UPDATE ENTRI TERKINI : AKU ANAK PAHANG

30 Jul 2012

MATA WANG PERTAMA DUNIA


Mata wang pertama di dunia
Khabarnya ini adalah mata wang yang tertua di dunia, yang dipercayai pertama kali digunakan di Szechwan, China pada tahun 1024. Kisah penggunaan wang kertas ini semula bermula dari kisah Marcelino, seorang petualang Eropah, yang sempat tinggal 20 tahun di China dan kemudian mengisahkan khabar itu ke masyarakatnya. Konon, wang ini dibuat dari pohon mulbery yang kualitinya kala itu belum begitu bagus. Sumber: Interistingworldfact


Wassalam, Wa'allahhualam.
 

27 Jul 2012

PETUA HILANGKAN RASA SAKIT PERUT.

Salam, terkadang banyak faktor penyebab terjadinya sakit perut ini terlebih atau terkurang makan, makan makanan yang pedas, makanan sudah tamat tempoh basi atau makanan terlalu manis juga boleh mengakibatkan terjadinya sakit perut. Biasanya bila dah makan macam-macam bender yang pedas, yang manis maka perut pun boleh meragam. Yang tak boleh makan pedas pun nak makan... atau perut boleh juga jadi terkejut bila menerima makanan dengan kuantiti yang banyak dan serentak seperti dibulan puasa ini.

Kat bawah ini petua daripada nenek moyang kita dahulu-dahulu :

Untuk bebudak

1. Ambil beberapa helai daun jambu batu yang muda iaitu pucuknya.

2. Bersihkan kemudian masukkan kedalam mesin pengisar dan kisarkan untuk mendapatkan jusnya.

3. Tapiskan dan campurkan dengan sedikit gula dan bolehlah di minum airnya.

Untuk Yang Dewasa

1. Ambil beberapa helai daun jambu batu yang masih muda

2. Kunyah daun jambu batu tersebut dan telan airnya.

3. Bancuh tea pekat kosong tanpa gula bersama air suam (diminum)

4. Petua lain ambil bawang merah dan ramas-ramas pada bahagian pusat. Lakukan beberapa kali dan anda pasti akan berasa lega sendiri

Ada sesetangah orang amat sesuai dengan ubat herba cina tu Pil Chi Kit Teck Aun :) kena sekampit Insyaallah rasa sakit perut itu akan beransur hilang... kalau tak tahan juga selebihnya sila dapatkan rawatan susulan daripada Doktor :)

Sekiranya anda ada petua yang tertentu yang bolehlah di kongsikan sama disini, jom kongsikan sama :)

Wassalam, Wa'allahhualam.

AWAS JANGAN BELI KURMA DARIPADA ISRAEL!


Salam dalam kerancakan kita berbuka puasa bersama buah kurma pastikan buah kurma tersebut tidak didatangkan atau dikeluarkan oleh pihak Israel. Sebuah kumpulan aktivis Islam di Amerika Syarikat melancarkan kempen di seluruh negara bagi memboikot kurma yang ditanam dan dihasilkan di kawasan pendudukan haram Israel di Tebing Barat.

Organisasi The American Muslims for Palestine (AMP) melancarkan kempen berkenaan dengan tema “This Ramadan Make a Date with Justice: Choose Occupation-Free Dates,” sebagai satu lagi langkah untuk menyekat barangan keluaran Israel di pasaran antarabangsa.

Ia sebagai memprotes kekejaman Israel terhadap penduduk Palestin. Kurma berkenaan melibatkan produk keluaran syarikat Hadiklaim, yang dijual dengan menggunakan jenama  Jordan River, Jordan River Bio-Tops dan King Solomon. Menurut pengarah AMP, Awad Hamdan, kempen itu merupakan langkah mendidik umat Islam supaya memboikot barangan keluaran rejim berkenaan.

Sumber berkaitan 15-08-2010 – Boikot Kurma Israel, Berita Harian Online. Ini adalah kurma yang dipercayai sudah berada di Singapura. Kebenarannya tidak dapat dipastikan. Harap ada rakan-rakan dapat mengesahkan kehadiran kurma ini di sana dan Malaysia. Kurma ini bernama Jordan River dipasarkan oleh syarikat kurma Israel iaitu Hadiklaim (Israel Date Growers Coperative Limited).

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

26 Jul 2012

Kadar Bayaran Zakat Fitrah Seluruh Malaysia


Zakat Fitrah ini wajib untuk semua umat Islam di bulan Ramadhan. Dari Ibnu Abbas r.a., bersabda Rasulullah SAW, ”Mewajibkan zakat fitrah itu sebagai pembersih bagi orang yang berpuasa daripada perbuatan yang sia-sia dan perkataan yang kotor dan sebagai makanan bagi orang miskin. Kerana itu, sesiapa mengeluarkannya selepas solat (Aidilfitri), maka ia merupakan salah satu sedekah dari sedekah-sedekah biasa.” (Hadis riwayat Abu Daud dan Ibn Majah).
Waktu paling afdal zakat fitrah adalah sebelum solat Aidilfitri. Dari Ibnu Umar r.a, Rasulullah SAW memerintahkan agar zakat fitrah ditunaikan sebelum orang ramai keluar untuk mendirikan sembahyang Hari Raya.” (Hadis riwayat Muslim). Tetapi pasti jangan kerana mengejar waktu afdal akhirnya kita tidak sempat membayar zakat kerana zakat yang dibayar selepas solat sunat Aidilfitri hanya seperti sedekah-sedekah biasa.
Berikut adalah Kadar Zakat Fitrah seluruh Malaysia 2012.
  • Kadar Zakat Fitrah Negeri Kelantan : RM7.00
  • Kadar Zakat Fitrah Negeri Trengganu : RM7.60/RM7/RM4.50
  • Kadar Zakat Fitrah Negeri Pahang : RM7.00
  • Kadar Zakat Fitrah Negeri Johor : RM8.00/RM5.00
  • Kadar Zakat Fitrah Negeri Melaka : RM6.50
  • Kadar Zakat Fitrah Negeri Negeri Sembilan : RM6.50
  • Kadar Zakat Fitrah Negeri Selangor : RM7.00
  • Kadar Zakat Fitrah Negeri Perak : RM7.00
  • Kadar Zakat Fitrah Negeri Kedah : RM7.00
  • Kadar Zakat Fitrah Negeri Pulau Pinang : RM7.00
  • Kadar Zakat Fitrah Negeri Perlis : RM6.00
  • Kadar Zakat Fitrah Negeri Sabah : RM7.00
  • Kadar Zakat Fitrah Negeri Sarawak : RM6.50
  • Kadar Zakat Fitrah Kuala Lumpur : RM7.00
  • Kadar Zakat Fitrah Putrajaya : RM7.00
Kawasan afdal Zakat Fitrah adalah dikawasan dimana kita mencari rezeki.
Bayaran zakat fitrah secara SMS boleh juga dibuat dengan M-Fitrah bersama Celcom dengan hantar sms FITRAH ke 21999 (servis adalah percuma).
  • Bagi Diri Sendiri
‘Inilah wang bagi menggantikan Beras Fitrah yang wajib bagi diriku pada Tahun ini kerana Allah Taala’.
  • Bagi Diri Sendiri dan Tanggungan
‘Inilah wang bagi menggantikan Beras Fitrah yang wajib bagi diriku dan tanggungan pada Tahun ini kerana Allah Taala’.
  • Bagi Pihak
‘Inilah wang bagi menggantikan Beras Fitrah yang wajib bagi ………………… pada Tahun ini yang diwakilkan kepadaku kerana Allah Taala’.
AAP- Jangan lupa bayar zakat, Jom Bayar zakat!
Wassalam, Wa'allahhualam.

 

LAUNGAN AZAN MESTI SEDAP!

Jakarta: Semakin banyak masjid di Indonesia menggunakan pembesar suara berkualiti tinggi dalam usaha untuk memastikan laungan azan yang lebih baik dalam usaha menarik lebih ramai penduduk menunaikan solat berjemaah sepanjang Ramadan selain mengelakkan kemarahan masyarakat bukan Islam.

Negara penduduk Islam paling ramai di dunia itu mempunyai kira-kira 800,000 masjid. Ada masjid yang menggunakan pembesar suara tidak tidak berkualiti yang akhirnya menghasilkan bunyi kurang enak didengar dan tidak berkualiti

Ada tokoh Islam termasuk Naib Presiden yang berpendapat penggunaan banyak pembesar suara tidak semestinya memberi kesan baik.

Satu daripada aduan merujuk kepada kewujudan dua atau tiga masjid di sesebuah kawasan kejiranan dan mereka terbabit dalam perang pembesar suara apabila cuba untuk menghasilkan bunyi lebih kuat daripada masjid lain, kata ketua Majlis Ulama Indonesia, Amidhan.

Berikutan itu, ada pentadbir masjid cuba mendapatkan pembesar suara yang memberi kesan bunyi sedap didengar. Menyedari keadaan ini, syarikat tempatan V8sound cuba mendapatkan tempat di pasaran dengan menawarkan pembesar suara diberi nama Al Karim.

Tujuan pembesar suara seperti ini supaya masjid di Indonesia ini boleh mendapat standard bunyi jazz seperti di lounge tempat hiburan, kata pengasas syarikat itu yang juga penasihat audio Istana Presiden, Harry Kisswoto.

Lebih banyak masjid katanya, sanggup membayar 25 juta rupiah (RM8,400) iaitu harga satu unit Al Karim, lebih dua kali ganda daripada harga untuk sistem bunyi yang biasa digunakan.

Rutin menggunakan pembesar suara untuk azan lima kali sehari semakin meningkat sepanjang bulan Ramadan dan ia termasuk pengumuman mengingatkan penduduk mengenai masa solat Subuh.  http://www.bharian.com.my

AAP - Suatu pendekatan yang terbaik, bagi menjaga kesempurnaan laungan azan ini bukan sekadar alat siar raya sahaja yang baik dan yang lebih utama  mereka yang berkemampuan dan benar-benar menepati kehendaknya yang boleh diamanahkan untuk melaungkan azan.

Wassalam, Wa'allahhualam.

25 Jul 2012

Kakitangan Awam Terima Bonus Setengah Bulan Gaji

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam. Perdana menteri yang juga menteri kewangan turut mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju memberi Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

Bayaran itu akan dibuat pada 9 Ogos ini, katanya dalam kenyataan hari ini. Pemberian bonus dan bayaran khas itu akan memanfaatkan seramai 1.27 juta penjawat awam persekutuan dan 657,000 pesara kerajaan. Najib berkata pemberian bonus dan bayaran khas kewangan itu dibuat berdasarkan kedudukan dan kemampuan kewangan kerajaan. Beliau berkata bayaran itu akan melibatkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2.2 bilion.

Najib berkata pemberian bonus dan bayaran khas itu merupakan penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam dan pesara kerajaan.“Kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajikan penjawat awam dan para pesara kerajaan,” katanya.

Beliau berharap langkah itu dapat membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Najib berkata pembayaran bonus kepada penjawat awam itu bagi menghargai sumbangan dan dedikasi mereka dalam melaksanakan program pembangunan negara. - Bernama

AAP- Alhamdulillah untunglah orang keje ngan gomen :)

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

24 Jul 2012

MIMPI BASAH DI SIANG HARI BULAN RAMADHAN ?

Assalamu'alaikum Wr. Wb

Ustaz, saya pelajar,  saya bingung waktu puasa tahun lepas saya mimpi basah di waktu siang hari. Tapi saya waktu itu tetap meneruskan puasa. Soalan saya, apakah puasa saya batal dan saya wajib mengqadhakanya sebelum Ramadhan tahun ini tiba? Terima kasih.

Setiabudi, Kuala Lumpur

Wa'alaikumsalam Wr. Wb.

Setiabudi, Mimpi basah (mimpi yang menyebabkan keluar air mani) tidak termasuk yang membatalkan puasa dan tidak berdosa. Yang membatalkan puasa adalah mengeluarkan sperma dengan sengaja atau berhubungan suami isteri di siang hari di bulan Ramadhan. Kewajipan anda hanya mandi wajib dan dapat meneruskan puasa. Kerana tidak batal dan tidak perlu mengqadha atau menggantikan puasa tahun lalu.

Yang paling penting, jaga fikiran dari fikiran kotor atau berbau seks semasa berpuasa. Nabi saw mengingatkan, "Siapa yang tidak boleh meninggalkan perkataan kotor dan (tak boleh meninggalkan) perbuatan kotor maka Allah tidak punya kepentingan apa-apa walaupun orang itu meninggalkan makan dan minum (puasa), " (HR. Bukhari). Selebih dari itu, tentu inilah salah satu Maha Rahman dan Rahim Allah swt, di mana Dia mengangkat undang-undang di antaranya kerana tidur. Kerana semasa itu hilang kesedaran. Nabi saw pernah bersabda, "Tidak ada undang-undang (sekalipun dosa) terhadap tiga kategori: kanak-kanak kecil sampai dia menjadi baligh, orang tidur sampai dia terbangun, dan orang gila sampai dia sembuh." Wallahu'alam - Sumber : Smartnewz.info

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

23 Jul 2012

TAHU TIDAK? KALAU KURANG TIDUR BOLEH JADI GILA!

Selain boleh menganggu kesihatan dan mengurangkan produktiviti ternyata kurang tidur boleh membuat kita sedikit boleh menjadi gila. Dalam sebuah kajian disebutkan bahawa orang dengan keadaan sleep apnea, seperti gangguan pernafasan semasa tidur, dua kali lebih mungkin untuk mengembangkan masalah mental atau demensia berbanding dengan mereka yang tidak masalah tersebut. lain, kurangnya waktu tidur di malam hari juga boleh menyebabkan menyusutnya kemampuan berfikir yang dikenali dengan penurunan kognitif pada orang tua.

Kajian yang dilakukan terhadap 15.000 perempuan di Nurses Health Study di AS menyebutkan bahawa seseorang yang tidur sebanyak kurang dari lima jam sehari mempunyai fungsi mental yang lebih rendah. Penelitian lainnya, para saintis dari Universiti California, San Francisco mengukur kualiti tidur lebih dari 1.300 perempuan di atas usia 75 tahun dengan menggunakan unit sensor dan rakaman perubahan fizikal semasa tidur.

Mereka mendapati bahawa peserta dengan gangguan pernafasan semasa tidur seperti sleep apnea kemungkinan mengalami penurunan kognitif ringan atau demensia selama lima tahun berbanding mereka tanpa gangguan tersebut. Meskipun demikian, jika anda menderita insomnia, jangan bimbang bahawa anda ditakdirkan untuk mengembangkan demensia.

Walaupun kajian melaporkan adanya hubungan antara gangguan tidur dan penurunan mental, mereka tidak menunjukkan hubungan sebab akibat. Namun, penyelidik menyarankan, diperlukan kesedaran yang lebih akan manfaat tidur yang cukup. Kerana cukupnya waktu tidur akan mempengaruhi keadaan tubuh secara keseluruhan. Sumber : Smartnewz.info

AAP - Terlalu kerap sangat tidur pun tidak baik juga untuk kesihatan. Paling penting jangan terlebih dan terkurang tidur, tidurlah diatas keperluan badan dan kesihatan kita.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

19 Jul 2012

Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Negeri-Negeri Seluruh Malaysia Tahun 1433H/2012M


Kalau tidak ada aral melintang sabtu ini semua umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa. Bulan barakah ini menjadi bulan yang dinanti-nantikan kerana dalam bulan ramadhan inilah umat islam berkerja keras untuk mengumpul pahala.

Dibawah ini disenaraikan Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa untuk tahun ini. Kalau ada yang nak print atau download pun boleh. Caranya, mudah sahaja, cari nama negeri tempat anda tinggal kat bawah ini, kemudian, klik nama Zon tempat anda dalam negeri tersebut. (Makluman: Jadual waktu imsak dan berbuka puasa ini, dalam bentuk file PDF). Mudah dan senang sekali.

BIL
NEGERI
ZON
1
MELAKA
MELAKA
2JOHOR
3PERAK
4SARAWAK
5SABAH
6TERENGGANU
7KELANTAN
8SELANGOR
9PAHANG
10
WILAYAH PERSEKUTUAN
11
WILAYAH PERSEKUTUAN
LABUAN
12
PERLIS
PERLIS
13NEGERI SEMBILAN
14KEDAH
15
PULAU PINANG
PULAU PINANG
Kredit Info : Pengurusan Fatwa, Jakim : Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Negeri-Negeri Seluruh Malaysia Tahun 1433H/2012M

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

Penipuan Cinta Siber Catat Kerugian Tertinggi


KUALA LUMPUR – Kes penipuan cinta dan penipuan transaksi bagi pembelian barangan secara dalam talian merupakan kes paling banyak daripada 403 kes penipuan internet yang melibatkan kerugian RM16 juta yang dilaporkan dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini.

Pegawai Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia Ibu Pejabat Polis Persekutuandi Bukit Aman, Asisten Superitendan Mohd Syafiq Jinuin Abdullah berkata, kes penipuan cinta internet biasanya melibatkan wanita rakyat Malaysia yang menjalin hubungan dengan warga negara Afrika dan akhirnya melakukan transaksi wang kepada akaun ‘kekasihnya’ itu.

“Kajian mendapati antara golongan wanita yang sering menjadi mangsa ialah ibu tunggal, wanita belum berkahwin dan wanita yang mempunyai masalah rumah tangga,” katanya pada Forum Kepenggunaan Penipuan Internet Terjebak atau Tamak anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) serta beberapa agensi lain, di sini, Rabu.

Beliau berkata, sepanjang tahun lepas sebanyak 6,586 laporan diterima yang membabitkan kerugian RM34 juta manakala pada 2010 sebanyak 6,238 laporan diterima yang melibatkan kerugian RM18 juta.

Mengenai penipuan transaksi pembelian barangan pula, Mohd Syafiq Jinuin berkata, “scammer” biasanya menggunakan laman web milik pihak lain untuk melakukan penipuan.

Menurutnya lagi, laman-laman web tersebut yang tidak mempunyai peraturan khusus, dan bebas mengakibatkan penipuan terus berlaku.

Mohd Syafiq berkata, selain itu penipuan internet turut melibatkan kegiatan ‘phishing’ dan kes penipuan kewangan secara dalam talian.

“Bagi kes penipuan kewangan atas talian modus operandi yang digunakan ialah dengan menyamar sebagai kakitangan bank atau pegawai polis, yang meyakinkan mangsa agar menyerahkan nombor akaun bank bagi mendapatkan tawaran hadiah, atau menyelesaikan hutang kad kredit,” katanya.

Katanya, mangsa hanya menyedari telah tertipu apabila mendapati wang dalam akaun mereka berkurangan.

Sementara itu, Pengarah Pejabat KPDNKK Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Abu Samah Shabudin berkata, sejak Januari lepas sehingga kini pihaknya telah menerima sebanyak 81 aduan kes penipuan “gores dan menang”.

“Jumlah kerugian ialah RM649,025, dan daripada kerugian itu, jumlah terbesar dialami oleh seorang pesara wanita (58 tahun) yang ditipu sebanyak RM123,000sejak Mac lalu dengan melakukan empat transaksi kepada sindiket “gores dan menang”,” katanya.

Katanya, di Kuala Lumpur antara kawasan menjadi tumpuan sindiket ‘gores dan menang’ ialah Terminal Bersepadu Selatan (TBS) Bandar Tasik Selatan, Monorail KL Sentral, jejantas Monorail Times Square, serta beberapa kawasan lain. - BERNAMA

AAP- Kerana cinta itu buta gamaknya..... bercintalah berpada-pada jangan sampai rugi segala :(

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

18 Jul 2012

SALAM RAMADHAN - KELEBIHAN MENJALANI IBADAH PUASA

"Hai orang-orang yang beriman diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa” (QS. Al-Baqarah:183)


Tanpa terasa beberapa hari sahaja lagi bulan Ramadhan akan tiba. Ramadhan merupakan bulan dimana setiap muslim belajar untuk mengendalikan diri, makna yang lebih luas dari sekadar menahan lapar dan haus. Bulan Ramadhan yang penuh berkah menyimpan banyak manfaat bagi kaum muslimin yang menjalankan puasa Ramadhan. Salah satu manfaat yang boleh diraih ialah sehatnya badan dengan berpuasa. Banyak orang telah merasakan badan mereka terasa lebih sihat dan bugar, bahkan bagi mereka yang sedang mengalami masalah kesihatan merasakan kesihatan mereka membaik dan dapat dikawal.

Perkara ini terjadi kerana semasa berpuasa keadaan saluran pencernaan mengalami keadaan rehat penuh selama lebih kurang 14 jam, automatik mengurangkan pengoksidaan di dalam tubuh, sehingga mengurangkan jumlah radikal bebas. Namun semasa tubuh badan tertidur pun radikal bebas dihasilkan dari metabolisme normal yang mana radikal bebas meracuni enam puluh triliyun sel tubuh, maka pengambilan Vitamin-C (antioksidan non enzimatik) harus plus antioksidan enzimatik supaya meneutralkan radikal bebas sampai tuntas. Dampak positif yang dihasilkan bagi organ-organ tubuh diantaranya yaitu berupa pengurangan beban kerja bagi organ jantung, hati, buah pinggang, serta organ vital lain.

Masih dalam konteks kesihatan jasmaniah, patut pula direnungkan sekiranya tidak berpuasa satu bulan dalam setahun, dengan keadaan tubuh yang sihat tentu saja kegiatan makan dan minum tidak akan pernah liar, sehingga jumlah makanan yang dimakan cenderung berlebihan. Keadaan seperti ini akan menimbulkan ekses berupa pengumpulan zat-zat makanan tertentu dalam tubuh, seperti meningkatnya kadar gula (penyakit diabetes), peningkatan kadar lemak dalam darah (cholesterol) hingga menyebabkan penyempitan pembuluh darah pada jantung, susunan saraf pusat dan buah pinggang yang boleh menyebabkan fatal . Beruntunglah seorang muslim dengan datangnya bulan Ramadhan dengan ibadah puasanya bererti pula menghilangkan akibat ekses makanan yang berlebihan selama sebelas bulan yang lalu, yang hasilnya dapat mencegah kemungkinan penyakit yang lebih teruk. - Sumber asal smartnewz.info

AAP - Selamat menjalani ibadah puasa.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

6 Jul 2012

WANITA JANGAN SAMPAI USIA MENCECAH 30AN MUNGKIN SUDAH TIDAK LAKU.

ABU DHABI - Wanita bujang mencecah usia 30 tahun di Emeriyah Arab Bersatu (UAE) dianggap 'tidak laku' kerana usia itu didakwa terlalu tua untuk berkahwin.Ahli Majlis Kebangsaan Persekutuan (FNC), Said al- Kitbi berkata, statistik menunjukkan lebih 60 peratus wanita memilih untuk hidup membujang sehingga perkara itu menimbulkan kebimbangan.

Menurutnya, isu ini menjadi fokus perbincangan oleh badan khas perunding yang ditubuhkan oleh kerajaan. "Jika masalah ini dibiarkan ia boleh menyumbang kepada masalah demografi yang serius," katanya.

Beliau berkata, kini terdapat lebih daripada 175,000 wanita UAE berusia lingkungan 30 tahun masih belum berkahwin. Sumber : Sinarharian.com.my

AAP- Kalau kita di Malaysia ini untuk wanita jangan memilih sangat kalau nak mencari calon suami dan hantarannya janganlah mahal sangat tentu laku awal... :) kena ingat sama kalau usia sudah mencecah 30an nilainya akan susut juga sebab faktor usia banyak memberi pengaruh kepada perkara yang lainnya :(

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

5 Jul 2012

TEKNOLOGI TERKINI, AMBIL WANG DI ATM MENGGUNAKAN TELEFON BIMBIT.


Seperti yang kita ketahui untuk mengambil wang di mesin ATM biasanya kita mengunakan kad. Kini dengan teknologi baru kad ATM tidak akan di gunakan lagi, kerana anda boleh mengambil wang terus mengunakan telefon bimbit anda tentu mudahkan ? :)

Sebuah teknologi baru berjaya di buat oleh saintis hanya dengan menambah sedikit aplikasi kedalam telefon pintar kamu maka kita sudah boleh mengambil wang di ATM mengunakan telefon. Aplikasi ini bernama Getcash buatan Royal Bank of Scotland (RBS) yang sudah tersedia untuk 18 juta pelanggan.

Caranya pun cukup mudah anda hanya perlu mendekatkan telefon kamu dekat dengan ATM lalu membuka aplikasi yang telah di programkan di telefon anda, anda boleh memilih jumlah wang yang ingin anda ambil dari skrin telefon pintar. Kemudian, kod enam digit akan muncul di skrin dan anda boleh mendekatkan telefon pintar di ATM untuk mengambil wang.

Sementara ini aplikasi ini baru hanya terdapat untuk iPhone dan BlackBerry. Bagaimana menurut pandangan anda apakah teknologi ini akan di terapkan di pelbagai bank di Malaysia kita tunggu saja. Pastinya teknologi itu terkadang ada baik buruknya.

AAP - kalau hilang iPhone silap-silap boleh hilang sekali dengan duit didalam bank :(

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

4 Jul 2012

HANDPHONE PENYEBAB TERJADI JERAWAT!


Kuman yang bersarang di keypad akan berpindah ke wajah dengan cepat.

Kehidupan ini bagai tidak lengkap jika kita tidak memiliki handphone. Kemana pun anda pergi, anda pasti membawa serta alat komunikasi ini, entah itu ke bilik tidur, bilik mandi, pejabat, supermarket, atau kemana sahaja. Anda juga mungkin meletakkan telepon bimbit di mana-mana tempat, sedangkan benda ini tidak hanya bersentuhan dengan tangan, tetapi juga dengan wajah anda.

Persekitaran yang kotor dengan pencemaran udara serta kuman di mana-mana, tidak menutup kemungkinan akan bergerilya pada handphone anda. Cuba bayangkan ketika anda sedang menelefon dan seketika seluruh kuman-kuman tadi dapat berpindah dengan cepat ke ke wajah anda. Tentu saja hal tersebut boleh menyebabkan timbulnya jerawat, gatal dan bahkan jangkitan.

Jelas sekali jika handphone ini boleh membuat masalah pada kulit wajah. Untuk mengatasi hal ini, anda hanya perlu membersihkannya dengan cara ini.

• Sebelum anda mula membersihkan, agar lebih selamat, pastikan handphone dalam keadaan off. Buka casingnya dan lepaskan bateri. Kemudian bersihkan perlahan bahagian dalam telefon bimbit anda dengan menggunakan tisu, kapas atau cotton bud.

• Jika telefon bimbit anda mempunyai keypad, anda juga harus mahir membersihkan debu dan kotoran yang banyak menempel di celah-celah butang.

• Yang paling penting, bersihkan telefon bimbit anda secara tetap, terutama di bahagian skrin dan keypad kerana bahagian-bahagian tersebut terdedah dengan kuman dan paling sering bersentuhan dengan kulit wajah anda. Sumber asal : us.life.viva

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

KLIK PERCUMA DAPATKAN INFO SELANJUTNYA.

SENARAI ENTRI TERKINI :

LEBIH BANYAK ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

Perkongsian Pendapat :

CARIAN ARTIKEL BLOG AKU ANAK PAHANG

Loading