UPDATE ENTRI TERKINI : AKU ANAK PAHANG

28 Sep 2012

Bajet 2013 – 'Bajet Rakyat Tersenyum' - Bonus Kakitangan Awam 1 Bulan Gaji

Katanya pelbagai hadiah istimewa kepada rakyat untuk .‘Bajet Rakyat Tersenyum’ antara yang disebut-sebut : Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) untuk kali kedua.

Sumber berkenaan memberitahu, bonus untuk kakitangan awam juga berkemungkinan akan turut diumumkan. “Sekurang-kurangnya setengah bulan bonus mungkin ada, ini tambahan kepada setengah bulan yang sudah pun diberikan sebelum hari raya baru ini,” ingat boleh dapat sebulan setengah... apapun tunggu ajelah :)

Apapun kalau berhajat nak beli kereta kena tunggu dulu dengor pembentangan bajet dulu :) Sumber memberitahu, kerajaan dijangka akan mengurangkan cukai dan duti ke atas kenderaan dengan kuasa enjin (cc) yang rendah.

**Pembentangan Bajet 2013 akan dibuat secara langsung bermula pukul 4 petang ini 28.09.2012.

Sesiapa  yang nak tengok pembentangan bajet 2013 secara online boleh la klik link kat bawah ini. 

Tonton Online Bajet 2013 TV3  DISINI

Harap-harap semoga rakyat benar-benar tersenyum nanti...  :)

Ini baru sah keratan berita terkini drp Bernama selepas pembentangan bajet 2013 petang tadi.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

27 Sep 2012

HEBAT ORANG PAHANG BERKHALWAT !

KUANTAN: Sebanyak 1,797 kesalahan jenayah syariah dicatat di Pahang dalam tempoh hampir sembilan bulan pertama tahun ini.Kesalahan khalwat dicatat paling tinggi dengan jumlah sebanyak 948 kes, diikuti berjudi (677 kes), tidak menghormati bulan Ramadan (62), kesalahan meminum minuman memabukkan (39), perbuatan tidak sopan di tempat awam (11) dan kesalahan-kesalahan lain (60).

Menurut Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Pahang (MUIP) Datuk Seri Wan Wahid Wan Hassan, MUIP akan terus mempertingkatkan penguatkuasaan bagi membanteras gejala sosial daripada terus menular.

"MUIP akan mempertingkatkan kerjasama bersama Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dalam membanteras kesalahan jenayah syariah membabitkan penganut agama Islam di negeri ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bengkel Pemahaman Undang-undang Kesalahan dan Tatacara Jenayah Syariah Pahang di sini, hari ini.

Beliau berkata pihaknya kini sedang melantik pegawai-pegawai masjid di sebagai penguatkuasa dalam usaha memantapkan lagi penguatkuasaan kesalahan jenayah syariah.

Sementara itu Ketua Penolong Pengarah Kanan Penyelaras Undang-undang Syariah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Yahya Mohd Zin berkata bengkel selama tiga hari bermula hari ini itu bertujuan mempertingkatkan lagi pengetahuan undang-undang jenayah syariah di kalangan umat Islam dan penguatkuasa agama.

"Menerusi bengkel ini, kita nak bagi penjelasan kepada semua pihak termasuklah pegawai masjid, imam, siak makna tentang hal berkaitan penguatkuasaan.

"Dari segi undang-undangnya dari tahap mana dan apa yang perlu dibuat apabila sudah ada tangkapan dan apa yang perlu buat selepas itu mengikut enakmen kesalahan syariah dan enakmen tatacara jenayah syariah di Pahang," katanya.

Beliau berkata menerusi bengkel berkenaan, penguatkuasaan kesalahan jenayah di negeri ini diharap akan lebih efisien. - 26.09.2012 Bernama

AAP- Sememang memalukan sepatutnya penguatkuasaan dan tindakan tegas amat perlu di tingkatkan... jangan sekadar menunggu laporan sahaja. Sepatutnya situasi ini terus dipantau dan diambil tindakan tegas oleh pihak berkuasa. Sekiranya pasangan tersebut boleh dituduh dan di dapati berkhalwat.

Terkadang terfikir juga apakah kerana dendanya tidak bersepadanan dengan kesalahan yang dibuat atau tiada penguatkuasaan yang tegas daripada pihak berwajib... Apakah dek kerana kelemahan pihak penguatkuasaan itu sendiri... sudahnya kes seumpama ini amat berleluasa di negeri ini. Sesamalah kita berusaha dan berdoa semoga kita tidak diuji sama akan perkara seperti ini.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

26 Sep 2012

Ketahui Rahsia Di Sebalik Tanda Tangan

Tanda tangan amat penting untuk seseorang kerana banyak urusan urusan yang memerlukan kita untuk menurunkan tanda tangan untuk tujuan pengesahan, autograf, dan sebagainya. Dan kebanyakan dari kita tidak tahu menilai tanda tangan dan kita cuma menilai tanda tangan secara luaran. Kenapa tanda tangan sangat penting? Mungkin ada yang tidak tahu tandatangan boleh menujukkan personaliti seseorang.

Rahsia yang tersirat di sebalik tanda tangan:
1. Satu Garis Di Bawah Tanda Tangan
Mempunyai keyakinan yang tinggi dan personaliti yang baik. Namun, bersifat agak kedekut mereka juga percaya kepada kebahagiaan dalam kehidupan manusia.

2. Dua Titik Di Bawah Tanda Tangan
Mereka boleh dikatakan berjiwa romantik. Mudah menukar kekasih (perempuan) seperti menukar baju. Memilih orang yang memiliki kecantikan dan mereka sendiri berusaha untuk kelihatan menarik dan mereka ini juga mudah menarik perhatian orang lain.

3. Satu Titik Di Bawah Tanda Tangan
Lebih cenderung kepada seni klasik serta perkara yang mudah dan tenang. Jika orang lain yang telah hilang kepercayaan kepada anda, anda tidak akan sesekali kembali kepada mereka dan ini menunjukkan mereka seorang yang tetap pendirian.

4. Tiada Garisan atau Titik Di Bawah Tanda Tangan
Mereka ini selalunya lebih gemar hidup dalam dunia sendiri dan mereka juga jarang mahu mendengar pendapat orang lain.Mereka ini boleh dikategorikan sebagai pencinta alam tetapi mereka juga mempunyi sifat agak kedekut.

5. Tiada Persamaan Antara Nama dan Tanda Tangan
Maksudnya tanda tangan mereka tidak menonjolka nama mereka. Golongan ini cuba untuk kelihatan bergaya,suka menyembunyikan sesuatu. Mereka jarang untuk berterus terang tetapi mereka merupakan pendengar yang baik apabila sentiasa memberi perhatian tentang apa yang orang lain sedang katakan.

6. Ada Persamaan Antara Nama dan Tanda Tangan
Mereka ini berkeinginan untuk menjadi bijak tetapi mereka tidak pernah berfikir. Mereka ini tidak tetap pendirian, dan selalu menukar idea atau pandangan sendiri seperti angin yang mengubah haluan. Golongan ini tidak pernah berfikir baik buruk tentang sesuatu perkara. Selalunya, orang lain boleh memenangi atau mengambil hati mereka dengan hanya memuji.

7. Tanda Tangan dengan Huruf Yang Tidak Bersambung
Mereka ini sangat baik terhadap orang lain. Mempunyai hati yang baik, tidak mementingakan diri dan sedia berkorban untuk kepentingan dan kebahagiaan orang yang di sayangi. Tapi apabila terlalu banyak sangat perkara yang mereka sedang fikirkan, ini menyebabkan mereka akan cepat melenting.

8. Tanda Tangan yang Lengkap Seperti Nama
Mereka sangat baik hati dan boleh menyesuaikan diri dengan apa saja suasana dan sesiapa sahaja yang mereka temui. Golongan ini juga sangat teguh pendirian serta pendapat dan memiliki keinginan yang sangat kuat dalam mendapatkan sesuatu. Sumber 

AAP - Pastinya tanda tangan penulis yang nombor lapan itu...:) bagaimana dengan tanda tangan anda?

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

25 Sep 2012

6 JENIS WANITA TAK LAYAK JADI ISTERI


1. Al-Anaanah
Terlalu banyak keluh-kesah kerana merasakan segala pemberian suami dalam kehidupan bersama sentiasa tidak mencukupi. Malah, perbuatan ini juga seolah-olah menunjukkan perasaan tidak redha dengan usaha dan pemberian yang diberikan. Terlalu inginkan suami memenuhi kehendak dan nafsu sendiri tanpa melihat dan menjaga perasaan suami. Perbuatan ini mampu mewujudkan perasaan tidak hormatkan suami apatah lagi berterima kasih.

2. Al-Manaanah
Wanita yang suka mengungkit dalam satu-satu perkara. Sekiranya tidak menyukai dengan pengorbanan atau kerja yang dilakukan oleh suami, setiap perkara itu akan diungkit kerana berasa tidak senang. Mudah untuk mengeluarkan kata-kata seperti suami tidak sayangkan dirinya, tidak bertanggungjawab, tidak mengenang budi dan pelbagai lagi.

3. Al-Hunaanah
Wanita yang mempunyai perasaan menginginkan atau berkenan kepada lelaki lain. Juga suka membandingkan suami dengan lelaki lain dalam kehidupan mereka.

4. Al-Hudaaqoh
Wanita yang suka memaksa suami sekiranya inginkan sesuatu atau dalam menyuruh melakukan sesuatu kerja. Sentiasa menekan suami tidak kira masa kerana mahukan nafsunya dipenuhi dan suami diperlakukan seperti orang suruhan. Jika tidak ditunaikan, akan memberikan ugutan seperti ingin lari dari rumah, mahu bunuh diri atau mencemarkan maruah suami sendiri.

5. Al-Hulaaqoh
Wanita yang sibuk menghabiskan masanya dengan perkara yang tidak berfaedah seperti suka bersolek, tidur, dan sebagainya hingga mengabaikan urusan rumah tangga. Malah, langsung tidak melakukan perkara-perkara yang sunat seperti zikir atau pun menjaga anak-anak.

6. As-Salaaqoh
Wanita yang gemar berbicara dan bergosip mengenai suami. Sentiasa memburukkan perihal diri suami di mata orang lain.

“Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji. Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik.” – An-Nur; 26. - Sumber mynewshub.my

AAP- Semoga anda diluar sana tetap menjadi seorang isteri yang solehah dan mentaati perintah suami insyaallah..

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

24 Sep 2012

Kajian Mengesahkan Air Berkarbonat Punca Gemuk

WASHINGTON – Tiga kajian terbaharu yang disiarkan di Amerika Syarikat (AS) pada minggu lalu mengesahkan terdapat kaitan antara minuman manis berkarbonat dan air buah-buahan yang mengandungi kandungan gula tinggi dengan penularan kegemukan atau obesiti dalam kalangan penduduk AS.

Menurut penulis satu kajian yang disiarkan jurnal New England Journal of Medicine di online, pengambilan minuman tersebut meningkat lebih dua kali ganda sejak tahun 1970-an.

Kajian itu menyatakan pada tempoh masa yang sama, kadar obesiti dalam kalangan penduduk dewasa AS meningkat 30 peratus.

Berdasarkan kajian pertama, minuman bergula didapati menjejaskan gen yang mengatur berat dan meningkatkan kecenderungan untuk berat badan seseorang bertambah.

Para penyelidik menggunakan 32 variasi gen yang diketahui akan memberi kesan terhadap berat badan bagi mewujudkan profil peserta yang menyertai kajian berkenaan.

Tabiat pemakanan para peserta itu juga dikenal pasti oleh penyelidik selain pengambilan minuman bergula dan amalan senaman.

Dua lagi kajian menunjukkan kumpulan kanak-kanak dan remaja yang diberikan minuman tanpa kalori seperti air mineral atau minuman tanpa banyak kandungan gula yang mengandungi gula tiruan didapati mengalami pertambahan berat badan yang sedikit. Sumber Kosmo

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

23 Sep 2012

TAMAN I CITY JERANTUT

Taman I-City Jerantut terletak di tengah-tengah pusat bandar Jerantut. Sesuailah kalau nak beriadah dan bersantai-santai di hujung minggu bersama keluarga dan anak-anak, lepak-lepak diwaktu malam kalau berasa bosan tu... :)

Penting juga kalau kita sama-sama dapat menjaga kebersihan bagi menjamin keselesaan pengujung yang lainnya... Cubalah ringan-ringankan sikit tangan pergi membuang sampah sarap ditempat yang telah disediakan. Mungkin juga pihak bertanggugjawab dapat menyediakan tong sampah bersaiz kecil ditempat-tempat yang sesuai dan di kutip semula secara tetap disetiap masa.

Terkadang ada juga permandangan sumbang di taman i icty  ini bagi mereka yang bukan suami isteri yang suka duduk berdua-duan di dalam gelap.. memang sumbang mata kita kalau melihatnya :( kena ingat sama perbuatan anda tetap ada orang yang melihat dan memandangnya. Gamak penting juga JAIP sesekali turun padang :) bagi membendung perkara seumpama ini.

AAP- Apapun bagi penulis tetap berbangga dengan kesungguhan pihak berkuasa tempatan Majlis Daerah Jerantut diatas daya usaha mereka bagi membangunkan taman i city  ini. Cuma satu dua perkara kecil perlu ditambah baikan lagi bagi menjamin keselesaan pengujung dimasa-masa akan datang.

 * Gambar Ehsan Jerantut Kampung ku

Wassalam, Wa'allahhualam.

GAMBAR PEGAWAI KESELAMATAN DIPECAT GARA-GARA TERSENYUM DI TEMPAT KEMALANGAN

Pegawai keselamatan Cina dipecat kerana tersenyum di tempat kejadian kemalangan bas di mana 36 meninggal dunia,  Tersenyum di tempat kejadian kemalangan bas maut di mana 36 orang mati telah membawa kepada pegawai keselamatan kehilangan pekerjaan.

Selepas gambar muncul di internet Yang Dacai tersenyum di lebuh raya di Yan'an, utara Shaanxi, pegawai daerah berkata dalam satu kenyataan mereka telah dilucutkan dia semua tugas rasminya untuk 'salah laku yang serius.' Ungkapan ceria beliau pada 26 Ogos telah dilihat sebagai bersimpati dan menyebabkan kemarahan awam massa.
SHAANXI - Kerana tersenyum di tempat kemalangan sebuah bas yang meragut 36 nyawa, seorang pegawai keselamatan dipecat.

Pegawai wilayah Shaanxi berkata, mereka bertindak memecat Yang Dacai atas tuduhan salah laku selepas gambar menunjukkan dia tersenyum ketika melawat kawasan kemalangan di Yan’an, tersebar di Internet.

Menurut mereka, gambar yang dirakam pada 26 Ogos itu menunjukkan Yang tidak mempunyai perasaan simpati terhadap mangsa. Gambar itu turut mencetuskan kemarahan orang ramai.

“Saya begitu sedih apabila tiba di tempat kejadian. Pegawai bawahan saya kelihatan gementar ketika meyampaikan butir kejadian kepada saya. “ Saya cuba mententeramkan mereka dan ketika cuba berbuat demikian, saya tersenyum,” katanya, cuba membela dir

AAP- Moralnya kalau anda jenis muka memang penyeyum jangan berkunjung ketempat seperti ini :)

Wassalam, Wa'allahhualam.
  

21 Sep 2012

13 Perkara Yang Perlu Di Ketahui Oleh Wanita Islam !

Terkadang orang pompuan nie buat kelaku tidak seperkara :( banyak perkara yang boleh mendatangkan dosa tidak pada diri sendiri, malahan orang yang bertanggungjawab terhadap dirinya. Silap-silap kita yang terlihatnya pun tertumpang sekaki :(  Jadi disini jom kita semak-semak untuk kebaikan bersama apakah perkara yang di larang keras untuk mereka daripada tidak melakukan perkara tersebut :

1. Bulu kening.

Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening – Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng.

Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan atau melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng, sama juga seperti pelacur di zaman jahiliyah.

3. Wangian

Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal, kata orang sekarang hidong belang – Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada.

Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5. Gigi.

Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher.

Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasanmu seperti orang jahilliah yang dahulu.

Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan.

Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah:

“Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja,” – Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan.

Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya – Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata.

Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Sabda Nabi Muhamad SAW;

“Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram,” – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara).

Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik – Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.

Sabda Rasulullah SAW;

“Sesungguhnya akan ada umatku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi,” – Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan.

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya – Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.

Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian.

Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.

Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud:

“Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya,” – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut.

“Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya,” – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Sumber: CahayaIslam.net

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

20 Sep 2012

APAKAH AKAN TERJADI SESUDAH JASAD DI KUBURKAN?

SESUNGGUHNYA selepas mayat dikebumikan didalam kubur, ianya akan melalui beberapa fasa perubahan, dan inilah fasa-fasa sejak malam pertama masuk ke kubur hingga 25 tahun selepas itu.

Malam Pertama di kuburan pembusukan atau pembauan bermula pada bahagian perut dan kemaluan. Subhanallah, perut dan kemaluan adalah dua perkara yang paling penting yang anak cucu Adam ini saling bergelut dan menjaganya di dunia. Dua hajat, yang kerananya Allah azza wa jalla membuat manusia yang rugi di dunia akan membusuk pada malam pertamanya di kuburan. Setelah itu, bermulalah jasad berubah warna menjadi hijau kehitaman. Setelah pelbagai make up, dan alat-alat kecantikan membuatnya mempunyai ragam pesona, nanti tubuh manusia hanya akan mempunyai satu warna sahaja.

Malam Kedua, mulailah anggota-anggota tubuh membusuk seperti: limpa, hati, paru-paru dan perut.

Hari Ketiga, mulailah anggota-anggota tubuh itu mengeluarkan bau busuk tidak sedap.

Seminggu SetelahnyaWajah mulai tampak membengkak, dua mata, kedua-dua lisan dan pipi.

Setelah 10 hari, Tetap terjadi pembusukan pada kali ini pada anggota-anggota badan tersebut, perut, perut, limpa ..

Selepas 2 Minggu, Rambut mula gugur

Setelah 15, Hari Lalat hijau mula boleh mencium bau busuk dari jarak 5 km, dan ulat-ulat pun mula menutupi seluruh tubuhnya

Setelah 6 Bulan, Yang tinggal hanya rangka tulang sahaja.

Setelah 25 Tahun, Rangka tubuh ini akan berubah menjadi semacam biji, dan di dalam biji tersebut, kita akan mencari satu tulang yang sangat kecil disebut 'ajbudz dzanab (tulang chenonging  atau tulang ekor). Dari tulang inilah kita akan dibangkitkan oleh Allah azza wa jalla pada hari kiamat.

Inilah tubuh yang selama ini kita jaga. Inilah tubuh yang kita berbuat maksiat kepada Allah dengannya. Tipu sana tipu sini. Harta org harta aku, harta aku, aku punya pasal...Oleh kerana itu beringat-ingatlah sentiasa, jangan biarkan umur kita melewati jasad ini sia-sia, kerana dia akan mendapatkan apa yang telah disebutkan. (AR / Dr.Zuhair Rabih (Anggota Haiah I'jazul Ilmi, Makkah al-Mukarromah) /
Sumber: Majalah Qiblati Edisi 06, Tahun V, 03-1431H/03-2010M, Hal.46-47]

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

4 KELEBIHAN BERPASANGAN DENGAN LELAKI RENDAH :)

Kebanyakan wanita menginginkan lelaki yang badannya lebih tinggi darinya. Wanita umumnya selalu ingin dilindungi, maka beranggapan bahawa lelaki yang lebih pendek tidak boleh dipercayai.

Namun tidak keterlaluan lelaki yang bertubuh pendek tak lebih baik dari lelaki yang tinggi. Ada beberapa watak umum yang dimiliki lelaki bertubuh pendek dalam memperlakukan wanita atau kekasihnya, yang membuat mereka lebih menarik, seperti laporkan oleh Bold Sky.

1. Tidak peduli dengan Stereotaip Lelaki bertubuh pendek umumnya tidak peduli dengan streotipe yang ada. Jika dia mencintai anda, dia akan menerima anda sepenuh hatinya. Lelaki seperti ini lebih berani untuk bertindak tegas. Kalau anda merupakan seorang wanita yang senang dengan hal-hal mencabar, lelaki pendek adalah pasangan yang tepat.

2. Tampan Tidak Harus Tinggi Lelaki - Tampan tidak harus memiliki tubuh tinggi. Banyak lelaki pendek yang tampan tapi juga romantis. Bahkan, lelaki pendek cenderung dapat memberikan pelbagai kejutan untuk membahagiakan anda. Sebagai contoh, Tom Cruise dan Jamie Cullum, kedua-dua lelaki yang tidak tinggi, tetapi membuat banyak wanita tergila-gila.

3. Selalu Berusaha untuk Membahagiakan anda - Kadang-kadang, lelaki pendek sering bermasalah dengan kehidupan sosial mereka. Dia lebih sukar menyesuaikan diri dalam persekitaran sosial daripada lelaki bertubuh tinggi dan ideal. Oleh sebab itu, kerana merasa tubuhnya kurang ideal, maka dia bergantung kepada kebaikan dan kasih sayang untuk menarik perhatian wanita. Begitu mendapatkan pasangan, dia akan melakukan semua yang terbaik demi kekasihnya.

4. Buat Wanita Lebih Percaya Diri - Tidak usah malu kencan dengan lelaki yang lebih pendek kerana membuat anda semakin percaya diri. Bagaimanapun postur tubuh anda, lelaki pendek akan membuat anda kelihatan lebih menarik dari biasanya. - Sumber asal smartnewz.info olahan semula : akuanakpahang

AAP - Ada juga orang berkata lelaki rendah ini lebih sifat penyangnya :) dan ada juga dikalangan orang melayu kita yang berkata sekiranya si suami rendah sedikit daripada isteri, rezekinya lebih murah :)

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

19 Sep 2012

PROSES MUDAH MENGILATKAN WANG SYILING LAMA.

Masa sudah berlalu dan zaman juga telah berubah... jika diimbau nostalgia zaman kanak-kanak sekiranya terjumpa duit syiling yang lama atau kotor mesti cepat-cepat kita pergi untuk mencuci dan mengilatkanya :)  Kerana mungkin zaman kanak-kanak dahulu nilai bagi duit syiling 10sen, 20sen, apatah lagi 50 sen begitu besar nilainya dan amat berbeza di hari ini. Mungkin kanak-kanak di hari ini bagaikan sudah tidak menghiraukan lagi kalau terjumpa wang syiling yang kotor dan berkarat seperti ini. Disini jom kita lihat cara mudah untuk mengilatkan wang syiling tersebut.
 Sekiranya duit syiling ini terus di urusniaga di kedai, mungkin ada pekedai yang tidak mahu menerimanya :(
 Cara mudah untuk kita mengilatkan duit syiling lama ini, caranya letakan wang syiling tersebut pada tanah yang bersuaian dan terus di putarkan dengan tumit kaki atau bahasa daerah disebut "menenyeh" dan diputar-putarkan dengan tumit kaki sehingga duit syiling tersebut menjadi berkilat. ( u/p : letakan sedikit tanah diatas duit syiling tersebut sebelum diputarkan dan buatlah berulang-ulangan)
 Dan inilah hasilnya... wang syiling tersebut menjadi bersih dan berkilat (sekiranya selagi lama anda "menenyeh" atau diputarkan dengan tumit kaki duit tersebut mungkin akan lebih berkilat.

Selamat mencuba :)

Wassalam, Wa'allahhualam.

17 Sep 2012

MISTERI GUA KOTA GELANGGI JERANTUT

GUA Kota Gelanggi yang terletak di daerah Jerantut, Pahang menyimpan pelbagai cerita ganjil dan misteri. Di dalam gua ini, terdapat tujuh buah gua yang dipanggil kota iaitu Kota Tongkat, Kota Gelap, Kota Angin, Kota Balai, Kota Rehut, Kota Jin dan Kota Kepayang. Gua-gua ini dipanggil kota yang membawa maksud negeri-negeri yang berada di bawah Kota Gelanggi pada zaman dahulu.

Ada yang mengatakan gua itu wujud berikutan pergaduhan antara Raja Muda Mambang dan putera Raja Rembau bernama Rusul kerana berebutkan puteri Datuk Indera Raja Laut. Raja Muda Mambang mencabar Rusul untuk bertarung dengannya. Rusul menyahut cabaran itu lalu menyuruh Raja Muda Mambang menikamnya, tetapi tidak berjaya.

Apabila tiba giliran Rusul, dia melepaskan keris terbangnya, lalu keris berkenaan menikam dada Raja Muda Mambang yang serta-merta membunuhnya. Darahnya dikatakan sentiasa mengalir sehingga ke hari ini melalui aliran cecair yang kelihatan di dinding Gua Kota Gelanggi berhampiran struktur batu yang menyerupai manusia terbaring.

Kebetulan pula pada masa itu, Sang Kelembai sampai di Kota Gelanggi lalu menegur pergaduhan itu. Teguran itu menyebabkan semua benda dan makhluk di situ menjadi batu. Maka terjadinya gua-gua batu dengan pelbagai bentuk struktur yang menyerupai kota, bilik, manusia, binatang, peralatan perang, peralatan kenduri serta peralatan dan perhiasan perkahwinan.

Terdapat pula versi yang menyatakan pada masa dahulu, mukim Pulau Tawar di daerah Jerantut adalah sebuah pulau yang besar. Rajanya, Raja Gelanggi mempunyai seorang puteri yang cantik dan ditunangkan dengan seorang anak raja di Rembau bernama Raja Usul.

Puteri
Kecantikan dan kebaikan puteri itu turut diketahui oleh Raja Mambang di kayangan. Raja Mambang ingin memperisterikan puteri Raja Gelanggi, lalu meminangnya. Oleh kerana takut, Raja Gelanggi terpaksa menerima pinangan itu.

Apabila tiba hari perkahwinan, Raja Usul sampai di Kota Gelanggi dengan tujuan untuk menghantar hadiah kepada tunangnya. Kapalnya ditinggalkan di suatu tempat yang sekarang ini digelar Lanchang, dekat Kampung Masjid, Pulau Tawar. Dia naik ke darat dengan perahu lalu ke kota.
Alangkah terkejutnya bila majlis pernikahan sedang dijalankan lantas berlaku peperangan antara angkatan Raja Usul dan Raja Mambang.

Ketika inilah, Sang Kelembai muncul dan menegur tentang perangai mereka yang sanggup berperang kerana seorang perempuan. Akhirnya semua yang ada di situ menjadi batu, kapal menjadi tanah, laut menjadi padang dan sungai menjadi lembah.

Mengikut versi seorang penyelidik bernama Cameron pula, seorang raja bernama Raja Gelanggi mempunyai seorang anak perempuan cantik dan menjadi idaman putera Raja Mambang di Lipis. Putera itu meminta ayahandanya menyunting puteri itu tetapi puteri berkenaan menolaknya.

Pada ketika yang lain, seorang putera raja kepada Raja Usul dari Bera telah keluar berburu bersama orang-orangnya berdekatan dengan Gelanggi. Putera itu telah terpandang kepada puteri Raja Gelanggi lalu menculiknya dan membawa puteri itu pulang ke Bera. Puteri Gelanggi tidak membantah kerana bencikan tunangnya, lalu bersetuju mengahwini putera Raja Usul.
 Gua Sanding diantara gua yang terdapat di Gua Kota Gelanggi Jerantut

Culik
Hal penculikan itu diketahui oleh Raja Mambang. Walaupun pada mulanya Raja Gelanggi terlibat dalam peperangan dengan Raja Usul bagi mendapatkan kembali puterinya, baginda kemudian menyerahkan hal itu kepada Raja Mambang kerana puterinya hidup bahagia.

Raja Mambang turun ke Bera dan berperang dengan Raja Usul tetapi malangnya baginda sendiri yang terbunuh. Menurut Perunding Penyelidikan dan Pembangunan Budaya Melayu Antarabangsa, Datuk Aripin Said, berdasarkan kajian yang dilakukan, berlaku pergaduhan antara Raja Kota Gelanggi iaitu Raja Mambang dan Raja Tasik Bera yang mahu menakluk antara satu sama lain tetapi keadaan menjadi reda apabila Raja Mambang berkahwin dengan Puteri Tasik Bera.

“Semasa persandingan, Sang Kelembai telah datang dan menegur menyebabkan kesemuanya bertukar menjadi batu. “Oleh sebab itu, ada batu yang seakan-akan menyerupai orang sedang bersanding, gajah dan singa terdapat dalam gua misteri ini.

“Dikhabarkan juga terdapat sebuah kota yang tidak ditemui tetapi hanya mereka yang bernasib baik akan terjumpa kota yang dipercayai tempat raja bersemayam.

“Keadaan di dalam tujuh kota ini juga gelap dan tidak semua pelancong yang datang akan menjelajah kesemua kota disebabkan faktor keselamatan,” jelasnya. Tambahnya, kisah misteri gua tersebut juga ada diceritakan di dalam buku Cerita-Cerita Rakyat Pahang. Seorang profesor dari Jerman juga pernah merakamkan cerita di sebalik gua ini kira-kira dua tahun lalu.

“Mengikut kajian arkeologi juga mendapati sebuah negeri pernah wujud di gua ini berdasarkan kepada beberapa penemuan. “Namun, mitos kononnya gua ini boleh dihubungkan terus ke negeri Kelantan juga tidak dapat dibuktikan lagi buat masa ini,” ujarnya. – Sumber Kosmo

AAP - Daripada cerita lisan dan daripada mulut ke mulut ada yang mendakwa... kata mereka jika anda bernasib baik dan berhati mulia mungkin anda akan diketemukan dengan perkara yang pelik-pelik dan ajaib disana, jika tidak mungkin anda langsung tidak akan menemui apa-apa sekadar muka hadapan atau pintu gua sahaja. Di antara mitos yang popular kata mereka disini wujudnya seorang Puteri yang jelita dan rupawan, serta seribu satu kisah serta mitos yang lainya.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

16 Sep 2012

KADAR MAS KAHWIN MENGIKUT NEGERI DAN WANG HANTARAN DI MALAYSIA



Dalam adat perkahwinan Melayu Islam di Malaysia, khasnya di Pahang terdapat dua jenis hantaran, iaitu mas kahwin dan hantaran perkahwinan (belanja hangus).

Mas kahwin, juga dikenali sebagai “wang belanja tubuh”, telah ditetapkan oleh jabatan agama Islam peringkat negeri, berbeza dengan hantaran perkahwinan.

Bayaran mas kahwin ini diwajibkan dalam agama Islam, manakala hantaran perkahwinan pula bersifat adat resam dan tidak ada kewajiban untuk membayarnya. Boleh dibincang-bincangkan mengikut persetujuan diantara kedua belah pihak.

AAP- Kalau mengikut kepada kadar wang hantaran diatas itu alamat ramailah yang akan membujang sampai ke tua :(  Kalau macam itu jadinya saranan kita juga tak yahlah orang perempuan ini berlajar cerdik-cerdik sangat kang tak pasal-pasal wang hantaran juga berubah... sudah ramai juga akan berstatus anak dara tua :(

Orang Pahang anak dara, andartu atau mak janda mas kahwin tetap RM 22.50 sahaja :)

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

REALITI PERANG SAUDARA DIPAHANG DIANTARA TUN MUTAHIR DAN TUN AHMAD

Realiti Perang Saudara Pahang?

1.Tun Mutahir bin Tun Ali
Tun Wan Muhammad Tahir, atau lebih dikenali sebagai Tun wan Mutahir merupakan Raja Bendahara Pahang yang memerintah daripada 1847 sehingga 1863, Beliau merupakan Raja Bendahara Pahang yang terakhir dan meninggal dunia pada tahun 1863 berikutan Perang Saudara Pahang.

2.Kehidupan awal
Tun Mutahir dilahirkan pada tahun 1803. Tun wan Mutahir adalah putera Tun wan Ali, Bendahara Siwa Raja dan Che Wan Ngah.[1]. Pada tahun 1832, beliau diistyharkan sebagai Bendahara Muda di Lingga, ibu negeri Kesultanan Johor pada masa itu. Tun Mutahir mempunyai beberapa orang isteri iaitu:-
1.Tengku Kechik, puteri Sultan Johor, Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah
2.Tengku Chik, puteri Sultan Kedah, Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah II (perlu lebih siasatan)
3.Tengku Chik, puteri Sultan Lingga-Riau, Sultan Muhammad II Muazzam Shah.[2]
4.Chik Puan Lingga pada tahun 1832 yang merupakan ibu kepada Tun Ahmad.[3]

3.Perang saudara
Pada tahun 1847, Tun Ali mula bersara dan menyerahkan kuasa pada Tun Mutahir. Pada tahun 1857 Bendahara Ali, menandatangani surat perisytiharan menjatuhkan hukuman mati terhadap Tun Ahmad[4]. Ini menyebabkan Tun Ahmad melarikan diri ke Singapura[5] dan kembali ke Pahang berikutan kematian Tun Ali. 

Berikutan peristiwa tersebut, konflik telah timbul diantara Tun Mutahir dan Tun Ahmad sehnigga menyebabkan perang saudara.

Konflik ini juga telah melibatkan Temenggung Johor, Sultan Terengganu dan pihak British yang memainkan peranan politik.[6] Konflik ini berakhir berikutan kematian Tun Mutahir pada tahun 1863.

BENDAHARA SRIWA RAJA PAHANG (1863-1882) 
Bendahara Wan Ahmad Ibni Bendahara Wan Ali

4.Kenapa Tun Ahmad lari ke Singapura dan memberontak setelah kembali ke Pahang setelah kematian Tun Ali ayahandanya?

Suatu lagi peristiwa yang berlaku dalam tempuh terjadinya Perang Saudara Peringkat Kedua di Pahang, ialah buat pertama kalinya semenjak kemangkatan Tun Ali, timbul isu keujudan surat wasiat Al-Marhum, dimana Tun Ahmad mendakwa kekandanya melanggar amanat ayahnda mereka dalam surat wasiat tersebut.

Gabenor Cavenagh yang mendapat maklumat mengenai isu surat wasiat tersebut telah bertindak berjumpa sendiri dengan Tun Mutahir bagi mendapatkan pengesahan baginda.

Dalam pertemuan tersebut, Perdana Menteri Engku Sayyid telah memaklumkan kepada Cavenagh bahawa surat wasiat tersebut sebenarnya merupakan suatu komplot salah seorang isteri Tun Ali (adakah ini bermaksud Chik Puan Lingga pada tahun 1832 yang merupakan ibu kepada Tun Ahmad?). Beliau (Perdana Menteri Engku Sayyid) juga menegaskan bahawa Tun Ali telah sempat berwasiat kepada Tun Mutahir untuk mengusir Ahmad dari negeri Pahang kerana telah maklum akan siasahnya.

5.Inggeris mula mendapat ruang mengkacau bilaukan Pahang untuk menjatuhkan Tun Mutahir.
Dalam perjumpaan tersebut, Cavenagh telah meminta Tun Mutahir untuk ke meja rundingan bagi menyelesaikan masalah yang berlaku antaranya dengan Tun Ahmad.Cavenagh juga mendapat jaminan dari Tun Mutahir untuk memberikan sara hidup kepada Tun Ahmad walau apapun keputusan yang bakal dibuat dalam rundingan yang bakal diadakan itu. 

Tun Ahmad yang pada masa itu sedang terkepung di Kuantan telah berjaya meloloskan dirinya kerana kawalan keselamatan yang longgar (penumpuan keselamatan difokus pada Cavenagh dan pengikutnya).

Surat perjanjian yang ditandatangani oleh Tun Mutahir mengenai hal kesediaan baginda ke meja rundingan telah dihantar kepada Tun Ahmad, namun surat tersebut ditolak bulat-bulat oleh Tun Ahmad, dan menegaskan bahawa ia akan tetap menawan Pahang samada hidup atau mati. Rundingan itu berlaku dalam Ahmad terkepung dan campurtangan pihak Britishlah yang melepaskan Ahmad.

6.Bantuan daripada Ulu Pahang
Pada peringkat ini, Ahmad telah berjaya mendapat sokongan dan dokongan Maharaja Perba Tok Raja yang amat berpengaruh di daerah Ulu Pahang itu . Kesetiaan rakyat Jelai pada Tun Mutahir mula dicurigai kerana mereka lebih setia pada Tok Raja. 

Walaubagaimanapun Perang Saudara Peringkat Kedua tetap tidak memihak pada angkatan Tun Ahmad, walupun pada mulanya pihak Tun Mutahir menghadapi tentangan yang hebat darinya.

Setelah terkepung, Tun Ahmad dan para pengikutnya berjaya meloloskan diri dan berundur kembali ke Terengganu, kemudian pergi menuju ke Kelantan dan berdiam diri di situ sehinggalah tercetusnya Perang Saudara Peringkat Ketiga dan yang terakhir.

Susulan darinya, Wan Daud telah menghantar utusan pergi berjumpa dengan Tok Raja yang ketika itu bersama dengan Tun Ahmad di Kelantan bagi meminta pertolongannya. Tok Raja bersetuju untuk kembali membantu pemberontakan di Ulu Pahang dengan mendapat restu dari Tun Ahmad.

Sekembalinya Tok Raja ke tanah jajahannya telah menaikkan semangat orang-orangnya yang terus membuat keputusan menyokong pendiriannya. Pemberontakan demi pemberontakan yang berlaku di Ulu Pahang akhirnya telah memihak kepada Tok Raja, beberapa daerah kecil jatuh ke tangan para pemberontak tersebut.

Dengan keyakinan baru, Tok Raja dengan para pengikutnya menjemput Tun Ahmad kembali ke Pahang. Sampai di Tembeling, Tun Ahmad telah disambut secara besar-besaran. Dalam tempuh beberapa bulan berikutnya, Tun Ahmad dengan dokongan Tok Raja serta rakyatnya di Ulu Pahang telah berjaya mengambil satu demi satu daerah Pahang.

Beberapa perkara yang terjadi dalam tempuh ini telah dilihat sebagai faktor yang merugikan pihak Tun Mutahir. Antara yang terbesar ialah sikap menantunya Temenggong Abu Bakar yang agresif dalam tindak-tanduknya membantu Tun Mutahir menangkis serangan dari kem Tun Ahmad dan Tok Raja.

Dalam keadaan Tun Mutahir tersepit itu sekonyong-konyong British memberi restu kepada Temenggung Abu Bakar Johor iaitu putera Temenggung Ibrahim untuk masuk campur. Walhal Almarhum Temenggung Ibrahim telah dihalang sekeras-kerasnya oleh Inggeris untuk menyokong Tun Mutahir. 

Berbanding ayahandanya, temenggung Abu Bakar lebih disenangi Inggeris. Bantuan Temenggung Abu Bakar itu bukanlah percuma walaupun Tun Mutahir itu mertuanya. Tun Mutahir terpaksa menerima kerana hanya Johor sanggup membantu memandangkan seluruh Tanah Melayu ketika itu bergolak dengan hebat.

Temenggung Abu Bakar telah membuat suatu pengisytiharan bahawa Pahang telah diamanahkan di bawah jagaannya, atau seperti kenyataannya kepada beberapa pemerintah di Tanah Melayu bahawa sudah terserah negeri Pahang itu kepada Seri Paduka anaknda jahat baiknya.

Temenggung Abu Bakar juga menawarkan hadiah bernilai $500 pada sesiapa yang dapat membunuh Tun Ahmad. Malangnya, sikap agresif yang ditunjukkan oleh Temenggung Abu Bakar telah menimbulkan kemarahan para pembesar tempatan di Pahang yang melihat tindakan baginda sebagai suatu campurtangan dari orang luar yang cuba mengambil alih kekuasaan dari mereka dalam urusan perang saudara di Pahang itu. 

Gabungan angkatan perang Temenggung Abu Bakar dari Rembau, Perak, Muar, dari tempat-tempat lain dan askar-askar upahan Bugis juga telah menyebabkan Orang-Orang Besar Pahang mula merasa tergugat dan terpinggir.

Pihak Tun Ahmad cepat-cepat mengambil kesempatan dari sini untuk mengisytiharkan Perang sabil dengan teriakan; "kerana wajib mempertahankan orang yang mahu membinasakan negeri kita." Susulan darinya, rakyat Pahang mula berpecah, ada yang masih setia kepada Tun Mutahir, namun ada yang mengalih sokongan kepada pihak Tun Ahmad.

Kini perang saudara tidak lagi dilihat sebagai perang antara adik beradik, tetapi menjadi perang diantara orang Pahang dengan orang luar. Malangnya orang luar ini dilihat sebagai pendokong utama kepada Bendahara Tun Mutahir, maka bagindalah yang menjadi mangsa keadaan. Selepas Maharaja Perba, Orang Kaya Temerloh dan Orang Kaya Lipis pula berpaling tadah. 

Hanya Orang Kaya Chenor dan Orang Kaya Syahbandar sahaja yang masih setia kepada Tun Mutahir.

Muslihat British yang terus menerus membiarkan orang Jelai dan angkatan Tun Ahmad dari Kemaman melakukan pemberontakan dan menghuru-harakan negeri Pahang untuk beberapa bulan lamanya telah juga membantu perjuangan Tun Ahmad untuk menawan bumi Pahang.

Akhirnya, Tun Mutahir dan anakndanya Bendahara Muda Tun koris mangkat semasa baginda sedang berundur di Kuala Sedili dan terus dibawa ke Johor dan dimakamkan di Tanjung Puteri.

7.Raja Bendahara Tun Abdul Rahman menyambung perjuangan
Dalam keadaan yang menyedihkan ini putera Tun Mutahir iaitu Tun Aman (Abdul Rahman) diangkat oleh Orang-Orang Kaya dipimpin oleh Orang Kaya Syahbandar sebagai Raja Bendahara Seri Maharaja, mengambil gelaran Almarhum ayahandanya serta meneruskan perjuangan Al-Marhum ayahandanya. 

Baginda dilantik dengan beradat menurut tradisi Bendahara-Bendahara dan Raja-Raja. Perjuangan Al-Marhum Tun Mutahir Tun Ali diteruskan oleh anakndanya Tun atau Engku Abdul Rahman (Wan Aman) sebagai Raja Bendahara Seri Maharaja, Engku Da (Wan Da) dan Engku Abdullah (Wan Abdullah). 

Tun Abdul Rahman yang dilantik sebagai Bendahara Seri Maharaja selepas kemangkatan ayahnda serta kekandanya Tun Koris telah bekerja keras bersama kedua-dua adindanya selama beberapa tahun untuk menuntut kembali teraju pemerintahan negeri Pahang. Malangnya, takdir tidak berpihak kepada mereka.

Buku-buku sejarah yang memperincikan perjuangan Tun Abdul Rahman telah mencatatkan bahawa Sultan Abu Bakar Johor, yang pada asalnya bergelar Temenggung telah memerintahkannya menolong dalam perang saudara di Selangor serta mencari pengaruh dan bantuan dalam ikhtiarnya untuk merampas kembali kekuasaan dari bendahara Tun Ahmad. 

Kali terakhir catatan mengenai Tun Abdul Rahman memperihalkan peristiwa dimana ia ditawan oleh Sayyid Mashur di Kelang iaitu dalam tahun 1871M.Adinda Tun Abdul Rahman yang bernama Tun Da itu kemudiannya dikatakan berbaik semula dengan Bendahara Tun Ahmad dan kembali semula bermastautin di Pahang. Keturunannya dikatakan masih berkembang biak di Tembeling.

Itulah serba ringkasnya sejarah sebenar peristiwa perang saudara di Pahang. Akhirnya, diharapkan semoga pensejarahan ini berupaya membuka lembaran baru dalam pengkisahan-pengkisahan sejarah perang saudara di Pahang yang lebih neutral, seimbang dan realistik. Semoga pengkaji-pengkaji sejarah Pahang di masa-masa akan datang dapat berlaku adil dalam menelusi sejarah sebenar Raja Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir Tun Ali.

-Sumber-
Cerita ini adalah dari pihak keluarga Tun Mutahir. iaitu dari buku 'Mencari Sejarah Yang Hilang' oleh Suzana M.Osman (Tun Suzana)

8. Komen Apam Baghdad (AB) sebagai menyahut saranan penulis diatas.
Keturunan Tun Mutahir dikatakan telah berdamai dengan Tun Ahmad maka selesai satu bab yang tidak perlu dipanjangkan lagi. Mereka berdua asalnya daripada Bendahara Tun Ali. Maka tetaplah asal Bendahara juga yang memerintah Pahang sehingga ke hari ini. Begitulah juga di Johor yang asalnya Temenggong berubah menjadi Sultan. Ini cerita semua orang sudah tahu.

Tetapi AB melihat sejarah daripada sudut realiti. Dan Pahang adalah sebuah negeri yang mengaku asal pemerintahan adalah daripada Bendahara, maka positifnya ia adalah satu ketelusan dalam sejarah pemerintahannya. Maka kita tinggalkan buat sementara waktu peranan Merong Mahawangsa dalam hal berkaitan perang saudara di Pahang ini.

"Pada tahun 1881, jurutulis kepada Bendahara Ahmad, Encik Abdullah b. Hassan yang dikenali sebagai Encik Dollah Tulis dengan persetujuan Bendahara, telah meminda cap iaitu daripada “Bendahara” kepada “Sultan”. atas sebab itu, pada 6hb Ogos 1882, Tun Ahmad diisytihar sebagai Sultan Ahmad. 

(petikan http://www.pekan.my/darjah-bintang-kebesaran-pahang/sejarah-kesultanan-pahang/all-pages)

Baik, Pahang adalah antara sebuah negeri yang paling lama di Alam Melayu dan asalnya dibawah pemerintahan Siam Merong Mahawangsa yang berpusat di Pekan Lama, Pahang Tua. Keadaan konflik perebutan takhta yang berlaku menyebabkan perpindahan jawatan pemerintah daripada Sultan yang bersusur galur daripada Merong Mahawangsa kepada pemerintahan Acheh Sultan Iskandar Muda (Thani?) dan seterusnya kepada pemerintahan Bendahara Tun Ali, seterusnya Tun Mutahir dan kemudian Tun Ahmad yang mengguna pakai gelaran Sultan (Bendahara menjadi Sultan ini memang dinyatakan dalam sejarah Pahang). 

Ini kerana terdapat banyak nesan-nesan Acheh purbakala yang kedapatan di Pahang dikampung atau tempat yang bernama Teluk Siam, Parit Siam dan juga Kampung Langgar. 

(Siam ini bukannya Sukhotai, kerana mana pernah puak-puak kapir Sukhotai masuk sampai ke Pahang melainkan orang-orang Melayu Kemboja yang duduk ditepi sungai Pahang sehingga ke hari ini.)

Daripada pemerintahan Bendahara ini kemudian mengakibatkan peperangan saudara bermula daripada pemberontakan Tun Ahmad(adik) vs Tun Muhammad Tahir (abang), kedua-duanya adalah anak kepada Tun Ali. 

Tun Ahmad pernah lari ke Singapura kerana atas perintah yang dikeluarkan oleh Tun Ali untuk membunuhnya kerana sahsiah Tun Ahmad yang tidak diperkenan oleh Tun Ali. Dekree itu dikeluarkan dizaman Tun Ali masih hidup dan dijalankan oleh Tun Mutahir.

Tun Ahmad pula mengatakan bahawa ada wasiat yang dikeluarkan oleh Tun Ali untuk memberikan tahkta kepadanya bukan kepada Tun Mutahir, kenyataan ini disokong oleh Tok Gajah pembesar Pahang. Manakala ini dinafikan oleh Engku Sayyid Perdana Menteri ketika itu dengan mengatakan surat itu dibuat oleh salah seorang isteri Tun Ali.

Inggeris mula mendapat ruang untuk dengan menyokong Tun Ahmad tetapi tidak secara terbuka. Orang-orang ulu Pahang yang bersama Tok Gajah menyokong Tun Ahmad menentang Tun Mutahir.

Tun Ahmad mengistiharkan Perang Sabil menentang Tun Mutahir padahal mereka adalah seagama, kemudiannya pula Tun Ahmad yang telah berjaya berkuasa bersekongkol pula dengan Inggeris membenamkan pemberontakan Tok Gajah, Tok Bahaman dan Mat Kilau yang dituduh pemberontak. Sebenarnya mereka ini tidak sedar yang mereka telah dipermainkan oleh Inggeris

Tun Mutahir tidak pernah pula mengistihar perang Sabil terhadap adiknya melainkan menjalankan arahan ayahandanya Tun Ali untuk mengusir Tun Ahmad daripada negeri Pahang.

Ini kerana setelah perang itu tamat, Wan Ahmad dimahkotakan pada 1887, tetapi peranannya cuma secara istiadat kerana British telah memaksanya menandatangani sebuah perjanjian yang membawa kawalan negeri itu dibawah Residen British yang kemudian menghadkan kuasa pembesar di Ulu Pahang untuk mengutip cukai sungai (tol) yang mengakibatkan pemberontakan orang-orang Semantan menentang Inggeris.

Inggeris berjaya dalam muslihatnya untuk menguasai Pahang dalam apa cara sekalipun, dan pada awalnya telah memberi ruang kepada Temenggong Abu Bakar menantu Tun Mutahir kerana dengan itu ia membuka ruang kepada pihak Tun Ahmad mendapat alasan "orang luar" datang menjajah.

Padahal sebelum itu Temengggong Ibrahim (ayahanda Temenggong Abu Bakar) dihalang sekeras-kerasnya oleh Inggeris membantu Tun Mutahir. Ini kerana Inggeris berasa senang dengan Temenggong Abu Bakar dan tidak senang kepada Temenggong Ibrahim.

Polisi keras Temenggong Abu Bakar inilah yang merugikan bapa mertuanya Tun Mutahir. Apabila Inggeris tidak dapat kuasa melalui Temenggong Abu Bakar, mereka beralih kepada Tun Ahmad kerana berpendapat Tun Ahmad sudah mempunyai momentum untuk menjatuhkan Tun Mutahir akibat sentimen marahnya mereka kepada orang luar iaitu Temenggong Abu Bakar. Yang tersepit adalah Tun Mutahir. 

Teriakan perang sabil Tun Ahmad yang sepatutnya ditujukan pada Inggeris tidak lama, kerana dipenghujung perjuangannya dia berjaya mendapatkan elaun daripada Inggeris buat dirinya dan para pengikut. 

Maka benarlah wasiat Tun Ali kepada Tun Mutahir mengenai cara sahsiah Tun Ahmad ini.

Terima kasih -
Apam Baghdad, Peramu.
Jejak Kampung Orang Kaya Datuk Syahbandar, Kampung Langgar, Kampung Parit Padang Polo, Pahang Tua, Pekan Bandar Diraja. Artikel dipetik dan kredit kepada http://themalaypress.blogspot.com Artikel hanya sebuah perkongisan untuk pengetahuan dan rujukan bersama akuanakpahang

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

APA MAKSUD HARI MALAYSIA DAN SELAMAT HARI MALAYSIA.

Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara, Sarawak, dan Singapura bagi membentuk Malaysia.

Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.

Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Ia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia. - Sumber dan selebihnya DISINI

Pengurusan blog akuanakpahang juga dengan ini ingin mengucapkan selamat hari Malaysia pada semua warganegara Selamat Hari Malaysia. Semoga negara kita terus aman dan makmur amin.

Wassalam, Wa'allahhualam.

15 Sep 2012

GAMBAR SITI DENGAN KATE MIDDLETON KAU ORANG PUN NAK KUTUK?

Ketika ini, orang ramai teruja dengan kehadiran Duke dan Duchess of Cambridge, Putera William dan Kate Middleton ke Malaysia kerana dapat menyaksikan kerabat diraja ini dengan lebih dekat.

Tujuan hadir ke Malaysia adalah merupakan sebahagian program jelajah pasangan diraja berkenaan sempena sambutan Jubli Intan, menandakan 60 tahun pemerintahan Ratu Elizabeth.

Malah, rasa keterujaan masyarakat Malaysia semakin dirasai apabila Putera William dan Kate mengadakan kunjungan ke Masjid Assyakirin di Bandaraya Kuala Lumpur semalam.

Ketibaan pasangan itu disambut meriah dan dinantikan oleh rakyat Malaysia yang sudah lama menunggu di perkarangan masjid itu.

Turut tidak melepaskan peluang untuk bertemu dengan Kate adalah penyanyi terkenal tanah air kita, Datuk Siti Nurhaliza.

Siti telah memuat naik gambarnya bersama Kate untuk tatapan peminat-peminatnya di profil Instagramnya.

Kiranya, beruntunglah Siti dapat berjumpa dengan orang kenamaan seperti Kate.

Namun, dalam keseronokkan Siti menikmati momen indah bersama peminat-peminat, ada juga yang tidak berapa suka dan mengutuk diri Siti.

Secara terang-terang, ada peminat yang memerli Siti sama ada pandai atau tidak bertutur dalam Bahasa Inggeris ketika bertemu dengan isteri Putera William itu.

Malah, ada juga yang mengutuk Siti yang gembira berjumpa dengan Kate seolah-olah bertemu dengan ‘Nabi’.

Macam-macam yang diperkatakan oleh peminat-peminat Siti di Instagram milik penyanyi itu.

Apa-apa pun, tidak kiralah kita bertemu dengan sesiapa pun, walau setinggi mana darjat diri kita, dan setinggi mana akal fikiran kita, setiap tutur kata itu haruslah dijaga.

Tidak semua manusia itu sempurna. Muhasabah dirikan lebih elok? Tak gitu? - Sumber Mynewshub.my

AAP- Jeles ker iri hati ker tak tahulah huhuhuhu.... kalau nak mengikut ker cakap orang dan kehendak orang... pendek kata sampai bila pun mereka tak akan berpuas hati..... teringin juga bergambor dengan siti pulak kikiki :)

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

14 Sep 2012

HARGA ROKOK SEBENAR 5 SEN SAHAJA SEBATANG.

Dengan membayar 50sen untuk sebatang rokok, anda sebenarnya membelanjakan :

24 sen untuk cukai tembakau
14 sen untuk pengilang rokok
5 sen untuk peruncit
1 sen untuk keuntungan pemborong dan pengedar rokok
1 sen untuk dinikamti oleh penanam dan pengawit tembakau.

Jadi nilai sebenar untuk sebantang rokok hanya 5 sen sahaja.

Gamaknya walaupun berapa sen harganya orang tetap akan membelinya juga. Sebab bila ada pengeluaran tentu ada permintaan... apa orang nak kata dan berapa harganya bagi pengisap rokok tegar dia orang tetap membelinya.

AAP -  Agaknya kalau tutup kilang rokok baru cerita kat atas itu selesai :) Pakat kurang-kurangkan juga merokok nie huhuhuhu... membakor duit benor :(

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

APA SALAHNYA RAMBUT BERUBAN ?

Kalau kita perhatikan kebanyakan kaum lelaki apabila berumur 40-an mulalah rambut beruban. Ianya menunjukan seseorang itu sudah pun berumur dan matang. Kalau nak mengorat pun kena fikir dua kali, kerana sudah tentu anak dara akan memanggil kita pakcik.

Mengikut kajian terbaru Museo Nacional de Ciecias Naturales, Sepanyol uban di kepala adalah lambang kesihatan diri. Ketua penyelidik Ismael Galvan menerangkan individu beruban mempunyai tubuh yang lebih sihat berbanding dengan individu lain. Lebih dari itu, uban juga menunjukan pemiliknya memiliki umur yang panjang berbandingkan individu lain terutama yang beramabut perang.

Kajian yang diterbitkan dalam web ‘Time of India’ turutmenjelasakan bahawa memiliki rambut perang akan mendedahkan individu kepada risiko serangan kenser dan kerosakan sel. Sedangkan rambut beruban akan melindungi individu daripada kerosakan oksisatif.

Menurut hasil kajian The Journal of Investigative Dermatology pula yang dibentangkan pada tahun 2005, manusia berkulit putih akan mengalami rambut beruban pada usia pertengahan 30, orang Asia pula akan mengalami rambut beruban pada lewat 30-an manakala bagi golongan berkulit hitam pula mampu mengekalkan rambut mereka tanpa beruban sehingga ke usia pertengahan 40!

Berikut adalah beberapa faktor yang mempengaruhi warna rambut:

Faktor usia : Perubahan pada warna rambut seseorang berlaku biasanya apabila seseorang itu telah meningkat usia. Kajian di Eropah mendapati bahawa kira-kira 40 peratus orang Eropah telah mula mengalami masalah rambut beruban pada usia 40 tahun.

Genetik : Perubahan pada warna rambut seseorang adalah bergantung hampir keseluruhannya kepada faktor genetik. Dua jenis gen yang bertanggungjawab dalam menentukan proses perubahan warna rambut seseorang iaitu Bcl2 dan Bcl-w. Perubahan pada warna rambut ini berlaku apabila melanin (pigmen warna) berhenti daripada dihasilkan pada akar rambut. Dan ini menyebabkan rambut seterusnya yang muncul akan tumbuh tanpa pigment melanin.

Kekurangan vitamin B 12 : Kekurangan vitamin B 12 akan mengurangkan pembentukan melanin. Masalah ini biasanya dialami kepada sesetengah golongan seperti kepada ibu-ibu yang mengandung di mana mereka mudah untuk mengalami kekurangan vitamin B 12 dan zat besi di dalam tubuh.

Faktor-faktor lain : Kajian yang dijalankan oleh J.G.Mosley di British Medical Journey pada 1996 mendapati bahawa perokok akan mengalami 4 kali lebih cepat mengalami masalah rambut beruban! - Sumber asal :  lipis-zaini.blogspot.com

Sabda Rasulullah s.a.w,
“Janganlah mencabut uban kerana uban adalah cahaya pada hari kiamat nanti. Siapa saja yang beruban dalam Islam walaupun sehelai, maka dengan uban itu akan dicatat baginya satu kebaikan, dengan uban itu akan dihapuskan satu kesalahan, juga dengannya akan ditinggikan satu darjat.”
  
(HR. Ibnu Hibban dalam Shahihnya. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahwa sanad hadits ini hasan) - Sumber by Google

Moralnya - Jangan sesekali mencabut uban dikepala anda... apa salahnya rambut beruban banyak kelebihan beruban ini. Setidak-tidaknya menunjukkan kita sudah matang dan paling penting mungkin kita sudah berada diwaktu asar yang bakal menjelang waktu maghrib. U/p Penulis dah lama beruban semasa lahir lagi... :) jadi tidak hairan dengan uban ini :)

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

13 Sep 2012

WAJAH-WAJAH MEREKA YANG PALING BERPENGARUH DIDALAM DUNIA

Menjadi orang berpengaruh di dunia hampir menjadi impian setiap orang. Banyak cara yang dilakukan orang untuk menjadi orang paling berpengaruh. Menjadi orang berpengaruh dapat dilakukan melalui berbagai aspek kehidupan dan tak melulu menjadi seorang pemimpin negara. Berikut senarai 10 orang paling berpengaruh di dunia:
1. Barrack Obama
Obama adalah keturunan Afrika-Amerika pertama yang menjawat Presiden ke-44 Amerika Serikat. Ketika serangan 11 September 2001, Obama menentang kebijakan George Bush yang akan melancarkan perang Irak. Presiden AS yang juga pernah tinggal di Indonesia kala berusia 6 sampai 10 tahun ini juga merupakan penerima Nobel Perdamaian pada 2009 karena mempromosikan diplomasi internasional untuk memecahkan masalah-masalah internasional.
2. Vladimir Putin
Selama 10 tahun berkuasa, Putin dikenali sebagai pemimpin yang tegas dan kontroversi. Beliau pernah mengeluarkan polisi penghancuran terhadap pemberontakan pemisah Chechnya. Putin memang akan mengajukan diri sebagai presiden lagi pada pemilihan March 2012. Presiden yang juga dikenali sebagai pengacara tersebut, membela proses pilihan raya di negaranya. Menurutnya pilihan tetap berada di tangan rakyat. Baginya seorang ahli politik harus bahu membahu membangun negara, bukannya saling menjatuhkan.



3. Hu Jintao
Hu Jintao adalah setiausaha agung Parti Komunis China, Presiden China dari 2003, dan ketika ini Pemimpin terpenting di China. Jintao pragmatik dan konservatif, dan pemenang dari tujuan sosio-ekonomi Konsep Pembangunan Ilmiah. Ia menciptakan ideologi sebagai hasil akhir utama dari kepimpinannya. Ia juga sangat keras menentang rasuah dan selalu mengingatkan anggota parti CCP untu terus mengelakkan rasuah.
 

4. Angella Merkel
Di usianya yang ke 57 masa ini, kedudukannya adalah Canselor Jerman. Ia adalah Canselor wanita pertama Jerman dan orang pertama bekas warga negara Republik Demokratik Jerman yang memimpin Jerman setelah Reunifikasi Jerman. Ia juga merupakan perempuan pertama yang memimpin Jerman sejak negara itu menjadi sebuah negara kebangsaan yang moden pada 1871. Termasuk dia, hingga 2006, telah berdaftar sejumlah Canselor termuda individu sejak Perang Dunia II. Menurut Majalah Forbes, ia merupakan seorang wanita yang paling berkuasa di dunia dan wanita ketiga dalam kapasitinya sebagai Ketua G8. Pada 1 Januari 2007, ia menjadi wanita kedua dalam jawatannya sebagai Ketua G8 setelah Margaret Thatcher.
5. Bill Gates
adalah seorang tokoh perniagaan, pelabur, dermawan, penulis dari Amerika Syarikat, serta mantan CEO yang ketika ini menjabat sebagai ketua Microsoft. Ia menduduki tempat tetap di antara orang-orang terkaya di dunia, dan menduduki peringkat pertama sejak 1995 hingga 2009, tidak termasuk 2008 ketika ia turun ke peringkat tiga. Gates pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan kepala arkitek perisian, dan masih menjadi pemegang saham individu terbesar dengan lebih daripada 8 peratus saham biasa syarikat.
6. Abdullah bin Abdul Aziz al Saud
Abdullah bin Abdul Aziz al Saud ialah Raja Arab Saudi yang keenam. Raja Abdullah bin Abdul Aziz dikenal sebagai pemimpin Arab yang nasionalis juga modernis. Di bidang sosial-politik, Abdullah mengadakan dialog nasional yang melibatkan berbagai kalangan masyarakat dan mengadakan pemilihan langsung ahli bandar praja (Dewan Konsultatif) secara nasional awal tahun 2005. Ia juga membuka peluang kepada para pemodal asing untuk menanam pelaburan di bidang eksplorasi dan pengeluaran gas. Ia tidak pernah diterpa masalah rasuah atau pun terlibat gaya hidup para putera negeri Arab yang biasanya lekat dengan banyak wanita dan kehidupan gemerlap. Abdullah juga pernah menjawat jawatan Perdana Menteri dan Komandan Dewan Garda Nasional. Ia juga pimpinan Supreme Economic Council, Naib Presiden High Council for Petroleum and Minerals, Presiden King Abdulaziz Centre for National Dialogue, Naib Pimpinan Council of Civil Service, dan ahli-ahli Military Service Council
7. Pope Benedict XVI
Pope Benedict XVI atau Sri Paus Benedict XVI terpilih sebagai Paus Gereja Katolik Rom pada 19 April 2005. Dia adalah Biskop Rom, pemimpin Negara Kota Vatican dan Gereja Katolik Rom termasuk Gereja Katolik Timur dalam komuni dengan Takhta Suci. Dia adalah seorang pengkritik homoseksualiti, perkahwinan jantina sejenis, euthanasia, dan pengguguran. Sebagai Kardinal, ia menulis buku Truth and Tolerance yang mencaci penggunaan toleransi sebagai alasan untuk menyimpangkan kebenaran.
8. Ben Bernanke
Ben Bernanke adalah pakar ekonomi Amerika, dan ketika ini Ketua Federal Reserve, bank pusat Amerika Syarikat. Selama masa jawatannya sebagai Ketua, Bernanke telah mengawasi respon Federal Reserve sampai akhir 2000-an krisis kewangan. Bernanke adalah seorang profesor tetap di Princeton University dan ketua Jabatan Ekonomi sana dari 1996 hingga September 2002, ketika ia pergi cuti perkhidmatan awam. Dari tahun 2002 hingga tahun 2005, beliau berkhidmat sebagai anggota Dewan Gabenor Federal Reserve System. Dia kemudian menjawat jawatan sebagai Ketua Dewan Penasihat Ekonomi Presiden Bush sebelum Bush menunjuk dia menjadi Ketua Amerika Syarikat Federal Reserve pada tarikh 1 Februari 2006. Bernanke telah disahkan untuk masa jabatan kedua sebagai Ketua pada tarikh 28 Januari, 2010 setelah dicalonkan oleh Presiden Barack Obama.
9. Mark Zukcerberg
Mark adalah seorang programmer komputer dan pengusaha Internet. Ia dikenali kerana mencipta laman jejaring sosial Facebook bersama kawannya, yang dengan itu ia menjadi pegawai eksekutif dan presiden. Facebook ditubuhkan sebagai syarikat swasta pada tahun 2004 oleh Zuckerberg dan rakan sekelasnya Dustin Moskovitz, Eduardo Saverin, dan Chris Hughes ketika menjadi mahasiswa di Universiti Harvard. Pada tahun 2010, Zuckerberg terpilih sebagai Person of the Year versi majalah Time. Pada 2011, kekayaan peribadinya dianggarkan mencapai $ 17,55 bilion. Setelah tamat sekolah, Facebook bermula dari hanya sebagai "barang Harvard" sampai akhirnya Zuckerberg memutuskan untuk menyebarkan ke sekolah lain, mendaftar dengan bantuan dari kawan-kawan sebiliknyanya Dustin Moskovitz. Mereka pertama kali bermula dari Stanford, Dartmouth, Columbia, New York University, Cornell, Brown, dan Yale, dan kemudian di sekolah lain yang mempunyai kenalan sosial dengan Harvard University. Pada tarikh 21 Julai 2010, Zuckerberg melaporkan bahawa syarikat mencapai angka 500 juta pengguna.
10. David Cameron
David William Donald Cameron adalah Perdana Menteri United Kingdom dan juga seorang pemimpin Parti Konservatif. Cameron pertama kali berusaha untuk duduk di Parlimen sebagai calon Parti Konservatif untuk Stafford pada pilihan raya 1997, namun ia dikalahkan oleh calon Parti Buruh David Kidney. Ia terpilih sebagai calon Konservatif untuk Witney pada pilihan raya 2001. Pada Disember 2005 pemimpin Parti Konservatif Michael Howard mengundurkan diri setelah kekalahan Konservatif dalam pilihan raya 2005. Melalui pemilihan suara, Cameron terpilih sebagai pemimpin baru dan mula menjawat jawatan pada 6 Disember 2005. Dalam pilihanraya umum 2010, Parti Konservatif berjaya memperoleh hasil terbaiknya sejak tahun 1992 dengan perolehan kerusi parlimen terbanyak walaupun masih kurang 20 kerusi untuk mencapai majoriti am. Pada 11 Mei 2010, Gordon Brown berundur dari jawatannya dan Cameron diangkat menjadi Perdana Menteri United Kingdom baru. Sumber : http://www.rileksantai.com

11. aku anak pahang
Yang ini berpengaruh jugak tapi dirumahnya dan diblog ini serta di kawasan jajahan takluknya sahaja :)


AAP - Moralnya pasti ada tugasan dan tanggungawab serta amanah yang perlu dipikul jika kita sudah sanggup memikul sesuatu tugasan dan amanah yang teleh diberi dan dimiliki.





Wassalam, Wa'allahhualam.
 

KLIK PERCUMA DAPATKAN INFO SELANJUTNYA.

SENARAI ENTRI TERKINI :

LEBIH BANYAK ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

Perkongsian Pendapat :

CARIAN ARTIKEL BLOG AKU ANAK PAHANG

Loading