAN BLOG DAN FACEBOOK GROUP AKUANAKPAHANG


Bersempena sambutan Hari Raya Aidil Adha 1433 Hijrah/2012 Masehi pada hari esok Jumaat, saya dengan ini mengambil kesempatan mengucapkan Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha pada semua sahabat blog, pembaca setia, penyokong blog akuanakpahang dan semua muslimin dan muslimat tidak kira dimana jua anda berada dengan ucapan Selamat hari raya Adil Adha maaf zahir dan batin. Daripada saya akuanakpahang.blogsopt.com

 
Juga saya bagi pihak Admin FB AKUANAKPAHANG GROUP dengan ini memohon kemaafan jua sekiranya disepanjang kami mengendalikan group tersebut ada sedikit sebanyak kekurangan, salah dan silapnya serta sebarang ketidakpuasan hati mana-mana pihak. Saya memohon maaf banyak-banyak dengan ini saya mewakili pihak Admin AAPG memohon berbanyak kemaafan jua. 

Dari Abu 'Ubaid r.a., ia pernah beraidul adha dengan 'Umar bin Khattab r.a. Ia solat sebelum berkhutbah, lalu berpidato kepada orang ramai: "Hai manusia, Rasulullah saw. telah melarang kamu berpuasa pada dua hari raya ini. Yang pertama adalah hari raya di mana kamu berbuka setelah berpuasa. Yang kedua pada hari kamu makan daging binatang sembelihan korban mu. " Selanjutnya Abu 'Ubaid berkata: "Setelah itu saya pernah berhari raya dengan 'Uthman bin 'Affan. Hari itu adalah hari Jumaat. Ia solat setelah itu berkhutbah: "Hai manusia, pada hari ini terdapat dua hari raya. Siapa dari kamu penduduk luar kota yang ingin menunggu di sini sampai solat Jumaat, boleh menunggu. Siapa yang ingin pulang sekarang, saya beri izin." Abu 'Ubaid selanjutnya berkata: "Kemudian saya berhari raya dengan 'Ali bin Abi Thalib. Ia solat, setelah itu berkhutbah. Dalam khutbahnya, ia berkata: "Rasulullah saw. melarang kamu makan daging korban mu setelah tiga hari." (maksud Hadis Sahih Bukhari)

~*~Labaik Allahuma Labaik. Labaika laa Syariikalaka Labaik. Innal hamda Wani'mata lakal Walmulk. Laa Syariikalak~*~Salam Aidiladha untuk rakan2 blogger akuanakpahang Facebook AAP Group dan semua sahabat dan rakan-rakan amnya yang mengenali kami, saya dan keluarga.  Selamat Hari Raya Adil Adha daripada akuanakpahang.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

APAKAH KITA TERSILAP MENJADI SEORANG BLOGGER?

Dunia seorang blogger ada berbagai gaya dan rupa, ada berbagai minat dan kehendaknya. Tidak kurang ada berbagai cara dan gaya blogger itu sendiri bagi menarik minat pembaca ke blognya. Mungkin kalau kita lihat entri yang sedikit berbaur lucah atau ada unsur seks seumpamanya mungkin menarik minat blogger untuk dijadikan entri mereka, bagi menarik minat pengujung ke blog mereka. Itu relitinya dunai internet sekarang. Mungkin tidak semua yang mengemarinya segelintir agaknya.

Merujuk pada  perkara yang sama mungkin di peringkat awal berblog, suatu ketika dalulu blog ini pernah juga sedikit terikut-ikut sama dengan cara blogger yang lebih otai daripada kita. Dalam ertikata terikut sama mengeluarkan entri yang agak sedikit panas bagi menarik trafik yang tinggi ke blog kita. Mungkin juga tanpa kita sedari dan sedikit kealfaan.

Hendak tak hendak mungkin ada entri yang sedikit beraur lucah yang tidak keterlaluan penah dan ada diterbitkan di blog ini. Mungkin ini bolehlah saya sifatkan kesilapan dimasa lalu dan di hari ini kita memperbaiki kesilapan itu. Tak salah jika kita mengaku kesilapan dan berazam untuk memperbaikinya.

Tidak dinafikan artikel sedemikian boleh menarik trafik yang agak tinggi, tapi rasanya tidak berapa kena dengan citarasa dan budaya kita sendiri. Namun bukanlah memaksa terserah juga pada mereka jika dirasakan perkara itu sesuai untuk mereka. Pendapat saya mungkin perkara seumpama itu tidak berapa kena seandai orang berpusu-pusu ke blog kita angkara perkara yang tidak baik dan kita seolah-olahnya turut sama memanjang perkara yang tidak sepatutnya.

Sesekali terfikir juga, seandainya kita sudah 'tidak ada nanti ' dan telah meninggalkan entri seumpama itu didalam blog kita rasanya amat tidak kena dan terkilan. Sekurang-kurang ada perkara baik yang telah kita tinggalkan sebagai kesinambungannya nanti. Tidak salah kita berubah dan menyesali apa jua perkara yang tidak baik yang telah kita lakukan dan berazam untuk memperbaikinya.

Sebenarnya banyak cara lain yang dapat kita manfaatkan uttuk menarik minat pembaca ke blog kita, dan itu bukanlah cara yang terbaiknya saya kira. Mungkin kalau kita bijak masih banyak cara yang lebih baik dan menarik yang lebih memberi manfaat dapat kita kongsikan sama dengan pembaca blog kita.Sedikit nasihat untuk diri sendiri yang selalu alfa ini. Semoga kita sama-sama mendapat manfaatnya terima kasih. By akuanakpahang
 
Wassalam, Wa'allahhualam.
 

24 Okt 2012

BAGAIMANA JIKA ARTIKEL (POSTING) ANDA TELAH DI COPY PASTE?

Salam, didalam dunia berblogger kita tidak dapat lari daripada membuat entri meng'copy paste entri orang lain, tidak kira daripada mana sumbernya. Saya juga seorang blogger selalu juga mengambil atau meng'copy paste artikel daripada sumber lain, yang mana saya dikira mungkin menarik dan memberi bermanfaat untuk dijadikan perkongsian bersama pembaca blog kita.

Pastinya untuk menghasilkan sebuah artikel yang menarik, ori dan tulen yang ditulis oleh kita semua bukanlah suatu perkara yang mudah, ianya memerlukan masa, ketelitian dan banyak perkara yang perlu difikirkan sehinggalah lahirnya entri tersebut. Walaupun mungkin kita ada juga merujuk fakta daripada blog atau website tertentu. Sekadar rujukan sahaja tidak didalam maksud menciplak sepenuhnya.

Bagi saya meng'copy paste artikel itu perkara biasa didalam dunia blog. Cuma ada baiknya atau lebih ikhlasnya kita sebagai seorang blogger memberi sumber asalnya daripada mana artikel itu diperolehi dan paling yang penting berikan sedikit kredit atau penghargan kepada permilik asal artikel tersebut. Setidaknya-tidaknya ada juga trafik dan penghargaan tidak secara langsung pada pemilik asal artikel tersebut bersumberkan daripada blog atau website tertentu.

Sebagai contoh artikel saya yang ini TIPS TIDAK MAHU HATI TERLUKA DAN TERASA HATI telah dicopy paste ke SINI dan telah di copy paste sumber sebelumnya daripada SINI Apalah salahnya atau sebaiknya terus sahaja disebut sumbernya daripada SINI Sejujurnya bagi saya sendiri sekiranya artikel atau posting tersebut telah dicopy paste ke halaman lain mungkin boleh menjadi suatu kebanggaan pada pemiliknya. Setidaknya artikel tersebut telah berjaya menarik minat pihak lain untuk di kongsikan sama. Pasti akan menjadi satu kebanggaan pada pemilik asal artikel tersebut. Cuma jika di copy paste bulat-bulat tanpa memberi tahu sumbernya dari mana kita perolehi mungkin satu penipuan dan kezaliman bagi saya kerana telah membelakangkan hak penulis dan pemilik asal artikel tersebut.

Saranan saya, jika kita seorang blogger pastinya kita ada etika, peranan serta tanggungjawab tersendiri. Bila kita sudah berbuat sesuatu perkara atau tugasan itu. Jangan main tangkap muat apa sahaja tanpa mikirkan baik buruknya, kerana disana jelas kita ada peranan dan tanggungjawab serta keikhlasan hati kita semua. Selamat berblogger.

Wassalam, Wa'allahhualam.
  

Kesan Buruk Daripada Perbuatan Zina Yang Wajib Kita Ketahui

ZINA merupakan kejahatan yang sangat besar yang memberi kesan amat buruk kepada penzina itu sendiri, khususnya dan kepada seluruh umat amnya. Di zaman sekarang di mana banyaknya saluran dan media yang berusaha menyeret kearah perbuatan keji ini, maka amat perlu untuk setiap orang mengetahui bahaya dan akibat buruk yang timbul dari dosa zina. Kita semua hendaklah lebih berhati-hati dan berwaspada agar tidak terjerumus, hatta, walaupun hanya mendekatinya.

Di antara akibat buruk dan bahaya tersebut adalah :
1- Dalam zina terkumpul bermacam-macam dosa dan keburukan yakni berkurangnya agama si penzina, hilangnya sikap wara’ (menjaga diri dari dosa), buruk keperibadian dan hilangnya rasa cemburu.

2- Zina membunuh rasa malu, padahal dalam Islam malu merupakan suatu hal yang amat diambil berat dan perhiasan yang sangat indah khasnya bagi wanita.

3- Menjadikan wajah pelakunya muram dan gelap.

4- Membuat hati menjadi gelap dan mematikan sinarnya.

5- Menjadikan pelakunya selalu dalam kemiskinan atau merasa demikian sehingga tidak pernah merasa cukup dengan apa yang diterimanya.

6- Akan menghilangkan kehormatan pelakunya dan jatuh martabatnya baik di hadapan Allah mahupun sesama manusia.

7- Allah akan mencampakkan sifat liar di hati penzina, sehingga pandangan matanya liar dan tidak terkawal
.
8- Pezina akan dipandang oleh manusia dengan pandangan mual dan tidak percaya.
 
9- Zina mengeluarkan bau busuk yang mampu dihidu oleh orang-orang yang memiliki ‘qalbun salim’ (hati yang bersih) melalui mulut atau badannya.

10- Kesempitan hati dan dada selalu meliputi para pezina. Apa yang ia dapati dalam kehidupan ini adalah sebalik dari apa yang diingininya. Ini adalah kerana, orang yang mencari kenikmatan hidup dengan cara bermaksiat kepada Allah maka Allah akan memberikan yang sebaliknya dari apa yang dia inginkan, dan Allah tidak menjadikan maksiat sebagai jalan untuk mendapatkan kebaikan dan kebahagiaan.

11- Penzina telah mengharamkan dirinya untuk mendapat bidadari yang jelita di syurga kelak.

12- Perzinaan menyeret kepada terputusnya hubungan silaturrahim, derhaka kepada orang tua, pekerjaan haram, berbuat zalim, serta menyia-nyiakan keluarga dan keturunan. Bahkan boleh membawa kepada pertumpahan darah dan sihir serta dosa-dosa besar yang lain. Zina biasanya berkait dengan dosa dan maksiat yang lain sebelum atau bila berlakunya dan selepas itu biasanya akan melahirkan kemaksiatan yang lain pula.

13- Zina menghilangkan harga diri pelakunya dan merosakkan masa depannya di samping meninggalkan aib yang berpanjangan bukan sahaja kepada pelakunya malah kepada seluruh keluarganya.

14- Aib yang dicontengkan kepada pelaku zina lebih membekas dan mendalam daripada asakan akidah kafir, misalnya, kerana orang kafir yang memeluk Islam selesailah persoalannya, namun dosa zina akan benar-benar membekas dalam jiwa kerana walaupun akhirnya pelaku zina itu bertaubat dan membersihkan diri dia akan masih merasa berbeza dengan orang yang tidak pernah melakukannya.

15- Jika wanita yang berzina hamil dan untuk menutupi aibnya ia mengugurkan kandungannya itu maka dia telah berzina dan juga telah membunuh jiwa yang tidak berdosa . Jika dia ialah seorang wanita yang telah bersuami dan melakukan kecurangan sehingga hamil dan membiarkan anak itu lahir maka dia telah memasukkan orang asing dalam keluarganya dan keluarga suaminya sehingga anak itu mendapat hak warisan mereka tanpa disedari siapa dia sebenarnya. Amat mengerikan, naudzubillah min dzalik.

16- Perzinaan akan melahirkan generasi individu-individu yang tidak ada asal keturunan (nasab). Di mata masyarakat mereka tidak memiliki status sosial yang jelas.

17- Pezina laki-laki bererti telah menodai kesucian dan kehormatan wanita.

18- Zina dapat menyemai permusuhan dan menyalakan api dendam antara keluarga wanita dengan lelaki yang telah berzina dengannya.

19- Perzinaan sangat mempengaruhi jiwa kaum keluarganya di mana mereka akan merasa jatuh martabat di mata masyarakat, sehingga kadang-kadang menyebabkan mereka tidak berani untuk mengangkat muka di hadapan orang lain.

20- Perzinaan menyebabkan menularnya penyakit-penyakit berbahaya seperti aids, siphilis, dan gonorhea atau kencing bernanah.

21- Perzinaan menjadikan sebab hancurnya suatu masyarakat yakni mereka semua akan dimusnahkan oleh Allah akibat dosa zina yang tersebar dan yang dilakukan secara terang-terangan.

Hukuman Zina 
Demikianlah besarnya bahaya dosa zina, sehingga Ibnul Qayyim, ketika mengulas tentang hukuman bagi penzina, berkata: “Allah telah mengkhususkan hadd (hukuman) bagi pelaku zina dengan tiga kekhususan iaitu: Pertama, hukuman mati secara hina (rejam) bagi pezina kemudian diringankan (bagi yang belum nikah) dengan dua jenis hukuman, hukuman fizikal yakni dirotan seratus kali dan hukuman mental dengan diasingkan selama satu tahun.

Kedua, Allah secara khusus menyebutkan larangan merasa kasihan terhadap penzina. Umumnya sifat kasihan adalah diharuskankan bahkan Allah itu Maha Pengasih namun rasa kasihan ini tidak boleh sehingga menghalang dari menjalankan syariat Allah. Hal ini ditekankan kerana orang biasanya lebih kasihan kepada penzina daripada pencuri, perompak, pemabuk dan sebagainya.

Di samping itu penzinaan boleh dilakukan oleh siapa sahaja termasuk orang kelas atasan yang mempunyai kedudukan tinggi yang menyebabkan orang yang menjalankan hukuman merasa enggan dan kasihan untuk menjalankan hukuman.

Ketiga, Allah memerintahkan agar pelaksanaan hukuman zina disaksikan oleh orang-orang mukmin dengan maksud menjadi pengajaran dan memberikan kesan positif bagi kebaikan umat.

Beberapa Perkara Penting Yang Perlu Diperhatikan
1- Orang yang berzina dengan banyak pasangan lebih besar dosanya daripada yang berzina hanya dengan satu orang, demikian juga orang yang melakukanya berkali-kali dosanya lebih besar daripada yang melakukannya hanya sekali.

2- Penzina yang berani melakukan maksiat ini dengan terang-terangan lebih buruk daripada mereka yang melakukannya secara sembunyi-sembunyi.

3- Berzina dengan wanita yang bersuami lebih besar dosanya daripada dengan wanita yang tidak bersuami kerana adanya unsur perbuatan zalim (terhadap suami wanita), boleh menyalakan api permusuhan dan merosak keutuhan rumah tangganya.

4- Berzina dengan jiran lebih besar dosanya daripada orang yang jauh rumahnya.

5- Berzina dengan wanita yang sedang ditinggalkan suami kerana perang (jihad) lebih besar dosanya daripada dengan wanita lain.

6- Berzina dengan wanita yang ada pertalian darah atau mahram lebih jahat dan hina daripada dengan yang tidak ada hubungan mahram.

7- Ditinjau dari segi waktu maka berzina di bulan Ramadhan, baik siangnya ataupun malamnya, lebih besar dosanya daripada waktu-waktu lain.

8- Kemudian dari segi tempat dilakukannya, maka berzina di tempat-tempat suci dan mulia lebih besar dosanya deripada tempat yang lain.

9- Pezina muhson (yang sudah bersuami atau beristeri) lebih hina daripada gadis atau jejaka, orang tua lebih buruk daripada pemuda, orang alim lebih buruk daripada yang jahil dan orang yang berkemampuan (terutama dari segi ekonomi) lebih buruk deripada orang fakir atau lemah.

Bertaubat 
Bertaubat ini bukan khusus hanya kepada penzina, bahkan kepada sesiapa sahaja yang menunjukkan jalan untuk terjadinya zina, membantu dan memberi peluang kepada pelakunya dan siapa saja yang ikut terlibat di dalamnya. Hendaknya mereka semua segera kembali dan bertaubat dengan sungguh-sungguh, menyesali apa yang pernah dilakukannya dan berusaha sekuat tenaga untuk tidak kembali melakukannya. Dan yang paling penting adalah memutuskan hubungun dengan siapa sahaja dan apa sahaja yang boleh menarik ke arah perbuatan keji tersebut. Dengan demikian diharapkan Allah akan menerima taubat itu dan mengampuni segala dosa yang pernah dilakukan, dan ingatlah, tidak ada istilah ‘putus asa’ dalam mencari rahmat Allah.

Allah berfirman, mafhumnya: 
“Dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain bersama-sama Allah, dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak), dan tidak pula berzina; dan sesiapa melakukan yang demikian, akan mendapat balasan dosanya;” (Al-Furqaan 25:68) “Akan digandakan baginya azab seksa pada hari kiamat, dan ia pula akan kekal di dalam azab itu dengan menerima kehinaan,” (Al-Furqaan 25:69)
“Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan; dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Al-Furqaan 25:70)

Dipetik dari: Risalah Daarul Wathan judul Min mafasid az-zina, karya Muhammad bin Ibrahim al Hamd. Sumber

AAP - Entri sekadar perkongsian semoga menjadi pedoman dan panduan bersama.
Wassalam, Wa'allahhualam.
 

23 Okt 2012

INFO POKOK BAYAS | RESEPI KERABU UMBUT BAYAS

Antara hasil hutan yang tinggi nilainya ialah pokok bayas atau nama saintifiknya Oncosperma horrida yang banyak ditemui di hutan Taman Negara, Kuala Tahan dan Hulu Tembeling dan sekitar kawasan hutan di Pahang

Masyarakat Melayu di pedalaman memanfaatkan umbut pokok bayas untuk dibuat masakan tradisional bagi menghasilkan rasa yang enak dan menyelerakan. Umbut (bahagian dalam batang atau umbut mayang pokok bayas) merupakan sejenis bahan lembut dan sedap jika dimasak secara resipi kampung. Rupa dan saiz pokok bayas seakan-akan pokok nibong dan pokok pinang yang mempunyai batang tinggi dan keras, berduri serta sukar ditebang menggunakan pisau atau parang biasa.

Kerja-kerja menebang pokok bayas agak sukar dan terpaksa menggunakan kapak dan beliung yang tajam untuk menetak lapisan luar batangnya. Setelah pokok ditebang, tugas membuang kulit keras pokok bayas dilakukan untuk mendapatkan umbutnya dengan menggunakan peralatan seperti beliung dan alatan lainnya. Lapisan umbut dalam batang bayas akan dipotong pendek-pendek sepanjang kira-kira satu meter untuk mudah dibawa atau dipikul. Umbut bayas ini kebiasaanya digunakan untuk masakan kenduri-kendara majlis perkahwinan di kampung-kampung.
Umbut bayas sememang popular sejak zaman dahulu lagi di kalangan orang Melayu di Jerantut dan Kuala Lipis kerana ia sinonim dengan masakan lemak atau dibuat kerabu umbut bayas.Untuk menikmati keenakan masakan ini, umbut bayas yang siap ditebang perlu segera disiang atau dipotong seterusnya dimasak tanpa membiarkan ia terlalu lama, dibimbangi telah dimasuk angin hilang rasa keenakannya.

Resepi Kerabu Umbut Bayas
Bahan-bahan:
Umbut anggaran 1 bekas (ambil bahagian yg lembut sahaja)
6 - 7 ulas bawang merah ~ ditumbuk halus
1 s/k lada hitam biji ~ ditumbuk halus berasingan
1 ½ sudu besar udang kering ~ direndam & ditumbuk halus
1 cawan santan pekat
2 sudu besar kerisik yg dah ditumbuk (kerisik buat sendiri lebih sedap!)
garam & gula secukupnya

Cara2 Menyediakan
1. Umbut dicelur sehingga lembut kemudian toskan.2. Gaulkan umbut bersama dengan bahan2 tumbuk yang telah disediakan. Tambahkan santan pekat, kerisik & bahan2 perasa secukupnya.
3. Gaul rata2 & sedia dihidangkan segera dengan nasi hangat & jika ada ikan masin lagi sedap pergh!!.

Nota dikaki : Umbut bayas kata orang lagi sedap daripada umbut kelapa dan umbut pokok kelapa sawit. Selamat mencuba. Sebahagian sumber dan fakta daripada hasil Google. akuanakpahang

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

22 Okt 2012

FALSAFAH MENGENAL ERTI KEHIDUPAN

Ambillah waktu untuk berfikir, 
itu adalah sumber kekuatan,
 ambillah waktu untuk berdoa,
 itu adalah sumber ketenangan.
 Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai,
itu adalah hak istimewa yg diberikan Tuhan. 
Ambillah waktu untuk bersahabat,
 itu adalah jalan menuju kebahagiaan. 

Orang yang tidak menganggap dirinya bahagia adalah
orang yang tidak akan hidup dengan bahagia.

Orang berjaya tidak pernah putus asa. Sebaliknya orang
yang mudah putus asa ialah orang yang tidak akan
berjaya.

Semua orang ada prinsip kehidupan, tidak kurang semua
orang ada rasa sensertif pada sesuatu... tidak perlu kita menonjolkan diri... 
bahawa kita seorang sahaja yang mempunyai perkara tersebut. 
Mungkin ini yang dimaksudkan manuasi itu sama. Bezanya hanya keimanan kita.

Apabila kamu bercakap, percakapan kamu adalah patut
diluahkan jika ia difikirkan lebih bernilai daripada
tidak bercakap langsung.

Tiga orang pandang ke luar tingkap, seorang melihat
tanah, seorang melihat pokok, seorang melihat awan.
Ini kerana setiap manusia mempunyai persepsi yang
berbeza. Lantaran itu, jangan berasa marah jika orang
lain berbeza pendapat dengan kita.

Cerek yang kecil adalah lebih mudah panas. Orang yang
berhati kecil mudah berasa marah.

Orang yang tidak dapat mengawal emosi sendiri adalah
orang yang tidak dianggap merdeka.

Tali gitar yang diikat terlalu ketat akan senang
putus. Manakala tali yang diikat terlalu longgar tidak
akan mengeluarkan bunyi yang merdu. Oleh itu, hiduplah
dalam kesederhanaan.

Kemarahan biasanya bermula daripada fikiran yang tidak
bijak dan diakhiri dengan kekesalan.

Kesedihan yang dialami akan menjadi pudar selepas
suatu jangkamasa berlalu.

Melakukan kesilapan adalah suatu perkara yang biasa.
Sedia memaafkan kesilapan adalah perkara yang luar
biasa.

Manusia biasanya hidup tidak melebihi 100 tahun,
tetapi kerisauan yang dialami lebih daripada 1000
tahun.

Sukailah dengan apa yang perlu anda buat, jangan buat
apa sahaja yang anda suka.

Belajar daripada kesilapan yang orang lain lakukan
akan mengurangkan kesilapan yang mungkin kita lakukan.

Wang adalah alat yang kita gunakan dan bukan alat yang
mempergunakan kita.

Tiada orang yang boleh merisaukan kamu melainkan
fikiran kamu sendiri.

Manusia selalu mengharapkan kegembiraan daripada orang
lain, tetapi jarang memberi kegembiraan kepada orang
lain secara sukarela.

Kesedihan dan kegembiran adalah di tangan sendiri dan
bukannya di tangan orang lain.

Musuh yang paling hebat di dunia ini ialah diri kita
sendiri.

Orang yang paling bodoh ialah orang yang selalu risau
atau marah kerana kesilapan orang lain.

Masa yang kita gunakan untuk mecari kesilapan orang
lain biasanya adalah lebih banyak daripada masa yang
kita gunakan untuk memperbaiki kesilapan sendiri.

Hati fikir perkara baik, mulut cakap perkara baik,
badan lakukan perkara baik.

Semua manusia mempunyai satu mulut dan sepasang
telinga, maka kurangkan bercakap dan lebihkan
mendengar.

Apabila anda menuding jari terhadap kesilapan orang
lain, sebenarnya 3 jari anda telah menuding kepada
diri anda sendiri.

Insan yang berilmu akan menganggap dirinya kurang
ilmu, manakala orang bodoh akan menganggap dirinya
orang yang sangat pandai.

Hadiah yang paling berharga buat teman ialah
bertimbang rasa dan sedia memaafkan kesilapannya.

Bersikap baik terhadap insan yang jahat adalah cara
yang lebih baik daripada bersikap buruk terhadap
mereka.

Dalam hidup ini, sebarang keadaan yang kita temui
adalah kurang penting, yang paling penting ialah arah
yang kita tujui.

Orang biasa akan marah apabila dikritik oleh orang
lain, manakala orang yang mulia ialah mereka yang
memperbaiki diri daripada kritikan orang lain kerana
musuh biasanya akan memberitahu kesilapan yang anda
buat tanpa disedari.

Orang yang berfikiran positif akan melihat peluang
dalam semua keadaan. Manakala orang yang berfikiran
negatif akan berasa risau dalam segala keadaan yang
baik.

Kita perlu menghembus nafas dahulu sebelum menerima
udara yang segar. Kita perlu berusaha
bersungguh-sungguh sebelum menempuh sesuatu kejayaan.

Bagi manusia yang tidak mengenali erti hidup, maka
hidup adalah satu hukuman baginya.

Kadangkalanya, sesuatu masalah yang rumit dapat
diselesaikan dengan menggunakan kaedah yang paling
mudah.

Padi yang semakin berisi akan semakin menunduk,
manusia yang berhemah tinggi ialah orang yang sentiasa
merendahkan diri.

Hayatilah kehidupan anda, janganlah dibandingkan
dengan orang lain.

Kebencian tidak dapat di atasi dengan kebencian,
tetapi hanya dapat di atasi dengan kasih sayang.

Jangan berputus asa apabila menghadapi kesusahan
kerana titisan hujan yang jernih juga berasal daripada
awan yang gelap.

Masa yang diberi kepada kita dikurniakan sesaat demi
sesaat, maka kita perlu menggunakannya sesaat demi
sesaat.

Orang yang kaya bukanlah orang yang mempunyai banyak
harta, tetapi orang yang berasa cukup dengan apa yang
dia ada dan tidak memerlukan lebih daripada itu.

Orang yang miskin bukanlah orang yang tidak berharta
tetapi adalah orang yang sentiasa merasa tidak cukup
dengan apa yang dimiliki.

Orang yang boleh diyakini adalah mereka yang mempunyai
keyakinan diri. Orang yang dapat menegur orang lain
adalah orang yang sedia menerima teguran orang lain.

Orang yang cemerlang bukanlah kerana dia tidak pernah
mengalami kegagalan tetapi disebabkan dia dapat
berdiri lebih teguh selepas kegagalan.

Orang yang cantik tetapi tidak berakhlak bagaikan
bunga yang berwarna tetapi berbau busuk.

Manusia yang dihormati ialah orang yang sentiasa
menghormati orang lain.

Keadaan manusia ada beberapa situasi : Faham buat tak faham, tak paham, buat faham, faham dan sajer buat tak faham, paling malang mmg tak reti faham walaupun dia sudah berkali-kali difahamkan...tak faham tanya, tak tanya faham..

Cita-cita dan angan-angan adalah dua perkara yang berbeza, 
angan-angan boleh membuat seorang menjadi gila, sementara
 cita-cita mungkin boleh menyembuh seseorang daripada gila. 

AAP - Sebahagian Falsafah diatas adalah catatan akuanakpahang dan sebahagain lagi hasil carian google. Falsafah kehidupan in terkadang sangat bagus untuk kita hayati bersama dan boleh juga dijadikan sebahagian sumber inpirasi, penuh motivasi dan mengenali serta menjana jati diri.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

APA PERBEZAAN WANITA MANIS, CANTIK DAN SEKSI?

Wanita Manis merupakan jenis wanita yang mempunyai kecantikan semulajadi, dan lebih menonjolkan kecantikan dalam berperilaku, bergaul dan berkata-kata atau sering dikenali dengan inner beauty. Jenis wanita manis menduduki kedudukan pertama sebagai jenis wanita idaman kaum lelaki. Sebab wanita jenis ini pandai membawa diri dalam lingkungan pergaulan, tidak hanya menonjolkan kecantikan fizikal saja, jadi boleh bergaul dari segala macam lingkungan pergaulan. Banyak pula yang beranggapan bahawa wanita manis mempunyai kecantikan yang tidak membosankan berbanding jenis-jenis wanita yang lain, sebab tanpa mereka dapat tampil mempesona dengan aura kecantikan dalam diri yang terpancar tanpa menggunakan solekan wajah yang berlebihan.

Wanita Cantik merupakan jenis wanita yang mempunyai paras wajah yang cantik, menawan dan mempesona dan mempunyai penampilan yang menarik. Wanita cantik biasanya pandai berdandan baik dalam menghiasi wajah atau memperbaiki penampilan. Kebiasaan yang paling digemari adalah melakukan rawatan dan pembaikan penampilan dan kecantikan, baik di rumah, salon atau klinik kecantikan. Mereka biasanya sangat menjaga kecantikan wajah, kadang tumbuh jerawat pada daerah wajah menjadi masalah besar bagi mereka. Kebanyakan lelaki merasa bangga apabila mempunyai kekasih jenis wanita cantik, sebab akan membuat iri hati pada lelaki lain.

Sedangkan Wanita Seksi merupakan jenis wanita yang mempunyai penampilan atau bentuk tubuh yang ideal, dan mereka juga dalam berpakaian cenderung menonjolkan setiap lekuk tubuh yang menawan. Sehingga wanita seksi sangat percaya diri, bersifat terbuka dan sangat memperhatikan bentuk tubuh mereka, apabila berat badan mereka naik beberapa kilo akan menjadi masalah besar bagi mereka. Wanita seksi memenuhi semua kriteria bentuk tubuh wanita ideal dari sudut pandangan kaum lelaki.

Setelah mengetahui ciri-ciri wanita manis, cantik dan seksi, disini kita dapat menjawab kategori jenis wanita sama ada yang sesuai dengan anda. Tetapi alangkah baiknya jika anda memasuki kategori jenis wanita yang sesuai dengan personaliti positif anda, sehingga bukan hanya dikagumi oleh kaum lelaki tetapi menjadi individu yang menyenangkan dalam pergaulan. Begitu kisahnya wanita ini, sekiranya anda seorang wanita dimanakah kategori anda? Kena ingat sama menjadi wanita seksi lebih berisiko mendapat ancaman daripada lelaki (risiko tanggung sendiri) berbanding dengan wanita cantik dan manis yang banyak menjadi idaman kaum lelaki. Dan sebaik-sebaik kecantikan biarlah kecantikan untuk suami anda. Jaga diri dan hiasi peribadi.  Sumber asal Forum.viva.co. Olahan semula by akuanakpahang  **Gambar diatas sekadar hiasan.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

21 Okt 2012

BRITISH AMERICAN TABACCO : HARGA ROKOK NAIK MULAI ESOK.


KUALA LUMPUR - British American Tobacco Malaysia (BAT Malaysia) telah mengumumkan peningkatan 20 sen kepada harga semua rokoknya mulai Isnin, 22 Oktober 2012.

"Kami dimaklumkan secara rasmi oleh Kastam Diraja Malaysia pada Khamis 18 Oktober 2012, tentang kenaikan yang dimandatkan dalam harga luar kilang rokok-rokok kami antara 26 peratus ke 58 peratus berkuat kuasa Jumaat, 19 Oktober lalu.

"Berikutan itu, cukai eksais dan jualan telah dinaikkan," kata pengarah urusan BAT Malaysia, William Toh, dalam satu kenyataan.

Harga baru rokok bermula esok adalah seperti berikut:-
 
    Rangkaian DUNHILL                           RM10.20
    Rangkaian KENT                                  RM10.20
    Rangkaian PETER STUYVESANT       RM8.70
    Rangkaian PALL MALL                        RM8.70
    PALL MALL Biasa                                RM10.60
    BENSON & HEDGES                           RM10.20
    LUCKY STRIKE PLAIN                      RM10.60
    ROTHMANS INTERNATIONAL         RM10.60
 
BAT Malaysia adalah sebahagian daripada kumpulan British American Tobacco, yang merupakan kumpulan tembakau paling antarabangsa dunia dan kumpulan tembakau  tersenarai yang kedua terbesar dunia. - Bernama

AAP  : #$#%^*&^%*&^(*&)(*)(((*_)()_**&^%#@@

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

TIPS TIDAK MAHU HATI TERLUKA DAN TERASA HATI

Kenapa perlu marah-marah, stress dan sebagainya semua itu menambahkan lagi rasa sakit hati kita. Semua orang kalau boleh tak nak hatinya terluka dan dilukai hidup riang tenang, ceria dan gembira sentiasa. Seandainya kita ingin menjaga hati kita sendiri dan orang lain dari daripada perasaan sakit hati tolonglah jangan berfikiran negatif, menerima pandangan orang lain, menerima jika kita rasa memang kita bersalah, jangan terlalu berharap, jangan meminta simpati, jangan cepat buat andaian sendiri dan jangan bercakap perkara yang bukan-bukan kerana situasi ini lebih mengundang menambahnya sakit hati kita dan orang lain...

Tahu had serta batasan bersama dengan sesiapa sahaja, tahu di mana kita berpijak jangan hidup dalam dunia fantasi semata-mata, jangan sampai kata dek orang kita ini duduk didalam dunia kita sahaja tanpa mengambil tahu hal orang lain, paling penting juga kita tahu peranan kita dalam perhubungan atau erti sebuah persahabatan tersebut.

Dan tolong jangan mudah terpengaruh dengan orang dan keadaan sekeliling, jangan cepat salah sangka, jangan paranoid tunggu sesuatu dengan sabar dan tenang. Penting juga berfikir dahulu sebelum berkata-kata, jangan berkata-kata dahulu kemudian baru nak berfikir. Bak kata pepatah sesal dahulu pendaptan sesal kemudian tidak berguna.

Ikutlah keadaan semasa dan hiduplah dengan cara yang tenang. Sentiasa positifkan diri, redha dengan ketentuan Ilahi, percaya kepada qada dan qadar serta yakin ada hikmah disebalik setiap apa yang berlaku.

Dengan cara sedemikian kemungkinan untuk hati terluka lebih teruk atau rasa sakit hati itu mungkin boleh dikurangkan. Tapi....jika sudah ditakdirkan untuk merasai perasaan kecewa itu, terpaksalah hadapi dengan tabah dan berusahalah untuk membaikinya.

Moralnya, kehidupan ini bukan satu perkara mudah seandainya kita ingin menjaga hati semua pihak... tentu ada yang bersetuju dengan cara kita, tidak kurang mungkin ada yang tidak setuju.  Berbuatlah yang temampu dek kita bagi menyenangkan semua pihak. Sendainya masih ada pihak yang kurang senang biarkan sahaja tepuk dada tanya iman. Paling simple hidup ini berbicaralah perkara yang baik atau berdiam diri dalam ertikata bercakap perkara yang perlu sahaja lebih memudahkan untuk kita menjalani kehidupan kita ini. akuanakpahang

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

20 Okt 2012

KEMERIAHAN TEPIAN DARULMAKMUR JERANTUT

Tepian Darulmakmur telah dibuka, ianya adalah sebahagian daripada Hotel Darulmakmur yang menyediakan makanan yang berbeza daripada yang terdapat di Sri Makmur Coffee House Hotel Darulmakmur. Harga yang sangat  berpatutan & specialty ada menyediakan steamboat, teppanyaki & air gelas besar selain daripada bbq corner untuk kemudahan pelanggan.

Kepada semua warga tempatan sekitar Jerantut khasnya dan warga Pahang Darulmakmur amnya. Boleh berkunjung kesana dan merasai sendiri produk terbaru dan tersendiri daripada Hotel Darulmakmur iaitu Tepian Darulmakmur. Menjanjikan kemeriahan dan kelainan untuk semua para pelanggan. Telah dibuka mulai 15 Oktober 2012 dan untuk peringkat awal ini akan beroperasi dari jam 7.00 petang hingga 12 tengah malam.

Pastinya menjadi produk kebanggaan warga tempatan dan tarikan pelancong amnya diatas jenama produk melayu dan islam. Serta menjadi tempat pilihan terbaik untuk warga Jerantut bersantai sambil menjamu selera, sambil menjalankan aktiviti tertentu tahniah pada pihak pengurusan. Sebarang pertanya sila hubungi pihak Hotel Darulmakmur di talian 09-2662552 untuk maklumat lanjut atau tempahan makan /acara dan sebagainya.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

GAMBAR TOYOL YANG DITANGKAP HIDUP-HIDUP DIMASUKAN KE DALAM BOTOL

Imej dibesarkan.
Gambar toyol yang ditangkap dimasukan di botol akhirnya dibawa ke balai polis

Penangkapan susuk makhluk yang diyakini sebagai toyol dilakukan secara tidak sengaja. Toyol ini ditangkap oleh Gatot Suwuno ( 55) ketika dirinya tengah berada di sebuah warung kopi. Ketika ditangkap ditangan toyol ini terdapat wang sebanyak Rp 200,000 atau RM 69.70 wang Malaysia. Gatot yang juga dianggap sebagai pakar paranormal oleh warga setempat dan pemilik Warung tersebut yg sering mengadu kehilangan wang.

Selain kegemaran mencuri wang, toyol ini juga suka meraba alat sulit wanita dan anak gadis sebelum melarikan wang di setiap rumah yang dimasukinya. Begitulah seperti yang dilaporkan kepada media Indonesia pada 18/8/2012. - Sumber Gempak.org

Wa'allahhualam betul ke tidak.
Wassalam, Wa'allahhualam
 

19 Okt 2012

12 SIFAT SAHABAT SEJATI MENURUT IMAM AL-GHAZALI

12 SIFAT SAHABAT SEJATI MENURUT IMAM AL-GHAZALI

1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu.

2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu.

3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya, ia akan membantumu.

4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik.

5. Jika ia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu.

6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya.

7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya.

8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu.

9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu (membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).

10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu.

11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu.

12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan. - akuanakpahang

~Semoga kita dianugerahkan sahabat seperti itu dan menjadi sahabat seperti itu.. InsyaAllah ♥

AAP - Bak kata pepatah sahabat ketawa mudah dicari, sahabat menangis payah dicari. akuanakpahang

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

CARA MENGETAHUI SESEBUAH RESTORAN MENGGUNAKAN ILMU PELARIS.

Pada kebiasaannya mana-mana kedai atau restoran yang dikunjungi ramai orang. Biasanya kita juga akan berkunjung kesana. Mungkin juga kerana keenakan masakan atau seumpamanya. Mungkin terkadang kita juga kurang mahu mengambil tahu apakah mungkin restoran tersebut  ada menggunakan ilmu hitam, pelaris atau seumpamanya yang digunakan untuk melariskan perniagaan mereka.

Disini ada sedikit perkongsian yang baik seandainya kita sesekali cuba amalkan apakah ada perkara ghaib disebaliknya yang tersimpan direstoran tersebut.

Cara Mengenali Perniagaan Yang Menggunakan Pelaris

Cara mudahnya nak tahu kedai itu ada pelaris (Khadam jin), baca Ayat Qursi 3 kali di luar dari kedai. Sebaiknya semasa dalam kereta. Kemudian buka tingkap dan tiup 7 kali ke arah kedai. Tak perlulah tiup macam bomoh pooh kiri pooh kanan.he..he.. Tiup perlahan-lahan sampai habis nafas (mcm ustaz Ismail Kamus ajar)

Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, “khadam” tu akan marah dan kita akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau sudah macam tu, eloklah kita beredar dan janganlah makan dikedai tersebut. (Pastikan sama semasa anda berbuat perkara itu cuaca baik tidak ribut dan berangin)

Beberapa cara di bawah bolehlah diamalkan untuk mengelak sihir :-

1) Al-Fatihah.

2) Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap hari.

Ia berdasarkan hadith :

قال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم : إقراء قل هو الله أحد , والمعوذتين , حين تمسي و حين تصبح , ثلاث مرات تكفيك من كل شيء ( رواه أبو داود والترمذي )


Ertinya : Baginda S.A.W telah berkata kepadaku : “Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad” (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu.( At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 ) At-Tirmidzi : Hasan Sohih, An-Nawawi : Sohih.

Nota : Gambar Diatas Sekadar Hiasan. Sumber Facebook. Olahan semula by akuanakpahang

Catatan Berkaitan : HANTU PELARIS KEDAI MAKAN

Wassalam, Wa'allahhualam.
  

18 Okt 2012

5 HUKUMAN PERSALAH SEKS YANG PELIK DAN LUCU DIDUNIA

Sama seperti kesalahan jenayah, di pelbagai negara di dunia didalam urusan seks pun boleh menjadi persoalan yang termasuk didalam undang-undang negara mereka. Jom kita lihat di antara undang-undang yang telah diguna pakai bagi negara-negara tertentu. Dipetik dari pelbagai sumber, berikut beberapa hukuman seks yang didapati pelik dan terjadi di pelbagai negara di dunia.

1. Alexandria, Minnesota
Para suami yang mulutnya berbau tidak boleh bermesra dengan isterinya. Jika si isteri meminta suaminya untuk membersihkan gigi dan mulut, undang-undang mewajibkan mereka menuruti perintah si isteri. Busuk-busuk susah juga kut :)

2. Australia
Dewan Sensor Kerajaan Australia melarang model atau artis wanita yang payudaranya rata atau yang ber-cup A muncul dalam majalah lelaki dewasa. Perkara ini untuk mencegah terjadinya pelecehan, kerana model dengan payudara ber-cup A kelihatan seperti wanita di bawah umur.

3. Sioux Falls, South Dakota
Semua hotel perlu melengkapkan bilik mereka dengan tempat tidur kembar (dua tempat tidur dalam satu bilik). Jarak antara dua tempat tidur itu harus 60 inci jika yang menyewa bilik adalah pasangan. Pasangan dilarang bercinta di antara dua tempat tidur itu.

4. Tremonton, Utah
Dilarang bagi seorang wanita berhubungan seks di dalam ambulans. Jika di ketahui, nama wanita tersebut akan dimasukkan ke surat khabar tempatan. Sementara jika lelaki bersanggama di dalam ambulans dan diketahui, dia tidak akan masuk akhbar.

5. Cali, Colombia
Ketika pasangan pengantin melakukan malam pertama, ibu dari pengantin wanita harus ada dalam satu bilik yang sama untuk menonton -  Huhuhu.. pelik juga undang-undang ini jangan berangan-angan nak cari awek kat sana :)

Definisi Undang-undang merupakan satu sistem peraturan atau norma yang cuba diikuti oleh ahli-ahli masyarakat. Biasanya ini adalah peraturan sesuatu negara. Jika peraturan-peraturan ini dilanggar, orang yang melanggar peraturan tersebut mungkin dihukum atau didenda oleh mahkamah. Peraturan ini biasanya dibuat oleh pemerintah negara tersebut supaya rakyatnya boleh hidup, bekerja dan bersosial antara satu sama lain. Kadangkala, undang-undang juga dibuat oleh sekumpulan orang yang berfikiran samaakuanakpahang

AAP - Sekiranya ada undang-undang yang agak pelik seumpama itu dinegara kita tidak keharuan juga masyarakat.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

KLIK PERCUMA DAPATKAN INFO SELANJUTNYA.

SENARAI ENTRI TERKINI :

RUJUK ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :