UPDATE ENTRI TERKINI : AKU ANAK PAHANG

30 Jun 2012

CINCIN PERKAHWINAN - MENGELAKKAN KECURANGAN

Cincin perkahwinan memang menjadi simbol pengikat janji untuk hidup setia pada pasangannya. Namun, sayangnya cincin tak dapat melekat terus pada jari, cincin pun mudah bergerak dan disembunyikan, dengan begitu ikatan berkahwin pun hilang dalam sekejap.


Tapi kini, anda yang akan berkahwin tidak perlu bimbang lagi. Sebuah syarikat perhiasan telah menciptakan cincin yang meninggalkan bekas cap bertuliskan "ï'm married" atau di tulisan dalam bahasa Malaysia "saya sudah bernikah"  :) pada jari.

Bahagian dalam cincin tersebut dibentuk ukiran sebuah tulisan yang memang akan meninggalkan pada jari, seperti yang ditulis dalam Daily Mail.

Memang, bila didiamkan lama, jari akan kembali seperti semula, namun sekurang-kurangnya memberi peluang untuk si pengguna cincin itu untuk ingat dirinya sudah menjadi pasangan rasmi seseorang, sebelum cuba dekat dengan orang lain yang bukan pasangannya setelah ia melepas cincin.

Tertarik untuk membelinya? Anda hanya memerlukan wang sebanyak US $ 550. Cincin ini juga terbuat dari titanium sehingga lebih kuat dan kukuh berbanding cincin kahwin pada umumnya. Sumber asal : Vivanews.com diolah by akuanakpahang

AAP - Apapun jua perkara tetap ada pro dan kontranya... setidak-tidaknya ada juga usaha untuk mengelakkan kecurangan ini. Paling simple si pemakainya kita tahu beliau sudah berkahwin dan lelaki lain juga akan mengetahui anda sudah bersuami :)

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

25 Jun 2012

Facebook Bantu Kuruskan Badan?

Kaji selidik yang telah dijalankan baru-baru ini menunjukkan rangkaian sosial, Facebook ternyata menjadi salah satu faktor bagi seseorang itu untuk berdiet.

Ini kerana ramai yang bersemangat dan tekad untuk berdiet semata-mata untuk mendapatkan gambar yang cantik dan menarik untuk dimuat naik dan dikongsi bersama rakan-rakan pengguna lain.

Kajian itu telah dijalankan oleh Fitbit, San Francisco, merupakan sebuah syarikat yang prihatin terhadap pembangunan kesedaran kesihatan.

Menurut kaji selidik itu, dalam beberapa tahun kebelakangan ini, ramai pengguna Facebook yang menggunakan medium itu untuk menyiarkan gambar-gambar mereka.

Antara gambar-gambar yang sering dimuat naik adalah seperti gambar peribadi, gambar bersama rakan-rakan serta gambar percutian.

Justeru, ia membuatkan seseorang untuk nampak tampan mahupun cantik di dalam gambar yang dimuat naik.

Selain itu, ada juga di antara mereka yang berasa kurang selesa apabila gambar percutian yang mempunyai bentuk badan yang tidak ideal telah dimuat naik untuk tontonan umum.

Lantas, ada di antara mereka yang tekad serta bermotivasi untuk mendapatkan bentuk badan yang ideal sebelum percutian seterusnya.

Pada masa yang sama, kaji selidik yang dilakukan itu turut mendapati satu dari tiga orang pengguna Facebook telah ‘untagged’ gambar-gambar mereka yang menampakkan bonjolan lemak serta bentuk badan yang tidak menarik.
Malah, kajian turut mendapati hanya 14 peratus sahaja orang yang berdiet atas sebab-sebab kesedaran kesihatan.

Nampaknya, pesanan khidmat masyarakat serta iklan kesedaran kesihatan tidak membantu mereka untuk menurunkan berat badan sebaliknya Facebook berjaya menjadi medium terpenting bagi membimbing golongan sebegini. - Sumber : Mynewshub.my

AAP - Sudah tidak dikisahkan makan minum.. mahu juga jadi kurus kering kalau duduk berfacebook aje :(

Wassalam, Wa'allahhualam.

 

20 Jun 2012

25 Pe'el Wanita Yang Harus Dijauhi.


1. Berambut perang..tak pun rambut kaler merah highlight sikit-sikit budget Avril

2. Kau pintal-pintal rambut kat public dengan lidah terjelir-jelir..kau nak jadi pornstar eh?

3. Snap gambar dari atas, buat duck face & kau upload kat Facebook..geli doh tengok..kalau 1 album nama kau, dalam tu semua muka itik kau. Muka penuh depan kamera..semuat-muat frame..bodoh

4. Kau rasa comel bila kau type message ‘ewww..jum lepak..busyan lorh…umah tadew orang..pakwe gie maen futsal pulark..busyan busyan! T__T’ macam shit kau tahu tak

5. Kau kerek bila kau makan kat fastfood ngan member-member kau..kau snap gamba sana-sini macam tempat tu tak de orang..annoying taek!

6. Kau pakai baju nampak lurah kau pegi jalan-jalan kat bandar..kau seronok lah abang misai pandang pastu tulis kat facebook ‘nyampah nyew adew abang misai usya-usya kitew..tark syukew tark syukew larh’ Perosak bahasa sial.

7. Annoying doh tengok kau peluk laki or balak kau dekat public or shopping complex..kalau sangap sangat g rumah tumpangan RM30/nett

8. Kau pakai tudung tapi kau pakai jeans yang abang misai dari jauh boleh nampak shape pumggung kau yang jatuh tu..lagi-lagi kalau lepas duduk, terselit ‘celapong’ (celah ponggong a.k.a pungkoq)

9. Macam shit bila kau tulis kat facebook yang kau tengah tension, tengah sakit perut, tengah happy..weh..asal time berak kau tak tulis sekali ‘kitew tengah berak..syuke syuke ^__^’

10. Kau saje ubah-ubah relationship status kat facebook..kononnye kau ni macam best kejap Single, kejap in relation, kejap open..asal kau tak bubuh ‘I am Lesbian’

11. Nyampah tahu tak kalau kau tak reti bawak barang shopping sendiri..padahal 2 3 plastik je..tu pun nak suruh balak kau..balak kau nyampah ok..bukan suka pun

12. Sikit-sikit kau ngadu kat member-member kau yang kau ada stalker kat kelas, kat office..konon kau tak tahu nak buat ape..ape doh perangai kau

13. Kau bisik-bisik ngan member kau yang duduk semeja..padahal dekat meja tu tengah lepak 4 5 orang

15. Bila kau lepak ngan member yang hot stuff, hensem-hensem, kool, kau tak pulak nak tegur member kau yang pakai tudung serabai plus muka berminyak ‘she’s not my friends..please lah’

16. Kau tenung-tenung mamat yang cam kool supaya mamat cam kool tu perasan kewujudan kau sambil buat muka tahi

17. Kau order makanan itu ini sebab gambar dekat menu cantik..tapi bila makan 3 4 sudu kau cakap tak sedap..lepas tu tak habis..lepas tu ngadu lapar..g makan kat tempat lain pulak..nak terajang muka kau siot

18. Kau tak pandai buat tu, buat ni..tanak pegang tu, pegang ni..alasan kau kotor, jijik..habis sapa yang nak buat kan?

19. Pakai tudung, baju kurung, manis..dalam wayang, dalam kereta, huih….bukan main sandar-sandar, peluk-peluk, ramas-ramas..baik tak payah pakai tu semua..selalu nampak kat highway

20. Kau cerewet..kena buat semua benda macam kau nak..kalau tak sama macam kau nak, kau angin, kau merajuk, kau marah..cuba kalau kau buat kerja yang orang cerewet macam kau..muncung je mulut kau

21. Kau merajuk ngan mak kau, kau merajuk ngan bapak kau, pakwe pun buat taek ngan kau..kau ngamok, marah, benci & merajuk..last-last kau decide kau bunuh diri..terjun dr bumbung Pavi..tapi tak mati pun..silap-silap kena buang keluarga..lagi shit hidup kau

22. Lepak ngan sekutu gediks kau ketawa kuat kuat, buat onar..masing masing dressed up fancy nak mampos. Skali awek pakai tudung litup melintas korang pakat usya atas bawah atas bawah ramai2. pandangan jijik like ‘eww she dont have style..yucks’ emang gud gud la kau

23. Mekap tebal ala ala mak ayam..atas mata tu dah macam pelangi..tambah plak bulu mata palsu..klip pah kip pah mata tu dah macam berus cat..kelopak mata tak larat nak angkat..cam sial.. satu level ngan bapok belakang lorong haji taib..

24. Pakai baju sikit lagi nak bende bukan-bukan... lengan barang nak bagi terkepit..konon nak bagi nampak alor lebih menonjol pastuh snap gamba dari atas supaya nampak yang dalam baju tu… buat pulak muka bersyahwat sambil lidah terkeluar.. what the hell..saje menambah bilangan owang laki masuk neraka jahanam

25. Kau buat facebook ni macam medan memperagakan diri..kau upload beribu ribu gamba muka kau je sampai 10 album.. bila ade org puji kau jawab ‘ala shayer tark syomel pown..beshe beshe jew’ nyampah siot Sumber : Mynewshub.my

AAP - Moralnya jangan pe'el macam-macam itu bukan sahaja di benci dek orang... bahkan datang meluatnya  :(

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

13 Jun 2012

TIPS RUMAH TANGGA : KELEBIHAN SUAMI ISTERI TIDUR BERSAMA.

Perdebatan mengenai apakah pasangan harus tidur di katil yang sama atau tidur secara berasingan tak pernah selesai. Sebuah kajian menyebut, lebih dari 25 peratus pasangan memilih tidur berasingan kerana menginginkan waktu rehat dan high seks yang lebih baik tidak kurang kerana tidak selesa dengan pengaruh suasana seperti beranak kecil contohnya.. Tapi, ada berita baik bagi para pasangan yang memilih tidur bersama-sama setiap malam. Kajian terbaru menunjukkan pasangan yang tidur di katil yang sama lebih cenderung sihat dan berumur panjang.

Kajian yang masih dalam tahap awal ini tidak menjelaskan sebab mengapa pasangan yang tidur bersama katanya lebih awet muda. Hipotesis yang mengemuka, seperti dipetik dari Askmen, pasangan yang tidur sekatil merasa lebih aman dan selesa. Pada gilirannya, rasa rileks ini akan menurunkan tahap hormon kortisol penyebab stres. Penurunan hormon kortisol akan banyak memberi kesan pada kesihatan dan kehidupan seseorang.

Walaupun banyak cabaran yang dialami seseorang semasa tidur bersama pasangan mereka seperti berbeza waktu tidur, masalah anak-anak kecil, dengkuran pasangan, atau berkongsi selimut, penyelidik mendapati, manfaat dari tidur bersama lebih banyak daripada kerugiannya. - Sumber asal kosmo.vivanews. Diolah semula : akuanakpahang

Bagaimana anda dan pasangan anda? Moralnya tidurlah bersama banyak kelebihanya, pasti lebih kemesraanya jangan amalkan tidur berlainan bilik... mengikut kajian mungkin boleh pendek umur :(

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

12 Jun 2012

Siapa anda ? Watak-Watak Pengguna Di Facebook

1. MODEL

Tukar gambar setiap hari

2. PENJENAYAH

Tukar nama setiap hari…

3. OVER ACTING @ PERASAN BAGUS

Namanya menggunakan simbol² sehingga menyusahkan kwn² nak cari terutamanya ketika kecemasan (Contoh – 71M@T -> Jimat)

4. WARTAWAN

suka menyebarkan pesanan, walaupun tak penting !

5. PENGGANAS

Suka menyebarkan link yang menakutkan (contoh : sila sebarkan pesanan ini jika tidak anda akan ditimpa kesusahan @ bencana etc)

6. BINTANG FILEM

Suka update status setiap 5 minit

7. BINGUNG

Tidak dapat membezakan ruang untuk wall post atau status -.-’

8. PERASAN HEBAT

Selalu melaporkan dimana lokasi semasa setiap masa ! Contoh ( otw ke Mydin Mall ) kemudian ( di Mydin Mall shopping jap ) kemudian ( karaoke di Mydin Mall ) bla..bla..bla.. Semuanya berlaku dlm 1 jam. So annoying okayy ==”

9. BUDAK HINGUSAN

Selalu menampilkan gambar dgn gaya aksi ! (contohnya amek gmbr dgn mulut terbuka luas, tak takut ke lalat masuk dlm mulut ?

10. SHOWOFF

Nak makan pun siap ambil gambar dulu dan dibuat pic profile.

-kiki cayunk- sumber : mynewshub.my

Agak-agaknya dimana watak anda?
Wassalam, Wa'allahhualam.
 

Tribunal Tuntutan Hak Pengguna Malaysia | Apakah Hak-Hak Pengguna?

Apakah Hak-Hak Pengguna?
Hak untuk mendapat keperluan asas

Pengguna berhak untuk mendapat keperluan asas bagi meneruskan kehidupan yang memuaskan seperti makanan, pakaian, tempat kediaman, kesihatan, pendidikan, kemudahan awam, air dan sanitasi.
Hak untuk mendapat barangan dan perkhidmatan yang selamat

Pengguna berhak untuk dilindungi daripada barangan, proses pengeluaran dan perkhidmatan yang boleh membahayakan kesihatan atau kehidupan.
Hak untuk mendapatkan maklumat

Pengguna berhak untuk diberitahu fakta-fakta yang diperlukan bagi membolehkan mereka membuat pilihan yang tepat dan dilindungi daripada pengiklanan serta pelabelan yang tidak jujur atau mengelirukan.
Hak untuk membuat pilihan

Pengguna berhak untuk memilih daripada pelbagai barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan pada harga yang kompetitif dan jaminan kualiti yang memuaskan.
Hak untuk menyuarakan pendapat

Pengguna berhak untuk bersuara bagi memastikan kepentingan pengguna mendapat pertimbangan sewajarnya dalam penggubalan dan pelaksanaan dasar kerajaan, serta dalam pembangunan barangan dan perkhidmatan oleh pengeluar.
Hak untuk mendapat ganti rugi

Pengguna berhak untuk mendapat penyelesaian yang adil termasuk pampasan bagi pembelian barangan yang mempunyai perihal dagangan yang mengelirukan, kurang bermutu atau perkhidmatan yang tidak memuaskan.
Hak untuk mendapat pendidikan pengguna

Pengguna berhak untuk mendapat pendidikan dan kemahiran yang diperlukan bagi membolehkan mereka membuat pilihan yang bijak dalam pembelian barangan dan perkhidmatan, serta mengamalkan hak dan tanggungjawab mereka sebagai pengguna.
Hak untuk hidup dalam alam sekitar yang sihat dan selamat

Pengguna berhak untuk hidup dan bekerja dalam alam sekitar yang bersih, sihat dan tidak berbahaya kepada generasi masa kini serta generasi akan datang.

Apakah Perkara Yang Perlu Diteliti Oleh Seseorang Pengguna Semasa membeli Sesuatu Barang?
Tempat asal barangan/produk, termasuk nama dan alamat pengilang, pengimport, penjual borong, ejen atau pengedar, kumpulan barangan, nombor model/stok dan tanda perniagaan.
Tarikh produk dikilangkan dan tarikh luput
Berat minimum, kuantiti, amaun atau muatan barang-barang.
Penerangan umum tentang produk termasuk kandungan, kapasiti, panduan penggunaan dan batasannya
Penerangan khusus tentang kandungan produk seperti senarai, nisbah dan khasiat bahan-bahan.
Kualiti atau keupayaan produk misalnya tanda kelulusan, gred dan sebagainya. (contoh: SIRIM, Suruhanjaya Tenaga).
Terma-terma khusus mengenai jualan termasuk harga cadangan, diskaun dan tawaran istimewa.
Maklumat khusus seperti amaran, peraturan-peraturan kecemasan untuk golongan pengguna tertentu (contoh: kanak-kanak).

Aduan Pengguna
Menerima aduan daripada pengadu melalui telefon, laman web, surat dan datang sendiri ke Pusat Pengurusan Aduan Pengguna (PPAP).
Aduan disalurkan kepada agensi-agensi yang terlibat untuk diselesaikan. Dimaklumkan bahawa tidak semua aduan yang diterima merupakan bidang kuasa Bahagian Gerakan Kepenggunaan (BK) untuk menyelesaikannya.


Jika pengguna tidak berpuas hati dengan harga atau kualiti barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan, pengguna boleh merujuk kepada KPDNKK melalui:
Talian bebas tol

1 - 800 - 886 - 800
Portal Rasmi:
www.kpdnkk.gov.my
http://e-aduan.kpdnkk.gov.my/


Pengguna sering ditipu menerusi:

Penipuan Perkhidmatan
Penipuan Harga
Cetak Rompak
Penipuan Jualan Langsung
Produk Tiruan
Tanda Harga Yang Mengelirukan
Khidmat Bengkel Kenderaan Bermotor Yang Tidak Telus
Aktiviti Menyorok Barang Kawalan
Penipuan Perjanjian Sewa Beli

Sumber :  http://www.kpdnkk.gov.my 

AAP- Sebaiknya anda menggunakan hak anda sebagai pengguna. Jika anda sudah merasai anda tertipu dan sebagainya sila membuat aduan. Sila salurkan ditempat yang telah disediakan. Jadilah pengguna yang bijak.


Wassalam, Wa'allahhualam.
 

11 Jun 2012

HARI TANPA BEG PLASTIK APA RELEVANYA?

Hari tanpa beg plastik : Denda premis jika gagal, kata Fomca

Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) mencadangkan kepada kerajaan supaya memperkenalkan denda atau hukuman ke atas premis perniagaan yang gagal mematuhi kempen hari tanpa beg plastik.

Setiausaha Agung Fomca, Muhammad Sha'ani Abdullah berkata, tindakan sedemikian perlu dalam usaha memastikan tidak ada mana-mana premis di negara ini yang mengambil ringan kempen tersebut sekaligus menghalang usaha kerajaan memelihara alam sekitar.

Bercakap kepada Bernama hari ini, beliau berkata rundingan dengan pengusaha premis perniagaan serta orang ramai perlu diadakan terlebih dahulu sebelum denda yang sesuai diperkenalkan. Selebihnya dan Sumbernya - DISINI

AAP - Moralnya perkara ini tetap menyusahkan banyak pihak bukan sahaja pengguna terpaksa menanggung kos pembelian beg plastik tersebut yang berharga 20sen setiap beg plastik. Pihak pasaraya atau pekedai juga secara tidak langsung mendapat keuntungan daripada hasil penjualan beg plastik tersebut. Mungkin ada cara yang lebih baik dapat di fikiran jangan dibebankan kepada pengguna sahaja didalam soal seumpama ini. Kalau berani amacam haramkan terus kilang beg plastik... guna paper beg sahaja.

Bukan hari tanpa plastik..tapi hari menjual beg plastik, keperluan ttp keperluan :(

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

10 Jun 2012

SELAMAT TINGGAL FACEBOOK...

 Facebook berkubur 2020?


OTTAWA - Kejatuhan nilai Facebook di pasaran saham mungkin menjadi petanda buruk yang akan menimpa syarikat laman sosial gergasi itu pada masa akan datang.

Penganalisis Kanan Pelaburan, Eric Jackson meramalkan, nilai Facebook akan jatuh seperti syarikat gergasi Internet, Yahoo untuk tempoh lapan tahun lagi kerana persaingan dengan syarikat pengeluar telefon pintar yang kini menyediakan pelbagai aplikasi baru lebih menarik.

"Menjelang 2020, laman sosial dan web portal mungkin tidak lagi menjadi pilihan utama golongan remaja berbanding aplikasi telefon pintar," katanya. - Sumber Sinar Harian.

AAP - Bagi anda yang kecanduan dengan facebook harap dapatlah di kurang-kurangkan :( mana tahu benar fakta diatas gila bayang tak sudah :) Persoalan apa akan jadi pada pengguna tegar facebook ? jika benar facebook akan berkubur?

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

9 Jun 2012

ALBUM KHAS SUDIRMAN : EMPAT KOMPILASI KHAS BUAT PEMINAT SUDIRMAN

 
 
 

WALAUPUN pemergian Allahyarham Datuk Sudirman Arshad sudah 20 tahun berlalu, namun zaman kegemilangannya masih lagi diingati sehingga kini. Kehebatannya sebagai penghibur nombor satu negara juga membuat beliau antara penyanyi yang disayangi umum oleh pelbagai bangsa.Justeru itu pihak Warner Music Malaysia mengeluarkan sebanyak empat buah album yang memuatkan lagu-lagu popular beliau.Kemunculan album 101 Sudirman memuatkan sebanyak 101 buah lagu penyanyi lagenda kegemaran ini.

Sebagai tanda penghormatan pemergian Sudirman, sebuah lagi album khas buat para peminat muzik tanah air, Aku Sudirman, juga berada di pasaran. Memuatkan sebanyak 30 buah lagu, antara yang dimuatkan dalam album ini adalah Merisik Khabar, Jauh Di Sudut Hati, Teratai Menjelma, Salam Terakhir dan Pelangi Petang. Ia boleh didapati pada harga RM27.90.Kesemua album ini semestinya akan menjadi koleksi hebat buat peminat penyanyi hebat ini. Sumber : Mstar.com.my

Diantara lagu beliau yang menjadi kegemaran penulis.


AAP- Alfatihah buat beliau semoga rohnya di cucuri rahmatnya.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

8 Jun 2012

Azab Yang Di Janji Allah Kepada Yang Meninggalkan Solat

Dosa Meninggalkan Solat Fardhu :
1. Solat Subuh : satu kali meninggalkan akan dimasukkan ke dalam neraka selama 30 tahun yang sama dengan 60.000 tahun di dunia.
2. Solat Zuhur : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan membunuh 1.000 orang umat islam.
3. Solat Ashar : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan menutup/meruntuhkan ka’bah.
4. Solat Magrib : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan berzina dengan orangtua.
5. Solat Isya : satu kali meninggalkan tidak akan di redhai Allah SWT tinggal di bumi atau di bawah langit serta makan dan minum dari nikmatnya.

6 Siksa di Dunia Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu :
1. Allah SWT mengurangi keberkatan umurnya.
2. Allah SWT akan mempersulit rezekinya.
3. Allah SWT akan menghilangkan tanda/cahaya soleh dari raut wajahnya.
4. Orang yang meninggalkan solat tidak mempunyai tempat di dalam islam.
5. Amal kebaikan yang pernah dilakukannya tidak mendapatkan pahala dari Allah SWT.
6. Allah tidak akan mengabulkan doanya.

3 Siksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu Ketika Menghadapi Sakratul Maut :
1. Orang yang meninggalkan solat akan menghadapi sakratul maut dalam keadaan hina.
2. Meninggal dalam keadaan yang sangat lapar.
3. Meninggal dalam keadaan yang sangat haus.

3 Siksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu di Dalam Kubur :
1. Allah SWT akan menyempitkan kuburannya sesempit sempitnya.
2. Orang yang meninggalkan solat kuburannya akan sangat gelap.
3. Disiksa sampai hari kiamat tiba.

3 Siksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu Ketika Bertemu Allah :
1. Orang yang meninggalkan solat di hari kiamat akan dibelenggu oleh malaikat.
2. Allah SWT tidak akan memandangnya dengan kasih sayang.
3. Allah SWT tidak akan mengampunkan dosa dosanya dan akan di azab sangat pedih di neraka.
Mengenai balasan bagi orang yang meninggalkan Solat Fardu:
“Rasulullah SAW, diperlihatkan pada suatu kaum yang membenturkan kepala mereka pada batu, Setiap kali benturan itu menyebabkan kepala pecah, kemudian ia kembali kepada keadaan semula dan mereka tidak terus berhenti melakukannya. Lalu Rasulullah bertanya: “Siapakah ini wahai Jibril”? Jibril menjawab: “Mereka ini orang yang berat kepalanya untuk menunaikan Solat fardhu”. (Hadits Riwayat Tabrani, sanad shahih)

Sumber – http://khaulah-azwar.blogspot.com/

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

BAHAYA CIK KAK BUAT KERJA MACAM INI!

Seorang ibu muda membonceng anaknya berusia lingkungan empat tahun tanpa memakai topi keledar di Jalan Persekutuan Lipis-Jerantut. Kesedaran mengenai kepentingan memakai topi keledar dalam kalangan penunggang dan pembonceng motosikal masih rendah walaupun mereka melalui jalan raya yang agak sibuk.  Sumber - Sinar Harian Pahang

AAP - Moralnya jangan kerana undang-undang ada polis baru nak pakai topi keledar fikirkan sama soal keselamatan. Saman mungkin boleh dibayar... fikirkan sama kalau terjadi sesuatu perkara yang tidak dingin... mungkin tiada sebarang nilai yang dapat diganti. - Pandu cermat jiwa selamat ingatlah orang tersayang. Pesanan di bawa oleh akuanakpahang.blogspot.com

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

7 Jun 2012

WAJAH TERBARU WARIS KETURUNAN MAHSURI WAN AISHAH NAWAWI

Ini adalah wajah terbaru keturunan ketujuh Mahsuri, Wan Aishah Nawawi, Wan Aishah masih nampak cantik walaupun mengenakan solekan tipis dan dia kini jua bertudung. Dia berkahwin dengan jejaka pilihannya, Alee Tongyon kira-kira dua tahun lepas.

Alee adalah seorang usahawan muda industri pelancongan. Alee merupakan rakan sekampung Wan Aishah sejak kecil. Pasangan ini bagaimanapun mula rapat sejak Wan Aishah memasuki universiti dan mengikat tali pertunangan. Wan Aishah, adalah anak sulung daripada dua beradik kepada pasangan Wan Nawawi Wan Hashim seorang pemandu tut-tut dan Sumaini Karim, pekerja hotel.

Wan Aishah menjadi idola rakyat Malaysia sekitar awal 90-an apabila kisahnya berjaya dijejak Persatuan Sejarah Malaysia cawangan Kedah yang kemudian disusuli Ekspedisi Melawat Phuket anjuran majalah Al-Islam pada 1998.Ketika itu Wan Aishah baru berusia 12 tahun. Sejak itu berita mengenai penemuan waris generasi ketujuh Mahsuri itu tersebar luas terutama di Thailand dan Malaysia.

Penemuan Wan Aishah menamatkan sumpah Mahsuri ke atas Pulau Langkawi yang menjadi padang jarak padang tekukur sejak tujuh keturunan Mahsuri yang silam.Ekoran penemuan itu, Utusan Melayu (M) Berhad mengambil daya usaha menjadikan Wan Aishah sebagai anak angkat dan mengatur beberapa program berkaitan sejarah moyangnya Mahsuri di Malaysia.

Antara yang paling menarik ialah Minggu Pengisahan Mahsuri di Pulau Langkawi yang mendapat sambutan hangat pelancong dalam dan luar negara. Wan Aishah pernah melanjutkan pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) tetapi cuma untuk tempoh setahun dan kembali menyambung pelajarannya di University of Bangkok dalam jurusan komunikasi. Sumber : Mynewshub.my

AAP - Gamaknya kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, bagaikan acuan begitulah kuihnya :)

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

6 Jun 2012

APA HAL ARTIS SERTAI POLITIK?


SUDAH menjadi trend dan ikutan zaman kini, golongan artis dilihat berminat untuk menyertai dunia politik. Bukan sahaja menyertai parti pembangkang seperti Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), malah ada di antara mereka mula mendaftar sebagai ahli Umno.

Baru-baru ini, tiga penyanyi legenda, Amy Search, Mus May dan Ibnor Riza, secara rasminya menjadi ahli Umno selepas menyerahkan borang keahlian kepada Setiausaha Kerja Umno, Datuk Abdul Rauf Yusoh.

Selain mereka, beberapa selebriti seperti Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik, Zed Zaidi, Adam AF, Ezani Nizariff, Awie, Jamal Abdillah, Datuk AC Mizal dan Radhi OAG, turut menyertai Umno.

Sementara, pelantun Janji Manismu, Aishah, Dayangku Intan, Bob Lokman dan Zuar XPDC pula memilih parti pembangkang, Pakatan Rakyat (PR).

Bagaimana pula dengan selebriti lain? Apakah mereka bakal mengikut jejak rakan-rakan mereka ini untuk menyertai dunia politik? - Sumber Sinar Harian

AAP - Silap-silap boleh kehilangan peminatnya nanti :) Nak masuk kemana hak memasing :) tepuk dada tanya iman... tak kurang ada segelintir yang terjun ke arena politk kerana pulus semata-mata ... ada pulus semua boleh telus :) Saya tetap berada diatas pagar, siapa yang bertuah tetap mendapat haknya nanti. :)

Wassalam, Wa'allahhualam.

 

Wordless Wednesday - Potret Sejuta Makna

Kalau aki dengan cucu ok... kalau aki dgn pucuk muda no komen.

Apakah Wordless Wednesday?
'Wordless Wednesday' ialah satu kempen mengeluarkan entri yang semata-mata gambar tanpa penjelasan yang panjang ke atas gambar itu.. Kalau ada penjelasan yang panjang, tidaklah namanya 'Wordless' :)

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

5 Jun 2012

TIPS DAN CARA MENGENALI LELAKI TERUNA!

Mungkin wanita-wanita diluar sana ingin mengahwini lelaki yang status teruna ( meskipun sekarang ni ternyata sedikit berkurangan) dan begitu juga disebaliknya. Namun begitu, wanita masa kini lebih cenderung untuk mencari lelaki yang lebih berpengalaman untuk dijadikan calon suami. Untunglah mereka yang sudah ada pengalaman didalam bab ini. :) Apa-apa pon kami akan berkongsi jugak tips-tips ini sebagai panduan kepada wanita-wanita di luar sana.. Meh tengok..

1. Lelaki teruna suka mengintai-intai (curi pandang) perempuan cantik pada wajah berbanding lelaki tak ada teruna gemar melihat tubuh wanita.
2. Lelaki teruna segera mengalihkan pandangan apabila ditentang wanita cantik manakala lelaki tak teruna mengekalkan pandangan.
3. Lelaki teruna menunduk apabila dipandang wanita cantik dan menunjukkan reaksi gembira (mengetap bibir untuk cover senyum) tetapi lelaki tak teruna menunjukkan reaksi bersahaja.
4. Lelaki teruna malu membuka mulut untuk makan atau bercakap di hadapan wanita yg cantik. lelaki teruna seperti “kena interview” apabila bercakap dan badannya kaku.
5. Lelaki teruna berdegup kencang jantungnya apabila mendapati wanita cantik menyukainya.
6. Lelaki teruna membosankan apabila bercinta. gayanya agak “nerd”. gemar berlagak untuk menarik pasangannya.
7. Lelaki teruna juga sanggup menghabiskan banyak wang untuk pasangannya untuk menambat hati pasangannya.
8. Lelaki teruna terlalu sensitif. mereka akan sering menghubungi pasangannya sehingga dapat dan mereka akan rasa sedih yang amat sangat apabila diabaikan.
9. Lelaki teruna sering mengagung-agungkan pasangannya dan mengatakan orang lain tak cantik. mereka akan bercerita tentang pasangannya dan memuji-muji pasangan apabila berbual dengan kawan-kawan. - Sumber : asal mynewshub.my diolah by akuanakpahang.

AAP - Ini fakta atau auta boleh pakai ker? :) Apa pun anda usah bimbang maksud ayat al Quran ini boleh dijadikan sandaran Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26)

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

CATATAN : TANJONG BESAR, BENTA, KUALA LIPIS SEKADAR MEMORI REALITI DAN HARAPAN.

Tanjong Besor nama diberi
Anak watan ramai merantau
Rumah lakor mana penghuni
Tuan kerayan siapa memantau
TANJONG BESAR merupakan salah sebuah kampung yang tertua di daerah Lipis. Ia juga dikenali sebagai Mukim Tanjong Besar yang merangkumi Kampong Jerangsang dan Kemahang apabila dikaitkan urusan pejabat Tanah Kuala Lipis. Kampung ini luasnya kira-kira 13.300 hektar dan kedudukanya di pertengahan jalanraya – kira-kira 50 kilometer dari Jerantut, 51 kilometer ke Raub dan 40 kilometer ke Kuala Lipis. Dalam tahun 1970-an dan sebelumnya kampung ini terkenal sebagai tempat singgah ahli-ahli perniagaan runcit,semetelahan pula setiap hari Rabu ada jualan lambak yang di kenali pekan sehari. Tanjong Besar terletak di kawasan pendalaman, muka-bumi berbukit serdahana tinggi dan sebahagian kecil kawasan sawah padi. Kawasan bukit di tanam dengan getah dan kelapa sawit.Majorti kampung ini didiami oleh orang Melayu dan beragama Islam. Menurut Encik Nazar, Ketua Kampung Tanjong Besar Ulu, pada masa ini keseluruhan penduduk kampung ini dianggarkan seramai 900 orang.

Tanjong Besar dipecahkan kepada empat bahagian iaitu Tanjong Besar Ulu, Tengah , Bukit Belau dan Rengai yang masing-masing ditadbir oleh seorang ketua kampung. Terdapat kampung -. kampung kecil di setiap bahagian antaranya Belimbing, Kemensor. Lecok, Olak Jeram, Sempiat. Kadok, Rengai, Bukit Perangkap, Bukit Belau, Tg Kabung dan Gong.

ASAL USUL NAMA
Kampung ini dikatakan dibuka oleh kumpulan peneroka yang di ketuai oleh Tok Hamid yang berasal daripada keturunan Tun Ibrahim daripada Perlong dalam tahun 1722. Beliau dibantu oleh seorang asli bernama Kutek dalam perjalanan dari Lecok ke Alor Kong. Tentang asal usul nama kampung ini ada banyak versi tetapi yang popular ialah seperti dicadangkan oleh Ahmad bin Kotot , yang mana kampung ini berasal nama spesies seekor ular sawa. Menurut ceritanya ular itu digelar Sawa Besar sebab teramat besar dan terendam di Danau Asah pada musim panas. Sawa Besar itu akhirnya bertukar nama menjadi Tanjong Besar.

TEMPAT LALUAN
Semenjak akhir tahun 1880-an Tanjong Besar menjadi tempat laluan pergi dan datang pedagang-pedagang jalan kaki samada dari Rengai atau Jerangsang melalui Lecok dan Alor Kong. Manakala Kampong Lecok jadi tumpuan kerana dua perkara: pertama adanya kegiatan mendulang emas dan keduanya terdapat kawasan perumahan perkampungan keluarga tersohor iaitu Dato Setia Mat Piah bin Datuk Setia Ismail di pinggir Alor Kong . Sewaktu itu di sinilah dikabarkan lokasi pertemuan pembesar daerah dan pahlawan silam dalam membincang banyak perkara termasuk strategi menentang penjajah Inggeris. Malah di kawasan sini jugalah dikabarkan tempat laluan Datuk Kelana, pendekar upahan penjajah daripada Perak dalam misinya untuk menangkap Mat Kilau. Tapi misi itu tidak berjaya, dia tewas dan diriwayatkan jasadnya disimpan beberapa hari di kampung ini sebelum dibawa pergi.
Kini kawasan perumahan yang di maksud itu sudah tiada . Yang tinggal hanyalah sebuah rumah tua yang dipercayai pernah diduduki oleh keluarga Datuk Setia Mat Piah. Rumah ini,walaupun tidak didiami tetapi ia kelihatan kukuh. Pernah mantan Penghulu Kampung ini, Haji Najib bin Hj Sidek bersama penduduk kampung mengadakan kerja gotong membersih dan membaik- pulih rumah tersebut dengan harapan agar boleh dijadikan rumah antik satu hari kelak.

NENEK MOYANG
Tidak dapat dinafikan,kebanyakan nenek,moyang kita berasal daripada tempat lain, Ada datang daripada Selangor, Perak dan bahkan daripada Sumatera Barat khasnya Minangkabau-Pagarruyong dianggap paling ramai.. Mereka datang ke Tanah Melayu pada asal untuk mencari kerja di samping desakkan sosiobudaya yang menggalakkan mereka pergi merantau.Bertemu jodoh dengan orang tempatan dan selepas itu keluarga telah berkembang . Keadaaan sedemikian boleh dilihat beberapa nama anak tempatan dalam era tahun tahun 1930-an yang tersohor antaranya ( cuma menyebut beberapa nama) seperti , Yaakob bin Mat Amin, Nik Man bin Mat Piah, Imam Haji Duli,Mukim Wah bin Imam Mat Saman, Khatib Ahmad bin Endek, Ahmad bin Kotot.Khatib Kesah b Mat Ali, Pawang Akob Amin dan Hj Pawang Nong Toib bin Santan yang kemudian telah berpindah ke Ulu Cheka Jerantut . 

MERANTAU
Anak, cucu, cicit dan puit kepada nama –nama yang disebutkan ini dan juga yang tidak disebutkan, memang ramai. Kebanyakan mereka, bekelana di luar dan dalam negara, ada berkerja sendiri, menceburkan diri di sektor awam dan swasta. Ramai yang berjaya dan ada di antaranya telah menjawat jawatan terpenting dalam sektor yang dipilih. . Biasanya yang telah keluar merantau itu membina hidup baru di tempat baru dan mana mungkin mereka akan kembali tInggal tetap di kampung ini lagi. Apapun ada juga di antara mereka yang merantau itu kembali dan lebih selesa tinggal di kampung sebagai pelapis kepada generasi silam.

Akhir tahun 1930-an dan awal tahun 1940-an kampung ini menjadi tempat tumpuan pelajar menuntut Ilmu agama Islam.Tenaga pengajarnya pada masa itu diketuai oleh Tuan Haji Ibrahim- ayah kepada, kepada Datuk Muda Setia Haji Abdul Halim, yang menjadi orang kuat Istana Sultan Pahang pada masa ini.. Menurut arwah ayahanda saya,(Haji Ibrahim SIdek@-Tok empat Tor ) yang menuntut pada masa itu, bukan sahaja orang tempatan, malah ada yang datang dari Temerloh, Raub dan Bentong. Keluarga Haji Abdul Halim dan Haji Hadi dari Kampung Sanggang, Temerloh pernah belajar di sini. Awal tahun 1940-an pembelajaran di madrasah ini ditangguhkan akibat perang dan tumpuan lebih terarah kepada keselamatan diri dan keluarga. Tapak tempat belajar ialah di madrasah lama yang tidak beberapa jauh dari pekan sehari.

ZAMAN DARURAT
Selepas Jepun menyerah kalah , seperti juga di tempat lain,suasana di kampung ini menjadi kelam kabut. Tidak tahu siapa yang menerajui kerajaan pusat. Kumpulan Bintang Tiga cuba mengambil alih dan mengisytiharkan sebagai pemerintah mutlak dan cuma dapat bertahan selama empat belas hari.Dalam tempuh tersebut ramai orang kampung dibual mimpi ngeri dan amat kerayan sebab selalu diganggu oleh konco-kunco kumpulan berkenaan. Konco tersebut bertindak sedemikian kerana ingin mencari orang-orang yang bersekongkol dengan Jepun. Suasana sedikit tenang apabila darurat dikuatkuaskan dan kumpulan berkenaan masuk ke hutan untuk menentang kerajaan secara gurila

Zaman darurat senonim dengan nama kawasan hitam.Perjalanan masa itu adalah terhad. Jalan raya antara Benta ke Jerantut dianggap kawasan panas. Ada Bas Liang-Siong telah ditahan dan dibakar.. Pernah bas yang dinaiki bapa saudara saya Abdullah Dahshim @ Dollah Licin,nama glamornya, dibakar di Bukit Kor dan dia diarah berjalan kaki se jauh 15 batu balik ke Kampung Tanjong Besar. Ekoran daripada suasana tidak menentu itu,menyebabkan orang kampung sentiasa berwaspada. Ada di antaranya belajar ilmu mempertahankan diri seperti silat, mandi minyak panas dan mendapatkan selendang merah di Ulu Cheka dan Sungai Coh, Ulu Selangor .

GEMPAR
Seingat saya , pada satu pagi masa itu berumur 6 tahun ( Tahun 1952 ) saya duduk di rumah Aki Amin/Nbong Minah, Ujung Tanjung, Kemensor.. Emak saya bersama kawan-kawanya, Mak Tam Meriam(Mak Sedara Tok Empat Nazar) dan Mak Teh Zainab dan beberapa orang lagi telah mencari buah durian di Bukit Radai, di kaki Bukit Raya yang terletak kira 2 Kilometer. Tidak lama lepas itu,kira-kira dua 2 jam kemudian terdengar riuh bunyi orang panggil-memanggil, bersahut-sahutan di kaki bukit.”….Balik,…balikk,…..cepat,.. turun!…” Tidak lama kemudian emak saya dan rakannya terjongol di rumah Aki Amin. Mereka nampak tenang. Kemudian memberitahu yang mereka telah berjumpa dengan tiga orang asing semasa mengutip buah durian…..Apabila diterangkan yang mereka jumpa itu komunis, barulah mereka terkejut beruk…pucat-lesi muka masing-masing..Tetamu yang tidak diundang itu sebenarnya telah diketahui awal oleh orang-orang kampung, yang juga pencari durian.………….Tidak beberapa lama kemudian terdengar bunyi letupan senapang bertubi-tubi dari arah Bukit Radai.

Esoknya penduduk Tanjong Besar gempar . Berita tentang terbunuhnnya seorang komunis dan akan dibawa ke pekan sehari tersebar pantas. Saya walaupun dilarang oleh orang tua jangan pergi, saya tetap berdegil hendak pergi- hendak melihat suasana tersebut secara dekat.. Sambil berasak-asak, saya lihat sekujur mayat terbujur kaku dalam Jep Polis. Memang ramai orang berkerumum dan yang paling sebuk ialah Pak Njang Datuk (Abdullah Hashim) yang menjadi Penghulu Tanjung Besar pada masa itu. Lain-lain yang kelihatan ialah itu sifu-sifu kampung seperti Pak We Manja, Pak We Noh, Pawang Haji Muhammad (Aki Jabok) , Aki Janggut, Pak Teh Teh , Ngoh Judin, Pok De Seman dan ramai lagi yang lupa namanya. Pada saya, peristiwa ini memang tragedi hebat, tapi sayangnya tidak tercatit dalam mana-mana buku Sejarah tempatan. . Mengakui kebenarannya , mungkin cerita selanjutnya boleh diperolehi daripada Aki Wei ( Haji Ismail ) Ulu Kemensor, sebab dia adalah satu-satu nya bukti hidup yang masih ada yang boleh mengesahkan peristiwa tersebut.

ERA KEMERDEKAAN
Seperti di tempat-tempat lain, suasana menyambut kemerdekaan memang jenoh diperkatakan di kampung ini. Warga kampung yang berumur antara 35 hingga 45 tahun adalah di antara suara-suara yang terawal memberi sokongan.Kebanyakan mereka ini adalah terdiri dari yang melepasi hidup getir di beberapa zaman iaitu sebelum Jepun, zaman Jepun, zaman Bintang Tiga dan zaman darurat. Jadi tidak hairanlah nama-nama seperti Jaafar Sidek, Haji Zakaria Ismai,Pak we Manja, We Noh, Ngah Man, We Derani, Ngah Jaafar, Hj Yaakub Sidek, Haji Mat Pilus adalah tokoh-tokoh kampung yang selalu memberi petujuk tentang mahalnya erti kemerdekaaan kepada generasi muda. Mereka telah membakar semangat juang apatah lagi bila dikaitkan dengan nama-nama pahlawan silam seperti Datuk Bahaman,Mat Kilau, Mat Kelubi, Teh Ibrahim dan lain-lain.

Beborak tentang kemerdekan dan sultan negeri mana yang bakal menjadi DYMM YDPAgung I adalah isu paling menarik ketika itu. Kedai kopi Pak We Manja adalah terminal berkumpulnya orang-orang kampung untuk mendapatkan berita terkini tentang kemerdekaan dan lain berita semasa.. Ramai yang hendak pergi ke Kuala Lumpur menyaksikan peristiwa bersejarah itu. Apapun , pada pagi-pagi 31 Ogos l957 bersama orang tua saya, Pak Teh Teh, Jaafar Sidek, kami sudah berdiri tercegat bersama ribuan orang di Stadium Mereka untuk menyaksikan bendera Union Jack diturunkan. Kami ke sana sehari awal dengan menaiki kereta Morisminor No BA 8485 kepunyaaan orang tua saya dan menginap di sebuah hotel Bajet di Chow Kit Road.

SELEPAS MERDEKA
Selepas merdeka dan ke pertengahan tahun 1970-an kampung ini terdedah kepada beberapa perubahan tanpa disedari baik dari segi sosioekonomi , budaya, dan pendidikan. Yang nyata ialah kehadiran saudara-saudara dari Kelantan yang berkerja sebagai penoreh getah, bersawah dan berkebun . Mereka ini kebanyakan datang daripada satu kampung di Kelantan iaitu Kg Permatang Gading-Bukit Abal daerah Pasir Putih. Antara yang teringat ialah keluarga Pak Long. Lebai Daud dan Pak Leh ( Hj Salleh). Pada peringkat permulaan keluarga –keluarga ini membuat bangsal sementara di kawasan rumah arwah Hj Mustafa dan rumah Moi Hamid Kg Lecok. Selepas itu mereka berpindah ke Belimbing dan ke Lonjong. Pak Long dikenali sebagai juga sebagai Tok Bomoh manakala Lebai Daud sebagai guru al quran sambilan, kemudian berpindah ke Tanah Rancangan Lembah Klau, Raub.

Jarak masa yang tidak banyak berbeza, selepas kerajaan memperkenalkan skim meneroka tanah Rancangan FELDA, terdapat warga Tanjong Besar yang terlibat. Ada yang pergi ke Sungai Koyan , Bukit Goh, gugusan Jengka dan lain-lain tanah rancangan samada bertanam getah atau kelapa sawit. Di Tanjong Besar Ulu, antara yang ikut ke rancangan itu ialah Zulkifli Naban, Abang Jantan, Mat Deli, Nor Ismail, Chu Pabir, Mat Kelantan dan saudara –saudara di kampung Olak Jeram dan Kadok yang terlupa nama. Difahamkan penghijarahan mereka itu telah dibayar dengan harga yang tinggi dan kini telah berbaloi atas usaha yang dilakukan walaupun pada peringkat permulaan amat menyakitkan .Di satu segi pula penghijrahan itu, menyebabkan kurang tenaga kerja di kampung, paya tidak diusahakan,rumah-rumah menjadi lakor tanpa penghuni.

Ramai anak-anak Kampung lahir zaman merdeka atau seawal tahun 1970-an. Kalau dicongak-congak, kini, mereka berumur dalam lingkungan 45 hingga 55 tahun dan tenaga mereka masih perlu dan diperlukan. Begitulah juga halnya yang dilahir dalam tahun 1980-an , tentu lebih agresif dalam menentukan hala tuju hidup masing-masing. Anak watan yang lahir pada tempuh-tempuh yang disebutkan ini dianggap banyak wawasan. Mereka amat mujor sebab peluang-peluang untuk belajar terbuka luas bermula peringkat sekolah rendah hinggalah ke peringkat IPT . Kini dalam alam maya yang sentiasa mencabar ini tentunya pandangan mereka amat ditageh, walaupun sekadar sekelumit waktu ke arah memperkasakan lagi kampung tercinta, Kampung Tanjong Besar.

SENSASI
Demikianlah kita melihat sekelidat episod kisah kampung ini mengikut kronologi masa. Tentunya banyak lagi cerita menarik dan kurang menarik belum ditonjolkan . Ini tidak termasuk cerita sensasi pencari durian yang kerap kali disakat oleh hantu Semerpang di Bukit Radai.. Begitu juga dengan kisah pelik tetapi benar tentang anak buah saya yang membawa teksi kemudian meredah hutan dan akhirnya tersangut di sebatang pokok di Ulu Sempiat. Manakala peristiwa kapak terbang-kapak kecil melutu kepala dan kemalangan maut dekat pekan sehari satu ketika dulu harus diambil iktibar.

HARAPAN & PENUTUP
Sekadar setakat ini penceritaan dapat digarap mengenai kampung tercinta, yang sekaligus sebagai bacaan rengan semasa bersantai berkampung pada 5 dan 6 Mei 2012. Tentu ada kekurangan di sana sini khasnya tentang fakta dan dengan hati terbuka bolehlah kita berkongsi pengelaman tentang kisah-kisah sebelum dan seterusnya. Tulisan ini lebih tertumpu kisah sebelum tahun 1980-an dan bersandar kepada persepsi yang ada pada waktu itu dan mungkin berubah mengikut suasana dan nilai rasa lain-lain penulis.

Diharapkan Tanjong Besar dapat mengekalkan nama besarnya sampai bila-bila. Namun begitu, besar itu tidak mustahil akan menguncup jika tidak dibelai. Menguncup maksud dilihat dari bilangan penduduk yang datang dan pergi. Rasanya yang pergi sementara dan pergi untuk selama-lamanya lebih ramai jika dibandingkan dengan yang datang. .Sesuatu perlu dibuat agar yang pergi sementara itu tidak jadi pergi dan bior melekad di kampung ini.Pemimpin tempatan tidak kira apa jua ideoloji poilitik patut memikirkan cara yang terbaik untuk memajukan kampung. Membaik-pulih prasarana. dan mewujudkan industri-industri kecil perlu ada di kampung ini bagi mengelakkan penghijrahan belia ke tempat lain.

Dicatat Oleh: SAEDON IBRAHIM
Jumaat: 04 Hb. Mei. 2012
BAHAN rujukan:
1. Catitan peribadi 1960an- 1970an
2. Tok Empat Nazar Kg Tg Besar Ulu, Kuala Lipis
3. Bukti Hidup- Haji Ismail Kg Kemensor Tg Besar
4. Perpustakaaan Desa Tg Besar. Kuala Lipis
5. Kertas Kerja “Simposium Siapa Tok Guru Peramu” Anjuran Dewan Persuratan Melayu Pahang(DPMP) 1976.
6. Temubual Hj Ibrahim Sidek.matan ToK 4 Tg Besar dan Amin Mat Saman ( Aki Amin}
7. Ariff bin Pawang Nong, Kampung Ulu Cheka Jerantut
8. Buku-buku Sejarah Pahang
9. Internet-Foto Nenek Moyang-, Aku Anak Pahang & Koleksi Idris Said Tg Besar.

AAP - Entri sekadar suatu perkongsian untuk tatapan jenerasi mendatang semoga kita mengetahui akan asal usul kita, sejarah kampung, serta pengorbanan mereka yang terdahulu. Alfatihah buat mereka yang telah kembali ke rahmahtullah.

Kampung Rengai tetap di hati
Kampung Kadok terkenang jua
Walaupun jauh disudut hati
Tempat kelahiran teringat jua.


** Penulis adalah cucu kepada Pawang Haji Muhammad bin Sam (Aki Jabuk)

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

KESAN BURUK MENATAP HANDSET SETIAP HARI PADA MATA

Berapa lama masa yang anda habiskan untuk memeriksa telefon pintar anda setiap hari? Hati-hati, kerana terlalu kerap menatap skrin telefon pintar boleh memberi kesan negatif pada mata anda. Menurut kajian baru, satu dari sepuluh orang di barat begitu obses dengan teknologi. Mereka menggunakan telefon pintar hampir di segala aktiviti, bahkan sampai ketika hendak tidur. Kebiasaan moden ini menyebabkan gangguan pada penglihatan mata. Sebanyak 41 peratus orang dibarat menderita sakit kepala atau mengalami penglihatan kabur selepas penggunaan komputer atau telefon bimbit pintar secara berkala.

Kajian yang dilakukan lensa kekal Clarivu mencari 71 peratus warga barat mempunyai peralatan teknologi berbanding lima tahun sebelumnya. Seperempat orang berusia 30-44 tahun juga memerhatikan skrin peranti pintar seperti BlackBerry 10-20 kali setiap hari. Kesan daripada ketagihan telefon pintar ini antara lain peningkatan keperluan penggunaan kacamata untuk melihat skrin dengan jelas. Hanya 20 peratus warga barat yang mengaku mahu tulisan dalam skrin telefon mereka lebih besar.

Pengarah Perubatan Optegra Rob Morris berkomentar, "Keselesaan teknologi moden memudahkan pekerjaan sekaligus memberi hiburan dan rangkaian sosial di mana-mana kita berada. Tapi budaya teknologi juga membuat ketegangan pada mata lebih cepat daripada generasi sebelumnya," ujarnya seperti dipetik Femalefirst.

AAP - Moralnya mata lebih cepat rabun jika sentiasa menggunakan peralatan diatas... sebaiknya jangan keterlaluan...gunakan dengan sebaiknya.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

4 Jun 2012

BERLETIR @ BEROMEH BAIK UNTUK KESIHATAN

Penyakit beromeh ini pasti lebih banyak dimilik oleh kaum perempuan... dan mungkin sedikit dimiliki juga oleh orang lelaki... pendek kata kalau dah dapat penyakit beromeh ini sememang tak jadi ker bender huhuhu... yang merana mereka yang di omehkan itu tak senang duduk, berdiri pun salah :(

Kajian menunjukkan bahawa beromeh @ berletir ternyata memberi pengaruh positif bagi kesihatan, terutama jika anda kini sudah menginjak usia 30 tahun. Beromeh tersebut dianggap bertindak sebaiknya satu peringatan bagi orang untuk hidup sihat dan lebih aktif. Kajian yang berdasarkan pada wawancara di barat menunjukkan bahawa orang yang kurang aktif merasa bahawa letiran dari ahli keluarga, pasangan atau anak, boleh mempengaruhi kesihatan mereka dengan cara positif.

Anda mungkin merasa selesa duduk di sofa atau bersenang-senang sambil membaca buku, melayan facebook namun semasa pasangan anda mengatakan 'Moh buat kerja atau melakukan sesuatu', ternyata itu satu peringatan agar kita lebih aktif, jika dibiarkan mungkin akan menjadi satu letiran yang lebih berat. Gambaran daripada salah satu peserta kajian, dilaporkan melalui Dailymail.  "Namun, yang terpenting adalah beromeh yang baik harus diterapkan jangan tak tahu hujung pangkalnya. Kajian ini juga menunjukkan jika anda sudah aktif dan sihat, maka tak perlu lagi berletir dan beromeh, "tambahnya.

AAP - Paling tidak beromeh boleh juga menghilangkan stress :) tapi jangan keterlaluan... sudah yang kena omeh dapat strees pulak :)

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

3 Jun 2012

BIODATA CRISTINA SUZANNE STOCKSTILL

Pelakon wanita baru yang kian menempa nama menerusi drama Bicara Hati, Cristina Suzanne Stockstill, 27, mengakui kontroversi amat diperlukan untuk bergelar sebagai seorang artis. Cristina berkata, kontroversi yang dicipta mampu untuk menaikkan nama bagi seseorang artis yang baru mencuba untuk mengetengahkan bakat yang ada.

Tetapi, wanita yang berdarah kacukan Jerman, Amerika Syarikat dan Melayu itu menegaskan kontroversi yang dicipta perlulah dari sudut yang positif. Malah, ia perlu dikawal dengan bijak dan dilakukan dengan cara yang betul supaya tidak terpalit dengan pandangan negatif yang membolehkan hancurnya karier seni seseorang artis itu.
INFO
Nama: Cristina Suzanne Stockstill
Panggilan: Cristina
Tarikh Lahir: 22 Januari 1985
Usia: 26 tahun
Keturunan: Melayu/Jerman
Agama: Islam
Drama: Kasih Najihah (TV9), Dia Bukan Maryam (TV9), Cermin Pada Bulan (TV3)
Filem Bebas: Kil (2011) dan My Indie Rock Darling (2006)

Biography
Model, Actress, Host, and loves to sing in the shower.
Personal Interests
Interests: Hiking, Photography, Camping, Eating, and a nice cup of tea.
Music: Coldplay, A Fine Frenzy, Camera Obscura, Ruth Sahanaya, Julie London, Sheila Majid, Acker Bilk, Cesária Évora, Broken Social Scene, Al Green, etc.

Dunia artis sememang penuh dengan kontroversi, kontroversi merupakan satu “makanan” dalam dunia hiburan di mana-mana negara sekali pun, mungkin jika tidak ada kontroversi maka tidak akan ada sensasi. Cuma jangan sampai kontroversi memakan diri.

AAP - Sesungguhnya artis ini bergitu cantik dan sesuai sekali jika bertudung, jelas nampak sopan dan lebih keayuanya :) Sesekali layan juga Drama Bicara Hati lakonan Cristina Suzanne :)

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

2 Jun 2012

PENTING : ENAM PERKARA YANG JANGAN DILAKUKAN DI FACEBOOK !

Ada hal-hal yang boleh dan sebaiknya tidak dilakukan dalam pergaulan sehari-hari. Begitu juga di laman sosial seperti Facebook, etika yang berlaku di dunia nyata juga berlaku di dunia maya. Berbagai tindakan seperti memposting barang dagangan di wallpost orang lain, kerap menulis update status yang kasar atau tidak senonoh misalnya adalah beberapa contoh tindakan yang tidak bijak dibuat di Facebook.

Perilaku seperti ini hanya akan membuatkan anda dijauhi oleh teman-teman Facebook Jadi, perhatikan hal-hal berikut yang sebaiknya jangan dilakukan di Facebook seperti disarankan penganalisis media sosial Katie Heaney.

1. ‘Tag’ teman secara sebarangan
Apapun yang dilakukan, Anda ‘tag’ teman anda. Mungkin ianya ‘update status’, foto atau video. Tidak ada masalah jika orang yang ‘di-tag’ itu memang menyukainya, tapi bukan bererti semua hal boleh dikongsi bersama teman anda dengan cara ‘men-tag’ mereka. Jika teman menghapuskan tag itu, ertinya dia tak suka. Jangan mengganggu mereka dengan ‘tagging’ lagi. Ini juga berlaku bagi yang menjajakan jualan di Facebook. Jangan sembarangan ‘men-tag’ orang dengan foto-foto jualan, kerana tak semua orang suka cara seperti itu.
 
2. Komen teman yang baru ‘putus’
Melihat teman yang baru putus cinta dengan update status ‘Single’ mungkin membuat anda GATAL hendak memberikan komen, entah benar bersimpati atau sebaliknya, atau lebih tepat lagi hendak mengambil kesempatan untuk ‘cucuk jarum’ Mereka yang baru putus cinta mungkin tak bermaksud ‘pamer’, dan mereka kemungkinan sedang tak ingin diganggu. Kalaupun bersimpati, lebih baik menyampaikannya melalui message atau chat agar lebih personal.

3.Tukar-ganti status
Hari ini ‘Single’, besok ‘It?s Complicated’, besok-besok ‘Single’, begitu seterusnya. Kisah cinta Anda tak perlu disebar-sebarkan kepada orang lain. Selain tak baik bagi citra anda sendiri, teman Facebook pun akan terganggu melihat pergantian status hubungan asmara yang sering dilakukan. Mungkin ada yang akan aggap – SEWEL apa kawan aku yang sorang ni!
 
4. ‘Memposting’ Jawaban Kuiz
Keterujaan menjawab kuiz mengenai pertanyaan rahsia tentang diri anda memang menarik. Tapi ketika jawaban tersebut melibatkan teman Facebook, dan automatik terposting di wall post mereka, sebaiknya jangan dilakukan. Orang yang menerima mungkin akan merasa tidak senang dengan jawaban tersebut. Meskipun hanya main-main, jawaban dari pertanyaan boleh saja membuat mereka malu atau memposisikan mereka pada keadaan yang tidak menyenangkan.

5. Mengundang semua orang main game
Jangan mengundang semua teman Facebook untuk bermain game dengan anda. Ingat, tidak semua pengguna Facebook berminat bermain game. Cuba jika anda di posisi mereka, akan sangat menyakitkan bila melihat notifikasi dipenuhi undangan bermain game bukan?

6. Minta berteman lagi
Beberapa orang yang sebelumnya berteman dengan Anda, diketahui sudah memutuskan pertemanan atau istilahnya unfriend. Anda pun mengirimkan request pertemanan lagi kepada orang itu. Sebaiknya jangan dilakukan! Apalagi sampai memohon atau menghubunginya untuk minta berteman lagi. Mungkin ada sejumlah hal menjadi pertimbangannya sebelum memutuskan pertemanan Facebook.

Mungkin ada apa-apa yang anda hendak tambah?
NOTA: Ada sesetengah perkataan di atas, penulis sendiri tak pandai nak terjemah, kena tunggu Dewan Bahasa Dan Pustaka keluarkan terjemahan rasmi seperti perkataan ‘tag’ contohnya, kalau anda tak biasa dengan FB, abaikan sajalah ye artikel di atas, ‘confirm’ anda akan bengong! Sumber : Mynewshub.my

AAP- Moralnya beragak-agaklahlah juga jika ingin menulis sebarang status difacebook.. terkadang tidak semua orang memahami dan meminati tentang apa yang kita tuliskan... Paling malang kelak mungkin dengan status kita itu akan menjadi kebosanan orang lain :(

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

1 Jun 2012

Akta Keterangan (Pindaan) 2012 Berkuat Kuasa 1 Jun 2012 Buat Blogger dan Penulis Halaman Maya.

Dengan media baru yang semakin popular, termasuk blog, Facebook dan Twitter, serta dalam usaha untuk menjadikan rakyat lebih bertanggungjawab terhadap aktiviti mereka di atas-talian, kini ia telah pun ditetapkan yang mana Akta Keterangan (Pindaan) 2012 bakal dikuat-kuasakan bermula esok, iaitu 1 Jun 2012.

Bagi yang tidak ketahui, melalui pindaan pada Akta Keterangan, ia menetapkan yang mana para pengguna Internet akan bertanggungjawab terhadap sebarang kandungan yang dihantar ke internet melalui rangkaian ataupun peranti mereka. Secara ringkasnya, sekiranya seseorang pengguna menghantar komen pada blog anda, halaman Facebook Page anda, tweetjack akaun Twitter anda, mahupun dengan “menumpang” talian WiFi anda, maka anda akan dipertanggungjawabkan terhadap sebarang perkara yang dikongsikan melaluinya.

Selain daripada itu, ia juga mengatakan yang mana sekiranya seseorang memulakan halaman Facebook, Twitter, blog mahupun sebarang perkara menggunakan nama dan gambar anda dan menerbitkan kandungan yang bertentangan dengan undang-undang serta memfitnah seseorang melaluinya, maka anda akan didapati bersalah, dan perlu membuktikan sebaliknya.
Anda mungkin akan menghadapi masalah sekiranya:
  • Anda mempunyai blog, dan seseorang pembaca menerbitkan komen, maka anda akan dianggap sebagai menerbitkan komen tersebut.
  • Anda mempunyai halaman Facebook Pages, dan seseorang pengguna menghantar komen atau menerbitkan sesuatu pada Wall, maka anda akan dianggap sebagai menerbitkannya.
  • Seseorang menggunakan tablet atau telefon pintar anda untuk menghantar sesuatu yang tidak baik, maka anda akan dianggap sebagai yang menerbitkannya.
  • Seseorang menggunakan komputer anda atau laptop anda untuk menerbitkan sesuatu pada internet, maka anda akan bertanggungjawab atasnya.
  • Seseorang menceroboh ke talian WiFi anda dan menghantar pelbagai perkara yang bertentangan dengan undang-undang di internet, maka anda akan bertanggungjawab ke atasnya.
  • …dan pelbagai perkara yang berkaitan.
Dalam arena digital dan elektronik ini, semestinya ia boleh dikatakan perkara ini salah satu perkara yang sukar untuk direalisasikan. Apatah lagi memandangkan pada halaman Facebook dan Twitter sesiapa sahaja boleh menggunakan nama dan gambar orang lain, dan berlakon seperti mereka.

Sebagai contoh, pada hari ini, akaun Facebook Pages untuk seseorang artis mahupun ahli politik sahaja, terdapat lebih daripada satu akaun untuk mereka, yang mana dimulakan oleh peminat dan juga penyokong. Sekadar perbandingan, akaun Facebook milik Najib Razak apabila dilakukan carian, secara kasar, terdapat lebih daripada 10 akaun, sekaligus menjadikan beliau bertanggungjawab terhadap kesemua akaun tersebut sekiranya sesuatu yang tidak sepatutnya diterbitkan, sehinggalah beliau membuktikan sebaliknya.

Jadi, secara ringkasnya, jagalah peranti dan rangkaian internet anda, disamping bertanggungjawab ke atas pelbagai perkara yang dikongsikan di arena internet, supaya ia tidak menyukarkan anda di kemudian hari. Sumber asal : amanz.my

AAP - Artikel sekadar satu perkongisan untuk makluman bersama. Jangan kita mudah alfa. Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

KLIK PERCUMA DAPATKAN INFO SELANJUTNYA.

SENARAI ENTRI TERKINI :

RUJUK ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :