Nuffnang dan No Copy Paste

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

24 Dis 2012

APA MAKSUD HUJAN PERINGKAT KUNING, JINGGA DAN MERAH ?

Beberapa kawasan di sekitar bandar Kuantan pada Isnin dilanda banjir kilat ekoran hujan lebat yang berlarutan sejak malam Ahad.

Kejadian itu juga menyebabkan beberapa jalan utama di pusat bandar mengalami kesesakan lalu lintas setelah jalan raya dinaiki air sedalam 1.5 meter.

Antara jalan yang ditenggelami air setakat pukul 3 petang ini ialah Jalan Tun Ismail Satu, Jalan Beserah, Jalan Wong Ah Jang, Jalan Lim Hoe Lek, Jalan Abd Aziz, Jalan Mahkota, Jalan Bukit Ubi, Jalan Air Putih, Jalan Pasar dan Terminal Makmur.

Tinjauan Bernama di beberapa kawasan sekitar pusat bandar mendapati banyak kenderaan yang terkandas di jalan raya dan beberapa premis serta pusat beli-belah utama terpaksa menutup perniagaan akibat situasi yang tidak terduga itu.

Di kawasan Air Putih dan Semambu, orang ramai mula meninggalkan rumah masing-masing seawal pukul 10 pagi dan menyelamatkan barangan keperluan utama setelah paras air sebatang anak sungai di sini melimpah dan naik sehingga 1 meter.

Tinjauan juga mendapati beberapa taman perumahan iaitu di Sungai Isap, Taman LKNP, Bukit Setongkol, Taman Perumahan Transit Quarters dan Taman Teratai turut ditenggelami air antara 0.1 meter dan satu meter.

Sementara itu di Jerantut, polis menasihati 10,000 penduduk yang tinggal di kawasan rendah sepanjang Sungai Tembeling dan Sungai Pahang di daerah itu supaya berpindah segera jika paras air kedua-dua sungai naik.

Ketua Polis Daerah Jerantut Supt Azid Ismail berkata keadaan cuaca yang tidak menentu dengan hujan setiap petang sejak tiga hari lalu boleh menyebabkan air Sungai Tembeling dan Sungai Pahang naik bila-bila masa.  Sumber Mstar Online.

Apa maksud hujan Peringkat Kuning, Jingga dan Merah ? 

Peringkat Kuning : bukan peringkat kritikal. Hujan yang kadang-kadang sederhana dan kadang-kadang lebat yang sekejap-sekejap selama berhari-hari yang memungkinkan banjir bagi kawasan tanah rendah.

Peringkat Jingga : juga bukan peringkat kritikal tetapi lebih kritikal dari peringkat kuning. Hujan sederhana dan lebat yang turun berterusan ( hujan tak berhenti- kejap lebat, kejap sederhana, kejap renyai-renyai tapi tak berhenti lah.)

Pringkat Merah :  Amaran peringkat tertinggi banjir. hujan lebat yang membawa banjir yang teruk.

Jangan sampai hujan Peringkat merah baru nak berpindah! jangan banyak fikir lagi diperingkat kuning pun sudah kena bersiap sedia selamatkan nyawa anda dan keluarga ! Harta benda boleh cari nyawa tidak ada gantinya :( Berita tadi cakap daerah Jerantut  akan dilanda hujan peringkat kuning sehingga rabu ini.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

2 ulasan:

  1. hehe..
    selalu guna istilah ni :)

    BalasPadam
  2. Selalu kita dengar namun mungkin
    kurang faham dgn maksudnya :)

    BalasPadam

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

SENARAI POST TERKINI

RUANG PENGIKLANAN

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARI ARTIKEL BERKAITAN MASUKAN KATA KUNCI

Loading

GROUP NUMISMATIK JUALAN DAN BELIAN.


KLIK IMEJ UNTUK MENYERTAI!