UPDATE ENTRI TERKINI : AKU ANAK PAHANG

31 Mac 2012

Biodata Rasulullah SAW Idola Seluruh Manusia

Tidak dapat dinafikan, Rasulullah SAW atau nama sebenarnya Muhammad bin Abdullah merupakan seorang manusia yang paling layak untuk dijadikan idola paling unggul di dalam sejarah kehidupan manusia. Dilahirkan pada pada subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masihi, baginda Rasulullah SAW merupakan insan sempurna yang diiktiraf oleh para sarjana dunia sebagai pemimpin paling berpengaruh dan tiada tolok bandingnya sehingga kini.

Ketika berusia lima tahun, dada Muhammad SAW telah ‘dibedah’ oleh dua malaikat suruhan Allah SWT untuk membersihkan baginda dari sifat-sifat mazmumah atau pengaruh-pengaruh negatif yang ada pada dirinya. Bapa baginda, Abdullah bin Abdul Muttalib telah meninggal dunia sebelum baginda dilahirkan dan ibunya Aminah binti Wahab pula wafat ketika baginda berumur 6 tahun yang kemudiannya meletakkannya dibawah jagaan datuknya, Abdul Muttalib bin Hashim.

Setelah datuknya meninggal dunia dua tahun kemudian, Muhammad SAW dipelihara oleh bapa saudaranya, Abu Talib bin Abdul Muttalib, sehingga dewasa. Muhammad SAW digelar sebagai Al-Amin yang mencerminkan ketinggian intergiti dan akauntabilitinya sebagai individu yang paling dipercayai di kalangan masyarakat Makkah Al-Mukarramah.

Berikut adalah biodata Rasulullah SAW, insan idola bagi seluruh manusia sehingga ke akhir zaman;

Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Qusay bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab bin Luway bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrakah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Ma’add bin Adnan. (Bani Hashim)
Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Qusay bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab bin Luway bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrakah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Ma’add bin Adnan.
Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf bin Abdul Manaf bin Zahrah bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab bin Luway bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrakah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Ma’add bin Adnan.
Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
Tarikh wafat : Hari Isnin, 12 Rabiulawal, tahun 11 Hijrah bersamaan 8 Jun, tahun 632 Masihi.
Tempat wafat : Madinah Al-Munawwarah.
Usia ketika wafat : 63 tahun.

Nama isteri-isteri :
1. Khadijah Binti Khuwailid.
2. Saudah Binti Zam’ah.
3. Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
4. Hafsah binti ‘ Umar (anak Saidina ‘ Umar bin Al-Khattab).
5. Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
6. Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
7. Zainab Binti Jahsy.
8. Maimunah Binti Harith.
9. Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
10. Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘ Ummu Al-Masakin ‘ ; Ibu Orang Miskin)
*semua ummul mukminin adalah janda melainkan Sayyidatina Aisyah Binti Abu Bakar

Nama anak-anak :
1. Qasim (meninggal semasa kecil)
2. Abdullah (meninggal dunia semasa kecil)
3. Zainab (berkahwin dengan Abu Al-’As
4. Ruqaiyah (berkahwin dengan Uthman bin ‘Affan)
5. Ummi Kalthum (berkahwin dengan Uthman bin ‘Affan)
6. Fatimah Al-Zahra (berkahwin dengan ‘Ali bin Abi Talib)
7. Ibrahim (meniggal dunia semasa kecil)

Bentuk fizikal :
Baginda Rasulullah SAW digambarkan sebagai seorang yang bertubuh tegap dengan ketinggian sederhana dan berkulit kemerah-merahan. Wajahnya tampan dan berambut tidak begitu kerinting serta tidak begitu lurus, namun ikal mencecah ke bahu.

Muhammad SAW juga dikatakan memiliki sepasang mata berwarna hitam pekat, bulu mata yang lentik, bahu yang lebar dan tidak berbulu. Namun diriwayatkan bahawa bahagian dadanya berbulu dan baginda memiliki telapak tangan dan kaki yang tebal.

Riwayat juga menyatakan bahawa ketika berjalan, Rasulullah SAW seolah-olah berjalan menuruni tanah yang landai dan ketika menoleh, baginda menoleh dengan seluruh badan. Di antara kedua-dua bahu baginda terdapat tanda kenabian.

Selain itu, Muhammad SAW juga dikatakan memiliki janggut yang bersih dan terjaga rapi, berhidung mancung, gigi yang tersusun rapi bercahaya tapi renggang sedikit di bahagian hadapan dan rambutnya dibelah tengah.

Warna kegemaran : Merah, Putih dan Hijau.
Makanan kegemaran : Kurma, Bali, Buah Tin dan Anggur.
Sukan kegemaran : Menunggang kuda, memanah dan berenang.

Peperangan yang disertai :
1. Perang Badar
2. Perang Uhud
3. Perang Bani Nadhir
4. Perang Khandak
5. Perang Bani Qurazhah
6. Perang Khaibar
7. Perang Fathu Makkah
8. Perang Hudaibiyyah
9. Perang Tabuk

Demikianlah sebahagian dari biodata ringkas Muhammad SAW, manusia terulung dan kekasih Allah SAW yang bakal memberikan syafa’at kepada umatnya pada hari kiamat kelak. Semoga kita ummat Muhammad SAW akan terus kekal meneruskan sunnah baginda selagi hayat dikandung badan dan menjadikannya sebagai idola yang terunggul di dalam hidup kita selamanya, wallahu’alam.  Sumber -  http://mynewshub.my

Marilah kita sentiasa berselawat dan salam pada junjungan Rasulullah. Suburkanlah kecintaan pada Baginda, dan berdoalah agar nanti kita dapat dibangkitkan bersama Baginda yang kita cintai.

Allahumma solli 'ala Sayyidina Muhammad, wa 'ala aalihi wasohbihi wassalam. Ya Allah kurniakan kami kecintaan kepada Baginda Rasullullah, dan bangunkanlah kami di akhirat nanti bersama-sama Baginda yang kami cintai.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

VIDEO : CERAMAH PILIHAN : USTAZ NOR HAMIZI JAMALUDDIN


Video ini dirakamkan di Karnival Jerantut sempena tahun melawat Jerantut 2012. Banyak sekali manfaat dan tips berumahtangga yang telah disampaikan oleh Ustaz Nor Hamizi Jamaluddin didalam ceramah ini, yang boleh kita jadikan ikutan dan panduan.

Paling best video ini menyaksikan percakapan atau loghat orang sebelah Pahang Barat apabila berbicara. Terima kasih pada seorang sahabat yang telah memuatnaikkan video ini  ke Yuotube

Untuk itu jom layan dan dengar ceramah pilihan terbaik daripada Ustaz Nor Hamizi Bin Jamaluddin ini. Pasti kita semua akan mendapat pengetahuan dan panduan berguna selain terlatah lucu dan bersahaja daripada Ustaz Nor Hamizi ini yang dapat menarik perhatian penonton.

Wassalam, Wa'allahhualam.

,

30 Mac 2012

BERSERBAN DIJALAN RAYA LEBIH BERDOSA DARIPADA BERBOGEL PENARI TIANG!

Tak tumbuh masakan melata.... itu gambaranya... mana lebih berat? tepuk dada tanya iman... Moralnya jugak mungkin kelak segelintir daripada mereka akan lebih berani menjadi Penari ditiang kerana dendanya RM 25.00 sahaja dan orang akan lebih cuak untuk berserban kalau menaiki motosikal.. renung-renungkanlah... Sumber FB akuanakpahang

AAP- Dunia sudah berada di akhir zaman sememang penuh dengan pancaroba :(

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

28 Mac 2012

MENGINGATI KENANGAN LALU MEMBUAT TUBUH MUDAH SAKIT

Mengingati kejadian di masa lalu yang menyedihkan atau menimbulkan kemarahan boleh membuat penyakit lebih mudah bersarang di tubuh. Demikian menurut para penyelidik dari University of Granada, Sepanyol.

Para penyelidik dari University of Granada mengadakan penyelidikan yang melibatkan 50 lelaki dan wanita. Mereka diminta untuk mengisi survey mengenai perasaan mereka terhadap masa lalu dan masa depan. Dari senarai soalan yang diajukan, di antaranya apa saja tindakan yang mereka sesali, apa yang seharusnya mereka lakukan, juga bagaimana mereka menikmati hidup mereka saat ini. Jawapan responden kemudian dihubungkan dengan kesihatan fizikal dan mental, serta high gaya hidup mereka.


Kajian ini menyimpulkan, orang-orang yang seringkali menyesali masa lalu dan mengenang kejadian yang sudah lewat dengan penuh kesedihan, terbukti lebih mudah diserang penyakit dan mempunyai kualiti kesihatan yang buruk. Orang-orang yang masih menyimpan dendam di masa lalu juga terdedah terhadap rasa sakit.


"Berdasarkan hasil pemerhatian, faktor yang paling berpengaruh terhadap kesihatan seseorang ialah persepsi mereka terhadap masa lalu," ungkap Cristian Oyanadel, ahli pasukan penyelidik"Semasa orang-orang berfikiran negatif terhadap masa lalu, mereka juga cenderung 
pesimistik dalam memandang masa kini," katanya, seperti dilaporkan oleh Daily Mail, Rabu (28/3).  

Sebaliknya, orang-orang yang fokus pada rencana masa depan dinilai tidak mempunyai kesan negatif pada kesihatan sama sekali. Lalu seperti apakah orang yang paling bahagia di dunia? Para penyelidik menjawab, orang yang paling bahagia ialah orang-orang yang menikmati saat ini sambil menyusun rancangan untuk masa depan. Para penyelidik menyarankan untuk mengurangkan pandangan negatif dan dendam yang muncul semasa mengingat masa lalu. - Sumber

" Asal kapas jadi benang
Dari benang di buat baju
Barang lepas jangan kenang
Sudah jadi orang baru
Mengapa di rindu"

AAP - Moralnya juga jangan mudah berasa patah hati dan bersedih hati sokmo... ceria-ceriakan diri anda, insyaallah ada pasti dapat memiliki kehidupan yang lebih sempurna.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

27 Mac 2012

KENAPA SELUAR JEANS ADA SAKU ATAU POKET KECIL?

Pernah tidak terlintas difikiran? kenapa seluar jeans selalu ada saku kecil di bahagian sebelah kanannya? Sekali pandang saku kecil ini tak ada fungsinya selain hanya tampalan untuk menambah aksentuasi gaya pemakainya, atau mungkin ciri khas seluar jeans. Namun, dari saku comel inilah sebenarnya boleh dibaca sejarah seluar yang dipopularkan oleh Levi Strauss tahun 1880 ini, lapan tahun selepas jeans masuk ke Amerika Syarikat (AS) tahun 1872.

Sebagai jenis tekstil, jeans pertama kali dibuat di Genoa, Itali tahun 1560-an. Kain seluar ini biasa dipakai oleh angkatan laut. Orang Perancis menyebut seluar ini dengan sebutan "bleu de Genes", yang bererti biru Genoa. Meski tekstil ini pertama kali dihasilkan dan digunakan di Eropah, tetapi sebagai fashion, jeans dipopularkan di AS oleh Levi Strauss, seorang pemuda berusia dua puluh tahunan yang mengadu nasibnya ke San Francisco sebagai peniaga pakaian. Ketika itu, AS sedang dilanda demam emas.

Akan tetapi, sampai di California semua barangnya habis terjual, kecuali sebuah khemah yang terbuat dari kain kanvas. Kain kanvas ini dipotongnya dan dibuatnya menjadi beberapa seluar yang dijual pada para pekerja lombong emas. Dan ternyata para pekerja menyukainya kerana seluar buatan Strauss tahan lama dan tak mudah koyak. Merasa mendapat peluang, Strauss menyempurnakan "penemuannya" dengan memesan bahan dari Genoa yang disebut "Genes", yang oleh Strauss diubah menjadi "Blue Jeans".


Di sinilah para pelombong tambah menyukai seluar buatan Strauss dan "menobatkan" seluar itu sebagai seluar rasmi para pelombong. Para pelombong emas itu menyebut seluar Strauss dengan "those pants of Levi` s "atau" Celana Si Levi ". Sebutan inilah yang memulakan tanda dagang pertama seluar jeans pertama di dunia.

Naluri perniagaan Strauss yang tajam membuatnya mengajak pengusaha sukses Jakob Davis untuk bekerja sama, dan pada tahun 1880 kerja sama itu melahirkan kilang seluar jeans pertama. Dan produk reka bentuk mereka yang pertama adalah "Levi` s 501 ".

Produk reka bentuk pertama memang dikhaskan bagi para pelombong emas. Seluar ini mempunyai 5 saku, 2 di belakang dan 2 di depan, dan 1 saku kecil dalam saku depan sebelah kanan. Kerana diperuntukkan bagi para pelombong, saku ini tentu bukan untuk bergaya-ria. Tetapi saku atau poket comel kecik molek ini dirancang untuk menyimpan butiran-butiran emas yang berukuran kecil.  

Meskipun kini jeans dihasilkan dalam pelbagai jenama dan bukan hanya untuk para pelombong, tetapi saku atau poket comel itu tetap ada kerana mungkin mengekalkan fesyen asalnya. Tentu saja hari ini fungsinya bukan lagi sebagai tempat menyimpan butiran emas. Sumber asal : Smartnewz.info diolah semula by akuanakpahang.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

26 Mac 2012

WAJAH TERTUDUH (MUIDIN MAIDIN) YANG MEMBUNUH ADIK DIRANG

ANGGOTA polis mengiringi seorang buruh Muidin Maidin, 24, ke Mahkamah Majistret Johor Bahru, hari ini atas tuduhan membunuh Nurul Nadirah Abdullah, 5, awal bulan ini. Muidin dituduh membunuh Nurul Nadirah atau lebih dikenali sebagai Dirang di ladang kelapa sawit, Bandar Seri Alam, Masai, antara pukul 11 pagi dan 7 malam, 1 Mac lalu. - Foto BERNAMA

AAP - Jika benar, semoga beliau akan mendapat balasan yang berat dan setimpal dengan perbuatan kejamnya itu. Alfatihah buat adik Nurul Nadirah atau lebih dikenali sebagai Dirang

Wassalam, Wa'allahhualam.

25 Mac 2012

PEREMPUAN INI SANGGUP ' MELEPAS ' DI SUPERMARKET

Gamaknya beliau sakit perut sangat. Moralnya jangan buat kerje karut dan tidak bermoral seperti ini.


Wassalam, Wa'allahhualam.
 

SERING MELAMUN OTAK PASTI CERGAS

Setiap orang pasti pernah melamun dan berkhayal memikirkan masa depan atau sesuatu hal yang indah. Kajian terbaru menunjukkan bahawa orang yang fikirannya sering melayang ternyata mempunyai otak yang lebih tajam. Mengapa boleh begitu?

Kajian terbaru menunjukkan bahawa orang yang sering melamun pasti mempunyai lebih banyak memori kerja di otak, yang memberinya kemampuan untuk dapat melakukan dua hal pada masa yang sama.

"Mereka yang mempunyai kapasiti memori otak yang lebih tinggi melaporkan fikirannya lebih sering melayang (melamun) ketika melakukan tugas-tugas sederhana, walaupun prestasi mereka tidak terganggu," ujar Daniel Levinson, psikolog di University of Wisconsin-Madison, seperti dilansir Dailymail.

Dalam kajian yang hasilnya sudah diterbitkan dalam Psychological Science ini, penyelidik meminta peserta untuk menekan butang saat memberi respons kata-kata yang muncul di skrin komputer. Penyelidik kemudian akan memeriksa secara berkala untuk bertanya sama ada fikiran peserta sempat melayang alias melamun.

Pada akhir kajian, penyelidik mengukur kapasiti memori kerja peserta serta juga memberikan tinjauan untuk kemampuan mengingat siri huruf diselingi dengan soalan-soalan matematik yang mudah.

Hasilnya, peserta yang lebih banyak melamun mempunyai kapasiti memori otaknya lebih tinggi.

Dianggarkan ini berkaitan dengan ruang kerja mental yang digunakan. Misalnya, ketika orang dapat menjumlahkan dua angka yang diucapkan tanpa perlu menuliskannya, tapi cukup dengan membayangkannya saja. Kapasiti ini telah dikaitkan dengan ukuran am perisikan, seperti pemahaman membaca dan skor IQ.

Kajian terbaru ini menggariskan bagaimana memori kerja penting dalam membolehkan otak untuk fokus pada masalah yang paling mendesak.


AAP - Melamun dan berangan itu sesuatu yang berbeza gamaknya cuma jangan berangan-angan akan sesuatu tanpa ada usahanya, pasti angan-angan akan tinggal angan-angan sahaja. :)

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

23 Mac 2012

TEMUI SITI NURHALIZA DI KARNIVAL JERANTUT & TAHUN MELAWAT JERANTUT 2012 MALAM INI.

JERANTUT 22 Mac - Impian penduduk daerah ini untuk menyaksikan persembahan Datuk Siti Nurhaliza bakal menjadi kenyataan apabila artis kelahiran Kuala Lipis itu akan mengadakan persembahan sempena perasmian Karnival dan Tahun Melawat Jerantut, malam ini.

Setiausaha Majlis Daerah Jerantut (MDJ), Wan Norizan Wan Badaruzzaman berkata, selain penyanyi nombor satu negara itu, Haida dan Erul Akademi Fantasia 9 (AF9) akan turut menyerikan majlis perasmian yang bermula pada pukul 9 malam.

Katanya, majlis itu akan disempurnakan oleh Ahli Parlimen Jerantut, Tan Sri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar di Padang Bola Sepak Jerantut di sini. "Memandangkan karnival ini julung-julung kali diadakan, kami telah mengundang ramai artis baru dan lama bagi menghiburkan para pengunjung sepanjang program ini berlangsung selama sembilan hari bermula hari ini. - Sumber Utusan Online

AAP - Khabornya... untuk 3 buah lagu yang bakal didendangkan oleh Dato' Siti Nurhaliza bernilai 25 ribu... sesekali bagilah orang kampung nengok secara live dan free yak :) Entri berkaitan dan aturcara Karnival lihat DISINI

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

22 Mac 2012

Kesombongan Iblis Lebih Kuat Dalam Diri Manusia Kini


“Ana khairun minhu”, saya lebih baik dari dia. Itulah kata-kata iblis ketika Tuhan menanyakan alasan mengapa ia tidak mahu melaksanakan perintah sujud kepada Adam AS. Iblis menambah, “khalaqtani min nar wa khalaqtahu min tin”, Engkau menciptakan aku dari api dan menciptakan dia (hanya) dari tanah. (Surah al-A’raf 12). Itulah kesombongan iblis, merasa diri lebih mulia kerana asal kejadian.

Kesombongan iblis rupanya adalah sebuah penyakit yang juga boleh menular kepada manusia. Bahkan, iblis secara aktif menularkannya kepada anak cucu Adam. Pernyataan dan sikap ana khairun minhu sekarang bahkan lebih banyak digunakan oleh manusia.

Jika iblis merasa diri lebih baik kerana asal penciptaannya, manusia juga dijangkiti kesombongan kerana keturunan seperti itu. Itu sebabnya Nabi Muhammad SAW mengingatkan kita dengan sabda beliau, “Semua kalian berasal dari Adam dan Adam (diciptakan) dari tanah. Tidak ada kelebihan orang Arab dari yang bukan Arab, kecuali kerana takwa, “.Sabda Nabi tersebut hendak menyedarkan kita agar tidak menjadi angkuh kerana keturunan. Kemuliaan hanya boleh dicapai dengan takwa. “Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah yang paling bertakwa,” (QS al-Hujurat: 13).

Lebih mencengangkan lagi, ternyata manusia mengembangkan prinsip ana khairun minhu hampir dalam semua lapangan kehidupan. Dengan prinsip itu, manusia kemudian saling bersaing tidak sihat, saling membenci, saling bermusuhan, saling menjatuhkan, bahkan ada yang sampai saling membunuh.

Ketika manusia memperebutkan sebuah jabatan, misalnya, masing-masing menggunakan jurus ana khairun minhu itu. Pelbagai teknik digunakan untuk mempengaruhi pendapat orang bahawa dialah yang lebih baik. Oleh kerana itu, dia lebih layak untuk dipilih. Sepanduk, pelekat, iklan dan pelbagai macam teknik komunikasi massa digunakan untuk menyatakan ana khairun minhu, saya lebih baik dari dia.

Sebenarnya, untuk meraih prestasi, manusia boleh saja, bahkan dianjurkan untuk menjadi yang terbaik, menjadi the best. Manusia perlu menunjukkan prestasi yang terbaik atau produk kerja terbaik. Tapi, berusaha menjadi yang terbaik tidak sama dengan merasa yang paling baik. Yang pertama adalah sebuah usaha positif, yang kedua adalah sebuah kesombongan.

Lebih berbahaya lagi ketika kesombongan ana khairun minhu itu digunakan oleh seorang penguasa. Ia tidak akan suka dikritik. Ia selalu ingin dipuja-puja. Ia memudahkan hidupnya dengan pelbagai kemewahan. Ia tidak mahu melihat ada orang lain yang lebih unggul yang boleh menggantikan kedudukannya. Ia lalu menggunakan pelbagai cara dan muslihat untuk mempertahankan dirinya.

Demikian sedikit gambaran betapa kesombongan Iblis telah merasuki manusia sehingga menggerus nilai-nilai kemanusiaan. Kesan negatifnya semakin meluas dan merosakkan jika tidak segera disedari. Kerana itu, kita harus sedar dan menyelamatkan diri dari proses dehumanisasi akibat penyakit iblis tersebut. Wallahu a’lam Sumber: Republika Online – Oleh: Dr Ir Fuad Rumi MS - mynewshub.my

Moralnya kita janganlah bersifat sombong dan bongkak kerana itu adalah sifat semula jadi syaitan.

Wassalam, Wa'allahhualam.

KARNIVAL JERANTUT & TAHUN MELAWAT JERANTUT 2012


Karnival Jerantut 2012 akan diadakan pada 23 - 31 Mac 2012 sempena tahun melawat Jerantut 2012 . Bertempat di Padang FA Jerantut, pelbagai aktiviti dan program menarik telah dirancang bagi karnival tersebut. Untuk maklumat lanjut sila layari : http://www.mdjerantut.gov.my/

Karnival Jerantut anjuran bersama : Majlis Daerah Jerantut, Kelab Berbasikal Jerantut, KRT Sg Jan, Lions Club of Jerantut Jaya, Persatuan Berbasikal Pahang dan Tourism Pahang.

Aturcara sepanjang karnival seperti berikut : 
 
Klik imej untuk paparan lebih jelas.

Jom datang beramai-ramai dan bersama memeriahkanya kerana begitu banyak sekali acara yang menarik telah disediakan... jumpa anda disana :)

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

12 Mac 2012

Kalimah Allah Pada Cap Jari

Banyak sekali perkara-perkara yang telah kita ketahui, apabila awan membentuk seperti kalimah Allah, apabila terdapat kalimah Allah pada tumbuhan-tumbuhan, apabila pokok kelihatan seperti orang yang sedang rukuk, dan banyak lagi, maka pada saat itu sahajalah kita berasa takjub akan kekuasaan Allah.

Mengapa kita tidak melihat pada ciptaan-ciptaanNya yang jauh lebih hebat? Kita lihatlah kejadian langit dan bumi, pertukaran siang dan malam, kejadian banjir, tsunami, taufan, dan gempa bumi malah pusingan orbit-orbit planet dan bintang yang cukup sempurna sekali. Tidakkah ini kebesaran Allah yang patut kita kagumi? Namun tidak semua yang mampu melihat melainkan orang-orang yang berfikir.

Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang memperhatikan tanda-tanda. (Al Hijr, 15:75) - Sumber Google.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

10 Mac 2012

Sejarah Dan Latar Belakang Daerah Jerantut

 Bandar Jerantut awal 1960an

Apabila Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan iaitu setelah Malayan Union ditumbangkan, maka daerah Jerantut mulai 1948 dijadikan sebuah daerah kecil (sub-daerah) kepada daerah Lipis. Seorang Pegawai Tadbir berjawatan Penolong Pegawai Daerah telah ditempatkan di Jerantut untuk mentadbir semua mukim dan kampung-kampung dalam daerah Jerantut sebagaimana yang ditentukan dalam peta daerah sehingga kini. Penolong Pegawai Daerah, daerah kecil Jerantut yang pertama ialah Encik Maaroff dengan hanya beberapa orang pegawai dan kakitangan pembantunya dengan pejabatnya bangunan kayu sementara bertempat di Tapak Rumah Rehat Jerantut sekarang. Pejabat dan Balai Polis didirikan berhampiran Balai Polis Jerantut sekarang.

Seorang Inspektor Polis dan beberapa anggota polis ditempatkan di situ untuk menjaga keamanan dan keselamatan seluruh daerah Jerantut. Balai Polis Jerantut pernah diserang oleh pengganas komunis di peringkat awal darurat diisytiharkan tetapi mereka tidak berjaya apabila bantuan pasukan keselamatan segera dihantar dari Kuala Lipis.

Bandar lama Jerantut hanya ada 2 deret bangunan kedai yang dipunyai oleh kaum Cina dan terletak tidak jauh dari Stesen Keretapi. Jalan keretapi dibina di awal tahun 1922 iaitu laluan keretapi Pantai Timur yang ada sekarang, manakala dalam masa yang sama jalan raya dari Kuala Lumpur melalui Bentong dan Raub terus ke Jerantut dan ke Kuantan adalah jalan utama menghubungkan negeri Terengganu dan Kelantan yang masih ada sekarang.

Pada tahun 1957, tahun kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu iaitu tarikh keramat 31hb.Ogos, 1957, daerah kecil Jerantut dijadikan sebuah daerah penuh. Pegawai Daerahnya ialah Dato’ Abu Bakar bin Hussin anak kelahiran Chenor. Maka bermulalah daerah Jerantut dengan 10 buah mukim iaitu Pedah, Ulu Tembeling, Ulu Cheka, Kuala Tembeling, Tembeling Tengah, Teh, Kelola, Tebing Tinggi, Burau dan Pulau Tawar.

Nama Bandar Jerantut banyak sekali dikaitkan dengan kisahnya, ini adalah diantara sebahagian daripada   kisah kewujudan nama  Jeranutut. Jerantut diambil dari sebutan penuturan Orang Asli dari suatu cerita zaman pemerintahan Sultan Ahmad, iaitu apabila beberapa orang Melayu yang tinggal di sekitar Kampung Sungai Salan di Pulau Tawar yang mencari ternakan kerbau mereka tidak pulang. Selebihnya anda boleh klik DISINI asalnya nama bandar Jerantut ini

Mereka telah bertanya kepada Orang Asli di kawasan kampung Paya Tambak tidak jauh dari sungai Pahang, di mana ada satu anak sungai yang mengalir airnya di atas batu-batu jeram kecil. Orang Asli itu menunjuk ke arah di mana kerbau itu berada dengan berkata dekat ‘’JERAM TUT’’ maknanya jeram itu. Kerbau yang dicari itu dijumpai tidak bergerak kerana tali pesaranya terbelit di sepohon pokok di tepi jeram itu. Lama kelamaan sempena peristiwa berjumpa kerbau itu maka tempat itu disebut atau diberi nama JERANTUT. Sumber di petik drp Jerantut kampungku.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

8 Mac 2012

SBPA Batal, SSM Ditambah Baik Kekal


PUTRAJAYA  – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang sepatutnya berkuatkuasa pada 1 Jan 2012 dibatalkan dan mengekalkan Skim Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik.

Perdana Menteri juga mengumumkan penubuhan sebuah suruhanjaya untuk mengkaji secara komprehensif sistem saraan untuk penjawat pada masa depan. Beliau juga mengumumkan pelarasan gaji sebanyak 13 peratus bagi Kumpulan Pengurusan dan Professional dan Kumpulan Pelaksana dari Gred 1 hingga Gred 54,  bagi Kumpulan Gred Utama C,B,A (sembilan peratus), Gred Turus 3 dan 2 (lapan peratus) dan Gred Turus Satu dan Ketua Setiausaha Negara (tujuh peratus).

Najib juga mengumumkan jadual gaji matriks yang dilaksanakan sekarang diubahsuai kepada gaji minimum-maksimum dengan kadar kenaikan RM80-RM320 bagi Gred 1-54 manakala gred bagi Jusa kekal mengikut kenaikan tahunan SSM.

Bagi Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA), Najib mengumumkan kenaikan kepada RM250 sebulan dari RM200 bagi kawasan B manakala bagi kawasan C dinaikkan kepada RM150 daripada RM100. Najib membuat pengumuman itu pada perhimpunan khas bersama penjawat awam di Dewan Perdana Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini.–BERNAMA

AAP - Duduk memikir juga kenapa perkara itu boleh terbatal... setelah perancanganya dibuat sebegitu rupa... apapun kita nantikan suara CEUPACS terhadap keputusan tersebut.

Wassalam, Wa'allahhualam.

7 Mac 2012

Laluan KM 43 Jalan Benta - Jerantut Ditutup Sementara Berikutan Mendap

 

LIPIS: Sebuah kereta Kancil terjatuh ke dalam mendapan tanah selepas paip saluran air pecah ketika hujan lebat menyebabkan jalan terputus di kilometer 43, Jalan Benta Jerantut, dekat Kampung Terap, Kuala Lipis. Foto: Azmaidi Abidin (07/03/2012)
 
KUALA LIPIS: Laluan di Kilometer 43, Jalan Benta-Jerantut dekat Kampung Trak Jeransang di sini ditutup sementara waktu kepada lalu lintas mulai hari ini kerana mendap dan membahayakan pengguna jalan raya.
Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor berkata jalan itu terputus dan tidak boleh dilalui semua kenderaan kerana mendap sedalam dua meter akibat hujan lebat dan air melimpahi jalan apabila pembetong aliran air bawah tanah di situ pecah.

"Saya difahamkan kejadian yang berlaku pada pukul 9 malam semalam turut mencederakan tiga warga Indonesia yang menaiki sebuah kereta kancil semasa melalui jalan tersebut.

"Kereta itu menjunam ke dalam lubang menyebabkan dua daripada penumpangnya patah tangan dan dikejarkan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh manakala seorang lagi dirawat di Hospital Lipis," katanya kepada pemberita selepas meninjau keadaan di jalan itu di sini hari ini.

Katanya Jabatan Kerja Raya (JKR) akan membina sebuah jambatan sementara dalam masa tiga hari bagi membolehkan kenderaan ringan melalui jalan itu sementara kerja-kerja pembaikan dijalankan.

Beliau berkata kerajaan telah memperuntukkan RM14.5 juta bagi menaik taraf jalan Benta-Jerantut dan ia dijangka siap dalam masa 18 bulan.

Beliau turut mengarahkan JKR menjalankan kajian dan siasatan terperinci di sepanjang jalan itu bagi mempastikan tiada kejadian sama berulang di kawasan berkenaan yang boleh menjejaskan keselamatan pengguna jalan raya. - Bernama dan Metro.

AAP - Berkaitan jalan Jerentut - Benta ini saya sudah puas dan bosan untuk memberi pendapat dan pandangan :( satu permasalahan yang bagaikan tidak kesudahannya bagi penduduk setempat.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

5 Mac 2012

JANGAN CURI AIR ! DENDA SEHINGGA RM 100,000

Sebuah syarikat kontraktor di Pahang didenda RM14,000 oleh Mahkamah Sesyen Temerloh, Pahang selepas mengaku salah melakukan aktiviti curi air di sebuah tapak projek.

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) melalui satu kenyataan memberitahu, kes tersebut merupakan kali pertama dilaporkan berlaku di Pahang yang melibatkan syarikat dikenakan denda.

“Untuk kali pertamanya sebuah syarikat di Pahang telah didenda oleh mahkamah kerana didapati mencuri air.  Syarikat itu mengaku bersalah terhadap dakwaan yang dibawa ke mahkamah oleh SPAN di Temerloh minggu lalu.

“Pada tahun lalu terdapat satu  kes kecurian air yang dicatat di Pahang tetapi ia cuma melibatkan seorang individu,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, syarikat kontraktor terbabit didakwa melakukan penyambungan tidak sah ke sesalur utama milik Jabatan Bekalan Air Pahang (JBA) dan disaman di bawah Seksyen 123 Akta Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655).

Tambah kenyataan itu, akta tersebut memperuntukkan denda sehingga RM100,000 atau satu tahun di penjara atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. – mynewshub.my

Ini adalah selaras dengan peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 123 (1) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 yang menyatakan :

’Tiada seorang pun selain pemegang lesen boleh membuat apa-apa sambungan ke suatu sesalur utama awam atau paip air Perkhidmatan.’

Manakala penalti yang boleh dikenakan jika disabitkan kesalahan di atas adalah di bawah Seksyen 123 (3) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 yang menyebut :

’Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.’ - Sumber

AAP -  Moralnya jangan buat kerja mencuri air... ada sesetengah pihak memandang remeh soal ini.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

3 Mac 2012

Seramai 1,279 setuju bersama Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip)

Seramai 1,279 pegawai dan kakitangan Jabatan Bekalan Air Pahang (JBAP) memilih untuk bersetuju bersama Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip) setelah syarikat itu dikorporatkan pada 1 Februari tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Asas, Pengang-kutan dan Pertumbuhan negeri, Datuk Ir Mohd Soffi Abdul Razak berkata, seramai 53 penjawat pula memilih bersara termasuk ditamatkan kontrak atas persetujuan sendiri.

“Paip menawarkan pelbagai kemudahan kepada pegawai dan kakitangan berkenaan iaitu gaji kompetitif termasuk elaun perumahan, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja serta prasyarat munasabah.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kedudukan kakitangan JBAP setelah perjanjian pengkorporatan antara Kerajaan Negeri dan Paip ditandatangani, baru-baru ini.

Mohd Soffi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Benta berkata, Kerajaan Negeri mengambil kira semua aspek pengkorporatan termasuk kebajikan pegawai dan kakitangan supaya mereka dapat bertugas dengan lebih selesa dan memberi perkhidmatan penuh integriti.

“Isu pengkorporatan bekalan air di negeri ini sudah selesai dan tidak wajar diuar-uarkan untuk kepentingan politik pihak tertentu.

“Sehubungan itu, saya minta wakil rakyat bersama JBAP menerangkan kepada penduduk mengenai kerelevanan pengkorporatan jabatan itu,” katanya.

Menurutnya, tujuan pengkorporatan supaya Paip dapat meningkatkan kecekapan operasi dengan memberi fokus kepada peningkatan hasil seperti mengurangkan air tanpa hasil, mengukuhkan aktiviti penguatkuasaan dan kutipan. - Sumber Sinar Harian Pahang.


Wassalam, Wa'allahhualam.
 

Wanita Jepun Suka Guna Telefon Masa Mandi

Wanita Jepun begitu menyukai telefon, sampai mereka terlalu kerap menggunakannya di bilik mandi. Berasal dari idea inilah, Panasonic dan Fujitsu menghasilkan produk telefon tahan air dan anti debu.

“Di Jepun, anda tidak boleh menjual telefon jika ia tidak tahan air. Sekitar 90 hingga 95 peratus dari semua telefon bimbit yang dijual bersifat kalis air,” kata Eksekutif Panasonic, Taro Itakura, kepada AFP, Rabu (29/2). Wanita Jepun kata beliau, sangat unik dan lebih suka menggunakan telefon termasuk saat mereka mandi.

Panasonic pun mencari cara kembali ke pasaran Eropah setelah menarik diri pada 2005 dan menumpukan pada jualan domestik. Belum diketahui apakah Eropah menyukai produk Jepun ini, tetapi Itakura berharap masyarakat Eropah bersedia untuk menggunakannya ketika hari hujan.

Menurut salah satu pemasar Panasonic, Florian Sohn, satu pertiga daripada kerosakan telefon bimbit juga adalah kerana air. Fujitsu, yang mempunyai seperlima pasaran smartphone Jepun juga memasarkan produk telefon tahan airnya.

“Telefon menemani kita 24 jam sehari, dan selalu bersama hingga ke bilik mandi,” kata Naib Presiden Fujitsu, Nobuo Ohtani.Selain telefon tahan air, telefon ini juga tahan walaupun jatuh berulang kali.

Teknologi yang dibenamkan di dalamnya termasuk sensor yang meningkatkan atau menurunkan tahap suara panggilan, bahkan dapat melambatkan percakapan atau perbincangan jika pemanggil bercakap terlalu cepat. Sumber : Mynewshub.my

AAP - Orang kita terkadang suka juga membawa handset kebilik mandi ada makna tu... terkadang sesetengahnya lebih suka membawak rokok kedalam tandas... :)

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

1 Mac 2012

7 Tips Rumah Tangga Harmoni Bagi Pengantin Baru

Saat-saat pasca bulan madu adalah waktu bagi pengantin baru memulakan 'perjalanan' rumah tangga yang nyata. Kadang-kadang asas hubungan yang belum kukuh membuat perjalannya pernikahan yang belum stabil menjadi kacau. Beberapa tips dari Helium ini akan membantu para pengantin baru menjalankan rumah tangganya. Ini 7 Tips Rumah Tangga Harmoni Bagi Pengantin Baru, iaitu:

1. Jangan Berhenti Dating
Pernikahan bukan bererti anda harus menghilangkan kebiasaan saat berpasangan dulu. Tetaplah jaga keharmonian dengan bercinta selamanya. Perkara ini akan menjadi acara saling mengenal lebih dalam, satu sama lain yang penuh dengan kemesraannya.

2. Jangan Perbesarkan hal-hal yang kecil
Di awal perkahwinan adalah masa-masa penyesuaian antara andadan pasangan. Tak jarang, pasangan baru belum terbiasa dengan sikap dan kebiasaan pasangannya. Walau mereka sudah berpacaran selama bertahun-tahun, namun tetap sajapenyesuaiannya tidak mudah. Untuk itu, jangan terlalumempermasalahkan hal-hal kecil. Jangan sampai kebiasaan suamimembaca di atas katil memancing pertengkaran hebat di antaraanda berdua. Kuncinya adalah menyesuaikan dan salingpengertian.

3. Jelaskan Ekspektasi anda
Biasanya konflik terjadi kerana salah faham dan salah pengertian.Untuk itu Komunikasikan dengan jelas jangkaan anda pada suami.Jangan lupa untuk meminta suami melakukan hal yang sama.Dengan ini, anda boleh mengenal suami lebih jauh lagi.

4. Menerima kegagalan
Dimasa-masa di awal perkahwinan masih rapuh dan bermasalah. Kegagalan di sana-sini akan terjadi. Namun jangan putus asa. Kegagalan adalah kejayaan yang tertunda. Berikan semangat pada suami anda untuk terus berusaha mendapatkan rumah tangga yang harmoni dan sempurna.

5. Tingkatkan Kualiti dan Kuantiti Kemesraan.
Keakraban tak diragukan lagi dapat menjadi pintu pengantaraan konflik suami isteri. Tak ada salahnya untuk meningkatkan kuantiti, juga kualiti hubungan kemesraan anda dan suami.

6. Meningkatkan Sikap Dan Sifat Yang Baik
Di masa penyesuaian, biasanya suami akan memberi mteguran mengenai kekurangan-kekurangan anda. Tak ada salahnya untuk menggunakan masa ini sebagai masa introspeksi diri. Kritikan dari suami juga boleh menjadi perangsang bagi anda untuk menjadi orang yang lebih baik.

7. Jangan mudah Untuk Mengucapkan Cerai
Dalam situasi seburuk apapun, jangan pernah mengucapkan kata'cerai' kecuali anda benar-benar menginginkannya. Ingat,perkahwinan anda bukan sekadar ikatan rasmi di mata masyarakatsaja, tetapi juga di hadapan Allah. Oleh kerana itu, jangan pernah bermain-main dengan ikatan suci ini. Mudah berkata 'cerai' akanmembuat nilai perkahwinan anda menjadi berkurang. Pasangan pun akan beranggapan, bahawa anda tak sesungguhnyamenghargai perkahwinan yang telah dilakukan. Sumber asal Smartnewz.info. -  Di olah semula drp akuanakpahang.

AAP - Orang dahulu aman bahagia perkahwinan mereka sampai ke akhir hayat, orang hari ini ada yang dua tiga hari nikah dan berpisah :(

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

KLIK PERCUMA DAPATKAN INFO SELANJUTNYA.

SENARAI ENTRI TERKINI :

RUJUK ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :