Nuffnang dan No Copy Paste

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

5 Dis 2012

BAGAIMANA JIKA ADA INSAN MENGKHAINAT DAN DI KHAINATI?

Jika bertanya kepada sesiapa pun jua hatta pada diri saya sendiri adakah saya pernah dikhianati, mustahil untuk saya katakan tidak. Sememangnya pernah dikhainati tetapi apa yang sepatutnya kita buat untuk mengatasinya? Jika anda melalui perkara yang sama, boleh cuba tips berikut;

1) Jika sedih, lepaskan perasaan sedih itu dalam sehari. Selepas itu carilah bahan bacaan yang memotivasikan diri. Bahan bacaan yang terbaik ialah al-Quran. cuba dan buat!

2) Jika rasa pedih di hati pergilah jumpa dengan orang yang mengkhianati kita, dan luahkan apa yang terpendam di hati. Lepaskan semuanya. Bagilah mana yang patut, jangan melampaui batasan.

3) Jika rasa dia masih menganggu anda boleh cuba keringkan hati dan abaikan dia, jangan sesekali beri PELUANG . Jangan sesekali! Jika beri peluang, tidak mustahil untuk disakiti lagi.

4) Kesan yang besar dalam hidup kita. Jangan paksa diri untuk melupakan orang tersebut, tetapi simpanlah dalam diari hidup supaya berhati-hati dengan orang seperti itu dan jadikan kisah sebagai pengajaran.

5) Jangan lupakan doakan orang tersebut. Pohonkan pada Allah, moga dilembutkan hatinya agar mudah menerima nasihat dan pandangan. Walaupun orang tersebut telah mengkhianati anda, doakan sahaja kebaikan untuknya. Ingat, sekalipun orang melakukan kejahatan kepada kita, balas la ia dengan kebaikan. Sesungguhnya kebaikan itu akan menghapuskan kejahatan. Dan selebihnya hanya Allah yang menentukan tentang segala apa yang telah mereka lakukan. Sumber asal : www.iluvislam.com 

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

4 ulasan:

  1. khianat..saya tak pernah mengkhianati orang baik keluarga mahupun kawan2.Tapi saya jadi mangsa khianat insan yang tak boleh lihat kita bahagia.Paling menyedihakn bila yang mengkhianati saya tu insan yang paling saya sayang. merana tu memang merana tapi saya kuatkan hati berserah padaNYA.semakin hari semakin saya lupa tapi kadang2 kenangan itu datang juga. apa yang boleh saya buat menangis dan mengadu padaNYA.Bila kita mengadu padaNYA kita akan rasa tenang.yang berlalu biarlah ia pergi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ...yang berlalu biarkan berlalu, usah dikenang usah fikir jadikan ingatan dan sempadan di kemudian hari.

      Padam
  2. terima kasih atas perkongsian ini... ayuh genggamkan tangan-tangan kita... satukan hati-hati kita... ikatkan silaturrahim sekukuhnya ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih sahabat... lama menghilang kemana? :)

      Padam

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

SENARAI POST TERKINI

RUANG PENGIKLANAN

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARI ARTIKEL BERKAITAN MASUKAN KATA KUNCI

Loading

GROUP NUMISMATIK JUALAN DAN BELIAN.


KLIK IMEJ UNTUK MENYERTAI!