Nuffnang dan No Copy Paste

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

7 Dis 2012

LIMA AMALAN PEMAKANAN INI PERLU DIJAGA SETIAP HARI BAGI MENGELAKKAN KEGEMUKAN !

Terkadang ada juga orang  bersuara kenapa berat badan saya bertambah? Namun mungkin tanpa kita sedari kita telah mengamalkan beberapa cara atau amalan permakanan yang tidak sepatutnya. Disini jom kita lihat apakah perkara yang kita buat selama ini betul atau tidak?

1. Segelas susu
Susu memang minuman yang menyihatkan, tetapi susu juga boleh menjejaskan kesihatan. Jika anda mempunyai kebiasaan minum susu setiap hari, cubalah berhenti selama sebulan. Cuba perhatikan, adakah perbezaannya? Jika ketika tidak minum susu badan anda semakin terasa bugar, berat badan boleh turun, dan kulit anda menjadi lebih bersih, maka hentikan pengambilan susu setiap hari.

2. Mengambil Minuman Manis Selepas Makan
Beberapa orang mempunyai kebiasaan mengambil minuman manis selepas makan. Perkara ini sebenarnya tidak perlu kerana boleh menambah berat badan dan meningkatkan risiko kesihatan yang lain. Minuman manis mempunyai kadar gula tinggi yang juga boleh meningkatkan gula darah jika diambil terlalu banyak.

3. Memakan Nasi Sebagai Minuman Petang.
Perkara biasa diamlkan bagi sesentang orang bila ia berasa lapar diwaktu petang. Anda sering merasa lapar di waktu petang jangan amlakan memakan nasi. Jangan memilih untuk memakan nasi bagi memuaskan rasa lapar anda. Lebih baik anda mengambil makanan yang sedikit ringan. Kerana perkara ini begitu besar menyumbang pada penambahan berat badan.

4. Kentang
Kentang telah ditetapkan oleh penyelidik di Harvard sebagai makanan yang boleh membuat anda menambah berat badan dengan cepat. Jika ingin mengambil buah-buahan dan sayur, sebaiknya pilih sayur-sayuran segar yang lain. Jangan terlalu sering mengambil kentang jika ingin mengekalkan berat badan anda.

5. Minum Petang yang Sihat
Jika anda suka makanan ringan seperti roti canai, mee rebus, dan yang lain yang anda anggap sihat. Sebaiknya ganti kebiasaan ini dengan mengambil makanan yang benar-benar kaya nutrisi. Banyak orang tak berfikir bahawa minum petang yang dianggap sihat tersebut sebenarnya tak begitu sihat dan boleh membuat mereka tambah gemuk. Mungkin cara yang terbaik mengambil minum petang alas kadar sahaja memadai memakan sekeping dua biskut atau roti sudah memadai.

Jadi, jika anda ingin mempertahankan kecergasan, kesihatan, dan berat badan anda, sebaiknya jangan mengamalkan lima cara makanan di atas setiap hari.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

2 ulasan:

  1. terima kasih cz kongsi info nie...
    Adie nak try makan lah ape y di cakapkan tu..moga dapat gemok ckt dari saiz skrg..hihi

    BalasPadam
  2. dah banyak kali cuba tapi selalu gagal :(

    BalasPadam

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

SENARAI POST TERKINI

RUANG PENGIKLANAN

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARI ARTIKEL BERKAITAN MASUKAN KATA KUNCI

Loading

GROUP NUMISMATIK JUALAN DAN BELIAN.


KLIK IMEJ UNTUK MENYERTAI!