[ UPDATE ENTRI TERKINI : AKU ANAK PAHANG ]

31 Mei 2012

WANITA MIANG PUNCA MASALAH


JAKARTA – Seorang pegawai kanan kerajaan yang ditugaskan menyelamatkan pekerja Indonesia yang menghadapi hukuman mati di luar negara membuat kenyataan mengejutkan bahawa sesetengah pekerja berkenaan, khususnya wanita perlu dipersalahkan atas nasib malang mereka.

Ketua pasukan petugas kerajaan terhadap pekerja migran, Maftuh Basyuni berkata, sesetengah pekerja migran Indonesia suka menggoda majikan mereka menyebabkan mereka diganggu secara seksual. “Sesetengah pekerja ini suka menggoda dan ia memerlukan dua belah pihak untuk berlaku kejadian seumpamanya. Mungkin mereka dipengaruh oleh nafsu, tetapi sikap pekerja migran memang mengejutkan,” katanya dalam satu seminar di Jakarta, semalam.

Media kemudian menghubungi Maftuh bagi mengesahkan kenyataannya itu dan bekas Menteri Hal Ehwal Agama dan bekas duta ke Arab Saudi itu menyatakan komennya memang beralasan. “Kerana kelakuan miang mereka, pasangan majikan mereka menjadi cemburu dan mendera mereka,” katanya.

Presiden Susilo Bambang Yudhoyono menubuhkan pasukan petugas pada 7 Julai tahun lalu bagi memberi bantuan kepada pekerja Indonesia di luar negara yang menghadapi masalah undang-undang. Susilo juga memberi tugas tambahan terhadap pasukan petugas itu bagi menyediakan bantuan guaman secara maksimum kepada setiap rakyat negara itu yang berdepan hukuman mati di luar negara.

Bidang kuasa pasukan petugas itu berakhir pada 7 Januari tahun ini, tetapi Susilo memutuskan untuk melanjutkannya hingga 7 Julai depan. Terdapat 6.5 juta rakyat Indonesia bekerja di luar negara masa kini, sesetengahnya terbabit dengan masalah undang-undang. Walaupun hampir mencecah tempoh tamat, pasukan petugas masih buntu dengan berapa ramai pekerja Indonesia yang berdepan masalah undang-undang di luar negara. – Jakarta Post | Mynewshub

AAP - Moralnya kena berwaspada juga bagi mereka yang telibat dengan geng ini :) Kacau juge kalau gitu huhuhu... bertepuk sebelah tangan masakan berbunyi :) Takut juga kalau miang-miang gitu :)

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

30 Mei 2012

KAMERA DIGITAL TERKECIL DI DUNIA

Inilah kamera digital terkecil di dunia. Dengan ukuran hanya 2.5 sentimeter saja, kamera ini mungkin kelihatan seperti sebuah replika dari kamera. Dari paparan, kamera digital yang berada di bawah lesen syarikat asal Amerika bernama Hammacher Schlemmerini ini memang kelihatan tidak membolehkan untuk dipercayai mengabadikan potret-potret istimewa dan rahisa anda.

Selain memiliki keunikan atau kelebihan kerana ukurannya yang super kecil, kamera digital ini mempunyai kelebihan lain yang tidak boleh dipandang sebelah mata kerana ukurannya. Kerana kamera digital ini dilengkapi dengan kamera dua megapiksel, boleh merakam video, boleh mengambil gambar JPEG dengan resolusi 1.600 x 1.200 dan dilengkapi dengan autofocus. Pastinya kemampuan luar biasa untuk kamera yang hanya seberat 28 gram. Selain itu, anda juga boleh menyambung kamera terkecil di dunia ini ke komputer melalui kabel USB, sama seperti peralatan fotografi lain.

Walaupun ukurannya hanya sebesar buah ceri dan bahkan tidak lebih besar dari hujung jari, kamera yang dibuat di New York dengan harga USD99, 95  Hampir RM 300.00 lebih kurang duit Malaysia. Pastinya kamera kecil ini mampu melaksanakan tugasan yang baik. Sebuah kemampuan yang tidak boleh dipandang mudah oleh pesaingnya yang notebene berukuran lebih besar. Sangat sesuai buat anda yang hobi berfotografi. Sesuai sekali juga ika digunakan bagi tujuan siasatan dan seumpamanya. Sumber: Oddget

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

29 Mei 2012

Apalah salah dan dosa ku...


 
 
Kemaruk nak ke beristeri gamaknya mamat nie :) kalau terer cuba buat kat pokok nyor (kelapa) yang ada kat belakanng tu  yak :) sesekali melepas tension gamaknya... pokok pisang juga yang jadi mangsa :(

Wassalam, Wa'allahhualam.

27 Mei 2012

KETAHUI ORANG PEREMPUAN SUKA MENINJAU-NINJAU APA YANG TERKANDUNG DIDALAM HANDSET PASANGAN MEREKA!

Kebanyakan pasangan terutama isteri sememang didalam diam-diam selalu memeriksa isi kandungan handset pasangannya atau sering kali meninjau-niNjau apakah yang ada terkandung didalam handset pasangan mereka.

Menurut China Daily, kajian dari sebuah syarikat komunikasi di Australia membuktikan rasa ingin tahu wanita yang sangat tinggi. Banyak wanita yang gemar memeriksa pasangannya melalui peranti komunikasi elektronik.

Tinjauan yang dilakukan terhadap 500 wanita usia 18-29 tahun ini menunjukkan satu daripada tiga wanita memeriksa isi mesej singkat atau jejak perbualan di telefon pasangannya. Empat daripada sepuluh wanita mencuri-curi membuka telefon walaupun pasangan berada di bilik yang sama. Dan, enam dari 10 wanita selalu menunggu pasangannya sedang mandi untuk memeriksa isi ponselnya.

Ada sejumlah akibat dengan kebiasaan itu. Munculnya mesej-mesej "mengejutkan" tentu akan mencetuskan pertengakaran hebat. Melalui tinjauan, satu daripada 10 pasangan memutuskan hubungan gara-gara isi telefon.

Penyelidikan London School of Economics di Inggeris, yang disiarkan Telegraph, juga memperlihatkan bahawa wanita mempunyai potensi meninjau-ninjau aktiviti pasangannya dua kali ganda lebih tinggi berbanding lelaki. Selain sms, mereka juga memeriksa e-mail, history web browser, serta akaun rangkaian sosial, seperti Facebook dan Twitter pasangannya secara diam-diam.

Dari 920 pasangan yang terlibat dalam penyelidikan, sebanyak 14 peratus wanita mengaku menyemak isi email suaminya secara diam-diam. Sebanyak 13 peratus wanita memeriksa sms pasangan, dan 10 peratus lain menyemak history web browser di komputer pasangan untuk mengetahui laman apa saja yang baru saja dibukanya.

Sedangkan berdasar jawapan responden lelaki, hanya lapan peratus yang menyemak e-mel pasangannya, enam peratus menyemak sms pasangannya, dan tujuh peratus yang memeriksa history web browser pasangannya

AAP - Moralnya jangan simpan perkara yang bukan-bukan sebab ada yang tukang memeriksa yak  :) dibimbangi ada tersimpan perkara tidak sepatutnya, yang mana kelak akan menyusahkan diri anda sendiri. Paling penting ikhlaslah kalau hidup berumahtangga :) Sumber asal : Vivanews.com Diolah semula by akuanakpahang

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

NILAI SEMASA WANG HANTARAN DI MALAYSIA

Siapa kata wang hantaran mahal? :) pendek kata pakai baju ukur badan sendiri :) nak mahal nak murah boleh buat nilaian sendiri :) Moralanya carik le yang sepadan jangan tak ada beban batu digalas....

Hasil Kajian Nilai Hantaran Kahwin Mengikut Harga Purata Terkini & 
Status Pelajaran di seluruh Semenanjung Malaysia :-

- UPSR, PMR/SRP : RM1,000 - RM3,000
- SPM : RM3,000 - RM8,000
- STPM/DIPLOMA : RM8,000 - RM12,000
- DEGREE : RM12,000 - RM15,000
- 2ND DEGREE/MASTER : RM15,000 - RM20,000
- PHD : RM20,000 - RM30,000
- ARTIS/PERSONALITI : Tertakhluk pada permintaan, terma dan syarat.
- JANDA BERGETAH - Silap-silap lebih mahal daripada anak dara :)

Sesungguhnya perempuan yang baik itu adalah yang rendah maharnya… Sabda Rasulullah SAW

” خير النساء أحسنهن وجوها أرخصهن مهورا “

أخرجه أبن حبان من حديث أبن عباس


Ertinya : “ Sebaik-baik wanita adalah yang elok rupanya dan yang paling rendah kadar maharnya

” ابركهن اقلهن مهرا “

Ertinya : “ Seberkat-berkat wanita ialah paling sedikit maharnya”

Rasulullah SAW juga bersabda maksudnya :

“Sebaik-baik maskahwin ialah yang lebih rendah “. ( Riwayat Abu Daud )

Dan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

“Sesungguhnya yang besar berkat nikah ialah yang sederhana belanjanya “.
( Riwayat Ahmad )

Wassalam, Wa'allahhualam.

 

25 Mei 2012

APAKAH PERKARA PERLU KITA BUAT JIKA BERLAKU KEMALANGAN? DAN APAKAH TINDAKAN KITA?

Gambar sekadar hiasan

Mungkin malang tidak berbau... bagaimanakah jika sesuatu kemalangan itu telah berlaku? dan apakah tindakan utama kita? Mungkin kita telah berada disituasi panik atau sudah tergamam. Mungkin kita sudah tidak mampu berfikir dan berbuat apa-apa. Persoalannya apakah perkara perlu dan menjadi keutamaan untuk kita lakukan jika sekiranya perkara seumpama ini berlaku?. Disini sedikit perkongsian yang mana mungkin bermanfaat untuk kita kongsikan bersama.  

1. APAKAH YANG PERLU ANDA LAKUKAN SEKIRANYA TERLIBAT DALAM KEMALANGAN JALAN RAYA?
Anda hendaklah membuat laporan Polis di Cawangan Trafik atau di mana-mana Balai atau Pondok Polis berhampiran mengikut Seksyen 52 Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987. Petugas di kaunter pertanyaan DIWAJIBKAN menerima repot mengenai kemalangan jalan raya.

2. APAKAH PERKARA YANG ANDA PERLU TAHU UNTUK MEMBUAT LAPORAN POLIS MENGENAI KEMALANGAN JALAN RAYA?
Anda haruslah mengetahui tarikh, masa, tempat kejadian, bagaimana kejadian kemalangan itu berlaku dan kenderaan terlibat (jika ada) berdasarkan Seksyen 107 Kanun Prosedur Jenayah.

3. APAKAH DOKUMEN YANG ANDA PERLU BAWA SEMASA MEMBUAT LAPORAN POLIS?
Anda haruslah membawa kad pengenalan diri, lesen memandu dan cukai jalan manakala kad pendaftaran kenderaan dan polisi insuran kenderaan boleh diserah kemudian kepada pegawai penyiasat menjalankan siasatan kemalangan jalan raya itu.

4. APAKAH TINDAKAN PEGAWAI PENYIASAT (I.O) SEMASA ANDA MEMBUAT LAPORAN POLIS?
Pegawai Penyiasat / Penolong Pegawai Penyiasat / Ketua Polis Balai atau mana-mana Sarjan di Balai yang menerima repot polis dikehendaki menjalankan siasatan awal bagi semua kes kemalangan jalan raya. Pegawai Penyiasat kes akan merakam percakapan anda dan saksi, mengambil gambar kenderaan terlibat dan mendapatkan dokumen-dokumen berkaitan serta menjalankan siasatan di tempat kejadian dan menyediakan rajah kasar sekiranya kejadian berlaku di kawasan pentadbiran Balai yang menerima repot.

5. BAGAIMANA JIKA KEMALANGAN JALAN RAYA TELAH BERLAKU DI LUAR DAERAH / KONTINJEN?
Petugas kaunter pertanyaan yang menerima repot polis mengenai kemalangan jalan raya dikehendaki memaklumkan kejadian kepada Balai Trafik daerah berkenaan untuk mendapatkan nombor repot dan nama Pegawai Penyiasat bertugas. Pegawai Penyiasat atau mana-mana Sarjan di Balai yang menerima repot polis dikehendaki menjalankan siasatan awal bagi semua kes kemalangan jalan raya dengan mengambil tindakan merakam percakapan pengadu dan saksi, mengambil gambar kenderaan terlibat dan mendapatkan dokumen-dokumen berkaitan sebelum menyerahkan dokumen siasatan awal kepada Pegawai Penyiasat Trafik di mana kemalangan tersebut berlaku dan Pegawai Penyiasat Trafik dari daerah di mana tempat kemalangan itu berlaku akan mengambil alih siasatan seterusnya

6. BILA PEGAWAI PENYIASAT (I.O) AKAN MEMAKLUMKAN KEPUTUSAN ATAU PERKEMBANGAN SIASATAN KEMALANGAN?
Untuk kes kemalangan maut dan cedera parah Pegawai Penyiasat akan memaklumkan dalam masa 30 hari selepas kemalangan manakala bagi kemalangan biasa ialah 15 hari selepas kemalangan.

7. BILA DOKUMEN SIASATAN AKAN DIBEKALKAN KEPADA ANDA SETELAH MEMBUAT PEMBAYARAN?
Salinan repot akan dibekalkan serta merta atau tidak melebihi 3 hari bekerja manakala bagi rajah kasar dan gambar kemalangan adalah tidak melebihi 15 hari. - Sumber Jerantut kampung ku. By akuanakpahang

AAP - Semoga dijauhkan jua kita daripada perkara seumpama ini. Pandu cermat jiwa selamat, berhati-hati dijalan raya, lalai sesaat mungkin menderita sepanjang masa. Memandulah dengan cara yang cermat dan berhemah ingatlah orang yang tersayang.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

Plat WWW 1 Terima Bidaan Tertinggi RM520,000

Nombor pendaftaran WWW 1 mencipta rekod baru apabila bidaan tertinggi yang diterima bagi nombor siri tersebut bernilai RM520,000, mengatasi nombor pendaftaran MCA 1 yang telah dijual dengan harga RM300,100.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha berkata siri WWW juga telah mencipta rekod tersendiri, iaitu sejumlah 13 bidaan yang telah berjaya, adalah bernilai melebihi RM100,000 dan tiga daripadanya bernilai melebihi RM300,000.

Katanya bilangan pembida yang terbanyak adalah untuk nombor WWW 333 iaitu seramai 84 orang. “Pada asasnya, semua nombor bernilai utama, nombor menarik dan nombor popular, termasuk nombor-nombor biasa lain yang mungkin mempunyai nilai sentimental atau maksud tertentu kepada pembida, telah habis dibida,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya 18,243 permohonan dengan nilai bidaan RM64,225,838.51 telah diterima sepanjang tempoh bidaan selama 15 hari dari 30 April lalu dan kutipan hasil daripada pembida yang berjaya dianggarkan sebanyak RM11.3 juta, iaitu 10 kali ganda daripada kutipan biasa dibuat untuk jualan nombor pendaftaran siri lain sebelum ini.

Kong berkata sebanyak 4,908 nombor dalam siri WWW dibida manakala bakinya 5,091 akan menjadi nombor semasa Apabila siri WWW dibuka untuk pendaftaran kelak. Katanya keputusan penuh bagi nombor pendaftaran siri WWW akan dikeluarkan melalui portal JPJ (www.jpj.gov.my) pada Isnin ini, dan surat rasmi berhubung keputusan bidaan akan dikeluarkan mulai 6 Jun 2012.

Beliau berkata nombor pendaftaran siri WWW dijangka boleh mula didaftarkan pada 15 Jun 2012 dan pembida boleh memilih untuk menerima surat keputusan secara pos atau datang sendiri ke pejabat JPJ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wangsa Maju. “Bagi pembida yang berjaya, bayaran baki bidaan perlu dijelaskan dalam tempoh sebulan dari tarikh surat keputusan dan kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan nombor pendaftaran tersebut ditarik balik.

“Manakala pembida yang tidak berjaya, akan dipulangkan bayaran deposit berdasarkan alamat yang diberikan dalam sampul surat yang disertakan bersama permohonan,” katanya.- BERNAMA

AAP - Duduk memikir juga jika wang sebanyak itu jika dimanfaat kepada perkara yang lebih berfaedah dan mendatangkan kebiakan kepada mereka yang memerlukan adalah lebih baik.

Wassalam, Wa'allahhualam.

  

24 Mei 2012

Penjenayah Seks Dihukum Suntikan Kurang Nafsu, Ada Yang Berani?

SEOUL – Korea Selatan akan “memandulkan” seorang lelaki menggunakan kimia minggu ini, kerana beberapa kali didakwa atas jenayah serangan seksual terhadap kanak-kanak dan ia adalah hukuman pertama seperti itu di negara berkenaan, kata pegawai.

Lelaki dikenali sebagai Park, 45, akan dibebaskan dari penjara Julai depan selepas menjalani hukuman 10 tahun penjara atas cubaan memperkosa kanak-kanak perempuan 10 tahun.

Pegawai Kementerian Kehakiman, Kim Hyung-Yul berkata, lelaki itu akan diberi suntikan itu setiap tiga bulan untuk tiga tahun akan datang untuk mengurangkan nafsu seksnya dengan memanipulasi hormonnya tidak kiralah “dia suka atau tidak”. Sebelum ini Park dihukum tiga tahun penjara kerana serangan seksual terhadap gadis di bawah umur 16 pada 1984, 1991 dan 1998.

Kim berkata, Jawatankuasa Kementerian Kehakiman kelmarin, mengeluarkan perintah supaya menggunakan bahan kimia kemandulan, yang pertama sejak undang-undang membenarkan prosedur itu dikuatkuasa Julai lalu. Sumber : Mynewshub.my

AAP - Bagus juga jika perkara sedemikan dipraktikan di Negara kita ini ada yang berani? Merana sepanjang zaman oit... menyesal seumur hidup :(

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

BAHAYA TIDUR DENGAN LAMPU MENYALA

Anak-anak yang sentiasa tidur dengan lampu menyala bakal boleh menghidap atau  terkena penyakit leukemia. Para saintis mendapati bahawa tubuh perlu suasana gelap dalam menghasilkan bahan kimia pelawan kanser. Bahkan ketika menyalakan lampu toilet, berniaga, mengembara melintas zon masa, lampu-lampu jalan boleh menghentikan pengeluaran zat melatonin.

Tubuh memerlukan zat kimia untuk mencegah kerosakan DNA dan ketiadaan zat melatonin tersebut akan menghentikan asid lemak menjadi tumor dan mencegah pertumbuhannya.

Prof. Russle Reiter dari Texas University yang mengetuai kajian tersebut mengatakan "Sekali anda tidur dan tidak mematikan lampu selama 1 minit. Otak anda akan mengesan bahawa lampu menyala seharian dan pengeluaran zat melatonin menurun ".

Jumlah anak-anak pengidap leukimia naik menjadi dua kali ganda dalam kurun 40 tahun terakhir. Sekitar 500 anak muda di bawah 15 tahun didiagnosis menderita penyakit ini setiap tahun dan kira-kira 100 orang meninggal.


 Sebuah persidangan tentang anak penderita leukimia diadakan di London menyatakan bahawa orang menderita kanser akibat terlalu lama memakai lampu waktu tidur dimalam hari berbanding dengan yang tidak pernah memakai lampu waktu tidur.

Perkara ini menekan pengeluaran melatonin di mana biasanya terjadi antara jam 9 malam s / d jam 8 pagi. Penelitian terdahulu telah menunjukkan bahawa orang-orang yang paling mudah diserang adalah para pekerja shift yang mempunyai risiko terkena kanser payudara.

Pada hakikatnya, Orang-orang buta tidak terdedah kepada melatonin mempunyai risiko yang lebih rendah menghidap kanser. Maka orang-orang tua disyorkan utk menggunakan bola lampu yang suram berwarna merah atau kuning jika anak-anaknya takut pada kegelapan. - Sumber : Smartnewz.info


AAP -  Lemas juga kalau tidur terlalu bergelap... Moralnya gunakan lampu yang samar-samar cahayanya adalah yang terbaik.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

23 Mei 2012

SIKAP WANITA YANG MEMBUAT SUAMI HILANG GHAIRAH.

Pasti bila mana mempersoalkan hal rumah tangga perkara seperti ini tidak dapat lari daripada kebenaranya. Bukan perkara remeh yang mana mungkin dipermudahkan dan terlepas pandang. Sebaliknya ianya perlu diberi keutamaan didalam kehidupan berumahtangga. Soal-soal kecil seumpama ini pasti akan mengundang masalah yang lebih besar dan merumitkan serta boleh membawa keruntuhan institusi berumah tangga jika diabaikan dan diremeh-remehkan.

Lelaki hari ini lebih cenderung ingin melihat susuk tubuh yang sejajar dalam peribadi pasangan wanitanya dalam urusan seks. Psikologi seks asal Amerika mencatat, wanita seringkali tidak menyedari ada beberapa perilaku seks dan non-seks mereka yang mempengaruhi kualiti hubungan suami isteri. Pada akhirnya, perilaku ini boleh membuat pasangan lelaki hilang rasa (mood) dan mencetuskan perpisahan atau perceraian.

Mengikut kajian, bila wanita mempunyai beberapa hal dalam senarai dibawah ini, akan lebih cenderung mengurangkan daya tarikan seksual mereka di mata suami. Ini beberapa perkara yang membuat lelaki hilang rasa berkeinginan kepada pasangan, seperti dipetik daripada GeniusBeauty:

1. Kurang minat berhias diri
2. Bersikap seolah-olah mereka tidak mahu seks
3. Tak pernah memulakan inisiatif dalam sesi intim
4. Menyerahkan tanggung jawab untuk orgasme sepenuhnya kepada lelaki
5. Terlalu mengendalikan aktiviti seksual
6. Tak pernah bertindak balas saat berhubungan intim dengan pasangan atau sering disebut "mayat seks"
7. Berbicara terlalu banyak di tempat tidur
8. Tidak menyukai tubuhnya sendiri dan tak percaya diri
9. Memperhatikan penampilan secara berlebihan
10. Tidak suka oral seks
11. Suka ciuman tak berkesudahan
12. Wanita yang lemah dan terlalu mengekang
13. Selalu bodoh, dan berpura-pura
14. Terlalu mengawal kewangan pasangan lelaki
15. Wanita yang menggunakan seksualiti untuk memanipulasi
16. Masih terus membicarakan bekas kekasih

Semoga menjadi panduan dan peringatan bersama jaga dan perlilhara rumah tangga yang telah kita bina.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

20 Mei 2012

JOM KITA SKODENG DOKTOR GIGI JALANAN DI INDIA

Apa beza doktor gigi jalanan dan doktor gigi klinik atau di hospital ? Cari jawapannya pada sebuah video dokumentari ringkas mengenai cara kerja doktor gigi jalanan di India ini, yang bakal membuat anda bersyukur kerana ayah dan ibu kita dulu tidak membawa kita ke doktor gigi seperti ini.
 Adehh.... sampai nok pengsan kakak tu masa giginya dicabut :(

Pasti ada pro dan kontranya.

Cons:
- Tiada bilik dan kerusi khas

- Banyak lalat menemani :(
- Pasti persekitaran kurang bersih
- Tak ada akaun boleh datang bila-bila masa dimana jua.

- Penyakit berjangkit mungkin lebih cepat menular.
 

Pro:
- Proses sepantas kilat tanpa bersusah payah menunggu.
- Mungkin tanpa menunggu giliran
- Kos yang rendah entah berapa hinggit sahaja.

(ditempat saya RM45 hinggit sebatang)
- Doktornya berpengalaman, semudah memperbaiki basikal :)


AAP - Tak kurang ramai juga dikalangan kita yang masih takut mencabut gigi sudah dibiar gigi tersebut buruk begitu aje :( bawak kesini baru tahu hehehe....

Wassalam, Wa'allahhualam.

19 Mei 2012

KENAPA SUKAR MEMOHON MAAF DAN BERTERIMA KASIH?

Selalu diingat-ingatkan didalam kehidupan ini jangan pernah kita melupakan dua kata-kata ajaib iaitu terima kasih dan maaf. Mungkin bagi anda perkara ini remeh tapi tahukah anda bahawa hanya dengan mengucap maaf pada perempuan dengan tulus anda sudah membantu memanjangkan usianya. Mengucapkan 'maaf' mungkin sangat sukar dilakukan oleh banyak orang terutama perempuan dan tidak terkecuali lelaki sendiri.

Tapi saintis Massachusetts University membuktikan memohon maaf yang ditujukan pada seorang perempuan boleh meningkatkan kesihatannya terutama jantung. Perempuan yang mengalami perlakuan kasar atau menyakitkan dari orang lain boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah yang boleh meningkatkan risiko serangan jantung atau stroke. Namun ketika mendengar kata 'maaf' dapat menurunkan tekanan darahnya, iaitu tekanan darahnya akan kembali normal sekitar 20 peratus lebih cepat.


Sebaliknya tekanan darah laki-laki akan 20 peratus lebih lama untuk pulih setelah mendengar permintaan maaf kerana mendapat perlakuan tak selesa. Perkara ini menunjukkan seseorang laki-laki cenderung bekerja lebih keras setelah mendengar pengakuan bersalah.

Kajian ini dilakukan saintis di University of Massachusetts Medical School di Worcester, AS. Penyelidik mengukur tekanan diastolik dari 29 laki-laki dan 59 perempuan.

Kedua-dua kumpulan secara individu diminta untuk menyelesaikan ujian matematik dalam masa lima minit. Selama mengerjakan ujian, peserta diinterupsi sebanyak tiga kali oleh penyelidik sambil marah dan menyuruhnya untuk lebih cepat dalam mengerjakan tugasnya.


Pada akhir ujian, para responden mengatakan, "Anda jelas tidak cukup baik". Namun, dua minit kemudian penyelidik meminta maaf atas kekerasan yang terjadi pada setengah dari peserta laki-laki dan perempuan.

Peserta perempuan yang menerima permintaan maaf menjadi lebih cepat tenang, sementara kaum laki-lakinya justru menjadi lebih gelisah.

"Hasil kajian ini menunjukkan bahawa ada manfaat yang berpotensi bagi kesihatan seseorang perempuan atas permintaan maaf," ujar salah seorang penyelidik, seperti dipetik dari Telegraph

 
Tekanan darah yang diukur dalam kajian ini adalah tekanan darah diastolik, iaitu tekanan dalam darah antara degupan jantung atau tekanan dalam arteri-arteri ketika jantung berehat setelah kontraksi. Jika terlalu tinggi boleh meningkatkan kemungkinan stroke atau serangan jantung pada orang tersebut.

AAP - Sayangi persahabatan anda dan orang yang paling hampir dengan anda atau pasangan anda. Jangan lupa berterima kasih dan meminta maaf jika ada kesalahannya. Mungkin
dua kata-kata ajaib tersebut boleh membuat hidup kita dan orang lain lebih tenang dan damai. Remeh tapi begitu besar maknanya.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

18 Mei 2012

5 Sebab Kenapa Kita Perlu Mempertahankan Pernikahan.

Merasa kehidupan rumah tangga anda bagai neraka? Jangan terburu-buru mengambil langkah, memutuskan untuk bercerai.Sebelum anda mengunjungi peguam, mengemukakan tuntutan peceraian sebaiknya pertimbangkan matang-matang keputusan itu.

Membiarkan pasangan anda hidup sendiri, mungkin tidak membuat hidup anda berubah lebih baik. Sebaliknya, memilih jalan bercerai,mungkin juga boleh berakhir lebih buruk. Pasti ianya bukan sutu keputusan yang tepat.

Untuk itu, anda pun perlu mengambil perhatian daripada lima alasan untuk tetap mempertahankan perkahwinan seperti dilaporkan didalam  laman Yahoo News,Khamis 17 Mei 2012.

1. Tiada mereka yang sempurna
Setiap pasangan suami isteri, pasti menghadapi masalah dalam menjalani rumah tangga. Pelbagai masalah rumah tangga akan selalu muncul sepanjang hubungan masih berjalan. Sebahagian wanita mungkin berfikir, suami yang kaya dan santai yang akan membuat hidup lebih bahagia. Namun, tak selamanya demikian. Kaya dan santai tidak akan sepenuhnya menghilangkan masalah anda.Namun, kuncinya adalah, bagaimana anda dan pasangan saling bekerjasama menyelesaikan setiap masalah rumah tangga yangterjadi. Saling kompromi dan menurunkan ego atas nama cinta.

2. Mencari cinta baru tidak mudah.
Data statistik 2010 dipaparkan di Infoplease.com menyatakanbahawa 20,4% laki-laki dan 13,8% perempuan di atas usia 40belum pernah berkahwin. Tidak diragukan lagi, jika anda memutuskan untuk menamatkan perkahwinan dan memilih untuk mencari pendamping hidup baru, beberapa individu itu mungkin menjadi pasangan anda. Oleh kerana itu, alasan utama untuk tetap bertahan dalam perkahwinan anda adalah, anda mungkin tidakdapat mencari pasangan lain, terutama jika usia anda lebih tua.

3. Anak-anak dari perceraian menderita.
Tak kira berapa usia anak anda, muda atau tua, mereka akanmenderita ketika melihat orang tuanya berpisah. Dan sebuah penelitian pun mengungkap bahawa, anak-anak dari orang tua yang bercerai mempunyai lebih banyak masalah perilaku daripadamereka yang berasal dari keluarga utuh. Sebelum memutuskanuntuk bercerai, fikirkan kembali bagaimana kesan psikologi pada anak.

4. Kewangan anda mungkin berkurang.
Wang memang bukanlah segalanya. Namun, banyak keperluanrumah tangga yang harus anda bayar dengan wang, mulai dari membayar sewa rumah, bil elektrik, bayaran makan hingga keperluan lain. Menurut Guardian.com, laki-laki rata-rata menjadi signifikan lebih kaya selepas perceraian. Wanita, di sisi lain, justerumengalami penurunan sekitar seperlima pendapatan. Fakta ini,mungkin boleh jadi pertimbangan untuk para wanita.

5. Revolusi seksual sudah berakhir.
Berniat untuk berpoligami atau poliandri? Cuba fikir berkali-kali. Jika tak kenal betul dengan calon pasangan baru yang akan anda pilih,hati-hati penyakit menular seksual boleh saja menyerang anda.Berfikirlah bahawa, berkahwin monogami boleh mempunyai kehidupan seks yang jauh lebih sihat, kerana anda tidak mempunyai kecemasan atau bertanya-tanya apakah pasangan anda bersih. 

AAP - Yang patah mungkin akan tumbuh, yang hilang mungkin akan berganti. Namun terkadang yang tumbuh pasti tidak sama dengan yang patah dan yang berganti mungkin tidakan sama yang hilang. Semoga menjadi iktibar bersama.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

16 Mei 2012

Ayuh Tunjukkan Sokongan Kita Kepada Tahanan Palestin Melalui Facebook

Beribu-ribu penduduk Palestin di Tebing Barat dan Gaza semalam keluar menyambut meriah langkah Israel memberi layanan lebih baik membolehkan tahanan Palestin sekali gus menamatkan mogok lapar mereka selain mengingati ‘malapetaka’ apabila Israel diasaskan pada 1948 atau ‘Nakba’.

Israel kini bersetuju membenarkan anggota keluarga melawat tahanan Palestin dan cuba mengelak menahan penduduk tanpa didakwa. Sebagai tukaran, kumpulan pejuang Palestin memberhentikan serangan.

Dua lelaki memulakan mogok lapar pada 28 Februari lalu dan tidak makan selama 77 hari, mogok lapar paling lama. Selain itu, 1,600 tahanan Palestin lain, lebih sepertiga daripada bilangan tahanan dan menyertai mogok itu pada 17 April lalu yang berlangsung selama 27 hari.

Antara mereka termasuklah;
Bilal Thiab … 76 Hari
Thaer Halahleh … 76 Hari
Hassan Safadi … 70 hari
Omar Abu Shallal … 68 Hari
Mohammedd Al-Taj … 60 hari
Mahmoud Sarsak … 54 Hari
Faris Al-Natur … 47 hari
Jafar Ezz Al-Din … 53 Hari
Abdallah Al-Barghouthi 32 Hari

“Tahanan membuktikan kepada dunia bahawa perut kosong adalah lebih kuat daripada mana-mana pemerintah atau penindas,” kata jurucakap kerajaan Gaza, Fawzi Barhoum.
Pun begitu, kita di sini masih boleh menunjukkan sokongan yang tak berbelah bagi kepada tahanan ini.
Selain daripada berdoa, ada banyak cara lagi untuk kita nyatakan sokongan kita itu.

Untuk pengetahuan anda, pihak berkuasa penjara Israel akan membekalkan pakaian banduan berwarna coklat kepada mana-mana tahanan yang mereka anggap BANDUAN BERANI MATI. Dan kini satu kempen besar-besaran dibuat di Facebook sebagai menyokong perjuangan tahanan-tahanan berkenaan.

Caranya mudah saja, tukarkan ‘profile picture’ masing-masing dengan gambar-gambar ‘coklat’ seperti mana di bawah. Bayangkan kalau jutaan umat Islam yang menggunakan FB berbuat demikian, tidak dapat tidak, ia telah membawa satu mesej jelas betapa kita di seluruh dunia bersatu hati mengutuk penindasan dan kezaliman yang telah dilakukan terhadap tahanan-tahanan di penjara Israel ini.

InsyaAllah, moga-moga usaha ‘kecil’ ini dapat menyedarkan kuasa-kuasa besar di luar sana betapa besarnya sokongan yang diterima oleh banduan-banduan yang tidak berdosa tersebut. Jangan biarkan media Barat mengebumikan kes mereka, semua mereka meminta HAK ASASI mereka sebagai tawanan perang, hak lawatan, hak pendidikan dan hak-hak lain yang diisytiharkan oleh undang-undang antarabangsa.

Ingatlah, tahanan-tahanan ini tidak punya cara lain kecuali dengan cara melancarkan mogok lapar, hanya itu pilihan yang mereka ada!
Prof Dr. Yusuf al Qaradhawi ada menjelaskan hukum mogok lapar ketika menjawab satu soalan yang diajukan kepadanya.

Syeikh Yusuf Al- Qaradhawi menjawab :
Mereka adalah pejuang keadilan! Mogok (lapar) adalah hak mereka yang telah diiktiraf yang bertujuan untuk membongkar segala bentuk kezaliman dan kejahatan yang dilakukan ke atas mereka ! Oleh itu menjadi kewajipan ke atas setiap orang Islam untuk memberikan sokongan padu kepada mereka mengikut kemampuan masing-masing samada secara sokongan aman, demontrasi atau sokongan moral termasuklah secara mogok lapar ! atau menghantar telegram dan mengeluarkan kenyataan rasmi untuk merasakan dan menzahirkan bahawa kita adalah sentiasa bersama-sama dengan mereka !
Ayuh nyatakan sokongan!



 Sumber : Mynewshub.my

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

15 Mei 2012

Gula-gula Getah Pengaruhi Memori Jangka Pendek Anda

Seharusnya kita mengetahui didalam masa beberapa minit jika anda mengunyah gula-gula getah ianya akan mempengaruhi memori jangka pendek anda. Jauhkan keinginan untuk mengunyah gula-gula getah, meskipun alasanya gula-gula getah akan mengurangkan stress.

Itulah kesimpulan yang sebuah penelitian NutraIngredients yang diterbitkan Quarterly Journal of Experimental Psychology. Kajian menunjukkan makan gula-gula getah boleh merosakkan memori jangka pendek. Hasil ini bertolak belakang dengan penyelidikan yang sebelumnya yang mencari gula-gula getah meningkatkan risiko kehilangan memori jangka pendek.


Penyelidik dari Cardiff University di United Kingdom meminta 40 mahasiswa untuk menghafal urutan huruf secara rawak - misalnya, P, V, B, C, D, G, T - sambil mengunyah gula-gula getah.

Sebuah kumpulan kedua kemudian diminta melakukan hal yang sama, tapi diarahkan untuk mengunyah secara semula jadi. Pada ujian ketiga, peserta diminta untuk mencari huruf yang hilang dalam susunan rawak sambil mengunyah gula-gula getah.


Hasil kajian mendapati, makan gula-gula getah di semua situasi menyebabkan gangguan memori jangka pendek semua peserta. Penemuan yang sama juga berlaku semasa gula-gula getah digantikan dengan menggigiti jari. Namun, para penyelidik memperingatkan bahawa gula-gula getah dengan rasa tertentu mungkin dapat menghapuskan kesan negatif gangguan memori.

Kajian lain menunjukkan mengunyah gula-gula getah boleh membantu mengurangkan pengambilan kalori sepanjang hari.
Perkara ini dikuatkan dengan penemuan mengunyah gula-gula getah membantu pesakit yang dibedah akibat gangguan penghadaman pulih lebih cepat

AAP - Mengunyah gula-gula getah fungsinya mungkin hanya menyegarkan nafas untuk sementara kerana kebaikanya adalah menambah produksi air liur untuk membersihkan bakteri dan penyakit dan menghilangkan sedikit bau mulut. Sesekali suka juga mengunyah gula-gula getah ini :)

Wassalam, Wa'allahhualam.

SMS SAMBIL BERJALAN HARAM !

FORT LEE (New Jersey)  Pejalan kaki yang suka menggunakan khidmat mesej pesanan ringkas (SMS) perlu berhati-hati. Polis di bandar ini berkata, mereka akan mula menyaman sebanyak AS$85 (RM255) terhadap pejalan kaki yang ditangkap menaip mesej pesanan ringkas pada telefon bimbit masing-masing sambil berjalan.

“Ia satu gangguan besar. Pejalan kaki tidak melihat arah yang mereka tuju dan mereka tidak sedar,” kata Ketua Jabatan Polis Fort Lee, Thomas Ripoli. Menurutnya, bandar berkenaan yang didiami hampir 35,000 penduduk, menyaksikan tiga kematian di kalangan pejalan kaki selepas mereka terbabit dalam kemalangan tahun ini.

Beliau berharap tindakan menyaman pejalan kaki yang berkelakuan membahayakan ketika berjalan akan menjadikan bandar itu lebih selamat. Bagaimanapun, tidak semua orang bersetuju mengenai cadangan menyaman itu. “Ketika berjalan, saya tetap akan melihat sekeliling. Saya tidak melihat ke bawah sepanjang masa,” kata penduduk, Sue Choe.

Seorang wanita lain mengadu mengenai jumlah saman itu yang dianggapnya terlalu tinggi. Anggota polis menyerahkan risalah sepanjang kempen singkat Mac lalu sebelum bertindak secara agresif terhadap ‘pejalan kaki berbahaya.’ Setakat ini, 117 saman sudah dikeluarkan, menurut Rekod New Jersey.

Dua profesor di Universiti Stony Brook di New York menjalankan kajian berjalan kaki sambil menghantar atau membaca mesej pesanan ringkas pada telefon. Mereka mendapati, pengguna khidmat itu berkemungkinan 60 peratus terbabas berbanding pejalan kaki lain.

“Kami mahu meningkatkan kesedaran bahawa gangguan sebenar berlaku kerana menaip mesej pesanan ringkas pada telefon,” kata Eric Lamberg, penyelidik bersama kajian itu. “Menaip mesej pada telefon sambil berjalan lebih banyak menjejaskan keupayaan anda berbanding berbual.” - Agensi

AAP - Ditempat kita sudah menjadi suatu kebiasaan juga bermesej sambil  menaiki motorsikal dan menggunakan handset sambil membawak kenderaan, sesungguhnya perbuatan tersebut amat bahaya pada diri sendiri dan orang lain. Moralnya singgahlah dahulu... duduk diam-diam antorlah mesej semahunya atau menelepon sepuas-puasnya tidak menganggu orang lain yak :)

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

13 Mei 2012

GERAI GORES DAN MENANG BEROPERASI SECARA TERANG-TERANGAN!

Artikel ini dipetik daripada posting En.Salleh Sheikh Ibrahim As-Saber di wall Majlis Daerah Jerantut utk pengetahuan bersama...adalah dimaklumkan sudah ada warga Jerantut yang terkena dengan skim 'Gores dan Menang' ini yang kini berada di Pasaraya TF & Tunas Manja..bahkan mereka ini mungkin beroperasi di seluruh Pahang....

Salam semua. hanya untuk kongsi bagi kebaikan bersama. Satu Gerai Jualan ala "Gores dan menang" telah saya kenalpasti sedang berada di TF Jerantut dan menjalankan aktiviti mereka memperdayakan pengguna Jerantut supaya membeli barangan perkakas rumah dengan harga yang tinggi. Saya adalah salah sorang mangsa yang tidak berjaya dipujuk oleh mereka pada Sabtu yang lepas kerana saya sendiri sudah sedia maklum mengenai perkara ini. Saya rasa aktiviti mereka amat terancang dan modus operandi mereka untuk memperdayakan pengguna adalah sangat berkesan. sesiapa yang kurang maklum mungkin akan terkena, malah susah ada yang terkena.

Kunjungan saya dan isteri ke TF pada hari ini mendapati mereka masih beroperasi seperti biasa dan masih terdapat lagi ramai yang saya lihat sedang dipujuk supaya membeli produk mereka. saya kurang pasti apa tindakan yang boleh diambil oleh pihak majlis, cuma saya harap post saya ini dapat sedikit sebanyak memberi manfaat kepada warga Jerantut supaya berhati-hati. Untuk maklumat lebih lanjut bagaimana kaedah mereka membuat promosi, sila klik pada link yang saya post di bahagian komen berkenaan contoh2 mangsa yang sudah kena. Saya boleh katakan kaedah yang mereka gunakan adalah 100% sama di TF dan kemungkinan besar mereka adalah dari syarikat yang sama.

AAP - Artikel sekadar satu perkongsian. Jika itu yang sudah kita ketahui... apa yang diharapkan pihak PDRM dan Pihak KPDNKK tidak hanya berpeluk tubuh sila turun padang!  Paling kita sedih apabila bangsa kita menipu bangsa sendiri.. bangsa lain hidup mewah :( Sila war-warkan pengetahuan anda kepada pihak lain.

Wassalam, Wa'allahhualam.

Penduduk Jepun Pupus 1,000 Tahun Lagi

TOKYO: Penyelidik Jepun semalam mendedahkan jam populasi yang menunjukkan rakyat negara itu secara teorinya boleh pupus dalam masa 1,000 tahun kerana penurunan kadar kelahiran.

Ahli akademi di Sendai, bandar utara Jepun berkata, populasi kanak-kanak berusia sehingga 14 tahun yang kini berjumlah 16.6 juta, semakin berkurangan pada kadar satu dalam setiap 100 saat.

Penentuluaran mereka mengarah kepada sebuah negara Jepun tanpa kanak-kanak dalam masa 1,000 tahun. “Jika kadar penurunan itu berterusan, kita masih boleh menyambut cuti Hari Kanak-Kanak pada 5 Mei 3011 kerana masih ada seorang kanak-kanak. “Tetapi, 100 saat kemudian, tidak ada kanak-kanak lagi yang tinggal,” kata Hiroshi Yoshida, profesor ekonomi di Universiti Tohoku.

Menurutnya, corak keseluruhan ialah ke arah pempupusan yang bermula sejak 1975 apabila kadar kesuburan negara itu jatuh di bawah paras dua. Yoshida berkata, dia mencipta jam populasi sebagai usaha menggalakkan perbincangan segera mengenai isu itu.

Satu lagi kajian yang didedahkan awal tahun ini menunjukkan populasi Jepun dijangka berkurangan kepada sepertiga daripada jumlah sekarang iaitu 127.7 juta pada abad akan datang. Unjuran kerajaan menunjukkan kadar kelahiran akan mencapai hanya 1.35 kanak-kanak setiap wanita dalam masa 50 tahun, di bawah paras kadar penggantian. – AFP - Hmetro

AAP - Negara lain dan bangsa lain juga mungkin tidak terkecuali didalam perkara ini jika mengambil tindakan yang sama. Pasti melayu tidak akan hilang didunia kata Hang Tuah :)

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

12 Mei 2012

SELAMAT MENYAMBUT HARI JURURAWAT SEDUNIA

Selamat menyambut hari Jururawat sedunia sempena hari Jururawat Sedunia yang disambut pada 12 Mei setiap tahun. Pada semua Jururawat sedunia, khasnya untuk semua Jururawat di Pahang ini. Selamat Hari Jururawat :)

Jom dengarkan lagu khas daripada Allahyaraham Sudirman ini khas untuk anda semua yang bergelar Jururawat :)



Berkerjalah dengan hati yang jujur dan ikhlas, sesungguhnya setiap amal kebaikan itu tetap mendapat ganjaranya.

AAP- Lama juga dah tak gi berjumpa dengan Jururawat nie :)

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

9 Mei 2012

2.5 Juta Rakyat Malaysia Tidak Kahwin, Lelaki Lebih Ramai

Sekitar 2.5 juta rakyat Malaysia yang berusia lebih 25 tahun dan mewakili 16.7 peratus penduduk negara ini, masih belum atau tidak berkahwin.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Senator Heng Seai Kie berkata, berdasarkan Bancian Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010, daripada jumlah itu 60.4 peratus adalah lelaki.

Bancian itu juga mendapati purata umur perkahwinan pertama bagi lelaki menurun kepada 28 tahun berbanding 28.6 pada tahun 2000, manakala bagi wanita pula meningkat kepada 25.7 berbanding 25.1 tahun, katanya menjawab soalan Senator Datuk Boon Som Inong.

Heng berkata Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia keempat pada 2004 yang dijalankan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Negara, mendapati 32.1 peratus daripada responden tidak pernah berkahwin.

Daripada jumlah itu, 55.6 peratus adalah lelaki, katanya dipetik Bernama.

"Sebanyak 44.7 peratus daripada responden lelaki tidak berkahwin kerana masalah kewangan, tiada calon sesuai (19.3 peratus), kerjaya (12.8 peratus), komitmen keluarga (6.3 peratus) dan selebihnya sebab lain.

"Sebanyak 40 peratus wanita tidak berkahwin kerana tiada calon sesuai, masalah kewangan (14 peratus), kerjaya (8.4 peratus), selesa hidup membujang (8.4 peratus), komitmen keluarga (7.4 peratus) dan selebihnya sebab lain," katanya.

Heng berkata, kementerian tidak bercadang mewujudkan perkhidmatan pusat temu jodoh atau perkhidmatan temu jodoh secara dalam talian kerana perkhidmatan itu telah disediakan swasta, pertubuhan bukan kerajaan badan agama dan beberapa parti politik. Sumber Sinar Harian.

AAP - Perlu diteliti sekali lagi : Sebanyak 44.7 peratus daripada responden lelaki tidak berkahwin kerana masalah kewangan, tiada calon sesuai (19.3 peratus), kerjaya (12.8 peratus), komitmen keluarga (6.3 peratus) dan selebihnya sebab lain. Gamaknya orang lelaki nie tak kisah juga nikah dengan sesiapa tapi dek kerana hantarannya terkadang tak masuk akal dan masalah kewangan itu sendiri. Sudah jadi bujang tua.. kena ingat sama bukan orang lelaki sahaja yang rugi tapi orang pompuan pun sama :( mendapat ruginya. Moralnya juga permudahkan urusan perkahwinan ini jangan dibebankan dengan kerenah yang bukan-bukan.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

8 Mei 2012

DURIAN RUNTUH ATAU DURIAN SEKAH ?

JERANTUT – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa mengumumkan pemberian durian runtuh berjumlah RM15,000 kepada setiap peneroka Felda seluruh negara. Berita baik itu diumumkan beliau di hadapan kira-kira 50,000 warga peneroka Felda di Majlis Peneroka Bersama Perdana Menteri di Felda Jengka 8, dekat sini. – BERNAMA

Makna peribahasa 'durian runtuh' membawa maksud - Mendapat keuntungan dengan tidak perlu bersusah-payah. Sebetulnya durian runtuh ini payah nak jumpa dalam maksudnya atau didalam ayat tidak lebih kalau orang sebelah Pahang menyebut "durian sekoh @ sekah" Agaknya tidak ada juga didalam istilah "durian runtuh" cuma ada didalam peribahasa melayu sahaja disebut "durian runtuh".

Di kampung-kampung lebih di kenali sebagai durian sekoh @ sekah dimana bahagian dahan durian tersebut patah atau pun sekah :) Pastinya durian sekah ini tidak membawa kebaikan langsung kepada pemiliknya sebab terkadang buah durian masih muda nak buat apa? nak malang lagi mmg tak de berbuahnya langsung :)

AAP - Moralnya lagi bagus dapat derian gugor sebutir-sebutir :) Memang sedak kalau dapat derian runtuh keknya tak orang nak memberi :(
 
Wassalam, Wa'allahhualam.
 

7 Mei 2012

SEKITAR MAJLIS GATHERING "SEMBANG SANTAI AKU ANAK PAHANG GROUP"

Terlebih dahulu saya mengucapkan syukur alhamdulilah kerana majlis ini telah berjaya menepati kehendaknya. Terima kasih kepada PIHAK JAWATANKUASA MAJLIS, CREW DI SEBALIK TABIR tidak lupa terima kasih banyak-banyak pada pihak Penaja yang telah sudi memberi Sumbangan, serta anda semua kerana telah sama-sama bertungkus lumus bagi menjayakan majlis Sembang Santai Aku Anak Pahang Group.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Sekali lagi saya dengan ini, mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat, secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan Majlis ini. Disini saya bagi pihak jawatankuasa majlis memohon juga jika ada sebarang kekuarangan dan dan kelemahan daripada pihak penganjur kami memohon kemaafan jua.

Secara peribadi bagi saya majlis ini telah menepati kehendak dan matlamatnya.

Kalau ada sumur diladang
Bolehlah kita menumpang mandi
Jika ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi

Terima kasih,

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

KLIK PERCUMA DAPATKAN INFO SELANJUTNYA.

KLIK DAN DAPATKAN INFO SELANJUTNYA!
Temui Kami di Facebook Group Warna Warni Jerantut

SENARAI ENTRI TERKINI DAN POPULAR :

ARKIB ENTRY BLOG AKU ANAK PAHANG

KOMEN TERKINI

CARIAN ARTIKEL BLOG AKU ANAK PAHANG

Loading