Nuffnang dan No Copy Paste

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

4 Dis 2012

APA PERLUNYA MENANGIS?

Mengapa manusia harus menangis - Banyak perkara tersirat dengan menangis bukan sahaja boleh mencucikan mata membuang segala kotoran debu dan sebagainya, air mata juga mempunyai tujuan yang amat berguna.

Air mata basah / basal
Air mata ini dihasilkan secara terus-menerus untuk menjaga kelembapan mata, melumasi, dan mencegah kerosakan oleh angin, debu, tanah, dan sebagainya.


Air mata iritasi / kerengsaan
Ini bukanlah air mata yang keluar lantaran ada yang menyakiti anda, melainkan ketika mata terkena angin, pasir, serangga, batu, atau benda asing yang lain. Air mata basah dan iritasi sama-sama mempunyai matlamat yang sama, iaitu melindungi mata.


Air mata emosional
Air mata ini akan muncul selama peristiwa yang sangat melibatkan perasaan, kadang-kadang bahagia, tetapi lebih sering keluar kerana adanya kesedihan. Tidak seperti air mata basah dan kerengsaan, air mata emosional membawa pergi hormon stress.

Namun, apakah air mata itu disebabkan oleh hormon stress? Hormon utama yang meningkat dengan tekanan dan dikaitkan dengan menangis adalah prolaktin. Kadar prolaktin meningkat ketika anda mengalami peristiwa yang menyedihkan.

Secara keseluruhan, wanita lebih sering menangis daripada lelaki (mungkin empat kali lebih kerap, menurut kajian). Wanita mempunyai prolaktin 60% lebih banyak daripada lelaki.

Walaupun menangis mungkin kelihatan memalukan, tangisan merupakan isyarat bahawa anda telah mencapai tahap stres yang merugikan kesihatan jika anda tidak mencari cara untuk mengatasinya. Menangis tidak masalah, bahkan mungkin mempunyai pengaruh terapi. Cuma jangan disahut tangisan bersama raungan.

Sumber : Smartnewz.info | Olahan Semula Bahasa : akuanakpahang

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

4 ulasan:

  1. perlu menangis utk buang segala duka yg ada tu :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagi lepas segala hak tak elok yak...

      Padam
  2. menangis mengeluarkan cas-cas negatif

    BalasPadam
    Balasan
    1. dan tinggalkan yang positif sahaja kan...

      Padam

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

SENARAI POST TERKINI

RUANG PENGIKLANAN

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARI ARTIKEL BERKAITAN MASUKAN KATA KUNCI

Loading

GROUP NUMISMATIK JUALAN DAN BELIAN.


KLIK IMEJ UNTUK MENYERTAI!