Nuffnang dan No Copy Paste

DAPATKAN INFO PERCUMA DARIPADA PENAJA KLIK IKLAN

UPDATE ENTRI TERKINI :

23 Dis 2012

INFO DAN MITOS JAMBU KELING, JAMBU GALAH, SUNYI KAMPUNG.




Buah jambu ini popular dengan nama "jambu keling" dan ada berbagai nama lainya disebut orang. Ada juga yang menyebut jambu eboi, jambu susu, jambu galah dan berbagai nama lainnya. Mungkin bersesuaian dengan daerah dan tempatnya. Rasa buahnya masam-masam manis amat sesuai kalau dibuat makan colek bersama kicap dan bersama lain-lain bahannya. Difahamkan jambu ini berasa masam-masam manis daripada bunga, putik dan pucuknya.

Namun jambu keling ini ada mitos tersendiri bagi masyarakat melayu terdahulu khasnya di Negeri Pahang. Ada yang menyebut nama jambu ini "Jambu Sunyi Kampung" kepercayaan atau hanya kebetulan sekiranya jambu ini ada ditanam disesuatu kampung itu alamat kampung itu akan sunyi sepi nanti. Sewaktu waktu dahulu pokok jambu ini dilarang sama sekali ditanam di kampung.

Lantaran orang dahulu mungkin banyak menebang pokok ini atau dilarang sama sekali menanamnya atas alasan dibimbangi kampung tersebut akan menjadi sunyi sepi. Dalam ertikata lain bakal tidak akan ada orang yang akan tinggal di kampung tersebut dan banyak yang akan mati. Gamaknya mungkin sekadar kebetulan.

Dan dihari ini sememang susah untuk menemui pokok jambu ini kalau ada pun tak banyak, mungkin gamaknya telah banyak ditebang pada sebelumnya atau sememang tidak ditanam dek orang dibimbangi mitos itu menjadi kenyataam.

Realitinya mungkin kalau ada pokok jambu ini, kampung tersebut akan menjadi sunyi sepi dan carilah jambu keling ini mungkin berada di kampung yang telah ditinggalkan. akuanakpahang

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

10 ulasan:

  1. kome panggil jambu galoh yg ni :)

    BalasPadam
  2. lain tmpt lain nama.. kalu tmpt sy panggei jambu bol..hehe

    BalasPadam
  3. Assalam, jambu di belah 4, cuci bersih, rendam air garam beberapa jam,cuci n toskan. masak air gula, dah sejuk siram kat jambu gaul rata tutup rapat. biar semalaman ..dah boleh makan..

    BalasPadam
  4. kak belakang rumah sy ada jambu nie...mmg masa-masam manis..tp mitos 2 x betul...x perlu percaya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam..ada lg x buah /pokok ni kat umh sis..sy tgh mngidam nk jambu ni..blh tlg WA x 0125040461..tq byk2

      Padam
    2. Salam..ada lg x buah /pokok ni kat umh sis..sy tgh mngidam nk jambu ni..blh tlg WA x 0125040461..tq byk2

      Padam
    3. salam. kt mne yer bole dpt buah jambu bol ni? isteri sye mengidam sgt2 buah ni . ade pape info bole email kt sye x helmikamarul94@gmail.com

      Padam
  5. nurul.asiken: rumah awak kat mana? saya tengah mengidam buah ni. kat mana saya leh dapat buah ni...... please..teringin sagt

    BalasPadam
  6. salam. kt mne yer bole dpt buah jambu bol ni? isteri sye mengidam sgt2 buah ni . ade pape info bole email kt sye x helmikamarul94@gmail.com

    BalasPadam
  7. Assalam. Isteri saya ngidam buah ni.saya nak beli buah ni. Sila call/wasap saya ya tqsm
    0163398810 (syauqi)

    BalasPadam

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

RUANG PENGIKLANAN

KLIK INFO PERCUMA DRP PENAJA IKLAN

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARIAN ARTIKEL BLOG AKU ANAK PAHANG

Loading

SEARCH GLOBAL BY GOOGLE WITH WEB

Memuatkan ...