Kod HTML Script No Copy Paste

UPDATE ENTRI TERKINI :

31 Ogo 2012

BERAPA KALI MATA BERKELIP SETIAP MINIT?

Gamaknya berapa kali mata anda berkelip dalam setiap minit? Mengikut kajian mata kita akan berkelip sebanyak tidak kurang 15,000 kali dalam masa sehari. Kalau dibahagi dengan 24 jam, 1jam anda telah berkelip sebanyak 625 kali dan setiap satu minit tidak kurang mata anda akan berkelip sebanyak 10 kali betul ker? cubalah sendiri :)

Tanpa anda sedari, semasa anda  membaca tulisan ini, mata anda telah berkelip beberapa kali.  Kemungkinan besar anda tidak pernah menyedarinya dan anda terus-menerus melakukannya.

Mengapa mata anda berkelip begitu kerap dalam sehari? Tujuannya untuk melindungi kedua bola mata anda. Dalam prosesnya, anda mungkin juga telah memberi petunjuk-petunjuk tanpa anda sengaja mengenai cara kerja otak anda.

Kerlipan rutin tujuannya agar air mata membasahi permukaan mata yang mengering. Dengan satu atau dua kali berkelip per minit seharusnya sudah cukup untuk melakukan pekerjaan mencuci dan melembapkan mata.

Berkelip juga menggambarkan emosi dan perasaan anda. Sebagai contoh, perasaan cemas membuat mata anda berkelip lebih banyak. Jika anda panik, maka tanpa anda sadari, mata anda akan berkelip lebih banyak berbanding situasi normal. Menarik bukan mengenai kerlipan mata anda yang memiliki banyak manfaat.

AAP - Kalau mata anda tidak berkelip-kelip itu tandanya anda sedang asyik membaca cerita didalam blog ini terima kasih :)

Wassalam, Wa'allahhualam.

SALAM KEMERDEKAAN DAN SELAMAT HARI KEMERDEKAAN 2012



Salam hari kemerdekaan... Sesungguhnya hari kemerdekaan begitu bermakna buat kita semua sebagai rakyat Malaysia. Tahun ini 2012, Negara kita telah mencapai kemerdekaan ke 55 tahun. Hari Merdeka atau dikenali juga Hari Kebangsaan disambut setiap tahun pada 31st Ogos sempena hari kelahiran negara tercinta.

Apakah Erti Hari Merdeka?
Kemerdekaan bermaksud kebebasan untuk memisahkan diri kita dari ideologi peribadi dan intelek mencabar diri kita untuk melihat secara keseluruhan sesuatu isu dan mencari penyelesaian sebenar untuk kebaikkan semua.

Kemerdekaan bermakna kita tidak bergantung kepada pendapat orang lain, tetapi atas isu fakta dan tindakan individu dan kerajaan kita. Memilih untuk memperkuatkan diri dengan bebas membuat keputusan kita sendiri.

Kemerdekaan bererti mewujudkan sebuah masyarakat dunia di mana kita boleh melihat negara-negara melalui pandangan satelit, bukannya pandangan mikroskopik, dan membuat pertimbangan berdasarkan apa yang baik untuk masa depan, berbanding sekarang.

Kemerdekaan bermakna kita mempunyai kebebasan untuk mendapatkan keperluan peribadi sambil memilih motivasi global dengan niat untuk belajar dan berkembang lebih maju.

Kebijaksanaan menuntut kita supaya memerdekakan diri kita sendiri dengan membebaskan diri kita dari pengalaman peribadi dengan mengamalkan realiti dan dengan itu dapat menguatkan minda kita supaya lebih arif dengan keadaan sekeliling. Tahu apa yang perlu kita lakukan tanpa perlu mengharapkan orang lain.

Sungguhnya hari ini adalah suatu hari yang amat istimewa buat kita semua lapisan masyarakat, betapa jasa dan pengorbanan mereka terdahulu tidak ternilai untuk kita lunaskan. Hari ini kita  hidup aman dan makmur tanpa ada sebarang kesusahan dan paksaan hidup bebas merdeka. Sebaiknya kita dihari ini sama-sama menghayati apakah erti kemederkaan tersebut.  

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN 2012 YANG KE 55 DARIPADA PENGURUSAN BLOG AKUANAKPAHANG DAN AKUANAKPAHANG GROUP

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

30 Ogo 2012

SANGGUPKAH GAMBAR ANDA DIBOGELKAN DI INTERNET?

Sejauh mana kebenarannya tidaklah dapat saya pastikan... Mungkin zaman yang penuh dengan serba kecanggihan dan teknologi ini, ianya bukanlah suatu perkara mustahil. Lihat sahaja gambar wanita di atas ini bagaimana software untuk mengedit gambar boleh digunakan untuk membogelkan gambar diri anda.

Zaman sekarang kita semua pun sudah tahu, dekat luar sana memang ramai editor yang power-power dan terer yang kita tidak sangka dan tidak terduga akan kehebatan mereka.

Moralnya, bagi orang perempuan berpadalah juga kalau nak upload gambar, dinasihatkan agar janganlah upload gambar dekat facebook atau mana-mana laman sosial dengan gambar penuh seperti gambar diatas. Ambillah gambar dari atas dada dan ke atas. Dan juga, jangan pakai baju putih kerana editor akan lebih senang untuk mengedit gambar anda.

Sekian buat mereka yang suka upload gambar sendiri ke facebook. Kalau masih ada koleksi yang masih tertinggal eloklah dideletekan sebelum terjadi macam gambar diatas. Wasallam Sumber asal : Warta Shubhi. Olahan semula drp akunakpahang

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

10 Langkah Mudah Penjimatan Minyak Petrol Anda!


Terkadang kita juga berasa tertekan dengan kadar bahan api (petrol) yang mahal... pun begitu ianya satu keperluan mahu tak mahu kita terpaksa menggunakannya. Disini jom kita baca 10 langkah mudah menjimatkan bahan api anda :

1. Elakkan Kelajuan Tinggi
Sebagai peningkatan kelajuan anda, seret aerodinamik anda meningkat dalam fesyen eksponen. Memandu 62 mph (100 km / h) vs 75 mph (120 km / h) akan mengurangkan penggunaan bahan api oleh kira-kira 15%.

2. Jangan mempercepatkan atau menekan brek dengan pantas
Dengan menjangkakan trafik dan memohon pecutan mantap perlahan dan brek, ekonomi bahan api boleh meningkat sebanyak 20%.

3. Pastikan tekanan udara yang tepat pada tayar.
Pastikan tekanan tayar angin pada tahap yang disyorkan oleh pengeluar kenderaan anda. Satu tayar tunggal di bawah yang melambung oleh 2 PSI, meningkatkan penggunaan bahan api sebanyak 1%.

4. Gunakan Air-Conditioner cara berhemat
Apabila penghawa dingin dihidupkan, ia meletakkan beban tambahan pada enjin memaksa bahan api yang lebih untuk digunakan (oleh kira-kira 20%).

5. Kekalkan Windows Closed
Tingkap terbuka, terutama pada kelajuan lebuh raya, meningkatkan seret dan mengakibatkan ekonomi bahan api menurun sehingga 10%.

6.Membuat Penyelenggaran Enjin Yang Kerap
Kerja untuk kedua-duanya. Penyelenggaraan yang betul mengelakkan ekonomi bahan api murah yang berkaitan dengan penapis udara kotor, palam pencucuh lama atau paras cecair yang rendah.

7. Mengekalkan Kelajuan Tetap
Mengekalkan kelajuan malar pada jarak yang jauh sering menjimatkan gas.

8. Elakkan Bebanan Berat
Pastikan anda tidak membawa benanan yang berat untuk perjalanan yang jauh dan panjang.

9. Elakkan Idles panjang
Jika anda menjangka dihentikan selama lebih daripada 1 minit, menutup kereta. Memulakan semula kereta menggunakan bahan api yang kurang daripada membiarkan ia terbiar untuk masa ini.

10. Jangan Warm Up Enjin anda
Pandu dengan segera pada kelajuan rendah selepas memulakan kereta anda. Dengan cara ini, enjin akan memanaskan lebih cepat dan pelinciran yang lebih baik. Sumber 

AAP - Paling penting kalau bahan api mahal... usahlah suka merayau-rayau tak tentu hala :) 

Wassalam, Wa'allahhualam.

29 Ogo 2012

BAHAYA MEMINUM MINUMAN TIN TERUS KE MULUT!

INFO PENTING DAN HARUS DIBACA!

Pada Hari Minggu yang lalu Satu Keluarga bersiar² dengan membawa beberapa minuman tin. Pada hari Isnin, dua anggota keluarga dimasukkan ke hospital dan ditempatkan di 'Bilik Intensive Care Unit.'

Dia meninggal pada hari Rabu. Hasil autopsi menyimpulkan ia terkena Leptospirosis. Virus ini terlekat pada tin minuman yang diminumnya, tanpa menggunakan gelas/cawan. Hasil test menunjukkan tin tersebut telah terkena (dijangkiti) urin tikus yang sudah mengering yg mengandung leptospira.

kita dinasihatkan agar membilas secara rata bahagian atas semua tin minuman sebelum meminumnya. Kebiasaanya tin² minuman ini disimpan dalam gudang dan terus dihantarkan ke kedai² runcit, tanpa dibersihkan.

Sebuah penelitian menunjukkan bahawa bahagian atas semua minuman tin lebih tercemar jika dibandingkan dengan tandas awam (penuh kuman dan bakteria.)

Jadi, bersihkan tin minuman terlebih dahulu dengan air sebelum memasukkannya ke mulut untuk menghindari segala jenis kecelakaan. - Sumber Facebook

AAP - Paling penting basuh dan bilas terlebih dahulu minuman tin tersebut dan sila guna penyedut air atau straw minuman sebaik-baiknya.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

Selamat Datang Ke Labu Sentral R&R Kampung Labu, Tembeling Jerantut









Sumber Gambar Ehsan : Jerantut Kampungku Group.

JERANTUT: Satu kawasan rehat yang sesuai untuk kedua-dua air dan pengguna pengangkutan darat dilancarkan di Kampung Labu dekat sini  pada 28 Aug 2012 .

Dikenali sebagai Labu Sentral R & R, ia adalah satu persinggahan yang sesuai untuk pelancong perjalanan ke Taman Negara melalui Sungai Tembeling manakala mereka yang melancong di sepanjang jalan persekutuan juga boleh singgah untuk membeli kraftangan dan hasil pertanian.

Dibina oleh Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) Majlis Pembangunan (ECERDC), RM273, 000 kawasan rehat juga merupakan satu peluang bagi penduduk tempatan untuk memperkenalkan produk mereka manakala bergaul dengan pelancong yang sedang berehat daripada tiga jam menaiki bot dari jeti Kuala Tembeling.

AAP - Mudah nak berehat-rehat dan sambil membeli cenderamata :)

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

TIDUR MENDENGKUR BOLEH MEMBAKAR KALORI ?

Tidur mendengkur selalu dikaitkan dengan masalah kesihatan tetapi tahukah anda ternyata tidur berdengkur juga baik untuk kesihatan terutama bagi anda yang ingin menurunkan berat badan sebab berdengkur boleh menurunkan kalori yang ada di dalam tubuh anda.

Sebuah kajian yang dilakukan oleh beberapa saintis dari University of California, San Francisco, termasuk hal yang menarik tentang berdengkur yang dapat menurunkan kalori dalam tubuh manusia menurut  para penyelidik semakin kerap dengkuran seseorang ketika tidur maka semangkin banyak kalori yang dibakar. Perkara ini terjadi kerana dengkuran menyebabkan kerja sistem saraf semakin meningkat dan membakar sejumlah kalori.

Penelitain ini melibatkan 212 pesakit yang mengalami masalah berdengkur ketika tidur. Dari hasil kajian didapati bahawa pesakit yang mengalami masalah serius dengan dengkuran boleh membakar 2,000 kalori setiap hari meskipun mereka sedang tidur.

Sementara kalori yang terbakar pada mereka yang jarang sekali mendengkur hanya 1.626 satu hari.

Walaupun berdengkur boleh membakar banyak kalori, namun para penyelidik memberi amaran bahawa berdengkur boleh juga menyebabkan munculnya masalah lain.

"Mendengkur yang biasanya muncul akibat keletihan juga boleh menyebabkan menurunnya aktiviti secara fizikal," jelas Eric J Kezirian, pemimpin penyelidikan. Sumber asal smartnewz.info olahan semula drp akuanakpahang

AAP - Sememang sedap kalau tidur sampai mendengkur nie... masalahnya orang disebelah tetap tidak akan jadi tidur kita kalau orang disebelahnya kuat sangat mendengkurnya huhuhu...

Wassalam, Wa'allahhualam.

28 Ogo 2012

Sabarlah Menempuh Kehidupan : Lima Jenis Sabar Yang Perlu Ada Dalam Hidup


Mengungkap perkataan sabar di bibir terlalu mudah untuk dilakukan berbanding melakukannya secara zahir. Setiap perkara atau tindakan yang dilakukan oleh manusia menuntut rasa penuh sabar kerana itu mengukur sejauh mana ketakwaan dan keredhaan kepada Allah S.W.T.

Sabar itu bererti menahan dan menanggung diri dari melakukan perkara-perkara yang tidak disukai oleh Allah S.W.T serta menahan diri dari melakukan sesuatu yang disukai oleh nafsu yang membolehkan betapa murkanya Allah S.W.T kepada kita.

Mempunyai nilai sabar itu adalah senjata utama yang terpenting dalam hidup manusia. Sabar terhadap ujian dan dugaan oleh Allah S.W.T seperti kematian, kemiskinan, kesakitan, bencana alam adalah kayu pengukur sejauh mana kita beriman kepada Allah S.W.T. Melalui ujian-ujian seperti itulah membolehkan kita bersabar dan secara langsung kita boleh mengatasi ujian dan mengecapi kejayaan.

“Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap sedia (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung,” – Surah Ali-Imran; 200.

Para cendiakwan dahulu kala membahagikan lima jenis sabar yang perlu diamalkan oleh manusia dalam hidup.

Sabar yang pertama, sabar terhadap kesusahan dan bencana yang diturunkan kepada manusia juga di kalangan para nabi. Di dalam Al-Quran, sabar dalam bentuk ini termasuklah sabar kepada kefakiran, kelaparan, kesakitan, ketakutan, kehilangan jiwa atau kehilangan harta benda.

Sabar Kedua, sabar terhadap keinginan nafsu yang diuruskan oleh syaitan. Antaranya, sabar atas tarikan dan tututan nafsu yang rendah dan hina, termasuk bersabar dari menuntut perasaan marah.

Sabar ketiga, Sabar terhadap kemewahan adalah bentuk sabar yang ketiga. Ia bermaksud sabarlah sekiranya orang lain mengecapi kemewahan sedangkan diri kita tidak kaya.

Sabar Keempat, sabar terhadap ketaatan kepada Allah S.W.T yang sememangnya terlalu banyak halangan untuk dilaksanakan. Manusia perlu sabar untuk berlaku taat kepada Tuhan kerana nafsu itu tabiatnya liar selain syaitan suka menggerakkan jenteranya untuk membuatkan manusia lupa dan malas untuk mengabdikan diri kepada Allah S.W.T.

Sabar Kelima, sabar yang terakhir adalah sabar terhadap kesusahan berdakwah ke jalan Allah S.W.T. berdakwah ke jalan Allah S.W.T adalah satu tindakan yang suci dan murni. Berdakwah ke jalan Allah S.W.T pastinya akan mendapat tentangan dari pihak-pihak tertentu kerana cuba menyampaikan perkara yang benar kepada manusia. Bahkan, Nabi Muhammad dahulu juga terpaksa bersabar apabila kaumnya sendiri menolak ajaran Islam yang cuba disampaika oleh dirinya.

Justeru itu, menetapkan rasa sabar dalam diri adalah perkara yang sukar untuk dilakukan jika kita tidak istiqamah dalam beribadah ke jalan Allah S.W.T. maka, setiap manusia itu perlu untuk belajar bersabar demi mendapatkan keredhaan dan ketakwaan dari Allah S.W.T. Sumber : mynewshub.my

AAP - Semoga kita sama-sama dapat bermuhasabah diri dan mengenali erti kesabaran dan Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Yang pastinya Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya itu sendiri.

Wassalam, Wa'allahhualam.

27 Ogo 2012

JOM MAKAN LEMANG KATAK PURU !


Amacam anda berani nak memakannya? Kata daripada pemilik gambar ini lemang ini di beli di Lepar. Moralnya bagi pembuat atau penjual lemang tersebut sila lebih prihatin dan menjaga sama soal kebersihan dan keselamatan lemang tersebut daripada perkara seumpama ini. Berasa nak muntoh hijau jugak kalau kena macam ini :(

AAP- Tidak mustahil bila faktor kebersihan tidak dijaga sama... perkara seumpama ini akan terjadi. Ini yang membuat kita berasa cuak untuk membeli lemang daripada sumber yang tidak diketahui.

Sumber Gambar : Facebook Jerantut kampungku

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

26 Ogo 2012

Bosan, Jemu, Tertekan dan Marah-Marah?

Banyak sebab kenapa dan mengapa terkadang kita berasa bosan, jemu, tertekan dan berasa marah-marah. Disini jom kita baca 7 cara melegakan tekanan dalam masa 10 minit.

Rehat 5-10 minit – kalau anda terlalu sibuk bekerja, ambil masa 5-10 minit untuk duduk rehat tanpa membuat apa-apa kerja dan tenangkan fikiran. Ini boleh mengurangkan ketegangan dan tekanan darah anda di samping meningkatkan daya kawalan anda terhadap keadaan sekeliling.

Cuba buatkan diri anda ketawa – anda boleh melegakan tekanan dengan membuatkan diri anda ketawa gembira. Cubalah ketawa dengan menonton rancangan TV komedi kegemaran anda atau mendengar sesuatu yang lucu dari nada dering telefon bimbit anda.

Dengar muzik yang menenangkan – semua orang perlukan suasana tenang untuk membuat kerja. Tetapi suasana yang terlalu sunyi akan menambahkan lagi tahap tekanan diri anda. Sekali-sekala anda perlukan muzik untuk tenangkan diri. Jenis muzik? Ia bergantung kepada anda.

Fikirkan sesuatu yang menggembirakan – dalam beberapa minit cuba fokuskan fikiran anda terhadap sesuatu yang menggembirakan. Anda mungkin boleh boleh melihat gambar ahli keluarga tersayang atau melihat gambar pemandangan indah. Ini boleh meningkatkan semangat dan fikiran positif anda.

Berdiri dan ambil masa berjalan sebentar – para saintis telah membuktikan bahawa mereka yang memperuntukkan masa berjalan sekurang-kurangnya empat kali dalam seminggu kurang berasa tekanan dan mempunyai tidur yang lebih baik. Untuk melakukannya, anda mungkin boleh mengambil masa 5-10 minit untuk berjalan ke hulu ke hilir di ruang pejabat anda setiap hari.

Buat senaman nafas - tarik nafas panjang dan tahan untuk beberapa saat, lepas tu hembuskan secara perlahan-lahan. Anda pasti lega dan lebih mudah membuat kerja.

Relakskan diri dengan senaman ringkas – untuk beberapa minit selepas bangun pagi anda boleh relakskan badan anda dengan senaman ringkas dari kepala ke kaki. Senaman regangan otot menjadikan anda lebih selesa datang ke tempat kerja. Anda juga boleh membuat senaman ringkas di tempat kerja untuk merelakskan badan. Sumber asal kredit : http://cute-chipmunks.blogspot.com

AAP - Cara lain paling berkesan kita ambil wuduk dan buat solat sunat insyaallah semuanya pasti akan tenang nanti. Dan jangan banyak memikir akan perkara-perkara yang boleh menyusahkan fikiran... bawak relaks sikit :)

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

23 Ogo 2012

Gantung Patung Belakang Kereta Jejas Akidah


Sudah tentu ramai di luar sana pernah melihat ada orang yang meletakkan anak patung di bawah pehadang belakang (bawah bumper belakang) kereta. Sebenarnya meletakkan anak patung bawah kereta adalah budaya orang Thailand.

Mereka percaya roh orang yang mati kemalangan akan berlegar-legar di jalanraya tempat berlakunya kemalangan. Tujuan utama pemandu-pemandu di Thailand menggantungkan patung di bawah kereta mereka kerana takut di ganggu oleh roh si mati terutamanya roh kanak-kanak yang mati dalam kemalangan.

Jadi mereka memasang anak patung pada pehadang belakang kereta, supaya roh kanak-kanak tenang. Trend ini dibawa oleh pemandu teksi Thailand yang mahu meletakkan roh lain (dengan meletak anak patung) supaya roh orang mati dilanggar tidak menganggu kereta mereka. Namun, sebagai umat Islam, kita harus sedar dengan isu sebegini.

Firman Allah, mafhumnya: Maka barang siapa mengikuti petunjukKu maka ia tak akan sesat dan celaka. Dan barangsiapa berpaling tadah, tidak ingat kepadaKu maka baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan membangkitnya di Hari Kiamat dalam keadaan buta.” (Ta Ha : 123)

Sabda Rasulullah saw Bermaksud: “Siapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk sebahagian daripada mereka” (Riwayat Abu Daud).

Kesimpulannya janganlah mengikut sesuatu perkara tanpa sebarang usul periksa sama ada perkara berkenaan mengikut syariat islam atau pun tidak. Berhati-hatilah dengan perkara seperti ini kerana tanpa kita sedar kita telah mensyirikkan Allah s.w.t.

Walaupun perkara seperti ini ada yang menyatakan karut dan mereka lebih mengikut trend yang sentiasa berubah-ubah mengikut zaman, adakah mereka pernah terfikir Al-Quran yang tak pernah luput dek zaman dengan di bandingkan dengan trend yang sentiasa bertukar. Renung-renungkan. – MyNewsHub

AAP - Mungkin ada diantara kita terkadang suka mengikut perkara yang bukan-bukan dan sia-sia tanpa usul periksa main ikut aje :( ... sudahnya tidak tahu perkara tersebut boleh menjejaskan akidah kita sendiri. Moralnya perbuatan yang sia-sia, yang boleh menjejaskan akidah seumpama ini usahlah diikut dan dibuat.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

22 Ogo 2012

MISTERI JALAN KARAK LAMA BERHANTU.

Kata orang jalan karak lama (Bentong) ini banyak cerita dan kisah misterinya. Macam-macam benda yang telah ditemui dan telah dijumpa orang. Jom baca beberapa kisah yang telah dicerita orang memang seram.

1.Cerita seorang polis, satu hari naik motor ikut jalan lama ni. Nak dijadikan cerita sampai satu kawasan tu,dia nampak banyak kereta paking tepi jalan,tapi yang peliknya kat situ gelap gelita,seorang manusia pun tak ada dan yang paling pelik,semua kereta yang paking tu jenis kereta lama tapi masih cantik. Apa lagi, polis terebut terus melarikan diri la sampai genting sempah (petronas).

2.Menurut cerita ramai juga yang ingin mengelak kesesakan lalu lintas ikut jalan lama karak (nak balik KL).Tetapi hampir 80% orang yang lalu disini bukan sahaja waktu malam,tengah hari siang buta pun akan berpatah balik. Sebab dah tak tahan menanggung seram!

3.Dalam satu cerita lain, pemandu bas di situ pernah bercerita pada satu malam selepas bas terakhir dari KL ke bentong lebih kurang pukul 9 mlm, dia telah mengambil penumpang di kawasan tersebut yang kebiasaanya sunyi.. Seperti biasa kondaktor bas memberi tiket. Riuh rendah la dlm bas tu sebab ramai penumpang..Bila hampir sampai di Bentong penumpang-pemunpang turun di satu kawasan hutan@kampung….Sampai di stesen Bentong bila konduktor bas tu nak kira duit balik terkejut tengok dalam beg dia penuh dengan daun saja, mana perginya duit tadi?…jalan lama karak

4.Pernah juga terbaca ,beberapa orang polis pernah terserempak dengan Rashid Maiden(Bekas ketua Komunis Pahang)bersembahyang berlapitkan daun pisang ditepi jalan,tetapi mereka hanya tergamam melihat kelibat Rashid Maiden sehingga la selesai sembahyang..selepas itu..hilang..

5.Mengikut cerita dan laporan akhbar, mangsa menghantar isterinya yang bekerja sebagai Manager McDonalds di Genting Sempah.Masa perjalanan pulang, si suami tetiba hilang di Jalan Lama Bentong- Gombak disyaki kemalangan di salah satu gaung. Si isterinya berjalan menyusuri jalan lama tu selama seminggu untuk mencari suaminya malangnya tak berjumpa,Kemudian, dalam sebulan lepas tu orang asli dan pihak polis menjumpai kereta si suami dalam gaung di KM 40 Bentong tetapi tiada pemandu di dalam. dalam lebih kurang seratus meter dari kereta itu, mereka terjumpa tulang manusia yang lengkap berbaju Melayu tapi tiada langsung daging pada badan mangsa. Baju Melayu tu masih lagi elok, dan jika dikatakan mayat dimakan binatang liar, tiada sebarang kesan kecederaan dan tulang semuanya lengkap.

6.Tentang hantu yang makan orang ni pula berlaku pada era 80’an..si suami ni pergi mencari air kerana kereta dia “temperature” naik. Si isteri tunggu di dalam kereta,lama juga dia tunggu suaminya….lepas tu datang kereta peronda polis,si polis suruh isterinya keluar dari kereta dan terus ke kereta polis dan polis tu cakap “jangan pandang belakang”..bila dengar polis cakap macam itu,si isteri ni terus pandang.. Apa yang memeranjatkan ialah si suami ada dekat atas bumbung kereta dengan anggota badannya hancur! - Sumber asal : Muka Buku Network Facebook. 

AAP- Memang keras kawasan ini gamaknya... macam-macam cerita misteri jalan karak lama ini dan bermacam edisi ceritanya... jika anda berani dan berminat nak mencuba jom lalu :)

Wassalam, Wa'allahhualam.

21 Ogo 2012

KENAPA WANITA MUDAH MENANGIS?

Sepanjang kehidupan seseorang pasti pernah melihat wanita menangis. Mengapa mereka menangis? Apakah punca yang membuatkan mereka menangis? Mengapa wanita lebih mudah untuk menangis berbanding lelaki? Pasti persoalan ini pernah berlegar-legar difikiran anda terutamanya lelaki. Tidak kira samaada mereka itu adalah ibu, isteri, kakak, adik, kekasih atau sebagainya, punca mereka menangis kebanyakannya sama. t5 akan menerangkan mengenai 5 punca utama mengapa wanita menangis.

Hormon – Seperti yang anda sendiri ketahui, hormon wanita lebih mudah berada di dalam keadaan yang tidak stabil terutamanya apabila mereka datang bulan. Tekanan yang sebelum ini biasa untuk mereka, akan menjadi satu tekanan besar yang mampu untuk membuatkan mereka menangis. Ramai wanita yang bersetuju menyatakan mereka lebih kerap menangis ketika datang bulan (haid). Elakkan daripada memberi sebarang tekanan kerana mereka akan menjadi lebih sensitif pada waktu ini. Dikhuatiri masalah yang kecil akan menjadi semakin besar.

Manipulasi – Adakah anda perasan bahawa kebanyakan wanita yakin bahawa lelaki lemah terhadap air mata wanita. Pemikiran seperti ini telah diterapkan sejak dari dulu lagi dan menyebabkan ada sesetangah wanita menyalahgunakannya untuk memanipulasi sesuatu keadaan itu. Mereka juga yakin bahawa seseorang lelaki sanggup malakukan apa sahaja hanya untuk memberhentikan tangisan air mata mereka. Ianya memang agak sukar untuk dinafikan, terutamanya apabila sedang berada didalam situasi, tetapi lama-kelamaan segala niat yang tersembunyi pasti akan terbongkar.

Luahan emosi yang ikhlas – Tidak semua wanita menangis kerana hendak memanipulasi anda, ia hanya segelintir sahaja. Lebih ramai wanita menangis kerana luahan emosi yang ikhlas. Seperti yang anda sendiri ketahui, pemikiran seseorang wanita lebih mudah dipengaruhi oleh emosi berbanding pertimbangan. Mereka secara automatik akan mengekspresikan sesuatu tindakan itu mengikut emosi yang sedang mereka lalui, berbanding lelaki yang cuba mengawal tindakan mereka supaya tidak terikut dengan rentak emosi mereka sendiri. Ini adalah perbezaan ketara antara lelaki dan wanita. Seseorang lelaki lebih mementingkan pertimbangan.

Kemarahan – Tidak sama seperti lelaki, wanita lebih cenderung untuk meluahkan kemarahan mereka melalui tangisan. Ia merupakan sifat semulajadi seorang yang bergelar wanita. Terutama apabila anda melakukan sesuatu perkara yang mereka tidak suka. Dan majoriti wanita bersetuju bahawa sekiranya mereka meluahkan kemarahan melalui tangisan, mereka akan berasa lebih tenang selepas itu. Ia juga dianggap salah satu alternatif terbaik untuk meluahkan perasaan bagi wanita.

Memori – Wanita merupakan makhluk ciptaan yang mempunyai pemikiran yang paling kompleks di atas muka bumi ini. Mungkin ketika anda sedang bergembira dan secara tiba-tiba sahaja mereka mampu untuk mengingati kenangan lalu yang boleh membuatkan mereka menangis. Menurut daripada kajian, wanita lebih banyak mengingati setiap detik kehidupan yang mereka lalui berbanding lelaki. Kebolehan memori mereka untuk mengingat kenangan dalam jangka masa yang panjang membuatkan mereka sering untuk muhasabah diri sendiri.

Tangisan memang agak asing bagi lelaki. Tetapi kesimpulan yang mudah untuk dibuat adalah, apabila wanita menangis, mereka sebenarnya memerlukan anda. Lakukan tanggungjawab anda sebaiknya untuk menenangkan mereka.  Sumber 
AAP - Terkadang penyakit pun ada memang jenis suka menangis  :) Dah lama tak menangis kalau menangis pun jatuh kedalam aje :(

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

19 Ogo 2012

Keretapi Tergelincir di Merapoh, Kuala Lipis Pahang

KUANTAN:11 penumpang cedera, tiga daripadanya parah, apabila dua gerabak kereta api yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kelantan tergelincir di Merapoh dekat Lipis, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Lipis, Superintendan Abdul Razak Hasan berkata, dua daripada 14 gerabak kereta api Ekspres Wau itu tergelincir kira-kira 11 kilometer selepas Stesen Keretapi Merapoh pada jam 6.30 pagi.

Katanya, tiga mangsa yang parah dan lapan cedera ringan itu dihantar ke Hospital Gua Musang, Kelantan untuk rawatan lanjut dan identiti kesemua mangsa belum diketahui. Beliau berkata, gerabak yang tergelincir itu ditinggalkan di tempat kejadian sebelum kereta api itu meneruskan perjalanan ke Tumpat lebih kurang dua jam kemudian. Abdul Razak berkata, punca kejadian masih dalam siasatan. - BERNAMA Sumber : Bharian

Berita berkaitan :

TERBALIK... dua gerabak tergelincir di Kampung Sungai Yu, dekat Gua Musang.

Gua Musang: “Kami tidak ingat perkara lain kecuali mati selepas terpelanting beberapa kali dalam gerabak yang terbalik,” kata Nor Hazliza Mohd Noor, 22, seorang daripada hampir 100 penumpang yang terperangkap dalam dua gerabak kereta api Ekspres Wau yang terbalik, awal pagi semalam.

Kejadian jam 6.45 pagi itu berlaku di Kampung Sungai Yu antara Stesen Kuala Lipis dengan Gua Musang ketika Ekspres Wau dari Kuala Lumpur ke Tumpat dalam perjalanan membawa hampir 1,000 penumpang menaiki 14 gerabak untuk pulang menyambut Aidilfitri di kampung.

Dipercayai dua gerabak penumpang kelas satu dan gerabak tempat tidur yang dinaiki hampir 100 penumpang terletak di bahagian belakang terputus dari sambungan gerabak depan, menyebabkannya tergelincir sebelum terbalik di tepi bukit.

Seramai 11 penumpang cedera, lapan lagi parah, termasuk seorang luka di muka manakala dua lagi patah tangan dan patah pinggang, dan dikejarkan ke Pusat Kesihatan Merapoh untuk rawatan.

Pemandu yang menyedari dua gerabak penumpang belakang terputus terpaksa memberhentikan kereta api terbabit sejauh hampir satu kilometer sebelum mengundur semula ke tempat kejadian bagi menyelamatkan penumpang dalam gerabak terbalik itu. -HM

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

18 Ogo 2012

Salam Lebaran, Salam Aidilfitri Daripada akuanakpahang



Salam Lebaran dan Selamat Hari Raya Aidilfitri daripada Pengurusan Blog akuanakpahang dan Facebook Aku Anak Pahang Group. Kepada anda semua sahabat handal rakan taulan, sahabat Blogger dan tidak lupa pada semua pengujung setia blog akuanakpahang serta semua member FB AAPG

Bagi anda yang sedang menuju kampung halaman semoga selamat sampai diperjalananan pergi dan pulang,  sentiasa diberkati dan dilindungi oleh Allah S.W.T Semoga dapat bergembira bersama ahli keluarga. Akhir kata pandulah dengan cermat dan berhemah ingatlah orang yang tersayang.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN IKHLAS DARIPADA : AKUANAKPAHANG. 

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

OPS SELAMAT : BERITA TIDAK BENAR MENGENAI LOKASI PERANGKAP HAD LAJU (SPEEDTRAP)

 OPS SELAMAT : BERITA TIDAK BENAR MENGENAI LOKASI PERANGKAP LAJU

BUKIT AMAN, 17 Ogos - Hebahan mengenai senarai lokasi pemasangan kamera perangkap laju (Speed Trap) jalan raya di Malaysia yang dipasang oleh Polis Diraja Malaysia adalah tidak benar.

Pihak PDRM tidak meletakkan secara tetap kamera perangkap laju di jalan raya seluruh Malaysia. Pihak polis menasihatkan supaya orang ramai tidak mudah mempercayai maklumat yang disebarkan melalui bolg-blog dan facebook. Sumber : POLIS PAHANG

DIPAHANG SEPERTI DIHEBAHKAN...
Senarai lokasi Speedtrap Pantai Timur
East terikat, turun bukit dijalankan selepas Raub persimpangan.
Maran, 60km/h (zon)
Paya Bungor, 70km/h (zon)

 AAP -  dalam pada gitu kena jaga2 juga perangkap had laju terkadang ada dimana-mana :)

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

Semua Restoran Mamak Di Pahang Tiada Sijil Halal?

 Gambar Sekadar Hiasan
KUANTAN 16 Ogos - Memeranjatkan! Semua restoran mamak atau India Muslim di negeri ini tidak mempunyai sijil halal kerana gagal memenuhi kriteria yang telah ditetapkan. Perkara ini disahkan sendiri oleh Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) , Datuk Mohd. Ghazali Abd. Aziz kepada pihak media sebelum melaksanakan operasi Ops Mamak di beberapa lokasi di sekitar bandar ini semalam. Menurut Mohd. Ghazali, permohonan mereka tidak dapat diluluskan kerana gagal mengikut garis panduan yang ditetapkan JAIP atau agensi berkaitan.

"Walaupun terdapat pemilik restoran mamak yang memohon untuk mendapatkan sijil berkenaan, mereka gagal kerana tidak mematuhi aspek kebersihan dan kesucian mengikut syarak termasuk penggunaan bahan masakan yang diragui.

"Malah, mereka juga gagal hadir menyertai kursus-kursus yang ditetapkan agensi berkaitan seperti JAIP, Jabatan Kesihatan dan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) bagi mendapatkan sijil halal," jelasnya.
Katanya, terdapat juga restoran yang sengaja menggantungkan ayat-ayat suci al-Quran dan memakai kopiah bagi mengaburi mata pelanggan di kalangan umat Islam sedangkan mereka bukan muslim.

"Umat Islam akan mudah terpengaruh dengan elemen tersebut dengan memilih restoran terbabit sedangkan ada di antara mereka tidak pernah langsung memohon sijil halal. "Justeru, Ops Mamak ini dilakukan bagi memberi pendidikan kepada pengusaha restoran mamak agar membuat permohonan dan sekali gus mempamerkan logo halal di premis mereka," jelasnya.

Dalam pada itu, Ops Mamak dilakukan selepas mendapat aduan daripada orang ramai kerana terdapat pelbagai laporan negatif berhubung operasinya terutama dalam aspek penyediaan makanan.
"Pelbagai aduan diperoleh, tambahan pula restoran mamak paling mendapat perhatian di kalangan masyarakat terutama umat Islam.

"Oleh itu, JAIP mengambil pendekatan membuat pemeriksaan dan menasihati mereka supaya memohon sijil halal. JAIP juga akan melakukan pemantauan secara berterusan," ujarnya. Sumber Utusan Malyasia

 AAP - Mikir panjang kalau nak mengetea disana :(

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

17 Ogo 2012

7 Amalan Sunat Pada Pagi Hari Raya


Di hari mulia bulan Syawal, umat Islam adalah amat digalakkan untuk :-

1) Mandi sunat hari raya sebelum keluar menunaikan solat sunat Aidil fitri.

Ulama besar Tabien Said Bin Jubayr berkata : “Tiga perkara sunnah di hari raya iaitu antaranya : mandi sunat sebelum keluar solat hari raya”.

2) Menjamah makanan sebelum keluar.

Ia berdasarkan hadith dari Anas Bin Malik yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari yang menyebut : “Nabi SAW tidak keluar di pagi hari raya idil fitri sehinggalah Nabi SAW menjamah beberapa biji kurma…”

3) Memperbanyakkan Takbir dan bukan memperbanyakkan menonton TV dan bermain mercun.

Seharusnya umat Islam jangan terlalu di sibukkan dengan aktiviti persiapan raya sehingga meninggalkan peluang takbir ini. Ini adalah penting bagi syiar Islam selain kalimah Takbir yang dibenci oleh Syaitan. Ad-Dar Qutni melaporkan bahawa apabila Ibn Umar r.a keluar di hari raya Idul Fitri, beliau akan berterusan bertakbir sehinggalah imam keluar untuk mengimamkan solat hari raya.

4) Mengucapkan selamat dan mendoakan antara satu sama lain.

Tiada masalah untuk menggunakan apa jua kalimah, asalkan ianya mempunyai maksud yang sama. Bagaimanapun, kalimah yang digunakan di zaman baginda SAW adalah “Taqabbalallahu minna wa minkum” ertinya : Semoga Allah menerima amalan (amalan dan ibadat di Ramadhan) kami dan kamu”.


Disebut dalam sebuah riwayat :
Ertinya : Berkata Wathilah, Aku bertemu Rasulullah s.a.w pada hari raya dan aku katakan pada baginda “taqabballahu minna wa minka”, baginda menjawab : Ya, taqabbalallahu minna wa minka” ( Al-Baihaqi, rujuk perbincangan di Fath Al-Bari, 2/446 )

5) Memakai pakaian terbaik yang ada.

Walaupun demikian, perlulah mengikut kemampuan dan tiada pembaziran dibenarkan.

Tidak dibenarkan untuk menghina pakaian orang lain yang kurang indah dan mahal (kecuali pakaian seksi dan tidak menutup aurat memang di haramkan di dalam Islam).

6) Menukar jalan ke tempat solat (balik dan pergi).

Ia berdasarkan hadith dari Jabir r.a yang menyebut bahawa Nabi SAW biasanya menukar atau berbeza jalan pergi dan pulang apabila di hari raya” (Riwayat Al-Bukhari)

7) Berziarah dan merapatkan hubungan baik sesama Muslim sempena musim cuti yang diperolehi.
Sumber 

AAP - Selamat hari raya maaf zahir dan batin daripada Pengurusan blog akuanakpahang dan Facebook Aku Anak Pahang Group

Wassalam, Wa'allahhualam.

16 Ogo 2012

16 TIPS LANGKAH KESELAMATAN JALAN RAYA DI MUSIM PERAYAAN.

Setiap kali tiba musim perayaan, kadar kemalangan jalan raya dilaporkan terus meningkat. Terdapat pelbagai faktor berlakunya kemalangan jalan raya. Sebagai pengguna, kita hendaklah sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan dan sentiasa berhati-hati.

Berikut adalah langkah yang perlu diambil oleh setiap pemandu pada bila-bila masa:

1. Rancang perjalanan anda. Jika berasa letih, mengantuk atau tidak tenteram, tangguhkan perjalanan.

2. Ikut had laju yang ditentukan.

3. Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar lorong. Periksa cermin sisi dan cermin pandangan belakang sebelum melakukan pertukaran lorong.

4. Sentiasa patuhi peraturan jalan raya di simpang dengan berhenti apabila lampu isyarat merah atau kuning.

5. Elakkan daripada mengekori kenderaan lain terlalu rapat kerana ia sering menjadi punca kemalangan yang serius.

6. Patuhi garis panduan keselamatan semasa memotong. Jangan memotong jika teragakagak.

7. Jangan memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan. Ia bukan sahaja biadab tetapi membahayakan semua pengguna.

8. Elakkan mencelah di antara kenderaan.

9. Memastikan kenderaan mereka dalam keadaan baik umpamanya brek , tayar , lampu dan sebagainya sebelum memulakan perjalanan.

10. Berhenti untuk berehat seketika di tempat-tempat persinggahan yang disediakan jika terlalu letih dan mengantuk.

11. Pasangkan kerusi keselamatan untuk penumpang bayi atau kanak-kanak.

12. Pastikan kenderaan anda diservis terlebih dahulu.

13. Sekiranya kenderaan anda mengalami kerosakan di lorong kecemasan atau di bahu jalan, sila nyalakan lampu isyarat kecemasan.

14. Didalam hujan lebat memandulah dengan perlahan, gunakan gear rendah dan nyalakanlah lampu kenderaan anda (jangan gunakan lampu isyarat kecemasan, lampu isyarat kecemasan adalah bagi kenderaan yang berhenti sahaja)

15. Bagi yang beragama Islam seeloknya membaca doa naik kenderaan dan berwuduk sebelum memulakan perjalanan . Dengan cara ini akan menambahkan lagi keyakinan pemandu. Dengan berwuduk akan memberi kelebihan tubuh badan yang sihat , serta pemandangan yang jelas .

16. Bayangkan destinasi anda sebelum memulakan perjalanan dan insyaAllah anda akan tiba dengan selamatnya.

8 Langkah Keselamatan Jalan Raya

1. Rancang perjalanan anda terlebih dahulu. Jika anda letih, mengantuk, mabuk atau tidak fokus, tangguhkan perjalanan anda.

2. Sentiasa ikut had laju yang ditentukan.

3. Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar lorong. Periksa cermin sisi dan cermin pandangan belakang sebelum melakukan pertukaran lorong.

4. Sentiasa patuhi peraturan jalan raya di simpang dengan berhenti apabila lampu isyarat merah atau kuning dan beri keutamaan kepada pejalan kaki.

5. Elakkan daripada mengekori kenderaan lain pada sepanjang masa kerana ini sering menjadi punca kemalangan yang serius.

6. Patuhi garis panduan keselamatan semasa memotong. Jangan memotong jika teragak-agak.

7. Jangan memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan. Ia bukan sahaja biadap tetapi membahayakan semua pengguna.

8. Elakkan mencelah di antara kenderaan kerana ini membahayakan keselamatan anda dan orang lain.

Semoga dengan petua dan langkah-langkah keselamatan ini, kita akan lebih bersedia untuk menempuh perjalanan. Jangan terburu-buru di jalan raya kerana yang penting anda sekeluarga tiba ke destinasi dengan selamat. Sumber Kredit :  Kesatuan Pekerja-Pekerja Proton Tanjung Malim Sdn. Bhd (KPPPTMSB)

AAP- Selamat memulakan perjalanan anda semoga tips diatas sedikit sebanyak dapat membantu anda. Utamakan keselamatan di jalanraya. Pandu cermat jiwa selamat ingatlah orang tersayang.

Wassalam, Wa'allahhualam.

15 Ogo 2012

BERHATI-HATI KETIKA ANDA MENYALIN PAKAIAN DI PASARAYA !

Mesej ini sangat penting untuk anak-anak gadis / wanita yang menukar pakaian di pasaraya/pusat beli belah...

Hanya menjalankan ujian mudah ini : Letakkan hujung kuku anda terhadap permukaan reflektif dan jika terdapat GAP antara kuku anda dan imej kuku, maka ia adalah cermin ASLI. Walau bagaimanapun, jika kuku anda TERUS menyentuh imej anda, BERHATI-HATI..ITU CERMIN TEMBUS..ADA YANG SEDANG MEMERHATIKAN ANDA KETIKA MENUKAR PAKAIAN

Jadi ingat, setiap kali anda melihat cermin untuk menyalin pakaian,buat "ujian kuku." ambil masa seminit sahaja untuk buat ujian ini. - Sumber : Facebook

AAP - Beringat-ingat dan berwaspada sentiasa !
 
Wassalam, Wa'allahhualam.
 

14 Ogo 2012

Ketika Mana Murtabak, Roti Telur Itu Menjadi HARAM ?

Kita mungkin pengemar murtabak, berbagai jenis murtabak ada disajikan ayam daging dan sebagainya. Tapi tahukah anda, ada hukum yang mengatakan haram memakan roti telur dan murtabak ini, kenapa haram pula? Meh baca ini,dipetik dari facebook seorang teman.

Hukum asal makan roti canai telur dan murtabak adalah harus . Apa yang menimbulkan masalah ialah apabila penebar roti canai atau murtabak, tidak membasuh telur yang digunakan. Ini kerana tempurung telur yang tidak dibasuh mengandungi najis (bercampur tahi ayam). Apabila penebar roti canai tadi memegang telur yang tidak dibasuh tadi, menyebabkan tangan penebar tadi bernajis, dan terus menggaulkan dengan tepung, dan secara langsung telah menggaul najis dalam roti canai ataupun murtabak.

Dinasihatkan juga kepada tukang masak dan sesiapa sahaja, apabila hendak menggunakan telur dalam masakan, hendaklah membasuh telur terlebih dahulu. Perkara ini sangat penting kerana makanan akan menjadi darah daging kita, jika darah daging kita dari sumber yang haram maka menyebabkan hati jadi gelap, malas buat ibadah, anak-anak menjadi nakal, mudah melakukan perkara yang dilarang agama, doa tidak diterima dan banyak lagi kesan makan dari sumber yang haram.

Dalam sebuah kisah yang terkenal. Suatu hari Saad bin Abi Waqqas bertanya kepada Rasulullah,
“Ya Rasulullah, doakan aku kepada Allah agar aku dijadikan Allah orang yang makbul doanya.”
Rasulullah menjawab: Hai Sa’ad! Baguskanlah makanan engkau nescaya adalah orang yang) diperkenankan permintaan, dan demi (Allah) yang diri Muhammad di tangan-Nya, sesungguhnya seorang hamba yang memasukkan sesuap makanan haram ke perutnya, tiada diterima Allah amalannya empat puluh hari (Riwayat Tobroni).

Dalam hadis yang lain Rasulullah saw telah bersabda: “setiap daging yang tumbuh daripada yang haram, maka nerakalah yang lebih layak baginya (Riwayat Tirmizi)”. Pastikan makanan kita bersih dan suci. Wa'allahhualam

P/S: sekadar peringatan sesama kita, bukan hanya roti telur dan murtabak sahaja, tapi sebenarnya banyak lagi makanan yang dimasak dengan telur ni.. jadi berwaspadalah selalu sila kongsikan kepada rakan-rakan yang lain yang belum tahu :) Sumber asal  : mynewshub.my

AAP - Selalu juga pekena murtabak ini hendak pulak ketika bulan puasa.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

KLIK PERCUMA DAPATKAN INFO SELANJUTNYA.

SENARAI ENTRI TERKINI KLIK UNTUK MEMBACA :

RUJUK ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :