UPDATE ENTRI TERKINI : AKU ANAK PAHANG

31 Jan 2012

SEMAKIN BANYAK PILIHAN, SEMAKIN BANYAK ANDA KELIRU.

Kita sering pergi ke pusat membeli belah dengan niat membeli satu barang atau seumpamanya, namun kemudian pulang dengan tangan kosong sahaja, atau membawa satu barang yang sebenarnya bukan pilihan hati setelah beberapa ketika mungkin kita rasa menyesal membelinya :(  Persoalanya kenapa boleh terjadi seumpama itu? kenapa kita boleh terbeli barangan tersebut? Pasti barangan tersebut tidak dimanfaatkan sepenunhnya. Dek kerana mungkin terlalu banyak pilihan menjadi salah satu puncanya.

Menurut ahli psikologi dari Swarthmore College, Barry Schwartz, terlalu banyak pilihan boleh membuat anda tidak akan mendapat kesempurnaa di akhirnya. Dalam bukunya bertajuk The Paradox of Choice, Schwartz menjelaskan bahawa kesulitan memilih ini tidak hanya dalam membeli satu-dua barang, melainkan dalam segala aspek kehidupan kita. Daripada memilih kursus untuk kanak-kanak hingga menentukan menu makanan. "Orang yang dihadapkan pada masalah banyak pilihan akan cenderung menghabiskan masa untuk melakukan pembelian yang tidak diingini. Bahkan, boleh jadi orang itu akan mempersoalkan kembali keputusan yang telah diambil," jelas Schwartz.

Begitu juga halnya dengan masalah maklumat. "Semakin banyak info yang anda dengar tentang jenama produk-produk tertentu, seperti makanan atau minuman, semakin sukar anda menentukan pilihan," kata Jacob Jacoby, profesor di bidang marketing dari New York University, Stern School of Business.

Schwartz menambah bahawa orang yang selalu cuba melayari setiap kemungkinan yang ada biasanya tidak akan bahagia. Sementara, orang yang memakai cara fikir "yang penting bagus", biasanya akan lebih bahagia. "Ada baiknya anda bertanya saja pada orang yang pakar tentang barang yang mahu dibeli. Misalnya, apabila membeli telefon baru, cuba tanya teman yang memahami teknologi dan mintalah dia memilihkan untuk anda. Dengan begitu, anda tidak perlu menghabiskan masa dua minggu keliling-keliling kedai , membaca review di internet, lalu membeli sesuatu yang kemudian disesali, "anjur Schwartz.

Moralnya jangan ralit sangat memilih dan membuat pilhan didalam kehidupan ini. Bak kata pepatah "pilih-pilih tebu sudahnya terpilih tekung tebu ( ruas tebu ) jangan sampai macam itu :) Kerana terlampau memilih sangat menghendaki yang terbaik, akhirnya mendapat yang buruk.

Wassalam, Wa'allahhualam.

Pengkorporatan JBA Tidak Akan Ditangguh Walaupun Mendapat Bantahan - MB Pahang

Pengkorporatan Jabatan Bekalan Air Negeri Pahang (JBA) akan tetap diteruskan kepada Perbadanan Air Negeri Pahang (PAIP).

YAB Menteri Besar Pahang mengatakan sedemikian ketika diminta untuk mengulas kenyataan yang dibuat oleh Presiden CUEPACS di Temerloh semalam. Tambah beliau lagi, wujudnya perbezaan diantara Penswastaan dan juga Pengkorporatan dalam isu bekalan air ini.

"Ada beza diantara penswastaan dengan pengkorporatan. Pihak Kerajaan telah membuat keputusan supaya Jabatan Bekalan Air dikorporatkan," kata beliau ketika ditemui media hari ini.

Selian itu, beliau juga turut menjelaskan bahawa tujuan bagi langkah ini adalah untuk meningkatkan kecekapan dalam membekalkan air kepada rakyat diseluruh Negeri Pahang.

"Biasanya dalam bidang korporat, pengurusannya lebih terurus dan lebih cekap secara relatif jika dibandingkan dengan Kerajaan.

Dan kepada rakyat, bekalan air tetap sama. Tarif air tidak akan dinaikkan sejak dari tahun 1982 sehingga sekarang tidak akan dinaikkan," katanya.

Pihak Kerajaan juga akan memberikan peruntukan tetap kepada PAIP sebanyak RM50juta setahun bagi tempoh lima tahun bagi tujuan penambah-baikan bekalan air di Negeri Pahang.

Beliau juga turut menyatakan bahawa pihak kakitangan JBA sedia ada tidak perlu risau dengan isu ini dan akan diberi makluman oleh pihak Kerajaan dalam masa terdekat.

"Majlis Penerangan akan kita buat dan tidak ada seorang pun kakitangan JBA, dari Pegawai Tinggi sehingga kepada kakitangan rendah yang akan diberhentikan apabila JBA digantikan dengan PAIP," katanya lagi.

AAP - Alhamdulillah.

Wassalam, Wa'allahhualam.

30 Jan 2012

TANGGUH PENSWASTAAN JBA PAHANG ATAU BANTAHAN SECARA BESAR-BESARAN!


 Keratan Sinar Harian Pahang 30Hb.Jan.2012

Cuepacs protes Pahang swasta JBA
TEMERLOH - Seramai 1,700 pegawai dan kakitangan Jabatan Bekalan Air (JBA) Pahang akan mengadakan bantahan jika permintaan mereka agar pengkorporatan dan penswastaan agensi itu pada 1 Februari ini ditangguhkan, tidak dipedulikan. Presiden Kesatuan Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Omar Osman berkata, penangguhan itu perlu kerana mereka belum mendapat penerangan dan maklumat lengkap mengenai rasional cadangan pengkorporatan serta penswastaan tersebut.

"Cuepacs tidak ada pilihan lain kecuali akan bertindak mengadakan bantahan besar-besaran yang membabitkan semua kakitangan JBA Pahang sekiranya pengkorporatan ini diteruskan kerajaan, walaupun ia mendapat bantahan rakyat.

"Saya merayu bagi pihak kakitangan JBA Pahang supaya Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob menggunakan kuasanya untuk menangguhkan pengkorporatan ini sebelum semua isu berbangkit dapat diselesaikan demi faedah kedua-dua pihak," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penerangan Pemindahan Gaji Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan pengkorporatan JBA Pahang anjuran Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja (KKPP) Jabatan Bekalan Air di Bangunan Persekutuan Temerloh di sini semalam.

Hadir sama Presiden KKPP Jabatan Kerja Raya dan Air Pahang Sayuti Dollah.
Omar juga berkata, penangguhan pengkorporatan itu adalah wajar kerana tiada langsung rundingan rasmi setiap wakil kesatuan yang terlibat sedangkan ia membabitkan masa depan kakitangan JBA Pahang.

Beliau berkata, 80 peratus daripada kakitangan JBA di Pahang menandatangani surat opsyen persetujuan tanpa mengetahui butiran perkhidmatan terbaru atas arahan ketua jabatan masing-masing.

Omar berkata, ketika ini, SBPA dikaji semula bagi memastikan semua pihak mendapat faedah tanpa mengabaikan mana-mana kakitangan, khususnya dalam aspek gaji, kekananan dan sebagainya. "Sepatutnya, pihak berkenaan terlebih dahulu menyelesaikan isu SBPA sebelum meneruskan agenda pengkorporatan JBA Pahang secara tergesa-gesa sehingga menimbulkan tanda tanya pelbagai pihak, khususnya kakitangan JBA Pahang sendiri," katanya. - Bernama

Dek kerana isu mengkorporatkan JBA Pahang ini menyebabkan semua kakitangan JBA Pahang di dalam dilema. Boleh dikata semua dokumen telah lengkap dan telah siap ditandatangani, pastinya ianya melibatkan banyak kos, masa dan tenaga, yang pastinya pekerja "bagaikan kera jatuh anak". 

AAP - Semoga tidak ada pihak yang terinaya.


Wassalam, Wa'allahhualam.

29 Jan 2012

Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke 26 Juara Milik Siapa? l Online Live Streaming TV3


Sebanyak 12 lagu yang bakal bertanding bagi merebut gelaran juara di Anugerah Juara Lagu 26. Anugerah berprestij itu bakal berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil pada malam ini dan akan disiarkan secara eksklusif  di TV3.

Selain disiarkan di stesen televisyen nombor satu negara, AJL26 akan turut disiarkan ke seluruh dunia menerusi online streaming di DISINI Acara Blue Carpet bakal bermula pada pukul 7.30 malam.

Sekiranya anda pengguna Twitter, pastikan tweet anda disertakan dengan hashtag #AJL26. Antara lagu-lagu yang bertanding adalah:

1. Penakut oleh Yuna (Yuna/Yuna)
2. Sungai Lui oleh Aizat (Aizat/Anas, Aizat/Anas)
3. Karma oleh Faizal Tahir (Audi Mok/Faizal Tahir/Audi Mok/Faizal Tahir)
4. Awan Nano oleh Hafiz (M.Nasir/Budi Hekayat)
5. Beribu Sesalan oleh Ning Baizura/Jaclyn Victor/Shila Amzah (Kevin Chin/Tinta)
6. Kisah Hati oleh Alyah (Manusia Putih/Manusia Putih)
7. Gadis Semasa oleh Yuna (Yuna/Yuna)
8. Sedetik Lebih oleh Anuar Zain (Edry Abd Halim/Edry Abd Halim)
9. Kalau Berpacaran oleh (Shohaimi Mior Hassan Shohaimi Mior Hassan / Ana Raffali / Altimet)
10. Wanita Seluruh Dunia oleh Projek Pistol (Boy Clifford/Boy Clifford)
11. Kekanda Adinda oleh Atilia & Monoloque (Monoloque/Monoloque)
12. Cinta Muka Buku oleh Najwa Latif (Najwa Latif/Ika Latif)

Harus diingat, populariti lagu tidak akan menjamin sesebuah lagu itu diangkat sebagai juara. Kriteria yang dicari juri adalah lagu tersebut terbaik dari segi kualiti lagu tersebut termasuk melodi, susunan lagu, lirik dan kredibiliti nyanyian setiap penyanyi lagu itu.  Siapakah pilihan anda? Sumber asal mynewshub.my

Saya sudah ada pilihan sendiri.:)
 
Wassalam, Wa'allahhualam.

KOLEKSI PAPAN TANDA YANG MENYERAMKAN

Tidakkah anda akan berasa takut dan menyeramkan jika sekiranya anda melalui kawasan ini ? :) silap-silap boleh jadi arwah :( untuk perhatian mungkin  papan tanda ini  terdapat di tempat saya sahaja :)
 .. yang ini tanda amaran juga... nak bagi tahu jalannya rosak dan berlubang teruk dihadapan.. elakan kemalangan.... kalau jumpa lubang langgor aje yang penting elakan kemalangan.... kena beringat-ingat Hospitalnya jauh :(


Wassalam, Wa'allahhualam.

Doa Bertemu Jodoh Untuk Kaum Wanita

Mereka sering bertanya bila awak nak kahwin?
Jawapanya yang sering kali dilontarkan  : "Tunggulah..." " belum sampai seru..." "jodoh entah dimana?" " nanti kita kahwinlah..." paling sedih "siapalah nak kat kita nie..." :( dan macam-macam jawapannya lagi... kalau dah jodoh tak akan kemana... Namun mungkin... kalau juga tidak ada jodoh, mungkin ada hikmah disebaliknya hanya allah yang maha mengetahui. 

Sebaiknya setelah berusaha... termanpu kita hanyalah berdoa... benar jodoh pertemuan, rezeki, ajal maut ditangan tuhan, pun bergitu kita kenalah berusaha dan berdoa semoga semuanya dipercepatkan dan dipermudahan... Untuk itu, bagi pompuan yang belum di pertemukan jodohnya elok jugak diamalkan doa diatas itu mudah-mudahan dengan doa diatas anda dipermudahkan dan dipercepatkan bertemu jodoh pertemuannya insyaallah  :)


Wassalam, Wa'allahhualam.

28 Jan 2012

7 CIRI-CIRI WANITA BERKUALITI TINGGI IDAMAN LELAKI !

1. Lemah-lembut
Cuba perhatikan cara perempuan itu berbicara bersama rakan-rakannya. Apakah dia selalu suka bernada keras, mengilai, teriak-teriak, atau sebaliknya selalu lembut dalam berkata-kata? Ciri-ciri inilah yang mencerminkan di mana cara perempuan akan berbicara dengan kamu dan keluarga kamu nantinya.

2. Berhemah
Lelaki mana yang mahukan perempuan bermaterialistis! Seandainya sudah berkeluarga kelak dengan perempuan tersebut, dia akan menghabiskan wang untuk membeli-belah baju-baju yang tidak perlu. Cuba perhatikan darinya cara dia menghabiskan wang sekarang. Apakah dia termasuk orang yang berjimat, kedekut, atau hura-hura?

3.Prihatin
Sebagai contoh "Kenapa dia boleh ingat dengan ulang tahun ibu anda?" tanya hati kecil anda. Itu adalah petanda bagus. Dia benar-benar prihatin akan hal-hal kecil seperti itu. Padahal, kamu belum berkahwin. Selalu mengingakan hal-hal kecil namun penting untuk diri anda. Hal-hal kecil seperti itulah yang akan membantu dan mengukuhkan hubungan anda nanti. Bukankah Lelaki juga memang suka diberi perhatian lebih dari si perempuan?

4. Penyabar
Kamu lewat untuk temujanji dengannya dia tidak marah sama sekali semasa anda datang dan dia sudah menunggu 30 minit dengan kejemuanya. Itu adalah ciri-ciri yang baik. Cuba fikirkan kalau anda sedang dalam situasi seumpamanya yang berbau negatif; kesabaran itu akan membantu suasana itu tidak menjadi lebih buruk. Cuba bayangkan anda sedang temujanji perempuan tidak sabar. Sedikit-sedikit dia marah kerana anda tidak tepat pada masanya, berbuat sedikit kesalahan. Temujanji yang sepatutnya untuk keceriaan telah menjadi pengalaman buruk.

5. Bersederhanaan
Perhatikan apakah si perempuan kamu suka berlebihan di depan teman-temannya. Apakah dia suka mempamerkan beg baru yang baru dia beli hari itu juga? Orang yang suka pamer dan tidak mudah menunjukkan kalau si Gadis itu tidak percaya diri, ada kekurangan yang dia punya dan ingin menutupnya dengan mempamerkan sesuatu yang lebih dari dia. Ini sifat yang tidak bagus untuk para Lelaki.

6. Jaga Keterampilan dan Kecantikan
Tidak bererti perempuan itu harus tampil cantik, tapi menjaga kecantikan itu juga bererti itu perempuan tahu bagaimana caranya menjaga dan menjaga dirinya sendiri. Jikalah anda sedang bercinta dengan dia, lihatlah "make-up" yang dia pakai. Apakah terlalu berlebihan sehingga menarik perhatian orang-orang lain di sekitar anda? Apakah dia memakai skirt mini yang berlebihan? Jaga kecantikan itu bermakna menjaga penampilan secukupnya dan sewajarnya di saat dan tempat yang benar.

7. Dewasa dan Bijaksana
Lelaki suka dengan perempuan yang bijaksana dan bersikap dewasa. Di masa kesusahan, Lelaki akan memerlukan bantuan dari seorang perempuan yang dewasa dan bijaksana dalam mengambil keputusan.

Pendek kata jika ada perempuan seperti ciri-ciri diatas bolehlah difikir-fikiran untuk dibuat calon isteri :)

Wassalam, Wa'allahhualam.

27 Jan 2012

Gambar : Calvary Convention Centre, Gereja Terbesar Di Asia Dan Malaysia

 
 

Sebuah bangunan yang hampir siap dibina antara Bukit Jalil Golf dan Country Club merupakan sebuah gereja yang terbesar di Malaysia dan di Asia. Gereja terbesar itu diberi nama Calvary Convention Centre (CCC) yang mana menelan kos pembinaan hampir RM100 juta dan kos tanah sebanyak RM35 juta.

Malah, fakta tentang gereja yang dibina setinggi enam tingkat itu juga boleh memuatkan hampir 5000 orang dalam satu-satu masa.Menurut penerangan di laman rasmi bangunan gereja itu, CCC adalah sebuah pusat konvensyen yang unik khusus untuk mengajar aktiviti-aktiviti holistik.

Aktiviti-aktiviti tersebut termasuklah jamuan, seminar, muzik dan seni produksi kreatif, serta penyediaan latihan pendidikan dan vokasional. Kesemua aktiviti itu adalah untuk pembangunan rohani yang bertujuan membangunkan generasi muda di negara kita supaya menjadi warga yang berguna.

Pun begitu, CCC adalah satu projek yang bukan untuk mengaut keuntungan dan dibangunkan oleh Gereja Calvary selaras dengan prinsip-prinsip Rukun Negara, iaitu untuk menerapkan nilai-nilai rohaniah, hak moral, tingkah laku yang baik, tanggungjawab sosial dan sivil. Sumber Mynewshub.my

Apa tujuan gereja yang begitu besar dibina di negara ini? tentu banyak persoalanya... Semoga mereka tidak lari daripada tujuan asalnya. Jangan sampai ada udang disebalik batu.

Wassalam, Wa'allahhualam.

PENTING: Kejadian Ribut Geomagnetik Petanda Kiamat Makin Hampir?

Satu fenomena letusan suar matahari dan semburan jisim korona (Coronal Mass Ejection, CME) telah dilaporkan berlaku di permukaan matahari pada 23 Januari lalu yang dikesan melalui satelit khas pemantauan matahari, SOHO dan STEREO milik NASA dan ESA.

Letusan ini telah menyebabkan fenomena ribut geomagnetik di bumi pada 24 Januari sekitar jam 15:00 UT (jam 23:00 Waktu tempatan). Fenomena ini telah dilaporkan oleh stesen TV3 pada hari yang sama.

Untuk rekod, matahari adalah sebuah bintang bersaiz sederhana dan mempunyai aktiviti luaran (permukaan) seperti pembentukan tompok hitam (sunspot), penyemburan tenaga melalui fenomena seperti suar matahari (flare) dan penyemburan jisim korona yang boleh menyebabkan fenomena ribut suria (solar storm).

Aktiviti matahari ini mempunyai kitaran ‘senyap’ dan juga ‘aktif’ selama 11 tahun yang berulang yang dikenali sebagai kitaran suria (solar cycle).

Fenomena di mana matahari mengalami aktiviti ‘aktif’ ini di kenali sebagai solar maksimum (solar max) yang dijangka akan berlaku dalam tahun 2012 hingga 2013. Kesan fenomena ribut suria dan interaksinya dengan medan magnet dan lapisan ionosfera bumi boleh menyebabkan ribut geomagnetik yang mana boleh menyebabkan gangguan kepada sistem komunikasi radio  dan radar, sistem satelit dan gangguan kepada sistem navigasi seperti kompas yang berpandukan kepada magnetik bumi dan fenomena kenampakan aurora di kutub utara dan selatan bumi.

Ribut geomagnetik yang sangat kuat seperti yang berlaku pada tahun 1989 telah menyebabkan arus aruhan yang menyebabkan kebakaran alat transformers di jaringan elektrik voltan tinggi di Wilayah Quebac, Kanada.

Sebenarnya penulis agak panik juga bila mengetahui berlakunya fenomena sedemikian, bertambah panik lagi apabila ramai pihak mendakwa fenomena ini merupakan petanda kiamat makin hampir. Sejauh manakah benar dakwaan berkenaan?

Agensi Angkasa Negara mempunyai jawapan saintifik berhubung fenomena tersebut.
Dalam kenyataan di laman webnya, AAN menjelaskan satu Nota Jemaah Menteri (N618/2011) daripada MOSTI telah dibentangkan pada 3 Ogos 2011 yang telah menerangkan fenomena berkaitan, dan juga jangkaan berlakunya solar maksimum pada tahun 2012 – 2013 ini, dan kesannya kepada bumi dan aktiviti berkaitan.

Menurut AAN, satu jawatankuasa bersama antara mereka dan Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM), Jawatan Kuasa Pemantauan Solar Maksimum, juga telah diwujudkan untuk memantau dan menangani fenomena solar maksimum ini.


Berkenaan laporan ribut geomagnetik yang dilaporkan berlaku pada 23 Januari itu, AAN menjelaskan, laporan daripada National Space Weather Prediction Centre (NSWPC) dan National Oceanic & Atmospheric Administration (NOAA) menunjukkan ribut yang telah berlaku hanyalah pada skala G1 (bacaan paling rendah) dan bukannya G2 – G3 seperti yang dilaporkan oleh berita TV3.
” Ribut itu tidak memberi gangguan kepada sistem infrastruktur di bumi dan hanya telah mewujudkan fenomena aurora di kutub utara. Untuk makluman, skala G5 ialah bacaan yang paling tinggi.

” Untuk makluman juga, fenomena seperti ribut geomagnetik ini hanya memberi kesan yang ketara kepada negara-negara yang berada di kutub atau di latitud tinggi seperti USA, Rusia, Eropah manakala negara-negara yang berada berhampiran Khatulistiwa adalah lebih selamat.
” Sehubungan dengan itu, Malaysia diramalkan selamat dan tidak akan terkesan dengan fenomena berkaitan,” jelas AAN dalam kenyataan tersebut.

Untuk makluman, bermula bulan Januari 2012 ini, Jawatan Kuasa Pemantauan Solar Maksimum akan menyediakan laporan berhubung dengan fenomena ini secara bulanan  untuk makluman umum.

Dengan penjelasan AAN itu, penulis berharap kita semua jangan cepat panik dengan apa yang berlaku.
Ingatlah, kiamat merupakan kerja Tuhan dan bukannya urusan kita.

Firman Allah bermaksud, “Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yg ghaib, tiada siapa yang mengetahuinya melainkan Dia sahaja.” (Surah Al-An’am: 59)

Dalam menghuraikan ayat ini, Ibnu Kathir telah menyatakan satu hadis daripada Imam Bukhari yang meriwayatkan daripada Salim bin Abdilllah, daripada ayahnya bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, “Sesungguhnya anak kunci segala perbendaharaan itu ada lima, tidak mengetahui seseorang pun melainkan Allah SWT.

“Lalu Baginda membaca firman Allah yang bermaksud, “Sesungguhnya di sisi Allah jualah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. Dan Dialah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung). Dan tiada seorang pun yang betul-betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati, Sesungguhnya Allah Amat Mengetahui, Lagi Amat Meliputi Pengetahuannya.” (Surah Luqman: 34)

Ertinya dalam hadis ini Nabi SAW menyebut bahawa terdapat lima kunci perbendaharaan segala yang ghaib yang hanya diketahui oleh Allah SWT, tidak diketahui oleh orang lain. Pertama ialah tentang bilakan berlakunya hari kiamat. Bukan sahaja Nabi SAW dan manusia yang lain tidak akan mengetahuinya, para malaikat pun tidak diberitahui tentang bilakan berlakunya hari kiamat itu sehingga Jibrail a.s. datang menemui Rasulullah s.a.w. satu ketika bertanyakan soal itu.

Kedua, tentang kekuasaan Allah menurunkan hujan. Allah sahaja yang berkuasa untuk menurunkan hujan di mana sahaja yang Dia kehendaki. Ketiga, Dialah sahaja yang mengetahui sebenar-benarnya apa yang ada dalam kandungan seorang ibu termasuk berkait dengan zuriat keturunan, jantina janin, kesihatan dan sebagainya.

Keempat, Dialah jua yang mengetahui apa yang akan berlaku ke atas seseorang dengan setepat-tepatnya sama ada baik ataupun buruk. Manusia tidak mengetahui apa yang akan berlaku kepadanya esok hari.
Kelima, Dia sahaja yang mengetahui di manakah bumi tepat matinya seseorang manusia, bagaimanakah keadaan manusia itu mati dan seumpanya. Begitulah juga dengan makhluk-makhluk yang lain. Mereka tidak mengetahuinya tetapi Allah Maha Mengetahui segala-galanya.

Sementara itu sebuah hadis daripada Umar r.a. bahawa Jibrail a.s. ketika merupakan dirinya sebagai seorang manusia yang berpakaian seperti orang Arab, datang menemui Rasulullah s.a.w. bertanyakan tentang Iman, Islam dan Ihsan, lalu Rasulullah s.a.w. memberitahu Jibrail a.s. bahawa ada lima perkara seseorang pun tidak mengetahuinya melainkan Allah. Lalu baginda s.a.w. membaca firman Allah yang bermaksud, “Sesungguhnya di sisi Allah ada pengetahuan tentang hari kiamat.” (Surah Luqman: 34).” - Sumber mynewshub,ny.

Semoga menjadi iktibar bersama dan bersama berdoa semoga kita semua di bawah lindungan rahmatNYA jua amin.
  
Wassalam, Wa'allahhualam.

26 Jan 2012

HOBINYA SUKA MENCURI DAN MENCIUM SELUAR DALAM WANITA.

Lelaki Siam Ditahan Curi 10,000 Seluar Dalam Wanita!

Dia merupakan antara pencuri paling prolifik di Thailand. Hobinya hanya dua perkara…pertama mencuri seluar dalam wanita, manakala yang kedua – mencium seluar dalam yang dicurinya itu!

Namun pencuri berusia 48 tahun itu akhirnya tewas apabila pergerakannya berjaya dihidu pihak berkuasa. Itupun setelah 30 tahun dia melakukan perbuatan ‘gila’ tersebut.

Menurut akhbar The Bangkok Post, ketika ditahan, ada beribu seluar dalam wanita dalam bonet keretanya. Pegawai polis, Mejar Jeneral Saroj Promcharoen berkata, hasil siasatan, pihaknya menyerbu rumah suspek di Bangkok dan menemui hampir 10,000 seluar dalam wanita lagi  yang telah dicurinya selama ini.

Kata Promcharoen, lelaki itu dipercayai mula melakukan perbuatan tersebut sejak berumur 18 tahun. ” Dia mencium seluar dalam yang dicuri itu setiap kali sedang memandu kereta,” katanya. Sumber - mynewshub.my

Macam-macam perangai pelik orang, jahat tak seperkara... mungkin jenis tak berapa sihat juga. Moralnya orang pompuan jemurlah suor spende dalam rumah aje :)

Wassalam, Wa'allahhualam.

KECURANGAN WANITA BUKAN PERKARA MAIN-MAIN !

Curang bukan hanya di dominasi oleh lelaki. Wanita pun banyak ditemui melakukan hubungan terlarang dengan lelaki lain meskipun sudah mempunyai pasangan. Di sebalik itu, ada perbezaan dalam memaknai kecurangan bagi lelaki dan wanita.

Lelaki biasanya curang kerana terpikat pesona wanita lain, atau ingin mendapatkan kenikmatan seksual dalam hubungan itu. Curang tersebut dilakukan baik hubungan dengan pasangan rasmi lagi ada masalah, atau bahkan, sedang baik-baik saja. Kesannya, lelaki tidak peduli dengan keadaan untuk melakukannya dan lebih untuk tujuan bersenang-senang.

Hal ini berbeza dengan wanita. Biasanya wanita melakukan kecurangan kerana ada yang tidak kena bersama pasangannya. Dan, kalau sudah berlaku kecurangan, wanita tidak main-main. Hubungan serius boleh dibina bersama kecuranganya sebagaimana menjalin ikatan dengan pasangan rasmi. Ini yang bakal membahayakan biduk rumah tangganya.


Dipetik dari Yahoo She, ada beberapa penilaian yang menjadikan kecurangan wanita itu kadarnya lebih berat dari lelaki:

Wanita cenderung "memakai hati" kalau berlaku curang. Dia tidak menganggap kecurangan itu hanya permainan belaka. Wanita boleh jatuh cinta pada pasangan barunya dan lebih memilih meninggalkan pasangan lama demi boleh hidup bersama. Ada penyandaran hati yang utuh bagi kecurangan. Satu kajian mendedahkan kalau kecurangan itu bermula dari rayuan si wanita terlebih dulu, maka hubungan itu tiga kali lebih hebat berbanding jika yang merayu didahului adalah si lelaki.


Wanita mempertimbangkan banyak hal sebelum curang. Dia mengira baik buruknya kecurangan sebelum benar-benar memutuskan melakukannya. Kecurangan itu pun akhirnya menjadi "terancang dengan baik". Termasuk pula, wanita menetapkan kelayakan kecurangan sehingga benar-benar menjadi lelaki idaman lain. Dia tidak menganggap curang ini sebagai jalan bersenang-senang belaka.

Wanita lebih licik menyembunyikan kebohongan. Dia lebih mampu mengawal mimik mukanya saat berbohong. Wanita lebih mudah menyembunyikan perasaannya berbanding lelaki yang kerap gugup kalau berdusta. Disyaki, kemampuan ini adalah dimiliki wanita kerana lebih terlatih dalam menyembunyikan perasaan.


Kecurangan wanita biasanya kerana ada masalah dengan pasangan. Wanita sebenarnya makhluk yang lebih sering ditemui dengan kesetiannya pada pasangan. Tapi, kalau hubungannya tidak bahagia, dia boleh muncul inisiatif melakukan kecurangan. "Tidak bahagia" tersebut merangkumi pelbagai perkara. Mungkin itu komunikasi yang kurang harmoni, persoalan seks, dan sebagainya.  

Dan, wanita curang lebih pada alasan untuk mendapatkan keselesaan. Boleh dibilang, wanita yang curang kerana nafsu seksual jumlahnya cukup minimum bila dbanding dengan yang benar-benar mengimpikan sebuah hubungan bahagia, pun begitu tidak terkecuali mmg ada perempuan yang bersikap curang untuk bersuka-suka dan mencari kepuasan diri. - Sumber asal lembaga us. diolah semula by : akuanakpahang.

AAP - Moralnya jangan main kayu 3, bersabarlah...dunia hanya perhiasan sementara dan penuh dengan tipu daya... nikmat juga tidak berkekalan semuanya hanya sementara.

Wassalam, Wa'allahhualam.

25 Jan 2012

AKU KELIRU... PERLUKAN PENJELASAN JAKIM!


Imej diatas sama ada keratan akhbar atau sebarang risalah bersumberkan daripada mana tidak diketahui... cukup popular di ruangan facebook. Kebenaranya juga tidak dapat dipastikan sama ada benar atau disebaliknya. Namun semuanya cukup mengelirukan kita semua :(

 Klik imej untuk lebih jelas.

Imej diatas sumbernya daripada Gempak.org. daripada facebook. Khabarnya penjelasan daripada pihak Jakim. (tidak dapat dipastikan) Sebaiknya pihak Jakim mengeluarkan satu kenyaatan rasmi berkaitan dengan isu diatas. Ini bukan soal kecil dan remeh temeh :(  kerana pasti ianya mengelirukan kita semua sebagai umat islam.

Apa komen anda??

Wassalam, Wa'allahhualam.

10 TANDA LELAKI TIDAK BERMINAT PADA SESEORANG PEREMPUAN ITU!


Jom kita lihat realiti dan kebenaranya. Tidak semestinya semua lelaki akan tertarik pada seseorang wanita itu. Daripada meneka sambil berharap dan berangan-angan kosong meraban tak tentu hala. Lebih baik anda mengenali akan tanda-tandanya sedari awal sama ada seseorang lelaki itu berminat atau sebaliknya dengan anda :)

Jika lelaki tidak tertarik dengan anda, dia akan menjauhkan diri daripada kedudukan tubuh anda, baik ketika duduk atau berdiri.

Dia juga kelihatan gelisah, menggoyang-goyangkan kaki, atau mengetuk-ngetuk jari. Kalau main cungkil gigi lagi laa :(

Lelaki akan menghindari diri jika anda mendekatinya.

Lelaki secara tidak sedar menyilangkan tangan di depan dada untuk memberi "penghalang" lingkungan. Tak berminat laa tu :(

Posisi kakinya cenderung bertentangan dengan kedudukan kaki anda.

Lelaki akan berbicara seadanya dan gayanya mencari keselesaan sendiri, bukan terfokus pada diri anda.

Otot tubuh lelaki lebih kencang dan tidak relaks ketika merasa tidak berminat dengan wanita tersebut.

Lelaki tidak mahu bertentangan mata langsung dengan anda. Ia akan memalingkan atau tidak fokus apabila anda bercakap.

Lelaki tidak memandang anda lurus-lurus, tapi dari sisi matanya sahaja :(

Jika dia tersenyum. Ia akan tersenyum dalam bisu atau senyum terpaksa :(.

Jika anda sudah memahami bahasa tubuh seperti di atas, jangan ragu untuk meninggalkannya. Tidak perlu mengharap lelaki ini akan melayani dan berlutut dihadapan anda, cari sajalah yang lain. :(


AAP- Kumbang tidak seekor dan bunga juga tidak sekuntum :) U/P:  Jangan buat kat suami anda :) mungkin dia ada masalah siapa tahu hehehe....

Wassalam, Wa'allahhualam.

OTAK LELAKI AKAN BERHENTI SEKETIKA SEMASA NAMANYA DI SEBUT OLEH WANITA !

Tubuh perempuan ternyata begitu penting bagi kaum lelaki. Perempuan bagaikan satu pakej terulung yang boleh membuat lelaki terpesona, dari lekuk tubuhnya, aroma tubuhnya, wangi rambutnya, hingga kelembutan kulitnya. Ketika tubuh wanita melintas di hadapannya, dalam tempoh seketika lelaki lupa dengan semua hal yang semula difikirkannya. Bahkan, mendengar nama perempuan disebut saja sudah membuat otak lelaki berhenti bekerja. Ini bukan sekadar telahan, kerana telah dirujuk daripada hasil kajian psikologi Johan Karremans dan Sanne Nauts.

Kedua-duanya mengadakan Stroop Test, uji kognitif dasar di mana biasanya anda akan melihat sehelai kertas mengandungi kata-kata tentang jenis-jenis warna, namun kata-kata tersebut dicetak dengan warna yang berbeza. Lalu anda diminta menyebutkan warna dari kata yang tertera, bukan apa kata tersebut.

Namun dalam eksperimen Stroop Test ini, kedua-dua penyelidik meminta menguji 71 lelaki dan wanita yang menjadi sukarelawan untuk memberikan respons melalui instant message dari sebuah monitor yang akan membawa nama laki-laki atau perempuan. Kemampuan kognitif kaum perempuan rupanya tidak terpengarah oleh nama laki-laki atau perempuan yang dipaparkan. Sementara kaum lelaki, walaupun sama sekali tidak terpengaruh oleh nama laki-laki, gagal menunjukkan kemampuan kognitif mereka setelah mendengar nama perempuan. Dengan kata lain, otak mereka tidak berfungsi dalam kapasiti penuh hanya kerana mereka mendengar nama "Amanda" atau "Natalie" muncul di skrin monitor.

Dalam eksperimen seterusnya, seluruh peserta diberitahu bahawa seorang lelaki atau wanita akan menghantar mesej kepada mereka melalui instant messenger. Walaupun tidak ada mesej-mesej yang dihantar, lelaki masih tersipu-sipu, dan gagal lagi dalam ujian kognitifnya.

Mengapa reaksi lelaki sangat berbeza dari kaum wanita? Sukar dijelaskan, namun menurut Nauts, hal ini kemungkinan disebabkan kaum lelaki cenderung lebih memberi makna akan situasi yang relatif neutral dalam konotasi seksual berbanding kaum perempuan. Sumber asal kreadit : lembaga.us. diolah by akuanakpahang.

AAP - Moralnya jangan sebut nama saya ketika saya sedang buat kerja bimbang terhenti pulak :) dan jika anda seorang perempuan jangan menyebut nama si lelaki jika ianya sedang asyik membuat sesuatu tugasan yang penting :)

Wassalam, Wa'allahhualam.

24 Jan 2012

SENARAI 10 FOBIA YANG PALING PELIK DI DUNIA

Definasi fobia mengikut Kamus Dewan Edisi Empat: ketakutan yang amat sangat akan sesuatu. Berikut adalah 10 jenis fobia yang jarang tetapi wujud dalam masyarakat di serata dunia. Amat pelik dan mungkin bodoh bunyinya, namun ia tetap wujud dan berlaku.

Optophobia: Fobia untuk membuka mata
Mungkin fobia yang paling pelik di dunia! Mereka yang memiliki masalah ini, sukar untuk membuka mata sendiri. Tugasan harian adalah mimpi ngeri untuk pengidap Optophobia. Jika anda boleh membaca apa yang kami tulis ini, jangan bimbang, ternyata anda tidak memiliki tersebut, syukur.

Chorophobia: Fobia terhadap tarian
Apa sahaja yang berkaitan tarian termasuk kelab malam, boleh menjadi punca ketakutan kepada mereka yang mempunyai fobia jenis ini.

Geliophobia: Fobia terhadap gelak ketawa
Banyak kajian yang dibuat memperlihatkan ketawa adalah aktiviti yang baik untuk kesihatan. Ia mampu memperbaiki tahap mental dan jantung. Namun, untuk yang menderita Geliophobia, ketawa atau berada sekeliling orang yang sedang ketawa akan menyebabkan mereka mula berasa takut. Risau diketawakan orang menjadi antara punca kepada wujudnya Geliophobia.

Arachibutyrophobia: Takut mentega kacang melekat pada lelangit mulut
Senarai fobia yang pelik tidak akan lengkap jika kita tidak sebut Arachibutyrophobia. Penghidapnya hampir pasti tidak akan makan mentega kacang seumur hidup mereka!

Heliphobia: Takut kepada cahaya matahari
Pastinya satu keadaan yang amat sukr untuk mengelak daripada cahaya matahari sepanjang masa. Satu ia sukar untuk dilakukan, keduanya ia juga tidak elok untuk kesihatan (jika dijauhi sepenuhnya). Bermula dari rasa takut akan bahaya yang wujud pada matahari.

Deipnophobia: Takut akan berbicara atau berbual semasa makan malam
Ini adalah antara contoh fobia yang agak spesifik, takut bercakap waktu makan malam. Pengidapnya akan hanya diam sepanjang waktu makan. Ada bagusnya juga kerana diam ketika makan sebenarnya membantu dalam proses pencernaan yang lebih baik.

Neophobia: Takut kepada benda-benda baru
Ramai orang yang mahu mencuba benda baru dan pengalaman baru. Namun bagi penghidap Neophobia, mereka tidak mahu apa pun yang baru dalam hidup mereka. Penghidapnya akan kehilangan kualiti hidup dan tidak akan berani untuk merasai pengalaman-pengalaman baru dalam hidup. Kajian juga memperlihatkan mereka yang mempunyai masalah Neophobia, akan mempunya jangka hayat yang pendek. Ini terjadi akibat tekanan yang mereka lalui saban hari.

Syngenesphobia: Takut pada keluarga dan saudara mara
Rasanya ramai yang ada masalah camni, cuma ia mungkin melibatkan keluarga sebelah mentua. Semua kita ada rasa malu dan sakit hati dengan anggota keluarga kita pada masa-masa tertentu, namun penghidap Syngenesphobia menghadapai masalah itu secara keterlaluan dan sepanjang masa.

Ablutophobia: Takut untuk mandi dan membersihkan diri
Biasanya kanak-kanak yang malas mandi, namun adakalanya ia melibatkan orang dewasa. Namun harus ingat, Ablutophobia adalah fobia untuk mandi, bukannya malas untuk mandi. Ada banyak beza tu. Yang dekat hostel bau semacam itu kerap kali adalah pemalas, bukannya Ablutophobia.

Geniophobia: Takut kepada dagu
Yup…dagu, bahagian di muka kita itu. Ini mungkin fobia yang paling sengal di dunia ni. Selain itu ada juga fobia lutut (genuphobia), fobia tangan (chirophobia) dan fobia siku (ishicascadiggaphobia). Bagaimanapun, fobia-fobia tubuh badan tertentu ini boleh dirawat melalui terapi. - Sumber : mynewshub.my

** Fobia jika dirujuk didalam loghat Pahang lebih kurang maksudnya  "kerayan" - ketakutan yang amat sangat, seumpama budak-budak ada juga yang fobia bila nak buang air besar :) AAP - Fobia juga kalau sesuatu perkara yang jarang kita jumpa, bila mana kita melaluinya :) 

Wassalam, Wa'allahhualam.

CARA MEMOHON DAN PERMOHONAN KEMASUKAN POLITEKNIK TAHUN 2012

Permohonan Kemasukan Politeknik Tahun 2012
Permohonan kemasukan ke Politeknik 2012 bagi lepasan SPM kini sudah dibuka. Kepada calon SPM 2011, anda boleh membuat permohonan ke politeknik melalui program kemasukan ke Institusi Latihan Teknikal & Vokasional (TEVT) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA).

Syarat Minimum Kemasukan Politeknik
Warganegara Malaysia
Boleh membaca, menulis dan mengira.
Lulus Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
Serta mendapat kepujian dalam 5 matapelajaran yang lain.
Untuk mendapatkan maklumat tentang syarat kemasukan politeknik mengikut program, Sila layari Syarat Am Kemasukan Politeknik
 
Permohonan Online Politeknik 2012
Untuk membuat permohonan, KLIK DISINI


Wassalam, Wa'allahhualam.

23 Jan 2012

Kenali Andropause - Menopause Lelaki Bukan Mitos

Ramai dikalangan kita tidak tahu bahawa lelaki juga mempunyai kondisi menopause seperti seseorang wanita yang dipanggil 'man-opause', male menopause atau lebih tepat dipanggil andropause.

Andropause sedikit berbeza dengan menopause seseorang wanita, kerana lelaki tidak mempunyai tanda-tanda jelas seperti wanita yang putus haid. Kedua-dua gejala ini sama dari segi penurunan horman estrogen bagi wanita dan hormon testosteron bagi lelaki yang membawa perubahan sikap, tubuh badan, emosi, tenaga fizikal dan nafsu seksual.

Antara tanda besar andropause adalah penurunan produksi hormon testosteron. Penurunan horman ini mengakibatkan pelbagai penyakit menyerang lelaki seperti lemah tulang dan sakit jantung. Perbezaan antara menopause dan andropause adalah wanita kehilangan hormon estrogen secara penuh dan peluang untuk mengandung semakin berkurangan sejajar dengan usia, lelaki pula tidak kehilangan hormon testosteron secara penuh dan peluang untuk mendapat anak masih ada tetapi nipis walaupun umur sudah berlanjutan.

Andropause juga mengakibat gejala seperti menopause dimana lelaki akan mengalami tubuh panas-dingin dan pening serta mual untuk beberapa minit dalam selang 2 hingga 4 jam. Sama seperti menopause, lelaki akan mengalami perbuhan mood pada saat fluktuasi andropause. Hormon akan mempengaruhi takat serotonin dalam otak yang kemudiannya akan mempengaruhi mood. Mood ini tidak terlalu ekstrem seperti pada seorang wanita, tetapi ia tetap bahaya dan membawa kepada tekanan dan kemurungan.

Kekurangan hormon testosteron turut mengurang ketumpuan, ingatan dan nafsu seksual seseorang lelaki. Lelaki merokok akan mempercepatkan masa kearah andropause dengan kesan ketara seperti mati pucuk (ED), cepat letih dan marah, cepat lupa, kehilangan nafsu seksual, kemurungan dan kepanasan. -  Sumber Narloo.com

AAP - Moralnya orang lelaki jangan nak berlagak hehehe... mereka juga akan mengalami Andropause mungkin daripada segi usia tidak sama dengan orang pompuan, berkemungkinan 50 tahun keatas juga.


Wassalam, Wa'allahhualam.

Robot Seks Wanita Dijual Pada Harga RM23,642


Robot seks pertama di dunia bernama Roxxxy mencuri perhatian orang ramai semasa ia diperkenalkan pada Ekspo Hiburan Dewasa AVN, LAS VEGAS, Amerika Syarikat (AS).

Roxxxy setinggi 1.7 meter dengan berat 54 kilogram, menyamai saiz kebanyakan wanita dan dilengkapi program kepintaran tiruan (AI) serta kulit sintetik mirip manusia.

“Robot wanita ini tidak pandai memasak atau mengemas tetapi ia boleh melakukan apa yang diimpikan oleh lelaki,” kata pencipta Roxxxy, Douglas Hines dari syarikat TrueCompanion.

“Roxxxy boleh menjadi teman baik lelaki. Ia boleh bercakap dan mendengar. Ia juga mampu merasai sentuhan anda. Kami cuba meniru personaliti manusia,” tambahnya.

Robot itu memiliki rangka dan boleh bergerak seperti manusia dan dilengkapi hati mekanikal yang menjana sistem penyejukan cecair.

Ia yang memiliki lima personaliti pilihan termasuk perwatakan peramah atau pemalu bakal dipasarkan di AS dan Eropah dengan harga antara AS$7,000 (RM23,642) hingga AS$9,000 (RM30,397).

Pelanggan diberikan pelbagai ciri pilihan menurut cita rasa masing-masing termasuk bangsa, warna rambut dan saiz payu dara manakala Roxxxy turut dilengkapi Internet wayarles bagi menerima sokongan teknikal dan naik taraf perisian - Sumber : edisikini.com

AAP - Banyak persoalan pro dan kontra bab hukumnya tak tau lagi :( .. kalau sampai puluh ribu baik menikah pasal dengan manusia :)

Wassalam, Wa'allahhualam.

22 Jan 2012

Video : Sekitar Majlis Pernikahan Ally Iskandar & Farah Lee


Ikan di laut asam di darat
Dalam kuali bertemu jua
Hati terpaut janji diikat
Atas pelamin bertemu jua
 
Orang jauh dikenang-kenang
Hanya terkenang pada yang satu
Mula berkenal kemudian bertunang
Diatas pelamin sama bersatu

Selamat Pangatin baru semoga kekal hingga ke akhir hayat.

Wassalam, Wa'allahhualam.

WARNA WARNI KEHIDUPAN, BILA HITAM PUTIH JADI WARNA!

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Seorang lelaki dari Sweden, Santana Dullaway telah tersangat rajin menukar koleksi foto hitam putih kepada satu koleksi baru foto berwarna, dalam resolusi tinggi.

Sesetengahnya kurang bersetuju dengan tindakan beliau, kerana menganggap adalah lebih baik agar foto-foto tersebut dibiarkan dalam keadaan asal, untuk mengekalkan keasliannya.

Antaranya adalah foto sambutan kejayaan tentera Jepun, kemusnahan Pearl Harbour, dan foto tergempar seorang banduan Viet Cong ditembak di kepala oleh tentera sewaktu Perang Vietnam. Sumber asal : Gempak.org

 Yang ini asalnya gambar warna yang telah di hitam putihkan  :) 
(Gambar Penulis bersama sahabat)

AAP - Hitam putih tetap ada ceritanya dan warna warni itu lebih menceriakan.

Wassalam, Wa'allahhualam.


KLIK PERCUMA DAPATKAN INFO SELANJUTNYA.

SENARAI ENTRI TERKINI :

LEBIH BANYAK ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

Perkongsian Pendapat :

CARIAN ARTIKEL BLOG AKU ANAK PAHANG

Loading