Kod HTML Script No Copy Paste

UPDATE ENTRI TERKINI :

30 Apr 2012

4 SIKAP WANITA PALING DIBENCI LELAKI !

Terkadang ada diantara sikap wanita ini boleh juga membuatkan orang lelaki meluat melihatnya, salah faham dan tidak mahu berkomunikasi terkadang membuat lelaki menjadi lebih marah dengan sikap wanita tersebut. Mungkin anda ingin mengetahui apakah perkara lain yang membuatkan orang lelaki bosan dan meluat dengan sifat wanita ini. Jom kita baca seperti mana telah dilaporkan dari okezone.com.

Berat Badan
Kebanyakan wanita lebih fokus menguruskan wajah dan tubuh badannya. Sehingga sudah menjadi perkara yang lumrah bagi wanita ini bermati-matian mempertahankan berat badannya. Selain itu, masalah berat badan kerap menjadi topik perbualan diantara wanita. Perkara ini sedikit sebanyak boleh membuatkan orang lelaki kurang berminat. Gamaknya orang lelaki bosan juga mendengar akan kisah seumpama itu mungkin secara tak langsung perkara lain terabai jua :(.

Gosip
Sudah menjadi perkara biasa bila wanita gemar bergosip dengan teman-teman wanita lain. Mulai dari topik mengenai pekerjaan di pejabat, sampai pada masalah jiran-jiran yang berkelakuan sumbang. Fenomena ini sangat menarik perhatian wanita untuk segera diperbincangkan. Namun bagi orang lelaki, topik-topik tersebut bukan hal yang layak dibicarakan.


Merungut
Merungut adalah salah satu sikap wanita yang sangat dibenci lelaki. Merungut atau membangkit, perkara ini amat tidak disukai lelaki kerana membuat lelaki bosan dan tidak selesa.


Diam
Perkara paling membosankan orang lelaki, lelaki amat tidak menyukai wanita yang berdiam diri ketika marah. Wanita yang diam semasa marah hanya akan membuat lelaki kecewa. Sebab, mereka tidak dapat mengetahui maksud dan kemahuan wanita. Tindakan wanita seperti ini hanya membuat masalah semakin rumit. Hal ini hanya dapat diselesaikan melalui komunikasi yang baik di antara pasangan.


AAP - Moralnya bagi orang perempuan,  jika sesuatu perkara itu boleh mendatangkan kebosanan dan meluat orang lelaki usahlah dibuat. :(


Wassalam, Wa'allahhualam.
 

20 Negara Terbaik Bagi Wanita

Menurut World Economic Forum, 85% peratus negara di dunia telah mendorong kesejahteraan wanita selama enam tahun terakhir. Tetapi, pembaikan dalam bidang ekonomi dan politik masih harus melalui jalan panjang.

Penelitian mencari ketidaksetaraan antara lelaki dan wanita terus berlanjut. Berikut ini The Independent menjelajah beberapa lokasi yang terbaik untuk wanita di abad ini:


 1. Tempat terbaik untuk wanita: Iceland
Iceland mempunyai persamaan hak antara lelaki dan wanita yang paling setara, termasuk pendidikan, pekerjaan dan kesihatan. Yang terburuk adalah Yaman, dan yang paling berbahaya adalah Afghanistan.

2. Terbaik tempat untuk menjadi ahli politik: Rwanda
Rwanda adalah satu-satunya negara di mana wanita menjadi majoriti ahli parlimen. Perempuan memegang 45 dari 80 kerusi. Negara-negara seperti Arab Saudi, Yaman, Qatar, Oman dan Belize, tidak memiliki wanita di parlimen.


 3. Tempat terbaik untuk menjadi seorang ibu: Norway
Norway adalah tempat terbaik di dunia untuk menjadi seorang ibu, dengan risiko kematian ibu yang rendah-satu di 7.600. Yang terburuk adalah Afghanistan, di mana seorang wanita sekurang-kurangnya 200 kali lebih mungkin meninggal saat melahirkan daripada terkena bom atau peluru.

4. Tempat terbaik untuk membaca dan menulis: Lesotho
Celik huruf pada kalangan wanita di Lesotho jauh melebihi laki-laki, dengan 95 peratus wanita boleh membaca dan menulis, berbanding dengan 83 peratus lelaki. Negara terburuk adalah Ethiopia, di mana hanya 18 peratus wanita boleh membaca dan menulis, berbanding dengan 42 peratus lelaki.

5. Terbaik tempat untuk menjadi kepala negara: Sri Lanka
Wanita telah memerintah Sri Lanka selama 23 tahun. Sedangkan puluhan negara, termasuk Sepanyol dan Sweden, tidak pernah mempunyai pemimpin wanita dalam pemerintahannya.


6. Tempat terbaik untuk menjadi seniman: Sweden
The Swedish Arts Council telah melakukan inisiatif untuk meningkatkan kesamaan gender dalam seni. The Swedish Film Institute memberikan amanat bahawa hibah filem yang diedarkan harus merata antara lelaki dan wanita, serta harus ada bahagian untuk wanita dalam produksi filem.

7. Tempat terbaik untuk menjadi atasan: Thailand
Thailand mempunyai peratusan terbesar untuk jumlah wanita yang menguruskan syarikat (45 peratus). Yang terendah adalah Jepun, di mana hanya 8 peratus dari kedudukan pengurusan kanan dipegang oleh wanita.

8. Tempat terbaik untuk melahirkan: Yunani
Yunani adalah tempat yang paling selamat untuk melahirkan, dengan satu di 1.800 risiko kematian ketika melahirkan. Tempat terburuk untuk memiliki bayi adalah di negara terbaru di dunia, Sudan Selatan. Jumlah bidannya kurang dari 20 orang.

9. Tempat terbaik untuk menyertai dalam ekonomi: Bahamas
Bahamas memegang kedudukan teratas secara global untuk penyertaan ekonomi bagi perempuan. Negara ini pun telah menghancurkan jurang gender sebanyak 91 peratus dalam enam tahun terakhir, sementara negara peringkat terendah adalah Yaman.


10. Terbaik tempat untuk menjadi seorang wartawan: Caribbean
Caribbean adalah kawasan perkadaran tertinggi untuk berita TV, cetak dan radio yang dilaporkan oleh wanita (45 peratus). Wilayah terburuk adalah Afrika, dengan 30 peratus dari berita dilaporkan oleh wanita. Eropah masuk di 35 peratus. Di Inggeris, sekitar 9 peratus dari editor akhbar nasional adalah wanita.

11. Tempat terbaik untuk hak memilih: Sweden
Sweden membolehkan wanita untuk melakukan pengguguran tanpa sekatan selama 18 minggu pertama kehamilan dan tidak ada keperluan atau persetujuan wajib apapun. El Salvador, Filipina, dan Nicaragua merupakan tiga negara yang paling melarang pengguguran. Wanita Inggeris boleh melakukan pengguguran sampai 24 minggu, namun dua doktor harus memberikan kelulusan.

12. Tempat terbaik untuk pekerja: Burundi
Burundi menduduki tempat pertama untuk pekerja. Tak hanya itu, Burundi juga satu-satunya negara di mana kadar penyertaan buruh wanita (92 peratus) lebih tinggi berbanding lelaki (88 peratus). Negara terburuk adalah Pakistan.


 13. Tempat terbaik untuk mendapatkan wang: Luxembourg
Luxembourg berkongsi kedudukan teratas dengan Norway untuk pendapatan. Jika pendapatan maksimum $ 40,000, wanita dan lelaki lebih mungkin untuk mendapatkan jumlah yang sama. Sementara penerima pendapatan terendah adalah di Arab Saudi, di mana wanita mendapatkan $ 7.157 sementara lelaki $ 36.727.

14. Tempat terbaik untuk belajar di universiti: Qatar
Negara terbaik untuk ini adalah Qatar, sementara negara terburuk adalah Chad, di mana tiga kali lebih banyak lelaki yang mendaftar perguruan tinggi berbanding perempuan.

15. Tempat Terbaik untuk hidup lama: Jepun
Wanita di Jepun boleh berharap untuk hidup panjang (87), mengalahkan lelaki dengan tujuh tahun lebih lama. Harapan hidup wanita terpendek adalah di Lesotho (48), tetapi hanya dua tahun lebih sedikit daripada lelaki.


 16. Tempat Terbaik untuk menjadi a lady of leisure: Denmark
Wanita di Denmark mempunyai lebih banyak masa untuk berehat, menghabiskan masa 57 minit setiap hari untuk pekerjaan yang tidak dibayar daripada lelaki. Wanita Mexico mempunyai masa luang yang paling sukar, menghabiskan sekitar empat jam untuk kerja yang tidak dibayar daripada lelaki.

17. Tempat terbaik untuk menjadi seorang atlet: Amerika Syarikat
Lima dari 10 besar bayaran tertinggi atlet sukan wanita pada tahun 2011 berasal dari Amerika Syarikat. Negara terburuk, Arab Saudi, tidak pernah menghantar atlet wanita ke Sukan Olimpik dan wanita dilarang mengikuti pelajaran sukan di sekolah-sekolah negeri.

18. Tempat terbaik untuk meninggalkan suami anda: Guam
Pulau Micronesia di Guam mempunyai kadar perceraian tertinggi di dunia, dan Guatemala adalah yang terendah.

19. Tempat Terbaik bagi pemandu wanita: India
New Delhi adalah tempat terbaik bagi wanita yang ingin menembusi dunia yang didominasi pemandu lelaki, khususnya pemandu teksi. Sebuah NGO di ibu negara itu melancarkan inisiatif untuk melatih perempuan dalam perkhidmatan radio teksi pertama, yang dijalankan hanya oleh perempuan. Negara terburuk adalah Arab Saudi, satu-satunya negara di dunia yang melarang perempuan untuk memandu.

20. Tempat terbaik untuk pekerjaan berketerampilan tinggi: Jamaica
Jamaica mempunyai nisbah tertinggi bagi pekerja mahir wanita, seperti ahli undang-undang, pegawai kanan dan pengurus. Hampir 60 peratus daripada peranan-peranan tersebut diisi oleh perempuan. Yaman menjadi negara terakhir untuk posisi ini. - Sumber asal : Vivanews.com diolah semula oleh akuanakpahang.


Negara kita bagaimana kedudukan mereka ?

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

29 Apr 2012

ADA YANG TERBUNUH DI PERHIMPUNAN BERSIH 3.0 ?

MARAHKAN NYAMUK KELAMBU DIBAKAR... Aksi ganas penyokong perhimpunan Bersih 3.0 merosakkan sebuah kereta peronda di hadapan kompleks beli-belah Sogo, Kuala Lumpur semalam. Ada tompokan darah di atas kaki lima jalan. 

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) malam tadi menafikan ada anggotanya yang terkorban ketika ditugaskan mengawal demonstrasi Bersih 3.0 yang bertukar ganas semalam. Penafian itu dibuat PDRM melalui akaun Twitter rasmi pasukan itu.

Sebelum ini khabar angin tersebar kononnya seorang anggota polis dipercayai dari unit trafik terbunuh akibat dibelasah peserta Bersih 3.0 di hadapan kompleks beli-belah Sogo. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

AAP - Perkara seumpama ini bukan budaya kita khasnya orang Melayu. Gunakan hak anda dilandasan yang betul dan benar !

Jika benar, video ini (bersih 3.0) yang dimuatnaik di Youtube ianya juga bukan budaya kita orang melayu khasnya pihak berkuasa.




Wassalam, Wa'allahhualam.
  

28 Apr 2012

Secara Rasionalnya – Bersih 3.0 Gagal

 (Gambar-gambar palsu terpaksa disebarkan untuk mencerminkan bahawa memang benar ratusan ribu menyertai Bersih 3.0)

Anggaran yang diletakkan sekretariat Bersih 3.0 sebelum ini ialah 500,000 orang akan tampil untuk menyertai demonstrasi berkenaan.Namun, pihak pembangkang sendiri hari ini hanya mampu menyebut 35,000 orang sahaja. Dengan meluahkan harapan lebih ramai akan tampil pada saat-saat terakhir.
Kemudian timbul pula angka 75,000 dan beratus-ribu. Kalau beratus ribu sudah pasti Datarn Merdeka dapat ditakluk.

Mengikut sumber polis, hampir 25,000 sahaja peserta demonstrasi yang memenuhi sekitar kawasan Dataran Merdeka. Ambil angka yang mana sekali pun, baik 35,000 mahupun 15,000 atau 75,000, maka semuanya mencerminkan kegagalan Bersih 3.0. Menurut wartawan kami di lokasi, sehingga pukul 2 tadi, kawasan-kawasan sekitar Masjid India berhampiran Dataran Merdeka tidak ‘semeriah’ perhimpunan sebelum ini.
Kawasan di hadapan bangunan Dewan Bandara Kuala Lumpur (DBKL) pun hanya dipenuhi sekitar 2,500 peserta sahaja.

“Kalau cecah jumlah 500,000 orang, sudah tentu kawasan-kawasan ini semua penuh dengan peserta,” katanya. Mungkin disebabkan jumlah yang datang tidak seperti yang dijangka, maka Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memulakan langkah untuk merempuh Dataran Merdeka bagi menarik perhatian semua pihak ke arah Bersih 3.0.

Itu memang kepakaran Anwar Ibrahim. Dengan adanya aksi gas pemedih mata dan meriam air, ia umpama memberikan slot debaran dan penuh aksi kepada Bersih 3.0. Slot seperti ini boleh menghangatkan suasana dan perhatian anggota masyarakat.

Jika tiada rempuhan ke Dataran Merdeka siang tadi, apakah Bersih 3.0 akan mendapat lebih banyak perhatian daripada sekarang? Pastinya tidak, menyedari hakikat itu, Anwar mula membakar sentimen peserta sebaik menjejakan kaki ke kawasan berhampiran dataran itu.Anwar berjaya mewujudkan senario rakyat (sedangkan semuanya hanyalah penyokong pembangkang) telah bangun membantah kezaliman kerajaan.

Namun apakah dengan melakukan tindakan provokasi seperti itu maka ia mampu menzahirkan Bersih 3.0 telah berjaya? Ya, mungkin berjaya...tetapi dalam konteks menimbulkan huru-hara dan kontroversi semata-mata. Objektif asal yang kononnya berkaitan dengan reformasi sistem pilihan raya di negara ini entah ke mana.

Mereka tentu gembira bila pihak polis terpaksa melepaskan tembakan, membuat tangkapan dan kalau boleh mahu ada yang mengalami kecelekaan agar cerita mengenainya tersebar di seluruh dunia. Malang sekali, PDRM bukanlah badan yang boleh diperkotak-katikkan dengan begitu mudah.

Mereka telah dilatih untuk menangani permasalahan ini, bukannya seperti peserta perhimpunan yang muncul sekali-sekala itu. Kali ini nyata pasukan polis tidak melatah sama sekali. Mereka lebih cool dan lebih bijak.

Tinjauan wartawan kami di lokasi secara jelas menunjukkan di antara kesan-kesan buruk demonstrasi haram Bersih 3.0 ialah mengganggu keamanan dan ketenteraman masyarakat, merosakkan iklim perdagangan dan perniagaan khususnya tempat berlakunya perhimpunan, menjatuhkan imej negara, menjejaskan industri  pelancongan, menjejaskan kredibiliti sesebuah pemerintahan sehingga mengakibatkan kestabilan politik terganggu, pergaduhan, kerosakan harta benda, kesesakan lalu-lintas dan pelbagai perkara buruk lagi. Soalnya, sanggupkah penganjur perhimpunan itu membayar pampasan dan kerugian kepada golongan  peniaga ini?

Atau, adakah pihak penganjur akan sekali lagi bersikap lepas tangan dan menyalahkan pihak berkuasa sekiranya berlaku rusuhan dan kerosakan harta benda awam akibat kedegilan dan kerakusan kumpulan berkenaan. Jangan lupa fakta ini, Malaysia memerlukan lebih 6 bulan untuk pulih sepenuhnya akibat demonstrasi haram Bersih sebelum ini.

Melalui pengamatan kami, perhimpunan seumpama ini telah mengundang terlalu banyak impak buruk kepada negara apabila demonstrasi dijalankan di jalanan. Pihak yang berkepentingan tentunya tidak meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan dalam hal ini.Sama ada suka atau tidak, kita terpaksa akui – Bersih 3.0 gagal sama sekali. Sumber : Mynewshub.my

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

LIVE VIDEO Perhimpunan Bersih 2012 (BERSIH 3.0 Malaysia). Berita Terkini : Peserta Perhimpunan Mula Bertindak Ganas Merempuh Dataran Merdeka !



KUALA LUMPUR – Penyokong perhimpunan BERSIH 3.0 dilaporkan semakin agresif dengan merempuh pagar penghalang di sekitar Dataran Merdeka sehingga anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) terpaksa melepaskan gas pemedih mata dan meriam air.

Rempuhan itu di ketuai oleh ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mula membakar sentimen para peserta sejak sebelum solat zohor tadi Keadaan Dataran Merdeka sekarang ini semakin di luar kawalan, peserta perhimpunan mula bertindak agresif dengan membaling pelbagai objek ke arah anggota-anggota polis.

Pihak polis kini sedang mengawal keadaan sekitar dan terpaksa melepaskan gas dan semburan air water cannon. Sumber : Mynewshub.my

Saksikan video drp pihak PDRM :
Wassalam, Wa'allahhualam.

LIVE PerHimpunan Bersih 2012 (BERSIH 3.0 Malaysia). Berita Terkini Terus Dari Dataran Merdeka!!

Seperti yang diketahui umum, hari ini bakal diadakan Perhimpunan Bersih 2012 (Bersih 3.0) bertempat di dataran Merdeka. Walaupun mahkamah majisteret telah pun mengeluarkan perintah larangan pihak BERSIH mengadakan sekali mengadakan Perhimpunan Bersih 2012 (Bersih 3.0) di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur bermula pada hari (28 April 2012) sehinggalah 1 Mei 2012, tetapi pihak BERSIH akan tetap berhimpun seberapa dekat dengan lokasi Dataran Merdeka asalkan lokasi tersebut maish lagi mematuhi perintah mahkamah melarang mereka berkumpul di Dataran Merdeka.
Butiran Larangan Mahkamah Majisteret Mengenai Perhimpunan Bersih 2012 (Bersih 3.0)
  • Larangan mengadakan perhimpunan Bersih 2012 (Bersih 3.0) di Dataran Merdeka
  • Larangan juga merangkumi jalan-jalan yang menuju ke arah Dataran Merdeka
LIVE Bersih 3.0 Semak berita terkini mengnai Perhimpunan Bersih 2012 (Bersih 3.0) di sini daripada masa ke semasa….

Berita Terkini Bersih Setakat Pukul 9.20 pagi
  • 9.20 pagi : MASJID JAMEK Jln dari Jln Tun Perak ke Bangkok Bank ditutup. Peserta berhimpun di LRT
  • 9.15 pagi : KLCC – Pintu masuk ke KLCC menghadap Bangunan Public Bank dan pintu masuk utama ke Menara Berkembar ditutup.
  • Ketua Pemuda MCA Indera Mahkota David Choi, walaupun menghadapi tindakan disiplin parti kerana menyokong Himpunan Hijau, dilihat berada di kalangan orang ramai.
  • Pemuda MCA Bahagian Indera Mahkota merupakan satu-satunya bahagian parti itu yang menentang loji nadir bumi yang terletak di Gebeng, Pahang.
  • Peserta yang kini berjumlah kira-kira 500 orang selepas disertai kumpulan lain yang berada di taman KLCC mula melaungkan “Stop Lynas”.
  • Kira-kira 100 anggota polis membentuk tembok manusia untuk menghalang orang ramai daripada berhampiran pintu masuk.
  • 9:14 pagi : JALAN TUN PERAK menghala Jln Datuk Onn ditutup. 50 polis kelihatan berkawal.
  • 9.00 pagi : JALAN PETALING, DEKAT HOTEL LOK ANN Seorang gadis berbaju kuning beri bunga polis bernama Yap, minta sokong BERSIH. Yap tak ambil dan hanya tersenyum. Orang ramai dan anggota polis lain bertepuk tangan.
  • Anggota polis dilihat mengawal beberapa lokasi utama, termasuk Yang Keng Benevolent Dramatic Association di persimpangan Jalan Sultan dan Hang Jebat.
  • 9.09 pagi : KLCC 500 berkumpul di taman dekat pintu masuk Suria & mula melaungkan slogan anti-Lynas.
Berita Terkini BERSIH Setakat Pukul 9.00 pagi
  • 8.55 pagi : SIMPANG MRR1 ke Jalan Sultan Salahuddin, sekatan jalan raya. Kenderaan tidak dibenarkan masuk.
  • 8.51 pagi : JALAN DUTA Sekatan jalan raya, semua kereta dihalang memasuki Jln Parlimen.
  • 8.48 pagi : PERSIMPANGAN DEPAN SOGO ditutup. Jalan menuju Dataran Merdeka ditutup, pemandu dilencongkan ke JALAN DANG WANGI. 150 polis berkawal.
  • 8.40 pagi : JALAN IMBI, JLN BKT BINTANG menuju Jln Sultan Ismail, lancar tanpa sekatan jalan raya.
  • 8.32 pagi : KLCC AVENUE K Ratusan penyokong Himpunan Hijau berkumpul. 150 polis berseragam mendengar taklimat daripada atasan mereka.
  • 8.30 pagi : JALAN TUN SAMBANTHAN menuju Pasar Seni di tutup. Helikopter berlegar di udara.
  • 8.24 pagi : JALAN TRAVERS//BRICKFIELDS Trafik lancar tanpa sekatan jalan raya. Peserta belum kelihatan.
  • 8.00 pagi : JALAN PETALING – Peserta mula berkumpul, termasuk sekumpulan seniman dengan alat muzik. Gerai sekitar penuh sesak.
  • 8.00 pagi : JALAN PETALING – Peserta mula berkumpul, termasuk sekumpulan seniman dengan alat muzik. Gerai sekitar penuh sesak
Sumber : Beritasemasa.com

Terkini : Laluan masuk ke Dataran Merdeka sejak pagi ini dikawal ketat Polis Diraja Malaysia (PDRM) susulan perintah larangan yang dikeluarkan Mahkamah Majistret Kuala Lumpur ke atas penganjur Bersih 3.0 dan orang awam, semalam.

Bagaimanapun,tinjauan Berita Harian Online setakat jam 9 pagi mendapati kelihatan kelompok kecil peserta demonstrasi Bersih 3.0 berkumpul di laluan utama persimpangan Jalan Raja dan Jalan Tun Perak. Situasi di laluan utama Bersih 3.0 masih terkawal dan tiada sebarang provokasi dicetuskan preserta demonstrasi.- Berita Harian
  • 1:13 petang : Sejam menjelang perhimpunan BERSIH 3.0, jumlah peserta yang hadir setakat ini dianggarkan telah mencecah sekitar 50,000 orang.
- Pudu/Kotaraya/Petaling Street (orang ramai berarak dari KLCC) – 20,000
- Pasar Seni (bergabung dengan orang ramai dari Brickfields) – 15,000
- Masjid Jamek – 10,000
- TAR / Jalan Tun Perak / Jalan Parlimen – 10,000
- Masjid Negara – 5,000
Berita Terkini Bersih Setakat Pukul 12.50 tengahari
  • 12.50 tengahari : Pasar Seni – Kumpulan kedua dari Brickfields, juga berjumlah ribuan orang, tiba di Pasar Seni untuk bersama dengan mereka yang sudah berada di situ.
  • 12.43 tengahari : Masjid Negara – PKR presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan ketua umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba bersama dengan pemerhati antarabangsa.
  • 12.32 tengahari : Pasar Seni – Polis membentuk benteng manusia di Hang Kasturi Walk, laluan baru di sebelah Pasar Seni, walaupun beberapa peserta sudah lama melepasi mereka melalui satu kaki lima di situ. Peserta yang berdepan dengan benteng polis itu menyanyikan lagu Negaraku.
  • 12.30 tengahari : Pasar Seni – Pak Samad duduk di atas tikar di belakang barisan polis di jambatan yang menghubungkan stesen LRT Pasar Seni ke Dayabumi, sambil membaca Al-Quran
  • Apabila ditanya sama ada beliau ditahan, seorang anggota polis menjawab, “Beliau sedang berehat. Beliau mengambil gambar selama dua jam tadi, beliau letih. “ Apabila ditanyakepada sasterawan negara itu sama ada beliau ditahan, beliau hanya mengangkat bahunya.
  • 12.14 tengahari : Masjid Negara – Beberapa pemimpin kini berada di Masjid Negara – Mohamad Sabu, Lim Kit Siang and Abdul Kadir Sheik Fadzir.
  • 12.10 tengahari : Jalan Sultan – Selepas berehat kira-kira sejam, kira-kira 3,000 orang yang pada mulanya berkumpul di Jalan Sultan, sekarang berjalan melalui Jalan Petaling.
  • 12:07 tengahari : Jalan Tun Perak – Kira-kira tiga trak FRU dan dua meriam air kelihatan di Dataran.Sekumpulan 500 penyokong dari Jalan Pudu menuju ke JalanTun Perak sambil melaungkan “BERSIH” dan “Stop Lynas”.
  • 12:03 tengahari : Dua jam sebelum perhimpunan BERSIH 3.0, jumlah pesertanya dianggarkan kira-kira 35,000 orang di lokasi yang berlainan di pusat bandaraya di Kuala Lumpur.
- Pudu (peserta berarak dari KLCC) – 20,000
- Pasar Seni (bergabung dengan peserta dari Brickfields) – 10,000
- Jalan Petaling – 3,000
- Masjid Negara – 2,000

  • 3:49 petang : JALAN RAJA LAUT Kira-kira 35 peserta BERSIH ditangkap dan dikumpulkan di hadapan bangunan DBKL.
  • 3:49 petang : Serang peserda perhimpunan cedera dan di depan bangunan DBKL dan dibawa mendapatkan rawatan oleh St John Ambulance.
  • 3.50 petang : Pusat membelibelah Sogo – Beberapa peserta berundur dari Dataran Merdeka di sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) dan dikejar polis.
  • 3.42 petang : Stesen LRT Dang Wangi – Selepas polis melepaskan tembakan gas pemedih mata di Jalan Tun Perak, beberapa peserta melarikan diri ke Jalan Dang Wangi dan Jalan Ampang.
  • Mereka dilihat berjalan ke arah KLCC melalui Jalan Ampang. Kebanyakan mereka dijangka pulang.
  • 3:29 petang : Majlis Peguam – Selepas arahan untuk bersurai dikeluarkan, tembakan meriam air dan gas pemedih mata dilepaskan ke atas orang ramai di luar bangunan Majlis Peguam di Lebuh Pasar Besar.
  • 3.24 petang : Masjid Jamek – Di hadapan stesen LRT orang ramai enggan berganjak dan melaungkan “BERSIH” walaupun gas pemedih mata dilepaskan ke arah mereka.
  • Mereka berundur setiap kali gas pemedih mata ditembak, tetapi kembali semula selepas itu.
  • 3.23 petang : Dataran Merdeka – kawat duri di Lebuh Pasar Besar dialih oleh orang ramai. Mereka kemudian mengalihkan penghalang plastik.
  • Kira-kira 30 anggota polis yang bersenjatakan cota, perisai dan topeng gas bergerak membentuk benteng.
  • Peserta dan polis kini bersemuka tanpa apa-apa di antara mereka. Ada yang bergambar manakala yang lain duduk di atas jalan menghadap polis.
  • Komander polis bagi kawasan tersebut duduk di atas trak polis dengan pembesar suara tetapi belum mengeluarkan sebarang arahan.
  • 3.21 petang : Lagi gas pemedih mata di tembak di kawasan Coliseum di Jalan TAR.
  • 3.20 petang : Sebahagian peserta berundur ke jalan Pudu ekoran tembakan gas pemedih mata tadi.
  • 3.10 petang : Masjid Jamek – lebih banyak gas pemedih mata dilepaskan berhampiran stesen LRT Masjid Jamek. Difahamkan beberapa peserta yang cuba melanggar larangan memasuki Dataran Merdeka, telah ditangkap.
  • 3.08 petang : Polis terpaksa lepas gas pemedih mata apabila peserta cuba rempuh halangan, demikian menurut tweet polis.
  • 3.01 petang : Polis melepaskan tembakan gas pemedih mata dan meriam air di persimbangan jalan Tun Perak-Jalan TAR. Difahamkan polis bertindak demikian selepas ada peserta melanggar larangan memasuki Dataran Merdeka.

Sumber : Beritasemasa com.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

27 Apr 2012

Astro Siarkan Siaran Percuma Selama 10 Hari

Mulai 27 April sehingga 6 Mei 2012 selama 10 hari, semua 130 saluran ASTRO (kecuali ASTRO First) boleh ditonton oleh semua pelanggan tanpa mengira pakej yang mereka ambil. Ini termasuklah Pakej Filem, Sukan, Indo Pek, Dinasti, Maharaja, Pakej Mini dan Metro.

Saluran ini dibuka untuk tontonan semua pelanggan ASTRO sebagai menghargai para pelanggannya yang memilih ASTRO sebagai pemenang jenama Siaran TV Satelit pilihan rakyat Malaysia baru-baru ini.

Sementara free nie baik nengok puas-puas nak membayar bayaran yang besor tak tahan juga :(

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

26 Apr 2012

Jom lihat 24 Jenis-Jenis Ketawa :)

Lain padang lain belalang, lain orang lain ragam. Lain orang, lain ketawa. Rupanya ketawa ada banyak jenis. Tapi setakat yang telah dijumpai ada 24 jenis. Jadi, anda tergolong dalam golongan orang yang ketawa jenis mana?

Mungkin 24 jenis ketawa ini yang dimaksudkan ini dalam sebutan, kelakuan serta dalam bentuk penulisan :

1. Ketawa orang kaya: Muahahhaahaha
2. Ketawa terbahak-bahak: Hark hark hark
3. Ketawa kebaratan: Ha ha ha ha ha
4. Ketawa sambil tutup mulut: Hi hi hi hi hi
5. Ketawa berdekah-dekah: Kah kah kah kah
6.  Ketawa Pontianak: Kih kih kih kih
7.  Ketawa eksyen: Ek ek ek ek ek
8.  Ketawa besar: Muahhaaaaa *ketawa jin/setan*
9.  Ketawa panjang: Ha ha ha ha ha ha *ambil nafas* ha ha ha ha ha ha ha
10. Ketawa orang sakit: Kih kih kih kih kih *cough* kih kih kih kih
11. Ketawa maut: Kih kih kih kih kih kih kih kih *kiok*....Neno, neno, neno (Bunyi Ambulans).
12. Ketawa lembu: koh koh koh
13: Ketawakan dia: He he he he he
14. Ketawa jimat cermat: Ahakz
15. Ketawa tak ikhlas: Hahahaahahhaaaaaaampppppppeeeeeeeehhhhhhhh
16. Hampir-hampir ketawa: hehehe
17. Ketawa sambil batuk: Kui kui kui
18. Ketawa dalam mabuk: Hik hik hik
19. Ketawa ngada-ngada: hek hek hek
20. Ketawa berguling-guling macam tenggiling dalam piring: wakakakkakaka
21. Ketawa Sindir: Eeh heh
22. Ketawa Brutal: huargh huargh huargh!!
23. Ketawa Sengih: Ngee ngee ngee
24. Ketawa Babun : uk ak uk uk ak uk ak ak

Sumber : DISINI
Kalau ketawa manja bagaimana agaknya? tentu tak ada berbunyi padan dengan senyuman sahaja :)

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

25 Apr 2012

Hasil Kreatif Daripada Penyedut Minuman (Straw)

 
 
 
Sememangnya cantik dan menarik...
Kalau kreatif macam-macam perkara boleh dilakuakan...

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

24 Apr 2012

15 SEBAB KENAPA LELAKI SENTIASA GEMBIRA !


AAP - Bab lain kita tak kisah... cuma bab kencing merata tu sepatutnya jangan sesekali dibuat nak pulak kalau tidak mengikut kehendaknya :( Tengok kat SINI bertapa azabnya kalau kencing merata :( sebaiknya perkara yang boleh melanggar hukum syarak jangan suka-suka hati nak membuat...

 Silap-silap terkencing atas busut jantan dak ker haru bengkok satu badan ... :)

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

23 Apr 2012

KULIT TERBAKAR SELEPAS MINUM JUS!

SUNGAI PETANI – Seorang warga emas terlantar apabila mengalami kulit terbakar selepas mengamalkan sejenis minuman berjus yang dikatakan mampu merawat pesakit strok.

Azizah Saidin, 59, berkata, dia mencuba produk berkenaan yang dikatakan berkesan kepada ­pesakit strok, namun difahamkan bakal ­mengalami kesan sampingan ­minima sebelum dirawat sepenuhnya.

Menurutnya, setelah ­mencuba ­selama sebulan dan menghabiskan dua botol minuman berjus itu, ­badannya mula mengeluarkan ­bintik-bintik merah.

“Difahamkan, bintik seakan demam campak itu adalah kesan ­sampingan biasa terjadi ketika kali pertama mencuba produk terbabit, selain loya, pening dan demam.

“Malah, ejen produk yang menawarkan minuman jus mengan­dungi pelbagai gabungan buah-buahan itu meminta saya meneruskan amalan meminum jus berkenaan, walaupun terdapat kesan sampingan­,” katanya. Selebihnya DISINI - Sumber Sinar Harian

AAP -  Diharapkan semua produk pemakanan seumpama ini perlu dibuat pemantauan serta mendapat pengesahan dan kelulusan dari pihak yang telah dipertanggugjawabkan. Untuk pengetahuan masyarakat umum juga seharusnya kita diberitahu apakah jenis jenama produk minuman jus tersebut. Mencegah lebih baik daripada mengubati. Jangan sampai sudah jadi tahap terbakar diri semacam ini. Moralnya juga kita tak berani nak mencuba minuman jus sembarangan :)

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

22 Apr 2012

KEBAIKAN JIKA ANDA MENANGIS.

Tidak selalu orang menangis dengan mengeluarkan air mata namun air mata amat sinonim dengan kesedihan. Menitikkan air mata ternyata bukan hanya sekadar sebagai ungkapan emosi dan perasaan. Tangisan sebagai petanda anda sedang bahagia atau sedih.

Namun, sesungguhnya, tak perlu malu dan tak perlu menahan keluarnya air mata. Sebab, bukan hanya sekadar menenangkan hati, menangis juga mempunyai manfaat sebagai terapi.

Seorang ahli psikologi seperti dipetik daripada halaman Times of India, 22 April 2012 mengesyorkan bahawa seorang harus menangis ketika mereka merasa ingin menangis. Janaganlah anda menahan air mata itu daripada keluar kerana menangis ada manfaatnya untuk anda. Jom kita lihat apakah kebaikan menangis.

Menangis boleh membersihkan mata
Alasan yang paling penting, mengapa menangis itu perlu. Air mata yang keluar semasa menangis boleh membuat mata lebih segar. Air mata melumasi bola mata dan kelopak mata dan juga mencegah dehidrasi pada membran mukosa.

Air mata membunuh bakteria
Air mata bekerja sebagai agen anti-bakteria dan anti-virus, melawan kuman. Apatah lagi ketika anda sedang berada di pusat membeli-belah dan tempat-tempat yang menjadi sarang kuman. Air mata mengandungi Lisozim, cecair, yang dapat membunuh 90 hingga 95 peratus dari semua bakteria hanya dalam 5-10 minit.

Air mata memperbaiki suasana hati
Perkara ini diyakini bahawa menangis dapat menurunkan tingkat emosi seseorang. Air mata yang tidak dikeluarkan justeru boleh menimbulkan kecemasan, kegelisahan, lekas marah, keletihan, pencerobohan, gangguan emosional, dan seluruh perasaan yang hidup dalam diri anda.

Air mata mengurangkan Stress
Sama seperti bersenam, air mata boleh membantu meringankan stress. Air mata membantu menghilangkan beberapa bahan kimia yang dibina dalam tubuh akibat stres, seperti enkephalin leusin dan prolaktin. Air mata boleh menekan peringkat stres, dan seperti diketahui jika stres lama bersarang dalam diri seseorang, boleh menyumbang memperparah penyakit seperti tekanan darah tinggi, masalah jantung, dan tukak lambung.

Air mata membebaskan perasaan
Menangis bagi kaum wanita bolehlah disifatkan bagaikan terapi bagi mereka, boleh menurunkan kecemasan dan kecewa. Menangis boleh membersihkan semua fikiran anda dan dianggap sangat sihat juga mampu mencipta perasaan lebih santai. Jadi, biarkan perasaan sedih dan tertekan diluahkan dengan tangisan. Sumber asal Vivanews.com Diolah semula akuanakpahang.

Moralnya kalau nak menangis biarlah kena pada tempatnya :(

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

21 Apr 2012

KEPUTUSAN NOMBOR RAMALAN @ NOMBOR EKOR PADA AKHBAR MELAYU?

Nombor ekor pada surat ahkbar melayu begitu sinonim dangan paparannya. Kenapa di iklan pada akhbar melayu? tentu sekali menghairankan. Secara umumnya majoriti para pembacanya terdiri daripada bangsa Melayu dan beragama Islam. Jadi untuk apa sebenarnya? Cuba kita renungkan bersama ada ke bangsa lain yang membeli surat akhbar ni? Mungkin tidak,.mungkin hanya segelintirnya sahaja.. tidak kurang ada juga yang semata-mata yang membeli surat akhbar ini bukan untuk membaca berita tapi hendak menengok keputusan semasa nombor ramalan atau nombor ekor sahaja.

Dimana kesedaran kita sebagai orang islam.. sepatutnya semua pihak perlu memandang serius perkara ini dari Pengarang akhbar hingga ke masyarakat semua. Sudah tiba masanya semua pihak perlu memandang serius perkara ini... kalau dulu sememang kita jahil dan tak kisah. Hari ini sepatutnya perkara seumpama ini sudah tidak lagi begitu.
Gambar sekadar hiasan
Sejauh mana Penguatkuasaan dan kepatuhan masyarakat kita diatas larangan ini dipatuhi?

NOTIS LARANGAN MEMASUKI / MELAWATI PREMIS PERJUDIAN

Sila ambil perhatian bahawa mulai dari tarikh notis pemberitahuan ini, rakyat Malaysia beragama Islam adalah dilarang melawat atau memasuki semua tempat atau premis yang digunakan sebagai rumah judi atau rumah perjudian terbuka 1953(disemak 1983) atau dalam bahasa Inggerisnya “Common Gaming Houses Act 1953 (revised 1983)” di negeri Pahang Darul Makmur. Ini termasuklah apa yang dikenali sebagai tempat-tempat jualan nombor ekor atas apa nama sekalipun. Perintah larangan ini adalah berkuatkuasa mulai 3 Disember 2008.

Sesiapa yang tidak mematuhi perintah ini adalah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 169, Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang No.8 Tahun 1982 dan jika sabit kesalahan boleh di kenakan denda tidak melebihi RM2000.00 atau penjara tidak lebih daripada 1 tahun atau kedua-duanya sekali. - Sumber : Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP)

AAP - Mungkin juga dek kerana bebasnya nombor ramalan tersebut keluar didada akhbar, maka bebas juga masyarakat kita orang melayu khasnya membeli nombor ramalan tersebut. Tepuk dada tanya iman.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

PESTA MENGERAU IKAN ULU TEMBELING.

Pesta mengerau ikan adalah satu acara tahunan bagi penduduk Ulu Tembeling. Maksud "mengerau" adalah menghalau ikan secara beramai-ramai ke suatu lokasi khas yang telah disediakan. Berderau adalah salah satu cara tradisional masyarakat melayu Ulu Tembeling. Semua penduduk kampung akan turun ke sungai untuk menghalau ikan.

Kumpulan lelaki akan menggunakan buluh atau bemban dengan mengetuk permukaan air. Sementara kumpulan perempuan pula mengambil 2 ketul batu dan mengetuk dalam air bagi menghasilkan bunyi yang nyaring dan bising didalam air. Dalam jarak 10km semua mereka akan menghilir sambil menghalau ikan tersebut. Akhir sekali semua ikan akan berkumpul dalam kawasan yang telah disempitkan dan semua ikan akan ditangkap. Kebiasaanya pesta mengerau ikan ini akan diadakan pada musim air sungai surut dan cetek di Ulu Tembeling.

Gambar sekadar hiasan daripada google.
Seandainya anda berminat dan ingin turut serta boleh menghubungi pihak-pihak berkenaan di sana. Mungkin ada pihak yang telah menyediakan pakejnya tersendiri. Jom mengerau :)

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

19 Apr 2012

VIDEO : WAJIB TONTON : Hanya Di Malaysia?



Khabarnya video yang baru sahaja dimuatnaik 17 April ni telah mencatat hampir setengah juta jumlah tontonan. Anda pasti tak mahu ketinggalan untuk melihat apakah disebalik video ini kan? Ya Hanya Di Malaysia... Sumber Mynewshub.my 

AAP - Satu persoalan sungguh pun mencecah angka setengah juta orang yang menonton video ini katanya... dan hanya di Malaysia... tapi kemana hilangnya orang melayu dan pelakun melayu itu sendiri ?

Wassalam, Wa'allahhualam.

Bersihkah Wang Yang Anda Miliki? Wang Yang Anda Miliki Sebenarnya Kotor !


Semua orang sukakan wang, tapi pernah atau tidak kita terpikir wang yang kita miliki itu sebenarnya kotor? Cuba renung-renungkan wang tersebut pernah memasuki semua pelusuk dan tempat di alam maya ini hatta pernah masuk ke Pasar Babi.. entah pernah di gigit dek anjing dan sebagainya. Mungkin juga wang tersebut pernah ke tempat tidak sepatutnya dan telah dipegang bersama najis yang lain. Seandaninya kita mengetahui sedemikan keadaanya mungkin kita tidak sanggup untuk memegang wang tersebut.

Sudah pastinya tidak akan ada mereka yang suka dengan bakteria di dalamnya apa bila anda memegang wang tersebut. Menurut satu kajian daripada Dr Darlington dari the Health Commissioner of New York, terdapat sekitar 135,000 bakteria yang terdapat pada wang yang kita pegang setiap hari, terutama wang kertas!

Moralnya jika anda dapat memilik wang kertas sebaiknya jangan dicium atau digigit.. jauh sekali memakan wang tersebut :) di bimbangi wang tersebut mengandungi bakteria yang tertentu. Simpankan ajelah terus kedalam dompet anda  :)

Kalau tak mahu boleh bagi ker saya hehehe :)

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

17 Apr 2012

Akta Timbang dan Sukat 1972. Anda Perlu Mengetahui Hak Anda.

Kita sebagai pengguna dan pembeli jarang sekali meneliti akan alat penimbang yang mana perkara tersebut ada aktanya yang perlu kita ketahui. Terkadang tempoh tentusahnya juga tidak kita kisahkan oleh kita, terkadang juga tempoh tentusahnya alatan tersebut tidak begitu jelas kelihatan. 

Perkara ini jelas didalam AKTA TIMBANG DAN SUKAT 1972 menyatakan bahawa setiap alat timbang mahupun sukatan yang BARU perlu ditentusah dahulu sebelum boleh digunakan. Alat-alat ini perlu ditentusah semula setiap tahun seterusnya.PESALAH BOLEH DIDAKWA DAN ALAT TIMBANG SUKAT INI BOLEH DISITA ATAUPUN DIRAMPAS OLEH PIHAK KERAJAAN.

Akta Timbang dan Sukat 1972 Objektif Akta ini :
  • Mengawal selia timbang dan sukat dan alat timbang dan sukat yang digunakan untuk tujuan perdagangan.

  • Memastikan timbang dan sukat dan alat timbang dan sukat yang digunakan menepati rekabentuk dan spesifikasi yang ditetapkan oleh Penyimpan  Timbang dan Sukat.

  • Memastikan timbang dan sukat dan alat timbang dan sukat yang digunakan untuk tujuan perdagangan ditentusahkan dan ditentusahkan semula.

  • Mengawal selia Pembuat, Pembaik dan Penjual alat-alat timbang dan sukat melalui pelesenan.

  • Mengawal selia syarikat yang dilesenkan bagi menjalankan Perkhidmatan Penentusahan dan Pengujian Alat-alat Timbang dan Sukat. Sumber http://www.kpdnkk.gov.my
Perlu diketahui semua jenis sukatan pun nak ditentusah oleh MCM - Metrology Corporation Malaysia, termasuk timbang Digital,sukatan minyak,mesin penimbang kenderan di kilang2,kilang kecil yang membuat bungkusan kerepek, Pam minyak,pembalis 1 meter( guna untuk sukat wayer,tikar getah,kain dll) semua mesti ditentusah juga.jika sudah tamat tempoh tentusahnya ianya boleh di kompau oleh kerajaan KPDDN

Surah AlIsraa'. Ayat 035.Dan sempurnakanlah sukatan apabila kamu menyukat dan timbanglah dengan timbangan yang adil. Yang demikian itu baik (kesannya bagi kamu di dunia) dan sebaik baik kesudahan (yang mendatangkan pahala di akhirat kelak).

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

Serban-Serban Rasulullah SAW



Pelindung Kepala Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam selesa dengan sentiasa memakai penutup kepala. Kebiasaannya Baginda mengenakan apa yang dipanggil ‘Qalansuah’ (kopiah) sama ada dengan ‘Imamah’ (serban) atau tanpa serban. Pada waktu-waktu tertentu Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam turut memakai ‘Qithri’ (mafla / selandang) di kepala terutama pada cuaca panas dan berdebu. Baginda juga ada memakai topi besi sewaktu peperangan.
.
.
Terdapat banyak hadis menceritakan mengenai serban Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam serta ciri-cirinya. Antaranya:
.
Bentuk Serban
Bentuk kopiah atau serban yang dipakai oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam adalah melonjong dan runcing ke atas. Kain ‘Imamah’ (serban) yang dililitkan pula separuh daripada ketinggian kopiah dan berekor di belakang separas belikat. Topi besi Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam juga turut berbentuk sebegini.
.
As-Sahab
Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam mempunyai serban yang dikenali sebagai ‘as-sahab’ (awan) yang diberikan kepada Sayyidina Ali r.a. Kadang-kadang Ali r.a. datang dengan memakai ‘as-sahab’. Lalu Nabi SAW bersabda, “Datang Ali kepadamu dengan memakai as-sahab.”
Serban Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam di Muzium Topkapi Turki. Kerajaan Uthmaniyyah banyak mewarisi khazanah Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.
..
Serban Hitam
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam kerap dilihat mengenakan serban berwarna hitam.
“Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam memasuki kota Makkah pada waktu Fathu Makkah (pembebasan kota Makkah), Baginda memakai serban hitam.” (Diriwayatkan oleh Muhammad bin Basyar, dari Abdurrahman bin Mahdi, dari Hammad bin Salamah. Hadis ini pun diriwayatkan pula oleh Mahmud bin Ghailan, dari Waki, dari Hammad bin Salamah, dari Abi Zubair yang bersumber dari Jabir r.a.)
.
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam juga suka berserban hitam ketika berpidato, bagi menunjukkan rasa rendah diri Baginda. “Sesungguhnya Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam berpidato di hadapan umat, Baginda memakai serban hitam.” (Diriwayatkan oleh Mahmud bin Ghailan dan diriwayatkan pula oleh Yusuf bin Isa, keduanya menerima dari Waki’, dari Musawir al Waraq, dari Ja’far bin Amr bin Huraits yang bersumber dari bapanya.)

“Saya pernah melihat Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam di atas mimbar, dan dikepalanya terdapat serban hitam yang Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam julurkan kedua hujungnya di antara kedua bahu Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.” (Hadis diriwayatkan oleh Muslim r.a, Abu Daud r.a dan an-Nasaei r.a.)
Amr bin Huraits berkata: “Aku melihat serban hitam di atas kepala Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.” (HR. Tarmidzi r.a.)
.
Minyak Rambut
Baginda juga pernah menggunakan minyak rambut sebelum mengenakan serban. Ibnu Abbas r.a. menyatakan: “Sesungguhnya Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam berpidato di hadapan ummat. Waktu itu Baginda mengenakan serban, dan serbannya ada kesan minyak rambut.” (HR. At-Tarmidzi dan Ibnu ‘Abbas)

 Kedudukan Ekor Serban
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam memakai serban dengan memulakan sebelah kanan dan membukanya dengan memulakan sebelah kirinya. Sewaktu berserban, biasanya Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam melepaskan hujung serban ke belakang iaitu di antara dua belikat Baginda.

Dalam sebuah riwayat yang bersumber dari Ibnu ‘Umar ra. dikemukakan : “Apabila Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam memakai serban, maka dilepaskannya ujung serbannya di antara kedua belikat Baginda.” Kemudian Nafi’ berkata: “Ibnu ‘Umar juga berbuat begitu.” ‘Ubaidullah berkata: “Kulihat al-Qasim bin Muhammad dan Salim, keduanya juga berbuat demikian.” (HR. Tarmidzi. Diriwayatkan oleh Harun bin Ishaq al Hamdzani, dari Yahya bin Muhammad al-Madini, dari Abdul Aziz bin Muhammad, dari Ubaidullah bin Umar, dari Nafi’, yang bersumber dari Ibnu ‘Umar.)
Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam juga ada melepaskan ekor serban kanan dan adakalanya ke kiri yang menjadi ikutan dan amalan alim ulama.

Topi Besi Rasulullah SAW
“Sewaktu Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam memasuki Kota Makkah (dihari Pembebasan), Baginda memakai topi besi. Kemudian ditunjukkan seorang yang sangat zalim kepada Baginda: “Itu Ibnu Khathal bersembunyi di dinding Kaabah (disebabkan takut).” Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: “Bunuhlah dia!” (Diriwayatkan oleh Qutaibah bin Sa’id, dari Malik bin Anas, dari Ibnu Syihab, yang bersumber dari Anas bin Malik r.a.)

Ada sesetengah pendapat menterjemahan ‘topi besi‘ tersebut kurang tepat sebab yang dimaksud topi besi di sini adalah rantai besi yang dijalin rapi, dibuat dengan ukuran kepala kemudian dapasang di dalam kopiah.

..
والله أعلم بالصواب
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

— dengan Abah Khalil.
AAP - Entri sekadar satu perkongsian sumber drp Facebook

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

16 Apr 2012

APA KES RUMAH SENIMAN AGONG P. RAMLEE DISITA?

Merujuk pada laporan Berita Harian bertarikh  16/04/2012 Rumah P. Ramlee Sita. DBKL beri amaran jika waris gagal melunaskan cukai taksiran RM10,000

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberi tempoh seminggu kepada waris Allahyarham Tan Sri P Ramlee supaya membayar tunggakan cukai taksiran berjumlah RM10,000 bagi mengelak rumah pusaka Seniman Agung itu di Taman Setapak di sini, disita.

Rumah yang dibeli Allahyarham pada lewat 60-an dan pernah menjadi lokasi penggambaran filem arahannya, Gerimis (1968), kini didiami menantunya, Suria Bakar, 43, bersama dua cucunya.

Suria, isteri anak Allahyarham, Nasir Ramlee yang meninggal dunia empat tahun lalu, terkejut apabila menerima notis berkenaan Rabu lalu yang dilekatkan di hadapan rumahnya. “Saya terkejut dan tidak pernah berniat untuk melarikan diri daripada membayar tunggakan cukai taksiran berkenaan.

“Sebenarnya saya tidak mampu hendak bayar. Selepas kematian suami, saya bersama dua anak lelaki yang masing-masing masih belajar di institusi pengajian tinggi hidup dalam kesempitan memandangkan kami tidak bekerja,” katanya kepada Berita Harian di sini, semalam. Beliau mengakui hujung tahun lalu, anaknya pernah ke DBKL untuk menyelesaikan masalah ini dan diberikan kelonggaran membayar ansuran RM200 sebulan.

Bagaimanapun, katanya mereka tiga beranak yang kini hidup dengan hasil bantuan Baitulmal RM400 sebulan, tidak mampu untuk membayar ansuran bulanan yang ditetapkan DBKL itu.

“Saya amat tertekan dengan situasi ini, bukan niat untuk meraih simpati sesiapa, tetapi kami amat sedih kerana akan kehilangan satu-satunya rumah pusaka tempat kami tiga beranak berteduh,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap DBKL dapat mengurangkan jumlah bayaran ansuran bulanan itu daripada RM200 kepada lebih rendah. - Berita Harian

AAP - Banyak persoalan tidak terungkai...  kemana duit Royalti Allahyarham selama ini? Benar ada yang mendakwa sebesar mana sangatlah dengan nilai RM10,000 itu,  jika nak dibandingkan dengan nilai seni yang ditinggalkan P.Ramlee.. Mana nilai karya agung beliau? Setiap hari, setiap minggu, karyanya didengar,dilihat, dinikmati. Aidilfitri bagaikan tidak lengkap tanpa suaranya.. Ratusan pertandingan ( karaoke,lagu klasik,dialog, dll ) menggunakan karyanya, .. siapa yang mendapat keuntunganya..? Anak menantu, cucu-cucunya hampir merempat... Moralnya juga, ini adalah satu penghinaan yang besar buat Allahyarham yang bergelar Seniman Agong.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

15 Apr 2012

Bahaya Mencelup Uncang Teh Melebihi Tiga Minit !

Teh uncang sebaiknya tidak boleh dicelupkan serta ‘direndam’ terlalu lama. Ini disebabkan adanya kandungan klorin dalam uncang kertas teh itu. Fungsinya adalah untuk melindungi kertas uncang tersebut daripada bakteria dan juga berfungsi sebagai pengawet, iaitu teh menjadi lebih tahan lama.

Klorin dalam jumlah yang tinggi boleh menyebabkan banyak keburukan dan kesan negatif kepada badan manusia. Antaranya ialah kanser, mandul dan banyak lagi.- Sumber

AAP - Memang kita pengemar tea :) sebab tu selalu gi mengetea... mungkin teknik diatas boleh di ambil perhatian oleh kita semua. Moralnya hari ini banyak perkara sudah jadi bahaya nak pulak kalau tersalah guna.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

Facebook mampu undang ketagihan!

STOCKHOLM - Laman sosial Fecebook dipercayai mendatangkan ketagihan dan pengguna yang menghabiskan masa dengannya bakal mengalami kurang keyakinan dalam kehidupan.

Pakar di Universiti Gothenburg, Sweden, memberitahu, kebanyakan pengguna log masuk sebaik sahaja mereka menghidupkan komputer, sekali gus bertukar kepada ketagihan. Kumpulan individu berpendapatan rendah dan kurang pendidikan adalah golongan berisiko tinggi dengan situasi ini.

Sehingga kini, kajian mendapati, 85 peratus individu melayari laman sosial itu setiap hari dan separuh daripadanya membuka Facebook sebaik sahaja melayari laman pengguna. Sebanyak 25 peratus pengguna mengakui berasa kurang selesa jika meninggalkan laman itu walaupun sehari. - Sumber : Sinar Harian

AAP- Kalau dah ketagihan susah nak cakap... pelahan-pelahan kita kurang ketagihan itu... jangan sampai tak buka FB badan lemah dan tidak bermaya jadinya... Moralnya jangan berlebihan didalam apa jua perkara bersederhanaan sahaja terutama jika berfacebook. Sudah tak jadi kerja lain :(

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

KLIK PERCUMA DAPATKAN INFO SELANJUTNYA.

SENARAI ENTRI TERKINI KLIK UNTUK MEMBACA :

RUJUK ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :